Thursday, December 29, 2011

Bukan aku,orang lain.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bila baca peringatan dari orang lain :

"Jangan solat lambat...Takut nanti tak sempat"
Respond dalam hati: Aku memang solat awal..Sebelum azan lagi dah duduk atas sejadah!

"Pompuan jangan ngorat laki kalau tak bersedia ke jinjang"
Respond dalam hati: Eh haah kan..Nasib baik aku tak..Bukan macam si Angelinas Julie tu...
 p/s:Tunggu laki ngorat dulu..haha.

"Rasulullah pesan jangan marah..."
Respond dalam hati: Aku penyabar orangnye.

"Dengar lagu Nafsu Muka Buku...Baik punye mamat tu smash perempuan perempuan di muka bumi"
Respond dalam hati: Bagus gile yang buat lirik ni..Biar sedor sket perempuan-perempuan kat luar tu..

"Longgarkanlah pakaianmu wahai awak..."
Dalam kepala dah terbayang orang lain yang berpakaian tak longgar =.=
"Tudung tu tak boleh jarang lagi?"
Respond dalam hati: Oh tidak, tudung aku besar..dah boleh sapu lantai..Mungkin aku perlu cakap kat Alexander (sejak bile Alexander pakai tudung?)

Benda jahat je, teringatkan orang lain. Mulalah dalam kepala terbayang si Joyah, si Goyah, si Hoyah...si Jongang pun terbayangkan sekali!
Bila dapat peringatan yang menghantukkan kepala, sering kali terbayangkan orang lain. Kenapa tidak kenakan peringatan itu untuk diri sendiri walaupun mungkin ya, anda tidak melakukannya. Apa salahnya simpan untuk hari tua =)

Wallahu'alam...
Peringatan ini tidak akan ditulis melainkan untuk mengingatkan diri ini terutamanya...

Monday, December 19, 2011

Bismillahirrohmaanirrohiimm..
Kata-kata ini dikerat dan ditampal dari Ustazah Fatimah Syarha (atau lebih mezzra Kak Ha~~)

"Langkah jihad ini tidak maju dek puji, tidak mundur dek keji tetapi akan tetap melangkah memburu janji Ilahi."
Subhanallah...

Dari ana untuk enti...
Dari ana untuk enta...

Pewwiitt =D

Tuesday, December 13, 2011

Bukan zip seluar tapi zip mulut

Bismillah pembuka selera...

Dalam lecture hall, Sir Rizal tanye (assignment Law tak siap lg padahal)

"Plajar stuju hukum hudud dilaksanakan?"
Ada dua tiga suara lantang bersuara..stuju!!!!

Dan ada satu suara sayup-sayup, tak stuju...*amplifier rosak kot

Dan yang ratusan berbaki, menyembunyikan suara..*amplifier hanyut dalam banjir barangkali.haha

Sir tanye, "hukum hudud sumber dari mana plajar?"
Dengan yakinnye ada satu suara menjawab (memang kurang ajar sebab suke menjawab =D),
"Al-Quran sir."
"Al-Quran isn't it?" Sir buat muke comel then katanya, saya bukan ustaz..Aku baru semangat nak dengar apa lagi lecturer aku nak cakap =.="


Tamat.
Ok, tu je. Entah kenapa aku sgt terkesan dgn soalan sir tu.

Hukum hudud = Al-Quran = kata-kata Allah = hamba nak menafikan?? sumpah tak layak!

Bukan tentang isu hudud tu je, malah kata-kata Allah yang lain yang juga perintah dariNya yang still kita tak ikut...Mungkin kita masih selamat sebab dalam golongan tak tolak, tapi kita mungkin juga golongan yang tak ikut...adeh...

Bukan tak ikut tu sama dengan tolak? Cuba ganti tak ikut yang kat sentence atas dengan tolak..Nauzubillah...

Ya Allah, jadikanlah hati-hati kami ini hati seorang hamba...





p/s: bukan nak bangkitkan soal hudud tu, contos je *sambil mengunyah corntos*

Tuesday, November 29, 2011

"Akak, akak dulu amek STAM eh?"kahkah..amekkaw! Jangan perli akak dik =..=

p/s : sedikit cubitan dari blog http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/11/cintaku-kerana-agamamu.html. disebabkan frust tak dapat jumpe beliau yg mana kawan-kawan aku dapat jumpe beliau lagi dan lagi, bace blog pon jadi le =)

Wanita vs masjid..Sape menang? Masjid menang atau wanita kalah? haha
Wallahua'lam...

Wednesday, November 23, 2011

Do you understand what is understand?

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaaatuh...

Belajar. Dengan belajar kita diajar menjadi kurang ajar. Dari kurang ajar menjadi lebih terpelajar (terlebih+ajar=terpelajar)

Ada antara kita belajar sebab nak balas jasa ibu bapa (woh mulianya niat awak).
Ada antara kita yang faham belajar itu adalah menelaah buku teks Law yang penuh dengan dakwat hitam putih, satu grafik pun takde. Baca buku lain yang takde kena-mengena dengan course diharamkan untuk dibaca sebab bila baca buku tu, kita bukan tengah belajar.hoyeahh...

Ada yang faham belajar itu sekadar turun naik tangga pergi ke kelas. Bila nampak orang buta melintas jalan, itu bukan satu pelajaran. Sebab, mana ada whiteboard or whitescreen kat situ. Nak belajar apa camtu?hoyeahh..

Mengaku diri terpelajar tapi bila nampak sampah tepi kaki disepak ke tepi. Mengaku diri terpelajar tapi bila diajar makin kurang ajar.

Mengaku belajar kerana Allah tapi bila diberi kejayaan, mengaku dirinya yang rajin belajar. Mengaku belajar kerana Allah tapi bila diberi kegagalan, mengata yang dirinya lebih layak untuk dapat result yang lebih bagus dari apa yang Allah dah bagi.

Apa beza kejayaan dan kegagalan dalam exam? Bila kita membanding-bandingkan kejayaan dan kegagalan, ada yang mempersoalkan dimana Allah Yang Maha Adil?
Kejayaan = Ujian.
Kegagalan = Ujian.
Ujian = Pahala

Change into simultaneous equation.
Kejayaan = Ujian = Pahala.
Kegagalan = Ujian = Pahala.
Masih belum adil?

Simplify the equation.
Kejayaan = Pahala.
Kegagalan = Pahala.
Mungkin ada perbezaan tapi jangan dilupakan persamaannya.

Subjek paling the bestest skali yang ada dalam Universiti Kehidupan (UK..oversea siot), adalah subjek Ujian. Dalam subjek Ujian tu, takde soalan susah atau senang. Takde istilah ujian yang berat atau ringan. Yang ada hanyalah akrab atau tidak hubungan kita dengan Dia. Apabila akrabnya hubungan seseorang dengan Allah, ujian yang berat itu dirasakan ringan. Apabila jauhnya hubungan seseorang dengan Allah, ujian yang ringan itu dirasakan berat.  Dapat detect beza berat dan ringan?

Soalan-soalan dalam peperiksaan subjek Ujian sangat unik. Tidak memerlukan exam hall yang khusus. Tidak memerlukan tempat belajar yang tertentu. Tempat belajar yang fleksibel. Masa belajar yang fleksibel. Yurannya percuma. Lecturernya tak bergaji. Apabila graduation day nanti, tiada sijil yang diberi. Mungkin tidak di pentas dunia, mudah-mudahan di "pentas Syurga"...InsyaAllah.

Belajar untuk belajar.
No one really understand what is understand. Do you understand what is understand? Seriously I dont understand what do you understand by understand. Understand? If understand, please stand =.="

Wallahu'alam.

Wednesday, November 9, 2011

The Way We Live Life =D

Aku menulis Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Senyum lembu sket...mooo~

Sebijik macam korang senyum...haha
Lecturer Law buat kelakar sebelum cuti raya *sorry Sir Rizal! mintak izin nak cite pasal sir sket. utk pengetahuan, sir adalah cikgu yang paling handal untuk memburaikan isi perut student. Sir ni paling banyak kali berjaya membuatkan student ketawa sampai nak menangis! Dan paling best, mulutnya tak lekang menyebut Subhanallah walaupun tengah buat kelakar =D

Lawak hari raya (Lawak ke?).
Sir Rizal : Ok, student. Bila tarikh Raya Haji ye?
Student jawab dengan jayanya : 6 November ni sir, hari Ahad.
Sir Rizal : Oh I thought 10 Zulhijjah.
Student : Fine sir~ haha

Hari Raya Haji/ Eidul Adha/ Qurban dah berlalu..Tapi pengorbanan kita masih perlu diteruskan ibarat air kelapa yang tercurah-curah dalam jag air yang sangat lazat diminum (masih tak mampu mengorbankan kegemaran untuk melalut. Tunggu Raya Qurban tahun depan pulak kot-kot boleh(tengok tu..melalut lagi..haihh)).

Kelapa dikorbankan sambil menyebut "Iyaahh iyaahh" 

*Switch on serious mood....kriuk kriuk*

Ok, ciri-ciri ilmu bermanfaat..(bukan daging yang bermanfaat ye)

a) bila kita dapat ilmu tu, it reflects our aib..maksudnye, bile tau tentang sesuatu, ilmu tu membantu kita untuk perasan keburukan yang ada pada kita..tak kesah ilmu tu kita dapat dari pandangan, pendengaran, dari segi percakapan orang pada kita, ayat-ayat status member, nasihat ustaz kat masjid...apa-apa sahaja ilmu yang tolong mendedahkan rasa aib terhadap diri sendiri....insyaAllah ilmu tu bermanfaat. 
*Bukan bermaksud aib kita didedahkan.oleh orang lain. err, kalau tak jelas, sila maklumkan.

b) Kedua, ilmu yang membantu untuk kita lebih dekat dan kenal pada Allah. Jelas. Tak perlu huraian yang hanya akan lebih mengcomplicatedkan keadaan.

c) Next, ilmu yang membuahkan amal kita. Terang. Tak perlu suluhan lampu kereta.

