Tuesday, January 31, 2012

Chef Wannabe

Bile kite nak makan kite bace...
Bismillah...
Bile kite dah makan kite kate...
Alhamdulillah... =)

Tapi sebelum dapat makan kena ada yang memasak. Kalau takde, nak makan ape. Makan angin pun belum tentu lepas. Buang angin je lepas =.="

Tadi waktu pergi kedai, ada sorang makcik yang WOW! besarnye tudung dia~ haha
Nak tau dia cakap apa kat kitorang? Nak ke taknak? Taknak? Geleng tanda nak.

Dia kata camni, "Anak-anak balik bolehla mak berehat..takyoh masok" 

Kitorang gelak kat situ tanpa menghiraukan makhluk lain yang lalu lalang. 
"Bukan kitorang masok mokcik..Kitorang beli je...haha"

Makcik yang WOW! besarnye tudung dia kata, "Eh awok ni..balik awok oghang la masok..Mok bior die brehat"

Kan tak pasal-pasal dapat lecture free kat kedai tu.

Balik-balik dari kedai terus.......................................................................................................................

Taraaaaa..................................................................................................................................................

Sampai si Qalish yang tak dengar lecture tu pun turut insaf.



Ada bahan ke dalam tu? Ke tumbuk hangin je tu?

Nak menumbuk pun sibuk suruh pose. Masku sape la ni.

Lantai pun nak ditumbuknya =.=

Yeay nak siap dah!

Ehem ehem... Jeling manja siket.

Muka khusyuk disitu

Muka bangga seorang chef

Inilah hasilnya...Meh mokcik jemput makan. Saya masak =P  *dengan  mak disisi*

Konon-konon meraikan penat lelah Qalish..* R stands for whom? Ace teka ^_^

Ececeh...comel la tu konon.

Burppp..Alhamdulillah kenyang. Sebelum makan kita basuh tangan dulu kan. 

Untuk apa ye basuh tangan? 

Untuk kebersihan la..
Ape ke mudoh benor soalan.

Tapi ateis pun boleh jawab camtu. Seorang Islam mesti jawapannya berbeza dari seorang ateis. haaa~~~

Basuh tangan sebelum makan adalah sunnah Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam. Ramai yang mengamalkan amalan basuh tangan tanpa mengetahui itu adalah sunnah. *saya lettew*

So insyaAllah lepas dah diberitahu, kita amalkan dengan tahu =D

Bukan dengan tauhu pop yang dalam mangkuk tadi tu. ahaks.

Wallahu'alam....

p/s: brapa kali dah situasi ini berlaku? *Mak sibuk di dapur, kita turut sibuk. Sibuk di dalam bilik. Sibuk online..grrr*





Kau takde perasaan tengok laki hensem?

Bismillahir rohmaanir rohiim...

"Shak ko tak rase pape ke bile tengok laki hensem?"


"Hensem yang macam mana tu? Mungkin hensem bagi kau lain, bagi aku lain?" sengaja buat poyo walaupun dah tau hensem yang dimaksudkan adalah dari segi penampilan dan rupa =.="


*p/s: Laki hensem tidak merujuk pada sesiapa. Kot kot tetiba ada yang perasan dialah laki hensem tu.*


Gulp...telan air liur walaupun tekak kering. Menipu kalau kau kata kau takde perasaan. kau tidak merujuk pada anda =)


Tanya budak maahad confirm diorang kata takde perasaan :-P

Chop! Hensem dalam persoalan tadi dispesifikkan pada paras rupa.

Jadi, hensem untuk raut wajah tu macam mana? Cun tu yang mana? Yang putih je er? Sempit sangat definisi kalau macam tu. Putih boleh jadi hitam. Contoh :


Seorang nenek bertanya pada cucunya "Ni apahal terbakar sangat kulit ni?". *Urban sungguh penggunaan bahasa neneknya itu. 


