Thursday, March 31, 2011

Aku Pengkhianat

Terlalu banyak pengkhianatan yang aku lakukan,
Teramat dahsyat penganiayaan yang telah aku lakukan,
Aku telah menganiaya diriku sendiri dengan pengkhianatan yang banyak sekali Ya Allah...

Aku terlalu mengagumi makhluk ciptaanMu berbanding Engkau sebagai Penciptanya,
Bodohnya aku Ya Allah,
Jahilnya aku Ya Allah,
Hinanya aku Ya Allah…

Layakkah aku untuk ke syurgaMu,
Siapalah aku di depanMu Tuhanku...

Aku kerap kali mengingati makhluk ciptaanMu berbanding Engkau sebagai Penciptanya,
Sombongnya aku Ya Allah,
Bongkaknya aku padaMu Ya Allah…

Layakkah aku untuk menerima pandanganMu,
Siapalah aku didepanMu Tuhanku…

Aku terlalu lemah,
Aku terlalu hina,
Namun aku masih enggan tunduk padaMu,
Aku masih tidak bersujud padaMu,
Bodohnya diri ini,
Derhakanya diri ini,
Jijiknya diri ini…

Aku seorang pengkhianat,
Terlalu banyak yang aku khianati,
Terlalu besar dosa pengkhianatan ini,
Pengkhianatan seorang hamba kepada PenciptaNya…

Ya Allah...
Sesungguhnya mata ini telah aku khianati,
Mulut ini telah aku khianati,
Lidah ini telah aku khianati,
Tangan ini telah aku khianati,
Hati ini paling banyak aku khianati,
Terlalu banyak janjiku padaMu telah aku khianati…

Namun…
Kau sentiasa hadir tatkala pengkianat ini kesedihan,
Kau setia menemani tatkala pengkhianat ini ditinggalkan,
Kaulah Maha Pendengar yang setia tatkala pengkhianat ini merintih,
Tidak pernah sesaat Kau berpaling dari si pengkhianat ini…

Yaa Latif…
Betapa Maha Lembutnya Engkau padaku…
Yaa Rahman…
Betapa Maha Penyayangnya Engkau padaku…
Yaa Muhaimin…
Terima kasih kerana Kau masih sudi memeliharaku…
 Yaa Ghaffar…
Aku menyeru namaMu,
Tiada siapa yang dapat mengampunkan setiap dosaku melainkan Engkau…

Yaa Allah…
Kurniakanlah hambaMu yang hina ini pengampunanMu yang seluas langit dan bumi serta seisinya,
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,
Hanya padaMu aku memohon,
Hanya padaMu aku meminta pertolongan…

Maafkanlah aku yang selalu mengkhianatiMu...
Ampunkanlah aku yang sering melupakanMu...

Thursday, March 24, 2011

Nyanyi sikit

Apa khabar iman saya arini? Bagaimana ibadah kita arini ek? Jawapan yang takkan dapat dibulat andai diberi A, B, C, X dan Z sekalipun..Hopefully better than yesterday la kan..

Now, yesterday's story.
Semalam antara peristiwa erm yg erm erm.........as Asssasian.

"Tuk tuk tuk..Assalamu'alaikum"
"Wa'alaikumussalam..Ok,masuk..Sila perkenalkan diri seringkas mungkin"
"Nama diberi............binti Shahidan..Ibu yang melahirkan Rozaini binti.........".etc.

"Beri saya tiga kelebihan awak".Ok ni part plg tak best each time diinterview...kena puji diri sendiri..takpela, sekali-sekala mempoyokan diri..adoii..*sekali-sekala??yup! sekali-sekala..hehe
Ni jawapannye "__________ , _________, _________ insyaAllah"
"Eh, tu dah empat..nak tige je"
"Laa, insyaAllah pun kire?"oppss..terkerek dengan anda sebentar..Saya tahu anda bergurau dan saya juga bergurau.

"Ok, tiga kelemahan awak"
*Dalam hati, "takkan tiga je..ade banyak ni..tak tersenarai kot"*
Ni jawapannye,"Terburu-buru, kelam-kabut, melalut"..Ok, yang last tu tipu..haha. tak ingat lagi satu ape, sebab dalam kepala nak sebut banyak sangat..terburu-buru dengan kelam-kabut macam sama je..haha

"Masa haluansiswa, biro mana paling awak tak suka?"
"Biro paling tak suka dan paling suka, biro disiplin"
"Sebab?"
Korang tak yah tau..

Next>>
"Saya bagi awak pen. Ceritakan dlm beberapa saat pasal pen ni..Cakap pasal apa-apa sahaja"
Jawapannye "....................."..tak payah tau la kot..hehe

Pendekkan.

"Awak ingat lagi sub untuk minggu haluansiswa?"
*Dalam hati, "MEMANG TAKKKK la nak buat sub depan korang kan"*
"Cuba buat sub yang awak ingat"
"Maaf, saya taknak"
"Sikit je"
"Maaf, saya taknak"

Sub tu macam sorakan yang selalu dibuat before match..tak tau nak explain camne..tapi sub itu adalah sesuatu yang semangat dan memerlukan body movement yang over begitu juga suara yang over..atau erti kata lain, siapa yang buat depan mereka, tak keterlaluan rasanya nak cakap yang anda memperbodohkan diri sendiri....SORRY TO BE HONEST.

Next>>
"Boleh menyanyi? Nyanyi sikit"

Ya ALLAH..apakah???apakah???Saya tahu suara saya sedap,lunak,merdu tapi tak perlu nak nyanyi depan kalian..Simpan suara untuk yang..............gahahaha.just kidding.

Astaghfirullahal'azim..

Sekali lagi saya cakap, "Maaf, saya tak nak menyanyi"
"Sikit je"
"Maaf saya tak nak"
"Kenapa tak nak"
"Sebab saya tak nak"
Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk berkata tak nak.

Makin besar makin kuat melawan..hoho..itu melawan atau mempertahankan? atau bergusti setepatnya?
Ok, dah terang lagi berlilin..menyanyi? Walaupun interviewer yang decide siapa dia nak pilih, jangan sekali-kali turuti apa yang disuruh mereka jika perkara itu melanggar prinsip dan pegangan agama kita..uishh,macam berat sangat je bunyi..

Nak ringankan apa yang berat, jangan buat perkara yang terang tang tang salah dan tak berfaedah serta tak menyumbang kepada pembangunan akhlak dan paling penting aqidah anda...jangan buat. jangan dan jangan. Masa ni hati kering anda perlu difungsikan dengan baik..just say TAK NAK. Anda seorang yang berani? nyatakan kepada mereka kenapa tak nak..ALLAH saya marah..oh saya tidak seberani anda.

Perasan ayat ini "Walaupun interviewer yang decide siapa dia nak pilih"...hellloooo..Bukan mereka yang decide..ALLAH saya yang tentukan segala-galanya..Buat perkara yang dilarang tapi nak minta sesuatu daripada Dia..layak ke? Majikan mana yang nak bayar gaji pembantu rumahnya yang buat kerja ikut suka tanpa ikut arahan? Nak dapat bayaran bonus lagilah tidak.

Sekiranya tak terpilih, bukanlah sebab saya tak ikut apa yang abang dan kakak senior suruh buat..cuma ALLAH saya yang tak izinkan. Sekiranya terpilih, alhamdulillah..bukanlah kerana saya dapat menjawab soalan temuduga itu saya terpilih.... ALLAH saya yang izinkan...

Sama seperti tidur..adakah tidur yang menyebabkan anda tidak mengantuk? boleh terima jika saya kata tidur dan mengantuk tiada kaitan langsung? boleh terima kalau saya kata makan dan kenyang juga tiada kaitan?

Kenapa ada masanya kita tidur lama, bila bangun but still mengantuk..dan ada masanya kita tidur tak sampai 10 minit pun, kita boleh jadi segar bugar seperti sayur bayam...dan kenapa bila puasa, kita tak rasa lapar sedangkan kita tak makan pun..kenapa?

Jawapannya mudah, tak perlu googling...tak perlu juling-julingkan mata untuk mencari jawapannye..kenapa? adakah sebab anda curi-curi makan sembunyi-sembunyi?ahaks..
Jawapannya mudah..Semuanya yang berlaku adalah atas kehendak dan keizinan ALLAH kita.

Segala apa yang kita buat, perkara-perkara itu sekadar sebab yang menyumbang kepada apa yang kita dapat. Makan empat talam nasi, tanpa izin ALLAH, tak kenyang jugak. Ingat! Bukan kerana kita makan, kita kenyang..bukan kerana tidur, kita tak mengantuk..Tapi memang kita perlu makan dan tidur..sebab?

Sebab, itu adalah sebab.

Faham? Blurrr? Ayat pening?
Silakan asah minda dan hati untuk berfikir ^_^.

Wallahu'alam..

Surah al-Anfal ayat 11 mafhumnya,

"(Ingatlah) ketika Allah menjadikan kamu rasa mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripadaNya, dan Allah menurunkan kepadamu air hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan air hujan itu dan menghilangkan daripada kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguhkan dengannya telapak kakimu (teguh pendirian) "

Nanti kalau tertidur time lecture, bagi prof baca terjemahan ayat yang dihighlightkan putih tu..confirm tak jadi marah..hehe..just kidding(^.^)..Sekarang tengah hujan, mata dah mula kuyu...Salam Jumaat buat seluruh hamba..

Saturday, March 12, 2011

Asyik-asyik teringat je

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi ajma'in....Jom Selawat Adik-adik(macam blh buat title program baru ni)..:)


Haaa..bile selawat teringat kat sape? "Rasul Allah la kakak". Bagus adik ni....
Bile solat terbayang?? soalan cepumas disitu..juga disini.

Bergelumang dlm jiwa-jiwi : 
"Haisshhh...asal aku asyik ternampak muka die ni!"
"Asal online je terpacul nama dia kat chat box! Tak nak klik! Tak nak klik!"
"Tolonglah aku tak nak teringat kat kau!"
"Kenapa makin aku lari makin dia mendekati?!"
"Tapiiiiiii dia baik"
"Tapiii tapiii tapiii tapiii............"
"Arghhhhhhhh tolong tolong!"

Mula-mula kagum kat dia sebab baik..pastu teringat-teringat pastu tiba-tiba opppsss tersuka..Betul tak? Pernah alami? Sedang alami? Jangan fikir yang bukan-bukan ye.. Tidak ditujukan pada siapa-siapa atau apa-apa..

Ok, itu fitrah manusia..Allah yang cipta fitrah manusia.

Potongan ayat dari surah Ar-Rum : 30
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam);(sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu"

Manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama iaitu agama Tauhid..Sebelum lahir atau masa dalam perut, semua baby adalah beragama Islam..selepas lahir, bergantung pada family mana baby tu dibesarkan..Bersyukurlah kita dapat nikmat Islam sejak ter"keluar" dari perut mak kita..Bersyukurlah kita dibesarkan dalam family Islam...Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..

Ok, dah terselit pasal lain plak..haha

Berbalik pada topik asal, fitrah manusia tertarik dengan berlainan jantina...Ohhohohoi..fitrah tak boleh dijadikan alasan walaupun hakikatnya memang ramai beralasankan fitrah..Fitrah perlu dikawal bukan dituruti semata-mata...Makan pun fitrah kan? Apa jadi kalau makan manis sangat? masin sangat? atau pahit sangat? nescaya penyakit akan menyerang anda..tapi yang pahit tu kan ubat? hehe..Haa makan perkara yang simple pun Islam suruh kawal apatah lagi bila melibatkan soal besar-besar iaitu soal hati..Lagi perlu ditingkatkan sistem pengawalannya.

Saya bukanlah ustazah untuk memberi hukum itu dan ini..Saya juga bukanlah ustazah untuk menjawab dari "side" agama..ilmu pun ciput je..Mungkin seorang profesor? hihi..amin amin amin..

Cuma di sini ada satu tips sebagai perkongsian..InsyaAllah praktikal..InsyaAllah saya pun amalkan..haaa kantoi-kantoi..grrrr..haha..gurau-gurau beb..tak perlu meneka-meneka siapa.

Cuba bayangkan keadaan bila dia sembelit..mukanya berkerut-kerut menahan sakit perut..bayangkan keadaan terhodoh dia..buruk tak? Kita tak suka buruk-buruk kan? chop! Bukan menyuruh mencari keburukan hamba Allah itu..Cuma itu antara cara untuk mengurangkan rasa teringat-teringat atau lebih parah rasa rindu itu..takut terjebak dengan zina hati..nauzubillah..

Ada sahabat saya kata, kita bagi nasihat kat orang, bukan nak bagi kat dia sangat tapi anggaplah kita sedang bagi nasihat kat diri sendiri melalui cara bercakap dengan orang itu..boleh pakai jugak dia ni..haha..kidding2(^.^)

InsyaAllah peringatan untuk diri sendiri yang juga seorang manusia berdosa..ntah-ntah masa nak post ni pun tak sedar ada dosa yang sedang dibuat..astaghfirullahalazim...

Telinga paling dekat adalah telinga dari pemilik mulut yang berkata-kata....Benar?

Wallahu'alam..senyuumm :)