Wednesday, December 26, 2012

Harapan Untuk Palestin

Bismillah....

Dunia terasa indah...haha.
Alhamdulillah.
Sweet memory itu. Apabila jumlah kutipan sumbangan diumumkan oleh Timbalan Rektor HEP, kedengaran laungan takbir dari penonton. Pergh tak sangka aku suasana dewan jadi camtu. Confirm kerja budak-budak Aqsa Syarif ni. Moga-moga jadi contoh pada budak Uitm? ngehehe.

Sepanjang seminggu berkempen tabung. Budak-budak tabung, terima kasih. Budak-budak pembaca doa qunut nazilah, terima kasih. Budak-budak gimik, terima kasih. Budak-budak flashmob, terima kasih. Korang gempak giler! Maaf. Aku memang tak pandai berterima kasih pada orang.
Aku tahu ada pihak yang aku tak ucap terima kasih kat sini. Rasa macam nak sumbat botol kicap dalam mulut saya? Ohok, buat kerja kerana apa? Patutnya tak rasa apa-apa la kan kalau manusia tak notice perbuatan kita? Toing! Semak niat.

Aqsa Syarif Siswa..hehe. Dari mereka, aku belajar ^^

Tibalah malam yang mendebarkan...........
Dr. Hafidzah,"Shakiera,how was it? Macam mana semua? ok ke?"
"Umi, saya takottttt"
"Nak dekat dah..Sikit je lagi. Tawakkal pada Allah. Letakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah"

Sungguh...Dr ini amat menyejukkan hati.

Dr. Othman, satu susuk yang lemah lembut. Aku dapat rasakan kebersihan hatinya. Dr, terima kasih (macam la die baca~) Stylo Dr ni. Pengerusi Aqsa Syarif Kelantan tapi cool je kawal laptop untuk persembahan flashmob. Macam ni la kawan-kawan kite kena ikot. Tak kiira pangkat tinggi rendah,cool je beliau jadi technician malam tu. Tabik Dr.! Naik segan aku dibuatnye~ Beliaulah jugak person in charge untuk peserta. Semuanyalah. Malu dengan Dr. Baik sgt =.= Bekerja kerana Allah. Mana kisah pangkat semua tu. Kan?

"Cukup ke kerusi atas stage tu? Kalau tak cukup, takpelah,saya duduk bawah je"

Mak aihhh..Dr. ni memang! Humble sungguh! Cukup-cukuplah memalukan saya.

Dr. Hafidzi, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad. lagi satu susuk mulia. Di pandangan aku.
Dijemput kurang dari dua minggu, lepak beliau terima pelawaan kami.
Perbualan dalam kereta. Saya ulang, dalam kereta. haha.
"Apa nama program malam ni?"
"Harapan Untuk Palestin Hope For Palestine. Saya ada emelkan pada Dr. tentatif,sasaran,cadangan pengisian. Tak dapat ea?"
"Harapan Untuk Menang" sambung Dr.

Memang Dr tak dapat emel itu. Maksudnya, Dr. sudi terima pelawaan kami lepak camtu sekali? Allah....

"Pengisian yang macam mana yang kamu nak?"
"Semua sekali Dr." rakus tak? haha.
Tergelak Dr. tu. "Kalau nak semua, kena pergi Palestin sendiri la mana cukup dua jam."
heks.

Hee~ Uitm KB tiada dewan untuk buat program. Terima kasih Gelanggang Seni sudi menaja ^_^
 Point paling aku ingat:

Orang-orang di Palestin sedang berjuang untuk memastikan keamanan untuk kita. Mereka, Allah tetapkan sebagai barisan hadapan untuk memperjuangkan Islam dan keamanan kita. Allahuakbar!


"You all boleh plan untuk buat seminar tentang kefahaman isu Palestin. Boleh jemput sekali duta Aqsa Syarif.."

Afdlin? ehem. tak perlu gusar dengan sambutan student. Budak Uitm bab2 artis memang bukan nombor dua! haha.

Doakan ini menjadi kenyataan. Terima kasih.





Thursday, December 20, 2012

Hope For Palestine =)

Allahuakbar!
Untuk program redahan terakhir sem ni..err pelajaran aku ntah melayang kemana..hakhak...
Macam-macam tohmahan sampai ke telinga.

"Ok,kita akan buat bacaan doa qunut nazilah dan gerakan tabung dari kelas ke kelas"
Suara sumbang 1: "Eiii nanti ganggu je lecturer nak mengajar."
"Allah...matlamat kita masuk kelas tu untuk kita ingat, sahabat saudara mara kita di Palestin. dua minit je ganggu masa belajar (err ganggu ke tu?)"
p/s: Tolong jangan letak otak kat lutut.

Dilabel gila kuasa, menyibuk dan sebagainya...grrr. Memang aku suka pon.

Penasihat aku menasihat, "Awok toksoh care orang gitu..Dua kemungkine je, samaada die dengki atau cemburu."
Haha.

Ah sebelum program bermula, masa meeting, bila aku delegate tugas, ada yang beria nak dengar? haha. Wujud lagi ke surrounding ada jurang senior junior? Pergh. Mentaliti busuk. Aku faham. Aku budak berhingus. Air liur meleleh pon tak reti nak lap.

Jujur. Aku hampir berputus asa di pertengahan jalan. Lupakah aku kuasa Allah melebihi segalanya?
Masih ramai yang menyokong. Kadang-kadang (selalu padahal) dengan suara sumbang yang perlahan tu aku jadi lemah semangat walhal ada suara merdu yang lantang menyokong.

Lepas program, mulalah masing-masing mengaku dirinya yang tersibuk sekali. Mengakulah kalian yang paling banyak menyumbang dalam program ni.
Mengakulah kalian yang paling banyak membantu program ni.
Kahkah.

Aku senyum. Senyum melihat telatah manusia.

Yang penting dapat naik kereta dengan Dr. Hafidzi. Dah diam.

"Timoh,kami takot."
"Takpe Shak, once program ni berjaya, baru diorang tahu..."
MasyaAllah. masin mulut budak ni.

Program berlangsung malam Selasa. Tengah hari Selasa iaitu beberapa jam sebelum program aku hampir menangis dan sekali lagi semangat jatuh. Cuba teka siapa yang ada? Pakcik Gelanggang Seni yang setia menemani. Moga Allah redha pakcik ini.

Allah terima kasih atas kekuatan itu. Terima kasih kerana mengirimkan the power puff akhawat!

Pujian manusia dan redha Allah. Mana yang utama?
Wahai para pejuang maralah ke hadapan!