Wednesday, July 6, 2011

Kena tembak!Lariiiiii

Jom sapu pahala Syaaban! *tiba-tiba terjah. salam tak bagi*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Nak bagi denda. Denda berupa....Sebut Lailahaillallah. Ulang lagi. Lailahaillallah. One more time. Lailahaillallah. Mudah-mudahan diterima Allah :)

Ok, ini habuan selepas awak didenda iaitu entry kali ni *gila tak menarik habuan.haha*
*mak saya marah selalu cakap gila.hehe..tukar2..sangat tak menarik habuan*


Ada satu peristiwa yg saya baca buatkan saya rasa touching(saya susah nak touching >.<. Batu kat Sg.Lembing pun lg lembut dari kepala saya). Dibaca dalam buku yang panjang gila tajuk dia. Guys, bersedia. “Siapakah Yang Lebih Baik Perkataannya Daripada Orang Yang Menyeru Kepada Allah?”
Ada lagi sambungan tajuknya,”Panduan Untuk Pendakwah Muda”. Panjang tak? Geleng tandanya ya. 


Beli buku ni bukan sebab saya ni ulat buku pun..sekadar serangga buku yang gigit-gigit kulit buku. Bukan sebab saya ni rajin membaca tapi beli sebab tajuk dia panjang sangat.haha.
Murah je. RM14 utk Semenanjung. Nk convert into dollar adalah dalam………..tak tau.Tapi Sabah Serawak MAHAL GILA. RM17.
(baca:org perasan pemurah berkira dan kedekut macam saya RM10 pun dia cakap mahal kan)
Semua skali ada 123 pages.(excluded kulit buku dan kata pengantar).
Nipis je kan?(tak kurang 3 minggu baca still tak habis-habis lagi.punyelah rajin.haha)


Wokeh, abis cite pasal buku. So, tadi kat mana kita? Eceh, konon-konon tak ingat.
Pasal touching.
Kisah baginda.
Siapa lagi kalau bukan kisah kekasih Allah ya Rasulallah sallallahu 'alaihi wasallam...Salam sejahtera ke atas baginda.

Rasanya korang sume dah tau kisah ni. Mesti siap ada yang tau version Turki, version Uganda, version New Castle. Tapi ni version pelukis kata. Boleh camtu? Sebelum ni saya dah tahu kisah ni. Masa sekolah dolu-dolu tu.Tapi sekadar tahu tanpa rasa. Jadi sekarang saya cuba untuk menambah rasa. *dah berapa entry asyik gune ayat camni :-P*


Dalam sebuah hadis Qudsi, diceritakan baginda menziarahi Abu Talib tatkala bapa saudaranya itu sdg mnghadapi sakaratul maut. Baginda bersabda ”Pakcik,ucapkanlah kalimah syahadat aku akan menjadi saksi terhadapmu di hadapan Allah kelak.”


Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umamah, dua tokoh yg turut ada skali di sisi Abu Talib. Diorang menyampuk,"Wahai Abu Talib,sanggupkah engkau meninggalkan agama Abdul Mutalib". Tak dilupakan kehadiran syaitan-syaitan yg membisik-bisikkan kejahatan. Mudah syaitan menghasut dua makhluk tu. Namun, Rasulullah tak berputus asa. Baginda terus mengulangi seruannya. Akhirnya Abu Talib mengucapkan kata-kata terakhirnya bahawa dia tetap dengan agama Abdul Mutalib.


Part ni yang touching. Rasulullah bersabda, “Demi Allah aku akan mohonkan keampunan daripada Allah untukmu”.
Namun Allah menurunkan wahyu melalui surah At-Taubah:113..


Sorry, sila rajinkan kaki untuk pergi amek terjemahan masing-masing. Siapa yang belum ada, diwajibkan beli..hehe. Atau sape-sape yang memang dah ada dalam kepala, boleh keluarkan kepala sekarang.


Back to the touching part. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam still boleh ada rasa nak mendoakan bapa sedarenya. Seruannya ditolak bulat-bulat depan dua orang musuh plak tu.
Sifat macam ni yang berhektar-hektar berada jauh dalam diri kita saya. Sedangkan ajakan baru ditolak bujur-bujur. Dah mencaci maki dalam hati..Astaghfirullahazim.
Ni lah gayanya budak terlebih perasan matang tak matang.