Respond cucunya : "Oh baru balik mukhayyam tiga hari kat Bachok"..sambil tersenyum cucunya menampakkan giginya yang putih bagi mengaburi kulitnya yang hitam likat pekat (punyelah hyper bola sepak tu).

Eh macam kisah bukan rekaaan je ni? haha.

Ha...dalam masa 3 hari je putih jadi hitam. Tak kekal.
*putih ke masalahnye? ok, STOP melalut!*


Berbalik pada persoalan,
Yang putih itu cantik? Siapa yang set putih itu cantik, hitam ini buruk? Yang jongos itu tak hensem?


Bukan ke semua makhluk Allah cipta sempurna sesempurnanya? Mungkin persoalan cantik dan hensem tu kelihatan remeh, TAPI, apabila kita membeza-bezakan itu hensem ini tak hensem, bimbang kita sedang mencela ciptaan Allah. Macam dosa besar je mencela apa Allah buat? Bukan macam dah jadi memang pon! Astaghfirullah…


Semua orang hensem kan? Uhuk uhuk.
Semua orang cantik kan? Ehem ehem.

Bagaimana dengan orang cacat? 



Maha Hebatnya Allah sampai boleh cipta orang cacat kan? ^_^

Saya tak setuju bila ada yang kata, hensem (dari aspek rupa) itu subjektif. Apabila perkara itu dikatakan subjektif, akan ada golongan yang bakal dikategorikan sebagai hodoh.

Twist cara pemikiran. Tak wajar kita membezakan kehenseman muka orang-orang (bukan yang kat sawah tu), malah TAK LAYAK pun kita nak me"level"kan dan melabelkan tahap kehenseman seseorang.

Come on. Itu semua Allah punya reka cipta. Dan Allah sukakan keindahan. Mustahil Allah buat kehodohan kan?


Jadi terang dan nyata nampaknya tak perlu didengungkan, setiap muka di hadapan mata adalah hensem dan cantik belaka. Ini baru definasi hensem yang cool (at least bagi saya)

So lepas ni, nampak mat negro jangan terdetik dalam hati, "gile tak hensem mamat ni" *reminding me and myself*

Ok berbalik pada persoalan yang mula-mula tadi. 



Ko takde perasaan tengok laki hensem? Saya andaikan “hensem” yang dimaksudkan adalah “hensem” dari sisi definasi yang tak cool . Setuju? Lantak pi hang la nak setuju tak.
Kat bawah ada beberapa makhluk Allah yang secara standard perempuan akan kata diorang “hensem”.



Aik aik...jangan tenung lama sangat.


Cukup tak tiga orang? grrr...



Macam mana dengan yang ni?




Hah! Jangan kata baby tu tak comel. Cili mulut baru tau!

Diorang yang dilabel "hensem" semuanya makhluk Allah. Bila dah namanya Allah yang cipta, confirm, mata yang melihat yang juge Allah yang cipta akan tertarik pada ciptaanNya. Yo! ciptaan Allah sempurna masakan kita tak tertarik pada ciptaanNya, benar?


Allah tau kite akan tertarik dengan ciptaanNya yang indah-indah tu. Dats why kita kena ikot apa Allah kata. Yang laki jaga pandangan. Yang pompuan jaga aurat untuk tolong laki jaga pandangan. Kan suweeet tu tolong-menolong. 


Golongan yang mendedahkan kepala perasan mereka cantik buat camtu. Sebab memang cantik pon. Allah yang cipta rambut di kepala, tubuh manusia, dan segala yang dipamerkan. 


Tak peliklah lelaki dan perempuan tertarik. Sebab semua tu Allah punye. Allah punye mestilah cantik. Tapi Allah buat cantik-cantik bukan untuk tunjuk pada golongan yang tak sepatutnye tengok.  


"...Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) terlihat"
potongan maksud dari surah An-Nur : 31. 


Kecantikan tu tak salah dan selamanya takkan bersalah. Cara kita pergunakan kecantikan tu yang salah, sebab panduan yang betul kita tak nak guna. Apabila panduan yang lurus tak diletakkan sebagai yang memandu, maka cara yang dipandu tu sah sah la songsang!


