Saturday, January 29, 2011

Aku ingin bertemuMu...

Saat hambaMu lainnya sedang dibuai mimpi...aku diselubungi rasa hati yg aku sendiri tak mengerti...rasa ini datang dan pergi...mood ini silih berganti...tapi aku ingin ia sentiasa merapati...

Aku dikelilingi dengan orang-orang yg nak dekat denganMu Ya Allah..aku juga dikelilingi orang-orang yang jauh daripada nak mendekati Allah. Bukan Allah yang menjauh, tapi kita yang tidak menghampiri. Bukan Allah yang tidak memberi, tapi kita yang menyombong diri.

Ya ya ya aku dengki dengan manusia yang hidupnya dikelilingi oleh manusia-manusia yang soleh dan solehah...Iman mereka mudah dijaga...Aqidah mereka lebih mudah dipelihara...Dan aku tahu itu cuma penilaian zahir aku...tetapi aku tetap berdengki dengan mereka...bukan dengki tetapi sangat dengki.

Aku tak rasa dengan menulis ini di sini cara yang relevan untuk aku berinteraksi denganMu Ya Allah...Tetapi hati ini tetap ingin menulis seolah-olah Engkau yang membaca penulisan ini...Aku sering menulis untuk makhluk...tiada salahnya aku ingin menulis untukMu wahai Pencipta sekalian makhluk...

Ya Allah...aku amat takut jika peganganku mudah dilemahkan...aku amat takut andai peganganku mudah dipesongkan...Aku menjadi takut melihat orang-orang sekeliling yang sedang hanyut...Aku amat takut tatkala aku turut lalai bersama orang-orang sekeliling...Bukan orang-orang sekelilingku yang harus dipersalahkan...Bukan mereka yang bersalah tetapi ketahanan iman diri ini tidak sekukuh benteng iman hambaMu yang lain..

Setiap kali ujianMu melanda hatiku bergetar...setiap kali Kau mengujiku hatiku masih rapuh...UjianMu ringan, ujianMu berseni...tapi cara aku atasi ujianMu tidak cukup abstrak...UjianMu itu hanya untuk menghadiahkan pahala kepadaku...tetapi aku terasa gentar...Aku lebih rela untuk untuk sentiasa bersama mereka yang ingin menujuMu...Sedangkan aku tidak boleh meninggalkan mereka yang hampir-hampir terhanyut dari jalanMu...

Aku sedih melihat rakan-rakan yang hanyut dengan hidup mereka sendiri...yang mabuk dibuai cinta makhluk...aku takut..amat takut..mereka mampu bertahan selama berjam-berjam berhubung dgn `kekasih-kekasih` mereka...tetapi hanya meluangkan 10 minit untuk bercakap denganMu...Adakah mereka tidak menyedari sesungguhnya Engkau amat mencemburui makhluk yang meletakkan cinta makhluk lebih tinggi daripada cinta kepadaMu...Mereka yang jahat tidak jahat...cuma mereka tidak diberi kefahaman sebagaimana yang Kau kurniakan kepadaku dan teman-temanku...Aku tahu mereka tahu tetapi mereka cuma tidak sedar mungkin? Maka akulah penyedar mereka seharusnya??????

Ya Allah, berilah aku petunjuk dan kekuatan terbaik untuk mengatasi semua ini...Ya Allah, kuatkanlah hatiku dengan dugaan yang Kau timpakan kepadaku...Ya Allah, Kau jauhkanlah dari rasa benci terhadap mereka dan seharusnya aku lebih menyayangi mereka...Jauhkanlah aku daripada berkeluh kesah apabila susah...

*Andai anda merasa yang jiwa itu dekat dengan Allah, maka tariklah jiwaku bersama...Andai anda merasa yang diri itu ingin dekat dengan Allah, marilah beriringan denganku...Andai anda merasa yang jasad itu ingin terus hanyut, janganlah menarikku untuk turut hanyut...Aku tak ingin hanyut dengan kalian...Aku juga tak ingin kalian terus hanyut...

Ya Allah...bimbinglah daku untuk menjadi pembimbing...Hadirlah ke sisiku ...Aku tahu sememangnya Kau sentiasa bersamaku...Cuma aku yang mengelak...Cuma aku yang terlalu enak dalam lamunan...Janganlah Kau teruskan lamunan mimpiku ini Ya Allah...