Mungkin itu hanya beberapa ciri ilmu yang saya rasa bermanfaat. Kalau nak tambah, sila buat muka tak malu dulu.

Tahap muka tak malu tu lebih kurang camni..haha

Apa yang bakal disisipkan ini adalah hasil pendengaran dari percakapan Ustaz Pahrol pada 5 pm bertarikh 11 Zulhijjah dan diolah dan ditambah kurang tanpa meminta izin ustaz. Saya rasa ilmu yang disampaikan beliau memiliki ketiga-tiga ciri yang disebutkan. Dan apa yang dicoretkan hanya cebisan dari keseluuhan penyampaian.


Pokok kelapa yang manfaatnya bukan sekadar di buahnya, di daunnya, di tempurungnya mahupun di si pemanjatnya (???)

Tajuknye, Melihat kehidupan dari pandangan Pencipta.

Sayang sekali bagi kita yang tidak terfikir untuk melihat kehidupan. Kita menjalani kehidupan tapi kita tidak mahu mengkaji bagaimana kehidupan itu sewajarnya dilihat.  

"What you get is what you see." 
Kita dapat dari apa yang kita lihat.

Justeru (BM abis), bagaimanakah pandangan yang terbaik untuk melihat kehidupan? Ustaz kata, melihat kehidupan dari sudut pandangan Pencipta bukan pandangan dari mata kepala.

"What happen inside you is more important than what happen to you."

Contos, bila ditakdirkan berlakunya accident, accident yang berlaku tu tak penting tetapi ibrah (ibrah=pengajaran. skali-skala nak gune bahasa power sket) yang kita dapat dari accident tu yang Allah nak sampaikan pada kita. Accident tu melatih kita jadi lebih redha atau sebaliknya. 

Contos lagi. Apabila Allah kurniakan kecemerlangan dalam exam, dapat 97.5% dalam subjek Account, membuatkan kita lebih bersyukur atau lebih takabbur? 97.5% tu tak penting dari pandangan Allah tetapi impak kecemerlangan tu terhadap hati kita yang Allah nak tengok.  

Contos lagi. Bila kita berpakaian dalam menjalani kehidupan, brand dan harga tak pernah menjadi aspek penilaian untuk dapat markah yang tinggi apabila dinilai Allah. Tetapi kesan dari cara berpakaian itu membantu mendidik kita menjadi lebih riak atau lebih tawaddhuk? Kesan terhadap hati itu yang dinilai Allah.

Apa yang membentuk cara kita memandang kehidupan? Believe System. Sistem Keyakinan. Itulah IMAN. Melalui sistem keyakinan tu terbentuk sistem nilai.

Dalam sistem nilai tu terkandung, What is true, right and truth. Melalui sistem nilai terbentuk sistem akhlak. Pembentukan akhlak tu sistem yang terakhir. Tengok iceberg. Hanya 5% dari keseluruhan iceberg tu yang kelihatan. Akhlak kita adalah yang 5% itu. Measurable and observable. Akarnya yang lebih dulu perlu dipasakkan. Sistem Keyakinan yang membentuk akhlak.

Keyakinan pada Allah mencorakkan cara kita melihat kehidupan dan menjalani kehidupan..  

Kita hidup dalam sistem keyakinan yang beriman bahawa dunia ini merupakan ladang akhirat. Disini kita diuji bukan didera. Di dalamnya terkandung nikmat dan musibah. Di sini membezakan taqwa antara seorang hamba dengan hamba yang lainnya. bagaimana kita melihat nikmat itu? Bagaimana kita memandang musibah itu?

Allah memberi musibah pada hambaNya untuk :
a) meningkatkan darjat kita di sisiNya,
b) tanda Allah menyayangi kita,
c) membantu menghapus dosa yang mana jika dosa kita mampu dizahirkan, ianya sebesar bumi dan sebanyak isinya,
d) Allah bagi musibah sebab nak bagi pahala.

Bila ditimpa musibah, kenapa perlu merungut? Kerana kita melihat kehidupan dari mata kepala. Yang mana pandangan dari mata di kepala itulah yang paling banyak menipu. Masih ingat topik optical illusion physics chapter 5, Light? Bukti pandangan mata yang mudah tertipu.

Kita hamba. Seorang hamba layak diuji. Kita hamba. Jika dengan ujian kita memberontak, gugurnya sifat kehambaan pada kita. Kita hamba. Tak layak bagi seorang hamba untuk tidak merelakan dirinya diuji. 

Allah mentakdirkan sesuatu dalam hidup kita semuanya baik belaka walaupun pahit untuk kita. Tersirat kebaikan yang sering kali kita tak nampak. Kita hamba. Bukan Tuan apatah lagi Tuhan. 

Wallahu'alam...






Saturday, October 15, 2011

Bomoh Wanita datang level 3 Kolej Dato Onn

Syuhhh syuhhh...*sibuk menghalau sawang-sawang yang menerewang di sini. bukan sawang dalam bilik chop!*

Hai kawan-kawan..haha. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai pembaca yang budiman. *selang 3 saat untuk anda menjawab salam*
Sila jangan perasan anda budiman sgt sebab kata-kata "pembaca yang budiman" langsung bukan untuk anda. Hanya ucapan salam tu je untuk anda. 

Sejak kulit yang tak cerah mana jadi makin tak cerah kerana berakit 5 jam! saya ulang, 5 jam ok bukan 50 minit, kata-kata di blog ini dibiarkan sepi.

Tapi bagaimana dengan kata-kata ini, "Anda kini berada di alam warisan. Di alam warisan ini, tiada ketakutan. Kerana di alam warisan ini, keberanian anda akan kami uji."*suara wajib serak untuk mengungkapkan kata-kata ini.

Dan akhirnya kata-kata ini pula diungkapkan, "Selamat tinggal alam warisan, selamat datang alam perjuangan". Terngiang-ngiang lagi kata-kata ni. Alam warisan? jeng~ ok, abaikan. tak penting..

There's more important business I'm going to talk about. This is a serious business ok. ihiks.

Since this is my first time jadi "budak asrama" yang ada budak kena histeria, saya jadi quite excited. Wait, excited? Sengal. Orang lain duk gelabah-gelabah, aku gelak berdekah-dekah. Dua hari berturut-turut tak pasal-pasal, jadi bomoh wanita kat kolej ni (mungkin bomah (bomoh+wanita) panggilan yang lebih sesuai?) sementara menunggu ada orang yang pro datang. Oh kelmarin adik yang berusia 18 tahun yang merawat saudari itu. Tibe-tibe saya impressed semacam.

Belajar kat sini sangat banyak unexpected things happened, happening and happen. So saya fed up untuk predict what im gonna go through next. Sebab, so far banyak yang diexpect salah.haha...meleset ke sesuatu yang positif. (nampak sgt saya set banyak negative expectation. huh..)

Hari ni je there are so many new things i've learnt.(suppose to be everyday we learn new things even if the things we learn today had already learn yesterday rite?)

Kelmarin, ada sorang hamba Allah histeria. Menjerit2. Peringatan! Bila orang tengah histeria-histeria, anda tak perlu menambahkan ke"havoc"an suasana dengan suara anda. Wat cool sudeh walaupun penakut. haha. Yang penakut(eh macam kenal..) perlu berlakon berani apabila berada di kalangan yang penakut. haha...dah mula melalut.

Eh tak ke penat dan tension bila duk kalut-kalut takut hantu? (bukan cakap besar cuma ingin mencabar keberanian anda kerana di alam warisan ini, keberanian anda akan saya uji..hehe)

Takut Allah timbulkan kedamaian, takut hantu dapat ape? Dapat ketakutan =..= 

Back to our serious business here. Berpunca dari histeria tu, esoknya ada bacaan yassin. jyeah! walaupun macam kurang ajar, baru terhegeh-hegeh nak baca yassin berjemaah lepas ada histeria..haha. Ye salah aku yang tak mulakan awal-awal dulu. grr..tak reti nak start dol!

There will always positive side behind the negative side kan? ke terlabik?

Bermula dari situ, hubungan sesama kawan2 kat sini makin rapat walaupun saya tau korang memang dah rapat. Dalam Bahasa Uganda known as ukhuwwah. hehe. Hoit! tu Bahasa Arab. Bahasa Uganda tak tau ape. *padahal baru tiga hari aku dah mula buat conclusion..brrrrr. tabiat yg sukar dikikis.

Solat berjemaah mulai hidup. Maksud saya dalam jumlah yang lebih dari dua..huh..Doakan ia berpanjangan ;-)

Dan untuk makluman, kegiatan duduk secara berkumpulan ketika bertelekung tak digalakkan di sini kerana dikhuatiri ada pihak yang beranggapan fahaman politik sedang disebarkan. Adakah ini layak dijadikan alasan untuk tidak berbuat apa-apa? weee~ takde jawapan chop.

