Tuesday, May 8, 2012

Hati berzina

Nota ringkas buat peringatan diri saat ini. Juga nota untuk kalian~

Aku tertanya-tanya bagaimana zina hati? Ya, zina hati itu haram (nama pon zina ~,~) tapi takrifan zina hati tu sendiri aku masih tak tau. Macam mana nak menjauhkan diri dari sesuatu yang aku sendiri tak tau apa yang perlu dijauhi? Maka dalam pencarian pencerahan, terserempak dengan video ustaz azhar.

Islam nak menutup pintu kerosakan.

Teringat pada seseorang tak salah. Teringat pada kawan perempuan sekuliyah (bagi lelaki), takde ulama' kata haram. Tapi teringat yang mengundang syahwat itu yang haram.

Teringat ke seorang perempuan bukan zina hati. Tetapi jika teringat pada keindahan tubuh die, itu zina hati.

*Sila angguk-angguk sebagaimana semangatnya anda apabila mendengar pensyarah menerangkan maksud di sebalik formula fizik*

Aku yakin, ustaz hanya menjawab secara surface. Maka teruskan lagi pencarian pencerahan. Wallahu 'alam.



No comments: