Sunday, May 13, 2012

Kau lah Mereka

Ntah kenapa...
Aku terasa...
Lagi-lagi bila membaca penulisan kau dan dia...
Moga itu kejutan buat aqidah dari dibiar terlena...

Jazakumullahu khair buat sesiapa yang merasakan merekalah diri-dirinya ^_^

Nah bunga...

Eh sorry. Silap bagi bunga layu plak.


*(^.^)*


Mudah kita laung-laungkan bersahabat hingga ke Syurga  blablabla.... adakah hati benar-benar merasakannya? Jika tidak, kita masih punya masa...


Tuesday, May 8, 2012

Hati berzina

Nota ringkas buat peringatan diri saat ini. Juga nota untuk kalian~

Aku tertanya-tanya bagaimana zina hati? Ya, zina hati itu haram (nama pon zina ~,~) tapi takrifan zina hati tu sendiri aku masih tak tau. Macam mana nak menjauhkan diri dari sesuatu yang aku sendiri tak tau apa yang perlu dijauhi? Maka dalam pencarian pencerahan, terserempak dengan video ustaz azhar.

Islam nak menutup pintu kerosakan.

Teringat pada seseorang tak salah. Teringat pada kawan perempuan sekuliyah (bagi lelaki), takde ulama' kata haram. Tapi teringat yang mengundang syahwat itu yang haram.

Teringat ke seorang perempuan bukan zina hati. Tetapi jika teringat pada keindahan tubuh die, itu zina hati.

*Sila angguk-angguk sebagaimana semangatnya anda apabila mendengar pensyarah menerangkan maksud di sebalik formula fizik*

Aku yakin, ustaz hanya menjawab secara surface. Maka teruskan lagi pencarian pencerahan. Wallahu 'alam.



Wednesday, May 2, 2012

Parashoot! or parachute?

Kayaking (done)
Rakiting (done)
Memanahing (done)
Paintballing (done and always feel undone..hoho)
Bowling (menyibuk je ni)
Kudaking (done)
Orienteering (done)
Wall climbing (wall mana nak carik ni)
Parashooting (coming coming...risau terbasah seluar. kwangkwang. ade bran ke aku? macam tak....tapi nak)


Is this parashoot or parachute?

Andai ada yang tercabar, silakan. Saya juga sedang mencabar.

Kita cabar diri melakukan sesuatu di luar kelaziman. Jika sebelumnya belum pernah solat di awal waktu, cubalah sekali. Rasakan perbezaannya. Mungkin rasa yang datang dari percubaan yang sekali itu akan menggerakkan kita untuk melakukannya berkali-kali disebabkan oleh luar biasa lazatnya rasa yang sekali itu!

Oh ya. Jangan lupa mencabar diri melakukan sesuatu di luar kelaziman dan kebiasaan yup..contohnya bangun pagi. Ya bangun pagi! Awak tak tersilap baca. Ya bangun pagi! haha.

Jika sebelum ini kita biasa menjadi hamba yang suka membangga diri, sekali, cuma sekali, kita cuba menjadi hamba yang mengkerdilkan diri. Pasti rasa yang sekali itu kita mahu nikmati berkali-kali.

Ok, saya naik bas dulu..tata~