Tak kesah la jika punca permulaan pada sesuatu yang baik itu datang dari perkara yang macam dilihat tak baik di kaca mata manusia. Yang pasti, cantik susunan Allah. Sangattttt.

p/s : amalkan ayat kursi. pepahal nak avoid gangguan makhluk halus ni dalaman sendiri kena kuat dan kental. camne nak dapat dalaman yang kuat dan kental tu melainkan anda kerap turun naik bukit hari-hari..haha. Baca al-quran sokmo. Ayat-ayat Allah tu tolong jadi pelindung kita. Letak keyakinan dan pergantungan seluruh percent yang awak ada, pada Allah..kemudian, gaulkan secukup rasa. MIND THIS, Allah dekat ngan kita dan sememangnya Allah jadikan manusia tu bersifat lemah. Allah dah kata dalam al-quran kan..cuba check.*padahal lupa surah apa. saya memang suka bab tak ingat tak ingat ni.=.=
Dekatnya Allah dengan kita lebih dekat dari diri kita sendiri dengan diri kita :)

p/ss : baca ayat ni lau takut atau tak takut, yassiin 58.

p/sss : dan, cover orang yang tgh tak sedar tu dengan sejadah in stead of dengan selimut kerana ini mampu mengurangkan tindakan agresif "pihak lagi satu." utk yang ni, terima apa yang saya cakap sebagai sebuah kata-kata kosong je tau. dalil dan hadis mana saya takde. tapi stakat ni experiment menjadi..haha.dengan izin Allah.. ingat! ni kata-kata kosong sahaja.

paling sedih bila ada yang takut nak bertahajjud atau "berkhalwat" dengan Allah tengah-tengah malam sebab takut nak pi toilet sorang-sorang. AWAS! jangan sampai takut pada hantu jembalang lebih tinggi dari takut pada Allah..nauzubillah. Kita hamba Allah rite? seorang hamba hanya takut pada tuan dia kan? ke camne?

P/S : sila penuhkan toilet waktu maghrib lagi-lagi bila waktu azan. waktu tu paling sesuai korang nak mandi, basuh baju dan bersuka ria dalam toilet..=..=!!



Wallahu'alam...

Alamak, assignment yang boleh siap dalam 2 jam masih tak disiapkan selepas berjam-jam kerana fb dan blog. hantu betul! haha

Friday, September 23, 2011

Kefahaman bercampur rasanya jadi macam sayur campur yang basi dan berlendir

Bismillah pemula kata...
Hari tu saya ada pergi ke satu tempat. Tempat tu kat Malaysia. Terletak di dalam bumi. Ada satu peristiwa yang terjadi kat tempat tu.

Ada sorang pakcik mungkin tegur, mungkin tanya, mungkin banyak kemungkinan, saya pun tak pasti apa yang pakcik tu dah buat sebab bila tanya gadis tu, "what's happening?"gadis ayu itu membisu dan tak jawab lalu blah dari situ. Saya terpinga nganga. So memang saya tak tau apa yang terjadi sebenarnya. Korang yang membaca ni lagi lah tak tau apa yang jadi. Dengan saya yang bercerita tanpa muqaddimah. Intro takde ape takde tiba-tiba masuk huraian isi pertama.

Saya taknak sentuh mahupun cuit isu menangis atau isu teguran atau isu yang saya pun tak tau apa.

(Seboleh-boleh nak sembunyikan situasi sebenar sampai tak tau nak start camane)

Camni, lepas gadis itu keluar dari bilik yang menempatkan dua pakcik yang suka bertanya, (boleh faham apa situasi itu?) saya tanya, "how was it? cite la cite la"

Then gadis ayu tu pesan kat gadis ayu sorang lagi, "ada tudung? better you pakai tudung".saya dah saspen~

(Aku nak tules apa sebenarnya ni???)

Agak-agak la kan, kalau awak berada dalam situasi seperti itu, awak backup siapa? pakcik yang tegur atau tanya atau apa-apa jela, atau awak backup gadis ayu itu? lelaki confirm backup gadis itu..haha
Mungkin ini antara dialog rata-rata muda mudi Islam kita.

"Nak bertudung atau tak itu hak masing-masing. Pakcik tu tak berhak nak tegur. Sedangkan bapak dia pun tak tegur"
*ada cili tak? cuba sental kat mulut tu. Orang yang buat perkara betul dipersalahkan. Orang yang buat perkara salah dibela. Patutnye orang yang buat perkara salah diperbetulkan! Puncanya kenapa? Kerana orang yang buat perkara betul itu terlalu asing. Sangat kecil kelompoknya. Biarpun perkara yang dibuat itu atas arahan Allah, tapi disebabkan ia adalah kumpulan minoriti, teguran itu dilihat salah. Takkan nak tunggu bila kumpulan tu jadi besar baru teguran mereka ingin diterima? Macam mana kalau bumi ni musnah sebelum sempat kumpulan kecil itu menjadi besar? Dan kita taknak ke jadi penyumbang kepada pembesaran kumpulan yang kecil itu? jeng~*

Mungkin ini dialog yang seterusnya :

"Asal cakap pasal agama plak? Eh mana ada kena-mengena dengan nak mintak scholarship" (ops kantoi)
*dunia dan akhirat tiada titik perpisahan pun. bila urusan dunia tak dijadikan sebagai bekal untuk dibawa ke akhirat, urusan dunia tu akan diletakkan dalam tupperware lalu kita nak bawa ke mana tupperware tu? setakat ke sekolah? pastu abis dimakan. pastu kenyang. pastu lapar semula. pastu makan. pastu kenyang balik. pastu lapar lagi. pastu mengecek member sebelah makanan dia sikit. pastu kenyang semula. Dunia untuk dunia. tidakkah itu satu kitaran bodoh yang tak berpenghujung dan akhirmya tetap akan bertemu dengan akhirat? Apa-apa pun kita buat, last-last memang akhirat yang jadi penghujungnya. Terang lagi berspotlight warna oren, matlamat hidup kita jelas. Allahu ghayatuna (woh..kecek klate doh dio). Dunia kita untuk akhirat. Kita hidup untuk akhirat. Ke camne?*
Di tempat kejadian sememangnya saya hanya mampu mengunci mulut tanpa berkata-kata hanya mampu tersenyum kerana membimbangi kata-kata saya bersifat emosi atau prejudis. Bila yang lain-lain dok sibuk cakap pasal isu tu, doa je la Allah bagi hidayah kat gadis tu tadi dan kepada ustaz ustazah yang membincangkan isu tu.

Saya salute spring kat pakcik berdua kerana amek peluang tu untuk berdakwah. Dakwah is anywhere. Kebaikan mula mengepung. hoho.

*eh aku datang library nak buat researsh pasal law..tiba-tiba plak terlekat update blog..haha*

wallahu'alam

Sunday, September 11, 2011

Kehidupan baru. Pergaulan baru. Komuniti baru.

Bismillahirr rohmaanirr rohiim..

Segalanya baru di sini. Hari pertama aku di UiTM Machang, hati rasa gelisah. Hari kedua, hati rasa takut (mungkin takut hantu?nonsense!). Hari ketiga, hati rasa tak tenteram. Ntah apa yang digelisahkan. Ntah apa yang ditakutkan. Ntah apa yang di tak tenteramkan. Ntah. Ntah apa yang dintahkan. Ntah pape!

Nama pun tempat baru. Mana mungkin aku boleh expect seperti tempat lama. Nama pun komuniti baru. Mana mungkin aku boleh expect masyarakat yang lama.

Ah sering saja mempersoalkan kelemahan. Sementara kuliyah belum mula,boleh aku membebel. Tapi aku kat library. Mana mungkin aku tergamak menghangatkan kerusi ini sedangkan ramai lagi pelajar yang lebih memerlukan kemudahan ini untuk buat assignment. Mungkin?

Coretan ini sekadar ingin memaklumkan yang aku sehat2 disini (walaupun takde orang nak tau). InsyaAllah. nanti aku lanjutkan situasi, suasana dan persekitaran di sini.

Dalam kelemahan, pasti ada kelebihannya. Dalam kekurangan pasti ada kebaikannya. Mungkin aku yang terlalu melihat pada kelemahan sehingga kelebihan yang ada terkabus. Padahal baru lagi kat sini dah suke-suke buat kesimpulan =.="". Don't jump into conclusion without proper investigation! haha

Eh mana pergi semangat berkobar-kobar di angkasa?

Sebenarnya ayat-ayat kat atas tu sekadar hiperbola. Aku gembira disini. Aku dapat bergaul dengan komuniti yang tak pernah aku terfikir aku akan berkawan dengan mereka. Jika bukan disini dimana? Jika aku hanya datang ke sini untuk fokus dalam pelajaran, mungkin aku akan menangis hari-hari. Haha. Tapi aku datang sini untuk belajar tentang sesuatu yang lebih besar daripada sekadar ilmu di dalam teks mahupun kuliyah. Bukan setakat ilmu pada dakwat itu. Jadi, aku sangat gembira. Aku mahu mematangkan diri di sini. Mahu atau tak, proses ini perlu aku lalui. Dan aku mahu!

Eh tadi kate student lain nak gune komp ni..hehe. Setakat itu dulu. Terima kasih sudi menyinggah.

Wallahu'alam. May Allah bless you always and forever. Sengih lagiiiiii =D

Alamak kerusi berasap!

Monday, August 29, 2011

Catatan Malam Raya (terlebih melebih-lebih)


Bismillahir rohmaanir rohiim...

Sedih tak Ramadhan Kareem berlalu pergi? Happy tak Syawal datang lagi? Camne tu nak raikan due rasa skaligus. Tidak semudah memakan sugus.

Baju raya ada berapa pasang? Setiap hari lain pasang? Setiap hari baju baru? erk...
Ada kalanya manusia tak sedar perilaku diri yang sedang berlebihan. 

Bila berlebihan (atau over), benda baik boleh jadi buruk, benda cantik boleh jadi hodoh. Bila berlebihan melakukan perkara kebaikan, tanpa disedari, diri mendekati kemungkaran. Saya terbaca artikel ini di malam raya tatkala menemani kakak menjahit, 

Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus.                                                                                
Satu contoh berlebihan di sini ialah di dalam melayari internet, chatting atau berFB. Apabila berlebihan dengannya, seseorang itu akan ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk ‘terbang’ di alam siber. Akibatnya masa untuk berbuat kebaikan menjadi kurang dan dia sering merasa konflik antara dua perkara ini.*copy paste dari sumber yang tak tau dari mana*

Perkara yang nampak baik zahirnya, ingin online untuk mencedok ilmu agama. 
Dalam tak sedar, mak sedang keseorangan memasak di dapur.
Perkara yang nampak dakwah zahirnya, ingin online sebab mahu berbincang soal agama.
Dalam tak perasan, komunikasi dengan family semakin diabaikan. 
Perkara yang nampak 'alim zahirnya, ingin online sebab  ramai madh'u kat situ.  
Dalam leka, terlalu memberi sampai diri sendiri kesuntukan masa untuk menjadi seperti apa yang diberi.

Apa ertinya menasihati jika diri sendiri tak berpeluang untuk menjadi seperti yang dinasihatkan?
Apa nilainya terlalu menerima nasihat jika diri tak diberi masa untuk merealisasikan nasihat yang diterima?

Kebaikan tersepit kerana terlalu berlebihan dalam perkara harus.
Kebaikan terhimpit kerana melebih-lebih dalam perkara harus.

Yang baik, terima satu ilmu, amal yang satu itu, sampaikan yang satu itu.
Yang cantik, sampaikan ilmu, amal ilmu yang disampaikan itu.

Hati-hati! Makin lama makin ketagih.

"contoh berlebihan di sini ialah di dalam melayari internet, chatting atau berFB. Apabila berlebihan dengannya, seseorang itu akan ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk ‘terbang’ di alam siber. Akibatnya masa untuk berbuat kebaikan menjadi kurang dan dia sering merasa konflik antara dua perkara ini."

Wallahu'alam.

p/s : sedang menahan sabar untuk tengok Qalish berpakaian baju melayu dan kopiah di kepala di pagi raya >.<

Friday, August 26, 2011

Allah layan bacaan kita dalam surah al-Fatihah =)

Aku menulis dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Rasa bosan baca surah al-Fatihah? 
Tension sebab cuba nak faham maksud tapi tak faham-faham?

Waktu solat berjemaah,bila imam baca surah al-Fatihah, kita takyah baca skali tapi just dengar sambil menghayati. Part just dengar tu, kita lulus lagi..part yang nak menghayati tu..haa..

Nak hayati guane kalau tak paham apa yang dibaca imam?

Eh eh aku termasuk dalam golongan mana eh? OK, istighfar dulu... Astaghfirullahal'aziim...Astaghfirullahal'aziim...Astaghfirullahal'aziim....

Sedar atau tak, kita sebenarnye tengah berdialog dengan Pencipta kita masa baca surah al-Fatihah. Nak tau ape dialog tu? Atau memang dah tau? Yang dah tau tolong buat-buat tak tau. Sila bagi kerjasama..hehe.

Sebelum tu, penulisan ni ada dua version. Satu dalam Bahasa Arab tapi dalam tulisan rumi. Dan satu lagi bahasa melayu dan dalam tulisan jawi. Eheh. Dalam Bahasa Melayu juga dalam tulisan rumi.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Bacalah! Bila hambaKu membaca : 
Alhamdu lillaahi robbil 'aalamiin
Allah Ta'ala menyahut - Hamidanii 'abdi

Bila hambaKu membaca : Arroh maanir rohiim
Allah Ta'ala menyahut - Athnaa 'alaiya 'abdii

Bila hambaKu membaca : Maaliki yaumid diin
Allah Ta'ala menyahut - Majjadanii 'abdii

Bila hambaKu membaca : Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'in
Allah Ta'ala menyahut - Fahaazihi bainii wa baina 'abdii wa li'abdii maa sa al

Bila hambaKu membaca : Ihdinas siroothol mustaqim, siroothol ladziina na 'amta 'alaihim ghairil maghdhuubi 'alaihim wa ladh dholliin
Allah Ta'ala menyahut - Fahaa ulaa ie li 'abdii wa li 'abdii maa sa al

Ok, aku tau korang tak terer sangat bahasa Arab ni. Aku ni lagi lah.. Ayat yang kat atas tu yang difahami hanyalah "Bila hambaKu membaca dan Allah Ta'ala menyahut"..ihiks. Betul tak? Mengaku je, jangan segan. Jadi, ni versi bahasa yang kita faham. InsyaAllah.

Kita baca : Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan semesta alam
Allah menyahut : HambaKu memujiKu

Kita baca : Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani
Allah menyahut : HambaKu menyanjungKu

Kita baca : Yang Maha Menguasai Hari Pembalasan
Allah menyahut : HambaKu memuliakanKu

Kita baca : Ya Allah! KepadaMu aku sembah dan kepadaMu aku meminta pertolongan
Allah menyahut : Inilah kewajiban hambaKu terhadapKu dan hambaKu akan mendapat apa yang dimintanya

Kita baca : Tunjukkanlah aku jalan yang lurus, Iaitu jalan mereka yang Engkau beri nikmat, Bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat
Allah menyahut : Itulah hak hambaKu, dia akan mendapat apa yang dimintanya

Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu menambah kefahaman dan penghayatan kita ketika membaca ayat-ayat cinta dari Allah.

Kita sering memohon dikurniakan kesihatan, dijauhkan dari kemalasan. Satu perkara yang kita lupa minta padaNya. Mungkin bukan kita tapi aku. Lupa untuk minta dikurniakan kekhusyukan dalam solat. Ayuh tadahkan tangan. Mohon padaNya.

Wallahu'alam. Sengih sket =D

Wednesday, August 24, 2011

Catatan 19,20,21,22,23,24,25 Ramadhan (dah cam liquid boleh compress)

Aku menulis dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Ahha..halimunan kembali menjelmakan diri.

Baru ni ade lagi program Remaja Raikan Ramadhan. Tapi kali ni kat masjid dekat rumah. Anjuran student KIPSAS. Aku sekadar burung yang hinggap di awan pilu (apakah?). Sempat berkenalan dengan adik-adik dari sekolah Panglima Perang, sekolah.......ok.tak ingat. Nama diorang, jangan tanya! lagilah aku tak ingat! haha..sape-sape ade ubat penyakit ni, aku mintak tolong...

Malam tu ade tayangan tentang hidup rakyat Somalia...alahai..
Lepas dah tengok video sedih-sedih camtu,what's next? kita masih tidur berkelambu. kipas takde, bising macam takde udara.

Cuma aku terfikir, jika diberi pilihan untuk ke Paris dan Palestin..yang mana satu kita pilih? yang mana satu aku pilih?hmmm...

Catatan hari seterusnya, on the way pegi rumah Allah, aku terserempak dengan sekumpulan adik lelaki dan sorang adik perempuan berbasikal. Bagus budak-budak ni. Mereka ceria menjawab salam! Bersongkok lagi. keh. Jangan tanya nama, aku lupe! Risau aku tengok budak perempuan tu sorang-sorang dikelilingi lelaki..adeh..Aku tanye yg perempuan, buat ape malam-malam ni ngan diorang? Adik tu kate, saje jalan-jalan..Adik lelaki yg bersongkok tu, kat tangan tengah dengar lagu omputeh di handfon.sambil badannye mengikut rentak lagu..so, tugas siapa nak betulkan? jeng.....aku teruskan perjalanan..

Bila jumpe geng-geng budak kecik camni, nak buat apa? pandang serong pada diorang? mengumpat dalam hati? berbisik-bisik sesama sendiri? merasakan diri lebih bagus dari diorang lalu menjauhkan diri? Hentikan..Tidak akan menyumbang pada penambahan kefahaman Islam pada kita dan mereka. Jadi, tugas siapa nak betulkan? jeng.... 

Pastu semalam, masa tazkirah aku nampak ade satu group budak perempuan kat belakang. Diorang tengah main batu seremban. Aku pun................................join diorang!haha. Orang tgh bertazkirah boleh pulak aku pegi lepak dengan diorang. Ish ish buang masa betul shakiera ni :-P
Darjah lima atau enam dari sekolah lama aku..Kali ni aku ingat nama..Adik Aqilah..lagi, adik.........haha. Tengok diorang,kecik-kecik lagi dah pandai beriktiqaf.ulala! Main batu seremban pon boleh..haha..

Pastu tadi jumpe lagi budak-budak ni..tapi kali ni main batu yang original pulak..haha. SABARiah.

Aku agak terkilan tadi. Ada sorang pakcik marah budak laki darjah enam rasenye di depan kawan-kawan die. "Tok soh datang dah..tok soh datang dah.." Budak kalau kena marah depan kawan-kawan.apatah lagi budak laki mesti................sila sambung sendiri. Kita ada pengalaman jadi budak.

Mungkin niat pakcik tu baik. Marah pakcik tu tanda sayangnya. Cuma aku risau pasni budak-budak tu tak datang masjid sebab ada pakcik garang =.=". Aku tak pasti ape kesalahan budak tu sampai kena marah camtu skali. Aku yang takde kena-mengena pun boleh malu, apatah lagi budak yang kena marah direct tu! Aku plak yang marah..hoho.

Pernah aku ajak sorang budak perempuan ni duduk saf depan, tapi die taknak sebab die kate ade makcik garang kat depan =.=" Ok kawan-kawan, korang bakal pakcik makcik yang tak garang kan? hehe...

Kak Ha (Fathimah Syarha) pesan, dekati adik-adik sekolah rendah menengah (sila bayangkan sambil buat suara kiut miut ustazah itu). Sebab waktu sekolah ni zaman  mereka dicorakkan dan mudah dilentur. Jadi, tugas siapa? jeng......*dah tige kali ulang ni

Mungkin ada yang berbisik, "aku takde kesempatan nak join program itu ini..takde kesempatan nak dekati adik-adik ni"

Cuba tengok kawasan sekolah,waktu budak-budak balik sekolah,ada tak yang tercanguk tunggu parents? Hah, buat program sendiri kat tepi tu. Pastu mak ayah diorang nampak, korang kena marah. haha. Take your own risk. Aku tak bertanggungjawab chop!


Catatan ini mungkin tiada faedahnya,sekadar coretan buang masa. Cuma, setiap sesuatu di depan mata atau dimana-mana dan apa-apa yang berlaku pasti terselit pengajaran. Terpulang pada insan itu sendiri untuk mengambil pengajaran atau tidak.

Hatta apabila melihat biji rambutan yang dibuang statik di tepi jalan pun ada pengajarannya, bagi yang ingin mengambil pengajaran.*ayat perasan bagus.

Akhir kalam, kita dah berada di malam 25, gear 5 jom!
Yang drive kereta auto, buat-buat paham kalau tak paham :-P
Wallahua'alam.


"Allahumma ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr"..Ameen

Thursday, August 18, 2011

Catatan 18 Ramadhan (Bermakan bersama anak yatim dan fakir miskin =)

Bismillah pembuka mulut.

Semalam(17 Ramadhan konon-konon), masa berbuka,ayah aku tanye sape nak ikot berbuka dengan anak yatim esok? Tanpa tanye kat mane, tanpa tunggu respond mak, kakak dan abang aku, terus aku sahut dengan mengkhinzir buta, NAK! Dah menjadi cita-cita aku sejak dulu. Alhamdulillah....*ape barang bukak kat hotel? hehe.

Majlis ni anjuran Kelab motorcross pahang. Ayah aku dijemput as wakil kelab 4x4 pahang. Dan aku tak dijemput sebagai wakil family. hehe. Anak yatim dan fakir miskin yang diraikan dari Rumah al-Insyirah dan Rumah Dinasti. Kat Sungai Isap.

Warden dari Rumah Dinasti pakai purdah der. hehe. Ada 2 orang anak kecik ni pun pakai purdah. Terkejut kakak! haha. Mesti la aku cam segan siput nak pegi tegur diorang kan. Sebab pakai purdah. Mentaliti =.='.

Waktu nak dekat berbuka, aku duduk dengan ade tiga orang budak ni. Aku tak tau pun anak yatim ke tak sebab ramai jugak jemputan luar. Nak tanye takut diorang terguris ke. Disebabkan baju tiga-tiga sama so aku assume je. Mula-mula diorang malu-malu tupai ngan aku. Tapi bile aku tanye adik nak satay? Terus diiyakan aje tanpa lengah...titik kemesraan terbina. ahaks.

Aku sangat happy. Banyak sebab. Salah satu penyebab utama, ape yg dah lame aku mintak untuk aku tengok, semalam Allah bagi peluang untuk aku tengok. Bantulah beliau semoga istiqamah, Allahu Robbi...

Pastu pastu pastu, aku berkenalan dengan warden diorang. Ala, akak yang berpurdah yang aku segan nak tegur tu...hee~

Aku buat-buat tanye, akak penjaga diorang eh?(padahal aku dah tanye budak tiga orang tu) Namanye Kak Husna (fuh ingat nama =D)..Sangat baik ok. Amek diploma kat KIPSAS. Ape lagi, mintak nombor la kan. Segan malu aku semua hilang entah ke mana..heee~ Umurnya 21. Hebat! Beliau yang menjaga anak-anak itu seramai lebih kurang 12 orang. Berasal dari Sabah dan setahun lebih tak balik kampung! Setiap kali call mak ayah katanye, macam dah setahun tak bercakap(beliau call hari-hari ye). Semoga Allah merahmatinya.

p/s : pakaian tidak menghalang untuk kita bertegur sapa ya. Tidak ada jurang antara yang bertudung bawal dan bertudung labuh. Tidak ada jurang antara yang bershawl dan berpurdah! tolong campak dalam sungai pahang perbezaan itu.*emosi*

Budak-budak tu semua dapat hamper, dalam tu ade kuih raye dua bekas. Pastu dapat duit puasa. Nak amek gambar ngan diorang tapi tapi tapi.....

Serius memang best berbuka dengan diorang. I want moreeeeeee....

Ada dua tige orang yang sempat jugak la bermanje-manje..ececeh..Maklumlah i mana ade adik kandung nak dimanjekan sebelum ade si Qalish tu =D

Adik Najwa, Adik Ikhwan, 6 tahun (adik paling happening dan aktif teramat), Adik.........................Adik-adik....haha.ok aku dah lupe nama diorang. *Tanya sangat pastu bukan nak ingat! =.='!

Sebelum balik, ada adik tu (aku panggil adik tu? nama takde? haha..lupe ye kawan-kawan) die ajak beraya dengan diorang kat Rumah Dinasti Sungai Isap 2. Mak aihh..touching kakak! Kak Husna pun ajak beraya dengan diorang. ulala.. InsyaAllah...Mana tau boleh akak ajak kawan-kawan akak raya dengan adik-adik ke..hehe. Mudah-mudahan jika berkesempatan dan diizinkan Tuhan.

Paling aku tak tahan, teguran ikhlas, tulus, mulus dan suci seorang adik kepada seorang  kakak, ''Kakak! ganasnye kakak jalan!'' Hahaha. Adoi. Ni memang susah akak nak ubah ye dik. Terima kasih atas teguran.


Ini antara pengalaman yang aku nak simpan kemas-kemas sebelum aku terlupe bile dah besar nanti. hehe.

Sampai bertemu lagi ye adik-adik dan Kak Husna, jika bukan di dunia, semoga Syurga adalah tempat pertemuan seterusnya. InsyaAllah~
Wallahu'alam. Sengih sket =D

''Allahumma ballighna Lailatul Qadr,ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr'' Ameeenn..

Wednesday, August 17, 2011

Catatan 17 Ramadhan (Eh dia ke tu? Nape macam....)

Semalam jemaah diimamkan oleh huffaz dan daie Palestin. Der, umur beliau is just 19! Bila tau umur 19, lantas aku bangun untuk tengok siapakah gerangannya...haha.Subhanallah. Sangat berbeza dengan remaja lelaki kat Malaysia (sukati aku). Sorry to be honest! Sangat matang. Macam 30an pun ada gaye (ke over sangat?). Beliau yang bagi tazkirah sempena nuzul al-Quran semalam..saya ulang, umurnya 19, mengimamkan jemaah di masjid dan memberi tazkirah! Diriku semakin mengecut apabila mengetahui hakikat ini...semakin kecil...

Penuh semangat dan penuh perasaan beliau bertazkirah.(tapi aku tak paham bahasa arab =.='').

Ada cite di sebalik pemergian ke masjid. Aku terjumpa dengan kawan sekolah lama. Aku nampak dia pandang-pandang aku tapi buat muka pelik. Aku lagilah pelik kenapa dia buat muka pelik lepas pandang aku yang aku rasa aku tak pelik. Disebabkan aku ni tak malu, aku pun tegur lah...

''Eh kau! Assalamu'alaikum *buat muka semangat please*''

''Wa'alaikumussalam..shakieraaaa..laa betullah shakiera...Tadi dah nampak. Pastu cakap-cakap ngan adik. Eh shakiera ke tu? Nape.....(aku lebih rela biarkan ayat itu tergantung)''

Ok, soalan aku. Pelik ke?

Statement sedemikian membuatkan aku sedikit down. *terpaksa menggagahkan muka* Statement camtu buatkan aku yang tak tau malu jadi malu.*terpaksa menyembunyikan rasa*. Kalaulah aku boleh buat mereka yang malu. Oh tidak. Nak bawak Islam tak boleh memalukan orang.

Ini bukan sekali. Ini kali ketiga. Itupun apa yang berlaku depan mata dan depan telinga. Yang belakang-belakang aku tak tau. Serahkan pada Allah.

Baru-baru ni, masa conduct adik-adik dalam slot Jalan-jalan Cari Jawapan utk program 3R kat sekitar bazar di masjid negeri, aku terserempak dengan cikgu skolah menengah. ''Shakiera..ape awak buat ni?''soalan diajukan sambil pandang aku atas bawah. *terpaksa aku sembunyikan rasa tak puas hati dengan soalan dan cara pandangan itu*

Aku tak memandang itu sebagai pujian atau cacian..Cuma aku mohon ya Allah, kuatkanlah hati ini untuk menghadapi 'mereka'. Aku perlu perlu, malah amat perlu sokongan orang-orang yang memahami...Alhamdulillah ada tempat meluah perasaan on the spot, Nafisah (eh tibe je nak mention).

Ada sorang ikhwah menulis di blognya, beliau sedih sebab orang tak noticed perubahan dirinye. Katanya, takde orang pun nak cakap, eh kau dah lain la sekarang. Beliau tetap dengan gaya jeans dan tidak berjubah mahupun berjambang. Bagi aku, itu lebih memudahkan penerimaan masyarakat sekarang. Berbanding dengan perempuan, bila melakukan transformasi, physically akan tertunjuk. Dan apa yang ditunjukkan tu (bukan menunjuk!) akan mengundang rasa hairan, rasa eh dah lain la budak ni, dan rasa pelik orang-orang sekeliling yang pernah mengenalinya. Ketika ini kekuatan dari Allah itu perlu. Malah amat perlu!