Aritu saya dihentam oleh seorang hamba Allah. Secara live ok! Bertubi-tubi dan berubi-ubi. Umpama peluru berpandu sesat tak bertuan. Berdarah-darah satu badan.*tipu-tipu*. Mungkin bukan dihentam. Lebih manis jika disebut sebagai ditegur. Sakit tu memang ada rasa sikit. Siap kena blocked kat facebook der..haha. Bila dah rasa sakit, timbul geram secubit. hehe. Terbaca pulak kisah Rasulullah yang tadi tu..Alhamdulillah boleh dijadikan panduan. Sakit dan geram diusir sedikit demi sedikit. cecewah..Tapi saya boleh lagi tidur lena walaupun dah kena hentam.*lupa ke saya ni kepala keras.hoho*
Meh nak kongsi hentaman beliau..Sebelum tu, thanks to him/her kerana sudi menghentam menegur.


Hentaman musuh biasanya lebih jujur daripada pujian seorang kawan. Bisa pujian kawan lebih memedihkan dari bisa hentaman musuh. Kesimpulannya, saya suka dihentam *mata juling-juling* So, kawan-kawan lepas ni sila-silakanlah menghentam saya lagi..haha. Weh, jangan cari pasal tak memasal.
Before dat, sila-silalah rasa anda kena hentam skali. Sememangnya hentaman tu untuk korang pun. Bukan untuk saya chop. Boleh jadi tu adalah luahan hati yang dipendam beliau.


Antara kata-kata pedih tapi benar dari beliau pada saya korang melalui saya :


Orang alim memang suka menghentam ke ha?!! Kitorang nak tanya je. Bila tanya je kena hentam. Islam macam tu ke?! Ustazah kitorang kat sekolah dulu tak macam tu pun.
Pastu senang-senang cakap kitorang ni orang neraka.


Toing! Kena sebijik. Baru sebijik. Ada berbijik-bijik lagi.


Orang alim taknak kawan dengan saya sebab takut saya buatkan diorang masuk neraka sekali!


Suka-suka label aku ni orang neraka! Bagus sangat lah tu nak ugut orang. Ugut kitorang dengan neraka. Allah pun marah orang memburuk-burukkan orang!


Korang ni poyo la..*ni saya tambah.*

(pengubahsuaian ayat dilakukan serba sedikit bagi menjaga hati pihak-pihak terbabit)


Btw, saya bukan orang alim. So saya tak termasuk dalam teguran dia tadi.*cuba melarikan diri dari provokasi.haha*


Amacam? Best tak kena hentam?
-Sambil buat muka bahagia,"Bestnyeeeeee kena hentam..waahh.."-

Sekali-sekala best gak kena hentam. Bukan selalu. Puji-puji tu dah biasa sangat. Boring jugak kan..haha..Astaghfirullahala'zim..Saya melalut je ye.


Hmmm..betul ke apa yang dikatakan oleh beliau tadi? Sebab setakat ni, orang alim yang Allah pertemukan dengan saya, semuanye cool, baik-baik. So teguran tadi untuk korang yang alim-alim untuk refleks diri :-P. Saya ulang, saya tak alim. Jangan menghukum saya dengan mengatakan saya orang alim. Tumbuk kang. haha.


Mungkin ada benarnya kata-kata beliau. Kita terlalu cepat point salah orang. Bahasa famousnye cepat menghukum. Jom buat refleksi diri. ^_^. Ahli syurgakah aku, sampai boleh mengatakan dia ahli neraka?


Kaitan dengan sirah Rasulullah plak...Saya baru kena hentam tegur seciput dah rasa macam ok, I quit. I can't stand all these. Yang warak sikit kata, nak wat guane Allah dah takdirkan untuk aku join dakwah sekejap je sebab aku ni lemah sangat.


Eh, pondan tak macho la gini.*bercakap dengan diri sendiri*


Rasulullah berdakwah dengan darah...
Kita berdakwah sekadar duduk di rumah...
KitaKata kita penyambung risalah Rasulullah...
Mestilah gagah...
Pegangan tidak goyah...
Tatkala berhadapan dengan ummah...
Bermuhasabah tatkala ditohmah...

Wajiblah tabah...
Bukan menjadi lemah... 


Full lemak..cakap pandai sangat. Pastu bila kena batang hidung sendiri terketar-ketar. Serius, to be honest memang gua terketar beb! >.<..Siryes rasa nak demam lepas tu..haha.


Teruskan bacaan..Sikit je lagi ni..


Kawan-kawan, Allah dah pilih kita untuk zaman ini. Sememangnya KitaKata kita bukan Nabi. Tapi kita ada Nabi untuk diteladani. 


Apakah kita mengimpikan hidup umpama Firaun dilimpahi harta kekayaan dan kuasa namun dilaknat Allah sekeras-kerasnya?


Atau kita mengidamkan kehidupan payah dan pedih Rasulullah namun mendapat penghargaan sebagai kekasih Allah?


Allah menyediakan pilihan. Allah menyediakan ganjaran. Kita yang bakal menempuh kematian. Kita yang membuat keputusan.


Wallahu'alam


p/s: jangan lupa check surah at-Taubah ayat 113 okeyh :-D



Sunday, July 3, 2011

Semalaman bersama Kak Wardina Safiyyah(ececeh)

Bismillahir rahmaanir rahiimm...
Alhamdulillah selamat sampai ke Dataran Wisma TNB. Walaupun tak tau jalan nak ke sana sebab awalnye memang tak tau pun kat mane. Berbekalkan Allah dan Rasul sebagai kekuatan, redah je la dengan kereta empat roda tu. Peneman yang ikut pun boleh tahan tak mahir selok-belok jalan walaupun dah berbelas tahun duduk Kuantan. Rupa-rupanya kat bangunan TNB yang senang je jalan nak gi situ. kwang3.

Nak pergi taman syurga dunia, siapa tak semangat kan?

Okeh, "Nur Qaseh" title forum.
Moderator : Ustaz Badlishah Alauddin.
Speaker :
1. Ustaz Syed Norhisham
2. Kak Wardina Safiyyah (oceceh.berkakak-kakak plak die..)

Ustaz Syed yang cool
Transformer...Alhamdulillah :)
Apa yang bakal ditaip adalah apa yang dicatat. Apa yang dicatat adalah apa yang didengar. Apa yang didengar adalah apa yang dikatakan oleh tiga makhluk pintar itu. Bukan dari saya. Dan apa yang ditaip ini adalah kata-kata mereka tapi ditulis dalam versi saya. Ok, clear.

Macam panjang. Jadi betulkan apa-apa yang patut. Nak sediakan kopi secawan amat disyorkan. Bak sini sket.
Terima kasih sudi meluang masa, meluah rasa.

Ustaz Badlishah memulakan dengan....
CINTA? In English we call it as LOVE.
In Hindustan, PIAR inspektor sahab.
Bahasa Cina, AI.
Bahasa Arab, حب.

Ok, masuk Round One.
Soalan : Apabila disebut tentang Nur Qaseh, apa yang tergambar?

Ustaz Syed Norhisham.
Sekarang bila sebut love, ramai yang membayangkan Hollywood Bollywood. Seolah-olah love kita berkiblatkan itu. Sedangkan Allah mengutuskan Nabi Muhammad untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Al-Anbiya’ : 107)


Rahmat dan kasih sayang yang Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam bawa bukan je pada orang dekat-dekat kite bahkan pada musuh. Nabi pesan nak bunuh musuh di medan perang, bunuh dengan baik*ustaz ada sebut dalam arabnye tapi tak tau yg mana. xD* Nak bunuh musuh pun dengan cara yang paling cepat mematikan. Dengan musuh pun Islam bagi rahmat, maka camne dengan ibu yang mengandungkan kita 9 bulan, ayah yang bertungkus-lumus mencari nafkah, anak kecil yang tidak mengenal apa-apa ditambah dengan kecomelan yang tak berbelah bagi.. This is Islam man. Penuh kasih sayang. *saya tambah* 

Tengok cara sembelih yang Islam ajar. Tak seksa. Apabila terputus dua urat marii'(camni ke eja?) Darah tak sempat disalurkan ke otak. Makanya otak tak berfungsi. So otak tak boleh interprete rasa sakit. Cara menyembelih pun penuh dengan kasih sayang kerana Islam meraikan sifat kelembuan lembu tu..hoho.

Ustaz sebut, hadis riwayat Bukhari "Barangsiapa yang tak mengasihi dia takkan dikasihi".
Allah hadiahkan kita rasa kasih-mengasihi kerana ini yang membawa satisfaction dalam hidup. Setuju? Tak setuju, main jauh-jauh.

Kasih sayang jugak yang membawa pada rahmat Allah.

Hati yang tenang membawa ketenangan. Ketenangan membawa kebahagiaan.  Inilah Nur Kasih dari Allah. Kebahagiaan yang hakiki.
Cinta yang dibina bukan atas dasar Allah, takkan merasai satisfaction.
Kasih pada ibu bapa atas dasar cinta kepada Allah. Inilah Nur Kasih.

Anak-anak ada fikir, adakah aku cukup menghargai parents aku?

Ustaz cerite satu kisah tentang Imam Asmai'(betulkan if salah), Imam Asmai' ingin mencari manusia yang paling derhaka. So imam pusing satu kampung. Beliau terserempak dgn anak muda yg disebelahnya ada seorang tua yang tgh amek air dari telaga. Setiap kali pakcik tua tu lambat, akan dipukul oleh anak muda tu. Pakcik tua tu ayah anak muda tu kot! Pastu imam tanye nape wat camtu. Anak muda tu jawab, itu apa yang ayah saya buat kat ayah ayah saya (ayah dia buat kat atuk dia la maknenye). Itu jugak apa yang ayah ayah saya buat kat ayah ayah ayah saya (atuk dia buat kat moyang dia).


Moral of the story, What u give is what u get. Ke mana tumpahnye kuah kalau bukan dalam pinggan. So pengajaran untuk kita yang bakal bergelar bapa dan ibu nie (cecewah), didiklah anak dengan didikan yang memenuhi alur-alur ketuhanan. Peribadi bakal anak-anak kita menjadi cerminan peribadi kita sendiri. Kalau sekarang awak malas masak, anak awak lagi pemalas dari awak (cakap kat diri sendiri ke hape?haha)...


Bila kita teruk, anak kita jadi beruk. eheh silap. Bila kita teruk, anak kita jadi lebih lebih teruk. Bila kita elok, anak kita jadi lebih lebih baik dari kita yang elok. InsyaAllah... 
(ada gaya pakar penasihat kekeluargaan Islam tak? biar saya jawab, TAKDE LANGSUNG )


Pastu ustaz ajar doa untuk memperoleh kasih. Surah al-Furqan ayat 74.
Bismillahir rahmanir raahimm...
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin orang yang bertakwa". Amiiinnn.

Apa yang dimaksudkan dgn kalimah Qurrata A'yun (penyenang hati)?
Ustaz bagi contoh, seorang suri rumah yg kena jaga anak dua belas kat umah, bila tengok wajah husband pulang kerja, hilang semua kepenatan..Penat mengejar anak  yang ramai, sorang dalam washing machine, sorang dalam peti ais, sorang dalam toilet boleh hilang dan hati jadi sejuk tgk wajah husband.(eyt! ni untuk contoh org dah kawen.jangan perasan!)

Inilah Nur Kasih yang dibina atas dasar kasih sayang kepada Allah.

Next, Ustaz Badlishah.

Allah kurniakan kita satu hati. Dalam hati ada berjuta rasa. Tiada orang yang boleh menolak rasa cinta. Kerana itu fitrah kejadian manusia. Allah bagi manusia rasa cinta. Makanya, Allah ajar cara mengurus cinta. Bukan cinta membabi buta.

Pastu ustaz cite pengalaman ustaz. Kisah The Power Of Love. Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ada kumpul manusia trans gender.(bahasa urbannya, maknyah). Golongan trans gender tu kata, ni first time diorang jumpa ustaz2 yang baik mendekati. Sebelum ni semua cakap kitorang AHLI NERAKA! Kami nak jadi baik tapi takde orang jadi petunjuk ke arah kebaikan tu. 


