Sunday, May 13, 2012

Kau lah Mereka

Ntah kenapa...
Aku terasa...
Lagi-lagi bila membaca penulisan kau dan dia...
Moga itu kejutan buat aqidah dari dibiar terlena...

Jazakumullahu khair buat sesiapa yang merasakan merekalah diri-dirinya ^_^

Nah bunga...

Eh sorry. Silap bagi bunga layu plak.


*(^.^)*


Mudah kita laung-laungkan bersahabat hingga ke Syurga  blablabla.... adakah hati benar-benar merasakannya? Jika tidak, kita masih punya masa...


Tuesday, May 8, 2012

Hati berzina

Nota ringkas buat peringatan diri saat ini. Juga nota untuk kalian~

Aku tertanya-tanya bagaimana zina hati? Ya, zina hati itu haram (nama pon zina ~,~) tapi takrifan zina hati tu sendiri aku masih tak tau. Macam mana nak menjauhkan diri dari sesuatu yang aku sendiri tak tau apa yang perlu dijauhi? Maka dalam pencarian pencerahan, terserempak dengan video ustaz azhar.

Islam nak menutup pintu kerosakan.

Teringat pada seseorang tak salah. Teringat pada kawan perempuan sekuliyah (bagi lelaki), takde ulama' kata haram. Tapi teringat yang mengundang syahwat itu yang haram.

Teringat ke seorang perempuan bukan zina hati. Tetapi jika teringat pada keindahan tubuh die, itu zina hati.

*Sila angguk-angguk sebagaimana semangatnya anda apabila mendengar pensyarah menerangkan maksud di sebalik formula fizik*

Aku yakin, ustaz hanya menjawab secara surface. Maka teruskan lagi pencarian pencerahan. Wallahu 'alam.



Wednesday, May 2, 2012

Parashoot! or parachute?

Kayaking (done)
Rakiting (done)
Memanahing (done)
Paintballing (done and always feel undone..hoho)
Bowling (menyibuk je ni)
Kudaking (done)
Orienteering (done)
Wall climbing (wall mana nak carik ni)
Parashooting (coming coming...risau terbasah seluar. kwangkwang. ade bran ke aku? macam tak....tapi nak)


Is this parashoot or parachute?

Andai ada yang tercabar, silakan. Saya juga sedang mencabar.

Kita cabar diri melakukan sesuatu di luar kelaziman. Jika sebelumnya belum pernah solat di awal waktu, cubalah sekali. Rasakan perbezaannya. Mungkin rasa yang datang dari percubaan yang sekali itu akan menggerakkan kita untuk melakukannya berkali-kali disebabkan oleh luar biasa lazatnya rasa yang sekali itu!

Oh ya. Jangan lupa mencabar diri melakukan sesuatu di luar kelaziman dan kebiasaan yup..contohnya bangun pagi. Ya bangun pagi! Awak tak tersilap baca. Ya bangun pagi! haha.

Jika sebelum ini kita biasa menjadi hamba yang suka membangga diri, sekali, cuma sekali, kita cuba menjadi hamba yang mengkerdilkan diri. Pasti rasa yang sekali itu kita mahu nikmati berkali-kali.

Ok, saya naik bas dulu..tata~


Wednesday, April 25, 2012

Terhimpit tersepit

Baheklah..Aku tersepit dalam ruang yang luas.


Tarikh yang sama ada trip ke Pulau Langkawi yang mana aku rasa itu hanya untuk berseronok-seronok, walaupun program itu wajib untuk final assignment Sports Event Management.. adehhhhh..

Buat kawan-kawan yang free (bukan percuma) jemput-jemputlah pegi. Yuran RM 10 utk student, free utk ahli WAMY. For more info,visit here : http://wamy.my/pengumuman/muktamar-kepemimpinan-belia-islam-malaysia-2012/#more-741 Pastu lepas dah dapat input, process it to become output. Baru sempurna proses tu.inshaAllah...

p/s: Tolong doa-doakan trip aku tu postpone pliz =.="
p/s: Ustaz Zaharuddin pensyarah fakulti Ekonomi UIA. What da?? haha

Thursday, April 12, 2012

Kau begitu sempurna ^_^

Proses ke arah mencapai kesempurnaan itu sudah cukup manis walaupun titik akhir kesempurnaan tidak dicapai. 

Teruskan menjalani perjalanan sepanjang jalan kesempurnaan...itulah kerja hamba kerana yang mencapaikan kita pada titik akhir itu adalah kerja Allah...

Sahabat comel saya selalu kata, mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis <3

Bakal-bakal pejuang ekonomi Islam dan negara..InsyaAllah ^_^

Wednesday, April 11, 2012

Rindu

Aku bimbang aku akan merindui kalian nanti...cewaah~ Moga hati terus bertaut. Best Friend Till Jannah <3 InsyaAllah...

Bestnyewww...

Melihat kawan yang merasai kehadiran Allah di hatinya.