Seperti biasa, aku terpaksa menyempoikan diri =.=''

Apa yang lebih penting adalah perubahan di sisi Allah. Hanya Allah yang tau kau betul-betul dah berubah atau tidak. Di mata manusia kau masih boleh berubah dari perubahan itu. Di depan manusia, kau masih boleh melakonkan watak perubahan itu. Tetapi tidak di hadapan Allah.

Di hadapan manusia kau mungkin kelihatan mulia. Bila berduaan dengan Allah, hanya Allah yang tahu.

Jika manusia merasakan yang kau baik, belum tentu di sisi Allah kau baik. Jika manusia merasakan kau jahat, boleh jadi kaulah paling baik di sisi Allah.

Berubah untuk Allah!

InsyaAllah...

''Allahumma ballighna Lailatul Qadr,ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr'' Ameeenn..

p/s*tadi waktu berbuka dengan anak yatim dan fakir miskin di sungai isap,ada sorang budak comel cakap, ''Kakak! Ganasnye kakak jalan!''
Hahaha. Aku hanya mampu mencubit pipinye =.=''





Aku tertarik,jadi aku copy :D

‎__________1§§¶¶_______________________
_________1¶¶¶¶¶§¶¶1_____________________
________¶¶¶¶§§§§§¶¶§____________________
_______¶¶§§§§§§§§§¶¶§___________________
_______1¶¶§§§§§§§§§¶¶1~Ya Allah…
________¶¶§§§§§§§§§§¶¶¶~~ Ampunilah daku dan sahabatku
_________¶¶§§§§§§§§§§¶1~~dan masukkanlah kami kedalam
__________¶¶§§§§§§§§¶¶§~~rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan
___________¶¶§§§§§§§¶¶¶~yang maha penyayang...
____________¶§§§§§§¶¶~ Ya Allah… Lindunglah sahabat2ku
____________¶§§§§§§¶_________________¶1_
_________1¶¶§§§§§§§¶§_______________§¶¶_
________§¶¶¶§§§§§§§¶¶_____________¶¶¶¶1_=AMIN......
_______¶¶§§§§§§§§§§§¶¶__________1¶¶¶¶___
______¶¶§§§§§§§§§§§§§¶1______§¶¶¶¶¶¶____=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§¶§_____¶¶¶§¶§¶1____
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶¶§1§¶¶§§§§¶§_____=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶§§§§¶¶§______
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1___________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶§_____________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶1________________
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶________________=AMIN......
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶_______________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1_____________=AMIN......
____§¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶1__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1____
______¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1
____¶¶¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶§¶§§§§§§§§§§§¶§
_1¶1_____________11111111§§§§§§§§§§§§§1_
¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦
¦................AMIN YA ROBAL ALAMIN.................¦

________¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘♥_♥’..
♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ LURVE ALLAH ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ï·²♥.♥ï·²¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨*•.¸¸ï·²♥.♥ï·²¸¸.•*¨*•♫♫•*

║║♫═╦╦╦╔╗ Never say, OH ALLAH I have problems;
♫╚╣║║║║╔╣ But always say, OH problems, I've ALLAH! ♥

Monday, August 15, 2011

Catatan 16 Ramadhan

Segala puji hanya untukMu, Allah...

Hari ni kite berhari-harian untuk Allah ke tak eh? Adoi..Tak tau nak jawab ape.

Yang pasti, hari ni Qalish punye birthmonth ketujuh. Umur die masuk 7 bulan berbekalkan gigi 4 batang. Tadi waktu sahur die join sekaki. Then die sambung tido sampai pukul 9 am. Biasenye kalau die tido aku join sekali. kehkehkeh. Pastu bagi die mandi, susu disuap maksu, dan perkhidmatan dirinye yang lain-lain. Dan sekarang die tido semula. Bolehla aku nak bersosial jap. Mungkin pengalaman jaga Qalish ni aku boleh gune di mase hadapan kelak (ehem ehem)

Bercakap pasal ehem ehem, ada sorang peserta 3R tanya aku, ''Akak ada boyfren?''. Dalam hati aku, asal adik ni tanye, cun sangat kot? hahaha. ''Nape? adik ade boyfren ke? (Die jawab tak) Erm adik tau tak, couple before kawen tak boleh? Akak tanye sebab masa akak umur2 adik, akak TAK TAU pun COUPLE HARAM. Dan alhamdulillah walaupun akak TAK TAU couple tak boleh, Allah tak uji akak dengan menda tu. Akak takde la pulok pernah couple2 sebelum ni. (Dalam hati, eh macam geli je nak couple dgn budak sekolah sendiri? haha).''

Adik tu tau yang couple haram. Chop! Sape kate couple haram? Aku kate COUPLE HALAL. Boleh je nak couple TAPI....Adakah prioriti atau hak cinta pada Allah anda masih boleh letak di tempat teratas dalam hati anda? Bagaimana anda ingin meraih cinta Allah sekiranya ada cinta lain di hati anda? Layakkah cinta Allah itu dibahagi dua? Yakinkah anda cinta pada Allah tu boleh diberikan haknya lebih dari cinta pada boyfren anda? Sejauh mana anda yakin dengan keyakinan anda?  Alamak, Qalish nangis. Tergendala sebentar.

Sambung. Bila berkawan biase dengan lelaki pun iman boleh tergugat, apatah lagi dengan kawan lelaki yang korang panggil istimewa tu. hattui..istimewa la sangat. haha. Mungkin makna istimewa korang dengan aku lain. Maybe sama.

Istimewa jika dia berkawan dengan anda kerana Allah. Malah boleh tolong anda untuk lebih memahami cinta Allah. Dan aku pasti sure, jika dia cintakan anda kerana Allah, dia tidak akan bercinta dengan anda sekarang walaupun dia sebenarnye cintakan anda. ececeh. (mood : geli-geleman) Dia tidak akan meluahkan rasa cintanya itu pada anda di saat dia sedar yang anda masih ada banyak tanggungjawab yang belum selesai. Jasa ibu bapa pun tak terbalas lagi, belajar pun tak pandai mane, solat pun lambat, puasa pun tak abis ganti, berak sendiri pun basuh tak bersih camne nak basuh berak anak? Yang si dia tu pulak, jadi imam pun tak lepas lagi. Nak kawen guane gitu? Nak couple, tapi tak bersedia untuk memikul tanggungjawab selepas itu. Bukan ciri pasangan yang layak dibuat pasangan.

Nak bercinta dengan sesama manusia, faham ke, cinta tu ape? Aku malas nak tulis pasal couple sebenarnye. Bace je la kat blog-blog lain yang dah belambak tulis pasal ni. Tak pun baca buku, Aku ingin bercinta, tapi dengan siapa? dan Aku Terima Nikahnya. hikhik.

Anda inginkan lelaki yang memberikan cinta sepenuhnye pada anda, lupakah anda bahawa cinta itu hanya milik Allah?

Anda inginkan lelaki yang belum pernah dimiliki orang, sedangkan anda sendiri pernah dimiliki. Layak ke?

Jika belum memberi, jangan bermimpi untuk menerima.

Sambil menaip, aku menahan gelak. Ok cukup. Wallahu'alam.




Catatan 15 Ramadhan.

Hidup tak selalunya indah kerana disitulah keindahan hidup =)

Penyelitan : 16 Ramadhan, Selasa, ade keinsafan Ramadhan bersama Huffaz dan daie Palestin sempena Nuzul Quran. 
Venue : Masjid Saidina Umar Al-Khattab kat Cenderawasih. 


Jemput mai ramai-ramai. Nak datang, dialu-alukan tapi takde carpet merah sebab kite hamba. Semua sama. Taknak datang, lantak pi hang lah naa. ihiks.




''Allahumma ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr''. Ameeenn =)

Sunday, August 14, 2011

Catatan 12 Ramadhan (tapi arini 14 Ramadhan.hee~)

Bismillah pembuka mulut =)

Aku tengok cite ketuk-ketuk Ramadhan (layan cite masak-masak ke kak?hehe). Bukan aku sengaja nak tengok, terpicit remote control sebenarnye. Sambil tengok, terabai penjagaan terhadap Qalish..Budak tu nangis aku boleh lagi tengok..Sorry dik, maksu nak tengok ni jap. haha. Memang baby faham la kan =.=''. Selebriti jemputan, Kak Wardina Safiyyah yang mane aku tengok sekarang ramai yang menyokong perubahan demi perubahan beliau. Alhamdulillah...

First time aku tengok cite masak-masak sambil pengacara dan selebriti jemputan berbicara tentang usrah. Rasa macam best tahap agogo. Puan Sheila Rusly pun ikot usrah. Kalau tak silap, aku dengar Sheila kata, melalui usrahlah arini mereka bersama (tak sure. Qalish punye pasal la ni! haha).

Diorang sangat excited cakap pasal usrah. Aku tak berani nak tulis smule ape diorang cakap tentang usrah sebab aku LUPE! Tapi Kak Wardina ada cakap, dalam usrah, mereka bersama-sama kerana Allah. Aku rasa kalau aku tak merasainya, mesti aku cam blurrr blurrr. Pe menda la diorang cakap ni...hehe.

Tapi sebaliknya, aku menonton dengan terukirnya senyuman di bibir (senyum camni =).tapi manis sket lagi).

Kalau ada yang tengok cite tu dan tak faham ape yang diorang borakkan sambil masak-masak tu, cubalah join 'perkara' yang dipanggil usrah tu. Nescaya kalian akan rasa ke'best'an tu. InsyaAllah. Senyum sket lagi. =)

Thursday, August 11, 2011

Catatan 9,10,11 Ramadhan (hetrik disitu)

Bismillahirr rohmaanir rohiimmm..