Ya Allah...kentalkanlah semangatku, eratkanlah peganganku, hiasilah akhlakku, mantapkanlah aqidahku, dan kuatkanlah imanku untuk terus bersaing merebut cintaMu...untuk terus bersaing merebut tempat di syurgaMu...Siapalah aku berbanding dengan hamba-hambaMu yang jauh lebih mencintaiMu...Namun aku tidak akan membiarkan diri ini untuk terus ditinggalkan ketinggalan jauh...Semua ini akan terjadi hanya dengan izinMu...oleh itu aku memohon keizinan hanya dariMu Ya Allah...

Ya Allah Ya Nur, pilihlah daku sebagai penerima hidayahMu...ingatilah daku sebagai hambaMu...pandanglah daku sebagai hambaMu yang layak menerima pandanganMu...

Ya Allah...Terimalah daku sebagai hamba untuk bertemuMu...sebagaimana aku ditakdirkan untuk bertemu denganMu di dunia ini, aku juga ingin bertemuMu di akhirat sana...

Amiiiinnnnnn...
*Doa itu juga adalah untuk diri anda sendiri...:`)...mudah-mudahan diterimaNya...Amiiinnn Ya Rabbal a`lamin...

Andai aku ditakdirkan untuk bertemuMu hanya di dunia ini, terima kasih Ya Allah kerana sudi memberi keizinan kepadaku untuk mengenalMu walau sesaat...

Aku ingin bertemuMu.....

Sunday, January 16, 2011

Manisnya Menjadi Seorang Gadis..

Infinity kesyukuran ke hadratNya..

First thing terdetik kat kepala bila tahu pasal ni..mestila nak ajak kakanda join..then mesej sahabat..kali ni rase mcm taknak mesej ramai2 sbb semua dah ade agenda sendri mlm tu..dgn teater lah,pop band lah..
Alah Shakiera ni, tak sporting gile..tak blh skema lg ke nk pegi dgr ceramah? teater kot.free plak tu..takkan tak pegi..haa mlm ni ade band TILU perform..takkan taknak tgk?”
Soalan saya,ape bekalan yg blh korang bawak nak tunjuk kat Allah nanti bile tgk battle of the band tu?? ape yg korang nak present kat Dia nanti masa sesi ber “dialog” denganNya? Adakah korang akan present yg korang tlh menonton persembahan-persembahan band yg cool pd mlm itu?  sy suke bertanya..dan sy suke mendengar jwpn..=)
Alhamdulillah..Allah bukakkan hati utk bg mesej kat seorang sahabat yg terpilih..tup2 nak ikot sekali..dahsyat sungguh perasaan Allah bg mase tu..seriously, buat sahabat2 yg tak pergi mlm tu, korang  infinity rugi..korang dah terlepas dari bersama2 kami utk sama2 berada dlm taman2 syurga di dunia…majlis ilmu di dunia adlh taman2 syurga kat dunia ni kan..pinjam kata-kata Kak Ha..ngehehe.. Memetik kata2 Kak Ha mlm tu.. “Pertemuan kita pd mlm ini akn menjadi saksi di Mahsyar kelak dan kita boleh tunjuk kat Allah yg kita telah bersama-sama berada dlm taman syurgaNya”..fuhh, introduction Kak Ha pun dah mcm tertusuk &  terpanah kalbu..baru introduction beb.. jeles tak dgr kitorang panggil Ustazah Fatimah Syarha as KAK HA? Sy ulang, Kak Ha…hee~
Bermula pengembaraan kami dr kolej menuju ke Akademi  Pengajian Islam(API) jam 8.23 malam lebih kurang..meredah hujan bersama kakak2 yg berbaju kurung dan berjubah..haha..comel lah korang ni..masih mengekalkan keayuan dlm hujan2 tu..kecuali saya dgn  A la kan..*A, ko mmg ganas..aku tak ok!:-P..tahap kebasahan tu mengalahkan org yg terjun tasik..berbekalkan saiz payung yg muat2 utk kepala je tp nak redah hujan lebat yg mcm mmg lebat tu..mmg tak basah la kan..=.=”
Tapi mmg semua tu sgt amat paling berbaloi dgn apa yg diperoleh spjg berada dlm taman syurga dunia mlm tu..tajuk pon manisnya menjadi seorang gadis, takkan ade lelaki kot..penceramah pun jd open semacam sbb semua gadis2 manis je hadirin mlm tu..hehex

Kenapa jadi gadis? Persoalan ini tak perlu dipersoalkan sbb itu adlh natural process yg Allah dah tetapkan..
Apa ada pada gadis? Kecantikan? Ketegasan? Kelembutan? Keganasan? haha.. Adakah minah rempit gadis? Adakah yg menaip-naip ini gadis? Adakah awak layak klasifikasikan diri awak gadis bersama-sama dgn gadis-gadis yg layak?

Dan satu lagi..dah tahu ape nak present kat Allah nanti?nak buat presentation kene ade preparation kan?ape preparation you guys so far?
Untuk persoalan yg bertimbun-timbun kat ats tu..sape nak jawab.
Bersambung........=)

Monday, January 3, 2011

New Year wishes..

Salam energetik…hehe
Soalan klisye tp tak bermakna yg klisye itu tak bagus..tak bermakna juga klisye itu klisye sebenarnya.. ok, ini soalan klisye yg dimaksudkan stp kali tahun baru menjelang..
“Apa azam tahun baru?”
“Dah ade azam tahun baru?”
“Azam, ape azam kau?”..haha..*ape beza Azam dgn azam?*hihi
Kalau kita ada azam yang smart, spesifik, measurable, simple, realistik, dan reinforce azam kita mudah dicapai..insyaAllah..
chopp!how bout Hijrah yang dipropagandakan dulu tu? Apabila hijrah+azam bergerak seiring , dgn izinNya kita dpt menongkah segala arus cabaran..cewahh..
Tak perlu dipanjang lebarkan atau dilonjong-lonjongkan soal azam atau hijrah yg ingin dilakukan..tapi apa yg penting kita ada “nafsu” nak berubah atau bahasa mudah kita masih bernafsu untuk buat anjakan paradigma dlm jiwa kecil kita(bahasa mudah??)..ayat yang lebih sahih kita perlu ada niat untuk menjadi lebih baik tak kesah dalam apa jua status yg kita pegang..status sbg hamba, anak, kakak, sahabat, pelajar, bakal mak orang, bakal isteri orang..haha..*dah start nak melalut la tu=.="*..
semua student nak markah final sem exam lagi baik dari mid sem exam kan? Macam tu la kita perlu ada rasa untuk jadi lebih baik especially sbg hambaNya.. Orang yang tak nak berubah dah mati sebelum mati. Cuma tak boleh dikuburkan sebab dia masih blh makan nasi dua tiga pinggan, dia masih blh tgk tv dan dia masih blh meronggeng sana sini..
“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah dan apabila dipanggil untuk berjihad (ketika keadaan memaksa atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.” – (Hadis Riwayat Bukhari)

dan ade satu hadis yg lecturer engine maths bagi dlm tutorial (ini tak tipu ok!)
Baginda bersabda yg bermaksud :"Barangsiapa yg amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah org yang beruntung. Barangsiapa yg amalannya hari ini sama dgn yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT"

Anda golongan mana? saya golongan mana? cermin diri hiasi peribadi...haa, lps ni blh tgk cermin dlm almari baju tu..jangan asyik sebok nak tgk jerawat je depan cermin..haha

Sambil bercakap sorang diri, nak berpesan jua kat diri "NEVER SAY NEVER" and "NO SAY NO"  untuk berubah*nak kata ni kata-kata tahun baru boleh?hehe*
Happy New Year..(perlu wish tak?) =)
1.1.11..cantik macam nombor ekor lembu.ahaks
*Happy birthday to Abg Shah..lawa kot tarikh birthday..Also to Kak Shila..Happy a happy birthday..Semoga bertambah tahun, bertambah umur, bertambah amal, bertambah iman, dan.............................bertambah uban..haha.don't worry..age is just a number..hehe.Ucapan khas utk korang ni : "Cepat2 bagi mama & baba cucu..Cepat2 bagi kitorang anak sedara(^,^)"(bagi? macam senang je bunyi..hehe..insyaAllah ye)..
Semoga kalian dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah...amiiin..Kepada pembaca,*kalau ada yang baca la kan*,,tolong doakan sekali atau lebih tepat berkali-kali ye..hehe..TERIMA KASIH DAUN PISANG(^.^)
Bukan Azam sorang je yg perlu ada azam tau!
Assalamualaikum warahmatullah...Kesian..eheh.silap plak..SEKIAN....