Ada yang mula menukar tudung jarang kepada tudung yang lebih kebal tanpa perlu disuruh. Aku kagum dengan kefahaman yang meresap dalam jiwamu~

Paling buatkan aku tersenyum hari ini, "Eh tak pakai handsocks..patutlah rasa tak biasa..." Mungkin dia tak perasan kata-kata spontannya itu sedang membungakan hati sahabatnya.... mungkin juga dia tidak membaca tulisan ini. Tapi kepada dia yang dimaksudkan, apa yang aku nak kata,*aku taktau nak kata apa sebenarnya =P.

Benar,cara berpakaian itu bukanlah segala-galanya. Tetapi melalui cara berpakaian itulah pelengkap kepada segala-galanya.

Aku mengimpikan, suasana apabila makan, Allah menjadi perbualan. Apabila berjoging, alam menjadi isi percakapan. Aku mahu itu. Tersangat mahu.

Buat ____________, aku mahu memberi rasa ini sepenuhnya padamu *eceh*

MACHANGSTER~
 sebelum ini menjadi kenangan..biarkan aku mengenangkannya terlebih dahulu :')

p/s : ni bukti aku bukan busy study okeh kawan-kawan. busy updating blog. =P

Monday, March 26, 2012

Footsal Quuen ^_^

Tadaaaa~


Bismillah…

Footsal Queen telah melabuhkan tirai. Huihui. Ninja Wachachaaaa! vs. Joe Jambol Team. Bertangguh dengan keputusan…ok,tak penting untuk tahu. Kerana objektifnya adalah :-

a) Menghidupkan sunnah dengan bersukan
b) Menambah kemesraan sesama kawan

Sweet la tu? ^_^
Tercapai atau tak objektif, bergantung pada pemainnya ya, pengadil tak bertanggungjawab. hihik.

Peraturan dan pantang-larang permainan:

a) Dilarang bertolak-tolakan. Yang dibenarkan hanyalah berpeluk-pelukan dan berpegang-pegangan tangan.
b)   b) Tak dibenarkan stress. Yang dibenarkan hanyalah saling melemparkan senyuman.
c)   c) Sentiasa perbetulkan niat. Jadikan riadah kita satu ibadah.
d)      d) Mulakan sepakan dengan bismillah ^_^

Jangan kasut tercampak sekali dah le shak oi...
Tiada pengalah, yang ada hanyalah pemenang.

Lagi satu pantang-larang yang jika dilanggar akan dikenselkan terus permainan, no penalties. Student laki tak dibenarkan datang =..=! Sorry guys.. Kitorang main korang tengok, memang nak kena sepak namanya.

Tempat dirahsiakan bagi mengelakkan kunjungan pihak yang tak disangka-sangka. Now we let you guys know where is the venue. Padang futsal UiTM warna biru tu =D Kalau sekarang budak lelaki nak datang, datanglah =P

Nak dapat tempat main kena main awal, lewat datang budak laki serbu =.=
Memang padang tu parents diorang punye pun.


A good leader is needed. Good team players are much more needed! So terima kasih yang sangat kepada kalian yang sudi mencurah tenaga, meluang masa, memberi kereta untuk menjayakan Footsal Queen. Mungkin selepas ni ada lagi? Haaa…

Persatuan ada memang ada, tapi nak kata maju selangkah pun tidak, mundur setapak pun tidak. Kita ahli-ahli yang menjadi mangsa. Persatuan apa tu? Tetttt.

Aku belajar perkara ini dari seorang sahabat terchenta. Dan aku pasti, dia tak sedar dia sedang mengajarku (ada gaya ayat novel tak? Hlovate ke?) wink. Dia menjadi penggerak di tempatnya tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Tanpa perlu menunggu menjadi ahli jawatankuasa itu dan ahli pangkatberkedudukan ini. 

Make the best of what we have. Don’t look at what we don’t have. Stop waiting for things to happen. Go and make them happen. ^_^

Kita hentikan menabur complaint, kita teruskan melangkah. Walaupun langkah itu langkah yang kecil dan comel. Supports from you guys are very much appreciated. Aktifkan dirimu~

Terima kasih pada Z penaja bola oren yang superb, yang diharamkan untuk datang. Hehe. Bola anda sehat dalam jagaan kami. InsyaAllah…(2 minggu tak pulang-pulang? What?!) May Allah bless you and the friends ^_^

Joe Jambol,kau aderrr? You girls are great and cute! Korang  adalah pemenang. Thank you so damn much for giving the support! I can feel the spirit of winning in you ^_^

Ninja Wachachaaaa! You girls are awesome and cun! Korang adalah pemenang. Thank you so damn much for giving the support! I can feel the spirit of champion in you ^_^

Gangster Machang


p/s: Macam mana agaknya berfootsal di syurga? Beyond the expectation~ Ah indah…Pasti dan pasti jauuuuuuuuuuhhh lebih indah.


Dah lama aku kepam benda nie. Sekarang baru nak publish. hehe...


To the Queeens, Fat,Kila,Shahira,Put,Aida,Pijot,Hana,Tika,Kak Miza,Fit,Kak Nughrul,Kak Nurul,Kiah,Kak Nor,Anis.....presenting you, from the room with luv..hiks~


p/s: dengar kata time saya/aku/ceq takde, korang ada buat match lagi kan? Hamboih naik syok nampak~