Aku nak mulakan dengan pengalaman melawakkan 11 Ramadhan iaitu hari ni. Ok, tadi seperti biase aku pegi kedai nak beli bahan-bahan masak. Ayah aku bagi 50 hengget. Udah ku bilang sama bapak ku,''ba tak cukup ni. Bagi lebih sket la. Tak bawak purse ni...'' Tapi ibuku menyokong pemberian 50 ringgit sahaja tu..Jadi aku akur kerana aku mempercayai tafsiran mereka mengenai harga barang-barang di pasaran. Dengan tekad dan kesungguhan aku pegi ke kedai pertama. Tak dilupakan, hatiku yang berdebar-debar menanti nilai yang bakal diminta. RM27 lebih. Fuh selamat. Peringatan, aku masih ada 2 kedai berbaki dengan baki duit di tangan RM 22 lebih. Sampai kedai ketiga jeng jeng jeng. Sangkaan aku tak meleset! Duit tak cukup! haha. 4.05 ringgit tak cukup. Ok, malu segan. Tapi aku dah ada backup plan kalau duit tak cukup. Iaitu pergi terjah umah Mimi. Dengan selambe aku mintak 5 hengget. Reaksi kawan aku tu takyah cite la kan camne die gelakkan aku =.=''..haha.

Pengajarannya, gi kedai lain kali bawak purse sendiri. Jangan malas nak pergi ambek purse yg ntah merata-rata kat mane.

Catatan 9 Ramadhan.

Aku ditugaskan menjaga Rafiq Qalish, anak kakak kedua, 6 bulan. Ok first time aku jaga baby ni sorang-sorang tanpa pengawasan orang dewasa dan tanpa ada orang lain kat rumah. Maknye pergi kerja dan neneknya juga pergi kerja buat kuih raya. Hanya Allah, aku dan baby tu yang tau camne teruknya aku jaga die. hehe.

Boleh la aku nak buli Qalish sbb takde org lain. kehkeh. Tapi yang sebaliknya berlaku. Dalam tempoh sejam boleh Qalish berak dua kali! Sangat membuli di situ. Baunya sangat semerbak harum. Kalau tambah lagi dua kali boleh batal puasa gamaknye. haha.

Macam mane ganas pun aku jaga die, die tetap tak berdendam ngan aku. Setiap kali nangis memang aku la dicari. haha.

Catatan 10 Ramadhan.

Ada satu persoalan yang dah lama aku simpan. Iaitu persoalan antara perempuan dan masjid. Dan alhamdulilllah rasenye dah terjawab. Nanti insyaAllah aku post pasal tu.

Pukul 2358 malam tadi baru aku tergedek-gedek nak on computer untuk refresh ceramah tentang tafsir surah Al-Naas sampai Al-Tin. Tu recording masa aku still kat pasum Dah terperap 4 bulan baru nak refresh ke sister?=.=''.
Aku paling suka belajar surah Al-Naas. Nanti insyaAllah aku post pasal tu. Erk, ada dua janji dah tu..haha.

Oh ya, kehadiran jemaah muslimat sedikit meleset. Semalam mungkin kerana hujan. (Macam la masjid tu takde atap. haha). Jadi mungkin ramai yang pergi naik kereta. Dan alang-alang dah naik kereta, mungkin mereka pergi masjid yang jauh terus. Iaitu masjid negeri. So mungkin tu antara faktor jemaah berkurang apabila hujan. Mana la kita tau kan..hehe.

p/s* ingin mempersiapkan diri untuk berbuka dengan kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa. Tiada lain selain untuk mencari redhaNya. Semoga Allah redha aku, dia dan kamu =)



Allahmumma ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr. Ameeen..



Monday, August 8, 2011

Catatan 7 & 8 Ramadhan (eeee takutnyeee)

Bismillah pembuka kata.

Berbuka dan sahur bersama durian. RM 2.00 sekilo. Mane nak dapat durian murah camtu kalau bukan bulan puasa.

Ahha..kantoi sehari tak post..tak berjaya mencuri masa semalam kerana masa terlalu effisien melakukan kerjanya..ceit! alasan.

Hari ni dengan semalam pengembaraan Ramadhan lebih kurang sama. Cumanya ada satu babak yang aku rasa menarik dan aku rasa korang tak rasa menarik pun. Tapi aku tetap nak teruskan babak perasan menarik yang aku rasa tu.

Semalam masa nak turun tangga, aku ada sapa sorang budak prempuan ni. Darjah 4 rasenye. Namanya dirahsiakan. Aku tanya dia, ''Adik buat apa kat tangga ni?''*time tu tengah tazkirah ringkas, haa kantoi aku tak dengar..haha* Jawab adik tu, ''Saje je kak..tengok budak laki main kat bawah..''. GULP.

Err aku tak tau nak respond ape. Hanya mampu tersenyum...

********************************************************

Ok, aku taknak sentuh pasal budak kecik tu. Tapi mungkin ada pengajaran di sebalik insiden tu. Kita tukar situasi tu kepada orang dewasa. Macam mana dalam rumah Allah, kita masih boleh buat perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah? Ibaratnya, kita sebagai tetamu, berlaku kurang ajar dengan tuan rumah. Memang makan garfu berulamkan sudu la kita.

Luaskan prospek. Kita menghuni bumi Allah tapi kita buat perkara yang dilarang, tinggal perkara yang disuruh oleh pemilik bumi yang kita tumpang. Memang mantap aqidah ni! =.='.

Masa kecik-kecik waktu mula-mula nak mula puasa, tak minum air paip tak sah.*harapnye waktu besar tak buat dah la ye. aku tak tuduh sape-sape* Tutup pintu rapat-rapat takut mak ayah nampak. Sedangkan ada satu kuasa yang lebih besar sedang memerhati. Tapi tetap berani buat camtu, sebab hati tak dapat merasai kehadiran kuasa Maha Besar itu. Jika, ''alah, waktu tu budak lagi...normal lah tu..'' dijadikan alasan, mengapa waktu kecik lagi, kehadiran hantu kita dapat rasakan begitu yakin? So takde alasan, alah, waktu tu budak lagi...*boleh la aku cakap camni sebab aku dah melepasi zaman tu...kehkeh.

Mungkin satu punca ketara yang aku nampak. Tiada rasa takut kepada Allah. Malah kita lebih takut pada hantu. Bila keluar rumah tengah gelap-gelita seorang diri, apa yang kita bayangkan dulu, hantu atau malaikat di kiri kanan? Bila online sorang-sorang, tengok kiri kanan pukul 2 3 pagi, apa yang terlintas kat kepala dulu, Allah atau hantu? Orang-orang besar bila anak-anak kecil diorang nak masuk dalam bilik gelap sorang-sorang apa yang mereka katakan..''Dik, ade hantu''..instead of  ''Dik, ade Allah''..Terlalu didoktrin dengan hantu. Sedangkan kita ada Allah dan malaikat di kiri kanan.

Kita terlalu disogokkan dengan perkara negatif. Kejadian negatif yang sedikit mengaburi perkara positif yang bertambun-tambun.. Lambakan filem hantu. Sangat bagus untuk membantu masyarakat untuk terus takut pada hantu. Drama-drama yang disiarkan pun lebih menonjolkan cerita-cerita dari sisi negatif. Misalnya, orang kuat agama tapi berjudi. Orang kuat agama tapi mengabaikan family. Orang kuat agama tapi kaki dangdut. Sebagai pengajaran kata pihak produser. Kesannya, masyarakat ade persepsi negatif pada orang-orang beragama.

Berita-berita plak memudahkan lagi tugas untuk menegatifkan minda kita. Misalnya, guru sekolah agama memukul pelajar. Ustaz mengurung dan menggari pelajar. Ustaz didapati merogol. Berita ini memang masyarakat perlu tahu TAPI tak perlu digembar-gemburkan. Sedangkan masih ada berpuluh-puluh ribu ustaz yang berjaya mengasuh pelajar-pelajar menjadi manusia. Tapi dimana pergi berita-berita seumpama ini? Ya, tak dinafikan, di sebalik sisi yang negatif itu ada sudut yang positif. TAPI, kita lihat pada orang yang berjaya. Mereka fokus pada apa yang die NAK. Mereka tidak fokus pada apa yang TAKNAK.

Masuk gear reverse. Pergi semula pada Allah, malaikat kiri kanan dan hantu. Semua sama, perkara ghaib. Bila kita boleh di mind-set kan untuk ingat pada hantu, nape kita tak boleh nak mind set untuk ingat pada malaikat.  Lagi parah tak boleh nak mind set ingat pada Allah. Hantu hanya ada di tempat-tempat tertentu sedangkan Allah ada kat mana-mana. Bila menziarah tanah perkuburan, aku percaya, ada yang terbayang hantu. Patutnya kita makin ingat Allah bile pegi kubur sebab takut nak menghadap Allah kerana kurangnya amal soleh kita. Itu adalah yang sepatutnya berlaku dan aku harap memang itulah yang berlaku.

Tengok apa makna syirik. Syirik tu meletakkan hak Allah kepada selain dari Allah.*bukan skema jawapan SPM. Aku dengar dari Ustaz Syed Noorhisham*

Hak Allah yang dimaksudkan adalah hak untuk ditakuti, hak untuk dicintai, hak sebagai pemberi rezeki, hak untuk ditaati dan pelbagai lagi. Jelas, syirik tu bukan sekadar menyembah berhala, menyembah kubur. Perbuatan syirik mudah didekati dan lebih mudah untuk dijauhi. Syirik moden yang amat ditakuti kerana insyaAllah kesyirikan seperti menyembah kubur, mempercayai tukang tilik, itu memang kita sudah jauhi. Soalnya, bagaimana dengan syirik moden? Adakah kita benar-benar berjaya menjauhi perkara-perkara yang boleh mendataangkan syirik ini?