Apa sket ahli neraka.=.=''.Macamlah orang yang kata tu baik sangat sampai boleh chop orang lain ahli neraka. Inilah namenye hakim tanpa mahkamah. Mahu jadi sebahagian hakim-hakim tu? Jika mahu, sumbangan anda sememangnya tak diperlukan. Islam hanya memerlukan hakim yang penuh dengan kasih sayang macam yang dilakukan para ustaz tu.

Sambung cite ustaz, JAIP bawak diorang pegi solat Jumaat. Yang paling best, ada yang pakai tudung gi masjid. Ustaz kata nak tergelak pun ada. Tapi idokla gelak depan diorang. Kecik ati mak. Haa kesian kat diorang kan. Diorang buat dosa tatkala jahil, kita buat dosa dalam kita memahami agama, bukankah kita lebih hina?

Dengan sentuhan Nur Kasih tu, alhamdulillah ada yang mintak tolong ustaz ke arah perubahan. They don't know what you care until you care what they don't know.

Then, soalan yang sama ditujukan pada Kak Wardina(ececeh).

Cukuplah dengan melihat pada kalimah Bismillahir rahmaanir rahiimm..Tahukah anda, rahim ibu, diambil dari sifat Allah, Ar-Rahim (Maha Penyayang). Kehidupan seorang baby dimulai dalam rahim ibu. Cukup membuktikan betapa manusia itu memang dilahirkan dengan penuh kasih sayang.

Pastu Kak Wardina cite experience camne beliau melalui perubahan. Err time ni syok sgt mendengar. Jadi tak tau camne nak recerita.(mesti excited nak baca part ni sebenarnye kan? sorry la ye. sape suruh tak datang. ngeh3)

Sambung. Hamba-hamba yang tak solat, tak pose, tak tutup aurat, semua tu golongan yang sedang menzalimi diri sendiri. Tapi tak boleh nak salahkan mereka sepenuhnya. Macam  saya ( Kak Wardina) sendiri, masa dulu ibu saya selalu suruh saya pakai tudung, pergi solat. Tapi saya tak nak buat. Sebab saya tak tau KENAPA kena buat semua tu. Plus, saya tak tau rasa cinta. Tapi bila ibunya menggunakan pendekatan berbeza, pendekatan kasih sayang, itu membuatkan saya berfikir. Contoh yang ibunya buat, doakan depan-depan beliau dan tak paksa untuk suruh buat. p/s : Aritu Kak Wardina pakai tudung labuh. Whoa! Doakan beliau istiqamah.


Luahan dari hati beliau sendiri, bila ada kawan-kawan kita yang nak mendekatkan diri pada Allah dan nak mula berubah, tolonglah jangan jatuhkan semangat. Tolonglah jangan sebarkan aib mereka. Ni melalui pengalaman beliau sendiri. Kawan-kawan sendiri tak support. Tapi dalam masa yang sama, Allah pertemukan beliau dengan orang baik-baik. Makin lama makin ramai Allah pertemukan.

Orang yang takde melalui zaman gelap, tolonglah jangan menghukum. Allah boleh cabut iman seseorang anytime. Excuse me, Allah takde bagi thermometer untuk ukur degree iman seseorang ok. p/s : sgt tertarik dgn penyampaiannya yang sempoi kerana beliau berkongsi rasa bukan ilmu semata ^.^ . Pesan beliau, sematkan dalam hati, I want Allah to love me. Caranya melalui cinta pada diri sendiri. Hentikan penzaliman diri.

Ok, sampai sini dulu kot. Kita hadam sikit-sikit dulu. Tapi sebelum tu, jom sama-sama amek iktibar dari pantun berkerat-kerat ustaz Badlishah.

Apabila jauh berutus surat,
Dekat mula berjabat,
Bertemu duduk erat-erat,
Hilang malu pada Allah dan malaikat,
Akhirnya perut menjadi bulat,
Lahir anak tak cukup sipat.

Pastu mulalah menanggung malu. Ini semua salah lu. haha. Dah mula nak melalut. Cukup setakat ini dahulu.

Mungkin apa yang dibaca atau apa yang didengar adalah sesuatu yang klisye. Tapi apa yang dapat saya rasakan, kehadiran ke sana bukan untuk menambah ilmu sahaja, tapi cuba untuk lebih menambah rasa.


Wallahu'alam.