Panduan yang Allah tetapkan tu untuk semua. Untuk yang CANTIK SAHAJA. 


*Aku hodoh,so aku terkecuali la?


Excuse me, dari tadi dah mention, semua orang cantik. Jadi tiada yang terkecuali mahupun yang sengaja mengecualikan diri selagi mana kau bernama Islam.


Tadi cakap pasal hensem. Sekarang dah salah simpang cakap pasal cantik pulak.


Berbalik pada soalan. 


"Ko tade perasaan tengok laki hensem?"

Jawapannya...............................................................................................................................................................................
Eh jawab la ade perasaan atau tak.



Tetttttt...


Begini. Yang perlu dipersoalkan bukanlah ada perasaan atau tak (Yes! tak payah jawab) 


Kita tukar sket soalan. 


Macam mana nak buat tatkala perasaan ini sepertinya cair apabila terlihat akan lelaki yang hensem?


Apa kata apa kata apa kata......

Jika.......



Awak dan saya......


Mengagumi kehenseman mamat tu......


PADA MASA YANG SAMA (bukan selepas itu) fikirkan tentang Pencipta terhadap kehenseman tersebut....

Tentunya jauh lebih "hensem".....

Tentunya jauh lebih hebat.....

Dan selepas itu.....

Awaklah perempuan yang paling stylo yang ada atas planet bumi ni....

Sebab setiap kali nampak lelaki hensem yang bertaburan di universiti, di kedai runcit, di profile picture, di dalam kotak hitam yang berelektrik.....

Awak akan sentiasa teringat pada Pencipta terhadap kehenseman tu.....

Lama-kelamaan awak akan jatuh cinta terhadap Pencipta kehenseman itu....

Dan makin lama, awak akan terus hanyut dan leka dalam percintaan itu....teheee~

Semuanya akan berlaku dengan izin Allah.....

Wallahu'alam...

Semua yang ditulis adalah tak lain tak bukan, peringatan untuk diri sendiri terutamanya.

Kata-kata motivasi dari Allah,

Allah kata : "Dan mereka dikelilingi oleh PARA PEMUDA YANG TETAP MUDA. Apabila kamu melihatnya, kamu akan kira mereka mutiara yang bertaburan".(al-Insan:19) 


Mungkin awak takde pakwe kat dunia. Tapi Allah nak bagi awak pakwe kat Syurga yang kekal muda :) insyaAllah... 





Monday, January 23, 2012

Asasi vs Diploma

Bismillah...

Tak penting dimana kita belajar, tetapi bagaimana kita belajar...
Tak penting apa yang kita belajar, tapi bagaimana kita melihat apa yang kita belajar...
(Sekurang-kurangnya bagi saya)
Adaptasi dari kata-kata Ustaz Pahrol Juoi,
"Bukan soal apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihat"

Asasi??????gapo dio tu?
Diploma????natang menda tu?*diploma pun jadi binatang?eh ape melalut ni.

Buat adik-adik yang tengah pusing dan juling-juling mata nak buat pilihan. Kot-kot rasa macam dah tersalah pilih, dont wory upu tutup lambat lagi..Ada peluang tukar lagi 2 kali *kot

Sebelum tu meh akak nak cerita. Masa fasa 1 upu dulu, semua pilihan akak engineering.
1. Kejuruteraan Awam
2. Kejuruteraan Tak Ingat
3.Kejuruteraan Dah Lupa
4.Kejuruteraan.......grrr
5.Kejuruteraan...zzzzzz

Semua apply kat UM *racist ke hape?

Masa fasa 2,
1.Ekonomi
2.Physics
3.Ekonomi Perniagaan
4.Tak ingat
5.Dan lupa

Ada di UM, UiTM, U n I, U tooo.