Kadang-kadang manusia terlalu meletakkan harapan pada boss dalam memberi rezeki. Mana kita letakkan hak Allah sebagai pemberi rezeki?

Ada ketikanya manusia lebih mengutamakan dating dengan kekasih hati. Mana hak Allah untuk dicintai?

Ada waktunya manusia lebih mengutamakan facebook dari solat di awal waktu. Tanpa sedar, manusia memberhalakan internet di dalam hati! Nauzubillah...Mana hak Allah untuk ditaati?

Manusia lebih takut pada sesama manusia kerana ancaman mereka. Mana hak Allah untuk ditakuti?

Firaun amat ditakuti dan dibenci. Dan ini menyebabkan orang makin menjauhinya. Berbeza dengan rasa takut yang kita ada pada Allah. Takut ini makin mendekatkan. Takut ini takut yang meletakkan pengharapan.

Dalam mencari kelembutan insan, kita sebenarnya sedang mencari Yang Maha Lembut.
Dalam mencari keadilan, kita sebenarnya sedang mencari Yang Maha Adil.
Dalam mencari kasih sayang, kita sebenarnya sedang mencari Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Takutilah Allah. Taatilah Allah. Cintailah Allah...InsyaAllah :')



Saturday, August 6, 2011

Catatan 6 Ramadhan

Bismillah pembuka selera..*takde modal lain.-..-

Arini jemaah muslimat macam berkureng sket..Oh mereka solat di masjid negeri la..Ape la korang..haha..

Pastu time nak balik ade nampak sorang atuk ni..Tua dah..Pakai tongkat. Pastu ada dua cucu teman. Sorang tu tolong angkat kerusi atuk die..Sweet yang amat. Tambah2 plak cucu die amatlah cute ye kawan.

Hari-hari aku nampak atuk ni. Atuk yang bertongkat pun hari-hari datang berjemaah..Come on...Kita yang muda mengaku gagah dan banyak kudrat takkan tak boleh nak ''challenge'' atuk tu..haaa.

Ok,tu je..wallahu'alam.


''Bismillahirr rahmaanirr rahiimm..Allahumma ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr..'' Ameenn :)

Friday, August 5, 2011

Catatan 5 Ramadhan

Bismillah pembuka selera.

Bermula dengan seorang makcik cakap : Hilanglah anak kite sorang ni nanti..Dah pergi, jangan lupe mokngoh ye..(err bile aku ada mak sdare kat cenderawasih?hehe..mak sedare seaqidah :) . Dengan malu tersiput-siput, aku jawab "hehe...insyaAllah insyaAllah..."

Pastu pagi tadi accident ngan kucing! Tapi rasanye kucing tu tak mati. Sape suruh kucing tu main terjah tanpa aku sempat buat pape. Ok, sekarang nak salahkan kucing tu la? Nonsense. Memang salah aku yang drive laju. Sape suruh bawak laju kat housing area =..=. Sorry kucing. Meowww...

Seperti semalam, arini pegi buat kuih lagi, Suzana Cookies. ngeh. Pastu Zuhur tadi adalah saat kemuncak tekanan perasaan. haha. Kalau ditadah air mata dengan besen pinggan orang kawen boleh penuh rasenye(ok,tipu!) Cite tak best, tak best cite.

Mudah-mudahan Allah terus meminjamkan ketabahan hati untuk terus menghadapi situasi ini yg ntah bile akan berakhir.(ok, saspen boleh?)

"Ya Allah janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Allah janganlah Engkau bebankan kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Allah janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak sanggup memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami, maka tolomglah kami terhadap kaum yang kafir.." Ameenn :')

Pastu Asar tadi dapat lepak ngan budak kecik dalm 8 orang kot. Ya Allah jelesnye aku.. Kecik-kecik lagi dah jadi geng lepak masjid. Sorang tu namenye Isra' Damia (kot). Sorang lagi Nur Adilah (kalau tak silap). Lagi sorang Balqis (yang ni yakin). Yang lain-lain tak sempat sebab diorang ada tadarus. Perghhh!! Ni budak-budak kecik dari KAFA Baitul Huda. Nanti dah besar jangan lupe akak ye adik-adik (cubaan mempoyokan diri)

Untuk laporan kehadiran jemaah Isya' dan Subuh boleh rujuk [Ramadhan 1] dan [Ramadhan 2]. Sebab prestasi kehadiran masih di tahap menggumbirakan seperti awal2. Segala puji hanya untukMu, Allah..Basically that's it for today.

Terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan aku menyertai pengembaraan hari ini.
Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan sekelumit rasa tabah untuk mengharungi hari ini.


"Bismillahirr rahmaanir rahiimm..Allahumma ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr"..Ameenn :')

Thursday, August 4, 2011

Catatan 4 Ramadhan.

Bismillah pembuka selera.

Pengembaraan 4 Ramadhan sebagai pemandu ibuku ke 'kilang' membuat kuih raya..hukhuk. Jika dengan cara menjadi pemandu tetap ibuku ini membawa kepada redha Allah..aku rela berulang-ulang melakukannya. :D

Hari ni first day aku join diorang buat kuih raya skali. Nama owner segala kuih muih yg ada, Puan Suzana. Kalau tak silap pelekat kat bekas kuih tu ada perkataan Suzana. alamak! pecah rahsie >.<. Cubalah cari kat East Coast Mall. Kot-kot ade..haha.

Hari ni buat kuih Mama Caries (cam salah eja je XD) dan kuih Almond London. Nama nak omputeh je.. Nape tak Almond Arab Emirates ke..haha. Baru ala-ala Islamik gitu.

Kisah di atas sekadar selingan. Meh masuk topik serius sket. hehe.

''Allah pilih kita untuk berada dalam Ramadhan kali ni. Sedangkan masih ramai hambaNya yang acap kali berdoa untuk mendapatkannya tetapi ajal menemui mereka sebelum sempat Ramadhan menjelma. Adakah kite nak sia-siakan hadiah ni?''


Gedebush! Tumbukan yang diberikan ustaz dalam tazkirah ringkas selepas 4 rakaat terawih. Sekarang saya kirim tumbukan tu pada sesiapa yang sedang membaca. Renung-renungkan...





''Bismillahirr rahmaanirr rahiimm..Allahumma ballighna Lailatul Qadr..ballighna Lailatul Qadr..ballighna Lailatul Qadr''..Ameenn..

Wednesday, August 3, 2011

Catatan 3 Ramadhan

Bismillahirr rohmaanir rohiimm...

Gusi berdenyut. Bahagian sebelah kanan dalam mulut mengalami kecederaan. Memang terbaik dan terindah gigi bongsu tumbuh dalam bulan puase ni. Kesakitannya hari ni, 3Ramadhan, berada di tahap maksimum dan tak berbelah bagi. Namun aku bersyukur kerana masih mampu mengunyah walaupun penuh seksa..hehe.

Waktu berbuka boleh control makan. : | Bila kunyah, mak aii. Tapi aku suka dapat sakit. Allah ingat kat aku la kan? ke perasan? Jeles ke? Jomlah perasan sekali ^.^

Orang beriman time berbuka puasa dok pikir apala agaknye saudara kat Palestin makan time berbuka ni..Ada makanan ke tak diorang..:'(
Tapi aku dok pikir pasal gigi! Moh cuba masukkan diri dalam golongan hamba Allah yang beriman.

Mungkin inilah suara hati kanak-kanak dan para remaja di sana.

Saya melihat roket-roket dan bom yang bersinar di langit...
Seperti titisan hujan di dalam cahaya matahari,
Merampas semua orang yang dekat di hatiku,Memusnahkan impianku dalam sekelip mata,
Apa yang terjadi kepada hak asasi manusia kami?Apa yang telah berlaku pada kesucian hidup?Dan semua pendustaan-pedustaan engkau?
Saya tahu bahawa saya hanya kanak-kanak,Tetapi tidakkah suara hatimu masih bernyawa...

p/s*lirik lagu Palestine will be free by Maher Zain tapi dah diterjemah songsang dengan suke ati saya.

Mereka Islam. Kita Islam. Kita berkongsi ayah yang sama dengan mereka. Tapi terlalu berbezanya kita dengan mereka di sana. Namun, kerana Islam, kita disatukan!


Setelah mengaku kita dan mereka adalah satu, mana buktinya?

Kita masih tidur berkelambu sementara menunggu sahur...sedangkan mereka berjaga dengan bedilan peluru.

Kita berbuka dengan hati gembira, tetapi mereka berbuka dengan hati yang luka bernanah.
Kita berbuka dengan pelbagai juadah, mereka hanya dengan titisan air mata yang mencurah.
Kita makan beralaskan meja, mereka hanya bertadahkan tangan yang berdarah.

Adakah mereka masih belum layak untuk meraih simpati kita?

Kita disini terus-terusan riang ketawa bersama keluarga...
Mereka turut ketawa..tapi tawa mereka dengan darah.
Mereka menceriakan hati dengan bersedih.

Mungkin kita tak mampu menzahirkan kesedihan dan ingatan kita pada mereka..Namun Allah Maha Mengetahui. Titipkanlah rasa simpati kita pada mereka walaupun sedikit. Tanpa perlu mencurahkan air mata bagi membuktikan simpati kita.
Mungkin kita tak mampu mengirimkan wang ringgit pada mereka..Namun Allah Maha Mendengar. Kirimkanlah doa buat mereka walaupun hanya lima saat.

Salam Ramadhan buat seluruh hamba.....









Mungkin kita tak mampu menghantar juadah berbuka kita pada mereka, tapi kawallah sket kerakusan tu.

Wallahu`alam.