Untuk fasa 1,since akak dulu budak asasi sains fizikal UM, apa yang akak nampak UM UM UM UM. Engineering!Engineering!Engineering! Hidup dan matiku untuk Physics semata-mata...Oh sebenarnya akak terikut-ikut ramai orang. Disogokkan dengan course yang femes. *Ouch, jangkitan course fame. Dan sekarang im taking Economics in UiTM.

Dan respond yang slalu diterima, "Huh Shak?!!" takpun, "Asal Ekonomi?"
Ilmu Allah kan luas?
Lagi satu, "Nape UiTM? UM kan power?"
Bumi Allah kan luas? hikhik.

Walaupun still ada rasa nak compare ex u dgn current u =.=. memang rindu UM pon! adeh..lebih tepat orang-orangnya.

Setepatnya untuk berubah bidang, akak ikut cadangan insan yang bergelar emak. Fuhh sgt la takut nak try tukar pure science to science social. What can i say, Economics suit me very much so far! Konklusi, ikot cakap mak. Rasa macam tak mampu, tapi sometimes people around you know you better than yourself. And we are talking about our emak man!

Also, we would never know about something without trying that thing. Macam mana nak rasa keenakan masak lemak tempoyak kari kalau kita sekadar melihat tanpa merasa? =D

UM ada 3 asasi (fizikal,hayat,alam bina) Dulu format asasi UM, student terus diserap untuk degree. Tapi sekarang tak. Hanya asasi alam bina yang diserap terus. Untuk asasi UIA, UiTM masih format serap terus rasenye..eh boleh plak rase-rase.. But still kena mohon through upu.

Kalau tak silap, batch akak lowest gred 7A SPM..Dan ade je budak 7A dapat 4 flat. Tak dilupakan ada budak straight A tak berjaya tamat PASUM dgn jayanya and repeat paper. Ini untuk kes yang hari-hari pegi Mid Valley balik tengah malam then gi lecture tanpa kehadiran hati. Untuk u all rasenye takde masalah camtu =)

Routine life, lecture start pukul 8am. Paling lambat abis pukul 5pm. Yang rajin sket, boleh la beriadah petang-petang tu. Court kena berebut dengan laki la tapi. hoho. Oh lagi satu yang best, boleh berkayak.

Cara belajar laju. Satu lecture hall ade ratus student. Then we were divided into tutorial group. Average about 20 students per class. Lecturer bagi lecture setiap hari dan minggu tu ada satu tutorial untuk setiap lecture tu. Let say ada 5 subjects,then in that week u'll have 5 tutorials. Untuk physical science, subjeknya, physics, chemistry, science computer, maths(calculus,algebra,vector). Sains hayat, biology, physics, chemistry,maths. Bezanya fizikal ada science comp, takde bio and vice versa. Belajar kena speed. Kalau tak faham kena catch up terus. Jangan tangguh-tangguh. Sebab nanti bila masuk next lecture, lecturer ajar benda lain. Dan benda lain tu memang lain =.=! Tapi akak tak macam tu pon! Pemalas. aiseh...

Pastu tutorial KALAU BOLEH buat sendiri. Dalam maksud KALAU BOLEH akak tu. ihiks. Sebab, bila masuk tutor class, memang hundred percent discuss on tutorial yang lecturer bagi. Kalau tak buat dan tak tengok pun tutorial tu, nescaya ternganga dalam kelas nanti.

Sape yang follow sistem betul-betul bukan tipu-tipu, life in Asasi wouldn't be so hard. Yang kumpul ketidakunderstandan yang menyebabkan rasa asasi susah. Ha, ni memang akak.

Bila tutorial dah siap, boleh la attend ceramah ustaz ustazah yang famous. Sangat banyak. Nak atau tak nak pegi je. Antaranya, ustaz Pahrol Juoi, ustazah Fatimah Syarha, ustaz Don(eh ni belum lagi), Imam Muda pun ada walaupun akak tak kenal dan tak tengok cite tu.grrr...

Then, boleh pi camping ujung minggu. Benda ni yang paling best sepanjang kat Asasi. hoho. Ramai budak baik-baik. Terpulang pada kita nak bergaul dengan yang baik atau yang sederhana baik. Tak keterlaluan akak kata, PASUM adalah Pusat Akhlak Supaya Ubah Manusia. hehe. Ramai jugak yang akak observe, dulu awal-awal masuk PASUM dressing cam lain. Bila nak abis setahun tu, style dressing makin cool! Asasi setahun je. Tapi impaknya insyaAllah seumur hidup..weeee~

Pastu ada labwork. Every week. Rahsianya, pinjam senior punye lab report. AS RUJUKAN bukan TIRUAN ok! XD
Confirm dapat 9 10 markah.
Final exam plak, tengok past year. Soalan lebih kurang. Selalunya lecturer yang sama buat soalan.

Ramai student asasi UM still stay UM. Untung mereka duduk dalam environment yang mantap suasana keIslamannya. Terpulang pada diri untuk mendekati atau menjauhi. =)

Untuk diploma plak, style belajar lebih relax. Jadual untuk kelas tak pack. Cuma yang menyebabkan rasa pack sebab ada presentation, assignment. Asasi takde assignment, takde presentation. Pastu budak diploma memang dah jadi mahasiswa. Asasi belum lagi. Tapi tak menjadi masalah untuk budak asasi untuk perform well masa presentation for degree sebab kat sekolah menengah pun adik-adik dah biasa present rite?

Budak diploma boleh join banyak aktiviti. Boleh organize event sendiri. Boleh jadi pengarah projek. Belajar tentang kehidupan dan skills.  Di asasi pun boleh, cuma terhad masanya dan aktiviti untuk asasi takde spesifik sangat. Kena pandai cari peluang dan ruang. Bukan soal panjang atau singkat tempoh pengajian, tapi soal nak grab the chance or just let the chance "walking away" from you.

Untuk course, budak diploma lebih secure. Dan diploma more specific. Asasi masih general. Tapi untuk asasi UIA rasenye ada yang dah boleh spesifik kot =.=. Untuk diploma, bila masuk degree, diorang terus masuk second sem. Ini untuk kes UiTM. Basic diorang lebih mantop masa degree nanti. Budak asasi kena work harder la ye *pesanan untuk diri sendiri*

Yang membezakan diploma dan asasi, diploma, pelajarnya campur-campur. Meaning to say, ada yang good result in SPM and vice versa. So automatically, environment berubah. If dah biasa bergaul dengan budak pandai-pandai je, u'll face the problem to adapt with the environment.

Di asasi, result SPM diorang gempak gempita. Akan dikelilingi dengan budak-budak pandai. Level pemikiran akan sama. The way u look at problem would be from the same angle. So korang pun enjoy berkawan. Eh tolong betulkan kalau salah. Tapi kat mana-mana pun sama je. Ok tak tau nak cakap camne.

Tapi itu yang akak observe bila berkawan dengan adik-adik pra diploma, diploma dan asasi. Kematangan berbeza. Personaliti tak sama. That is only from my point of view. Mesti ada yang deny. Tapi problem tu boleh jadi advantage sebab u can practice and interact with people from different background =)

Diploma untuk budak biasa-biasa dan asasi untuk budak pandai. Oh tolong buang persepsi itu.

Apa lagi yang tertinggal ye? Apa yang nak tau, boleh tanya terus sebab tak tau nak cerita apa dah..

All in all, im not suggesting anything. I dont know which one is the best for you. Even you yourself do not know which is the best. Don't forget to ask Him ye dik =)

Selamat membuat pilihan. Hidup ni tak pernah sunyi dari membuat pilihan. Kat sekolah pun kena buat pilihan nak bulat jawapan A, B, C, D. Dan selalunya pi pilih jawapan salah. hoho.

Syurga dan neraka pun kita yang pilih .Harapnye tidak tersalah membuat pilihan dalam memilih destini kehidupan seterusnya selepas tinggal di kehidupan dunia...

Wallahu'alam...