Wednesday, December 26, 2012

Harapan Untuk Palestin

Bismillah....

Dunia terasa indah...haha.
Alhamdulillah.
Sweet memory itu. Apabila jumlah kutipan sumbangan diumumkan oleh Timbalan Rektor HEP, kedengaran laungan takbir dari penonton. Pergh tak sangka aku suasana dewan jadi camtu. Confirm kerja budak-budak Aqsa Syarif ni. Moga-moga jadi contoh pada budak Uitm? ngehehe.

Sepanjang seminggu berkempen tabung. Budak-budak tabung, terima kasih. Budak-budak pembaca doa qunut nazilah, terima kasih. Budak-budak gimik, terima kasih. Budak-budak flashmob, terima kasih. Korang gempak giler! Maaf. Aku memang tak pandai berterima kasih pada orang.
Aku tahu ada pihak yang aku tak ucap terima kasih kat sini. Rasa macam nak sumbat botol kicap dalam mulut saya? Ohok, buat kerja kerana apa? Patutnya tak rasa apa-apa la kan kalau manusia tak notice perbuatan kita? Toing! Semak niat.

Aqsa Syarif Siswa..hehe. Dari mereka, aku belajar ^^

Tibalah malam yang mendebarkan...........
Dr. Hafidzah,"Shakiera,how was it? Macam mana semua? ok ke?"
"Umi, saya takottttt"
"Nak dekat dah..Sikit je lagi. Tawakkal pada Allah. Letakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah"

Sungguh...Dr ini amat menyejukkan hati.

Dr. Othman, satu susuk yang lemah lembut. Aku dapat rasakan kebersihan hatinya. Dr, terima kasih (macam la die baca~) Stylo Dr ni. Pengerusi Aqsa Syarif Kelantan tapi cool je kawal laptop untuk persembahan flashmob. Macam ni la kawan-kawan kite kena ikot. Tak kiira pangkat tinggi rendah,cool je beliau jadi technician malam tu. Tabik Dr.! Naik segan aku dibuatnye~ Beliaulah jugak person in charge untuk peserta. Semuanyalah. Malu dengan Dr. Baik sgt =.= Bekerja kerana Allah. Mana kisah pangkat semua tu. Kan?

"Cukup ke kerusi atas stage tu? Kalau tak cukup, takpelah,saya duduk bawah je"

Mak aihhh..Dr. ni memang! Humble sungguh! Cukup-cukuplah memalukan saya.

Dr. Hafidzi, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad. lagi satu susuk mulia. Di pandangan aku.
Dijemput kurang dari dua minggu, lepak beliau terima pelawaan kami.
Perbualan dalam kereta. Saya ulang, dalam kereta. haha.
"Apa nama program malam ni?"
"Harapan Untuk Palestin @ Hope For Palestine. Saya ada emelkan pada Dr. tentatif,sasaran,cadangan pengisian. Tak dapat ea?"
"Harapan Untuk Menang" sambung Dr.

Memang Dr tak dapat emel itu. Maksudnya, Dr. sudi terima pelawaan kami lepak camtu sekali? Allah....

"Pengisian yang macam mana yang kamu nak?"
"Semua sekali Dr." rakus tak? haha.
Tergelak Dr. tu. "Kalau nak semua, kena pergi Palestin sendiri la mana cukup dua jam."
heks.

Hee~ Uitm KB tiada dewan untuk buat program. Terima kasih Gelanggang Seni sudi menaja ^_^
 Point paling aku ingat:

Orang-orang di Palestin sedang berjuang untuk memastikan keamanan untuk kita. Mereka, Allah tetapkan sebagai barisan hadapan untuk memperjuangkan Islam dan keamanan kita. Allahuakbar!


"You all boleh plan untuk buat seminar tentang kefahaman isu Palestin. Boleh jemput sekali duta Aqsa Syarif.."

Afdlin? ehem. tak perlu gusar dengan sambutan student. Budak Uitm bab2 artis memang bukan nombor dua! haha.

Doakan ini menjadi kenyataan. Terima kasih.





Thursday, December 20, 2012

Hope For Palestine =)

Allahuakbar!
Untuk program redahan terakhir sem ni..err pelajaran aku ntah melayang kemana..hakhak...
Macam-macam tohmahan sampai ke telinga.

"Ok,kita akan buat bacaan doa qunut nazilah dan gerakan tabung dari kelas ke kelas"
Suara sumbang 1: "Eiii nanti ganggu je lecturer nak mengajar."
"Allah...matlamat kita masuk kelas tu untuk kita ingat, sahabat saudara mara kita di Palestin. dua minit je ganggu masa belajar (err ganggu ke tu?)"
p/s: Tolong jangan letak otak kat lutut.

Dilabel gila kuasa, menyibuk dan sebagainya...grrr. Memang aku suka pon.

Penasihat aku menasihat, "Awok toksoh care orang gitu..Dua kemungkine je, samaada die dengki atau cemburu."
Haha.

Ah sebelum program bermula, masa meeting, bila aku delegate tugas, ada yang beria nak dengar? haha. Wujud lagi ke surrounding ada jurang senior junior? Pergh. Mentaliti busuk. Aku faham. Aku budak berhingus. Air liur meleleh pon tak reti nak lap.

Jujur. Aku hampir berputus asa di pertengahan jalan. Lupakah aku kuasa Allah melebihi segalanya?
Masih ramai yang menyokong. Kadang-kadang (selalu padahal) dengan suara sumbang yang perlahan tu aku jadi lemah semangat walhal ada suara merdu yang lantang menyokong.

Lepas program, mulalah masing-masing mengaku dirinya yang tersibuk sekali. Mengakulah kalian yang paling banyak menyumbang dalam program ni.
Mengakulah kalian yang paling banyak membantu program ni.
Kahkah.

Aku senyum. Senyum melihat telatah manusia.

Yang penting dapat naik kereta dengan Dr. Hafidzi. Dah diam.

"Timoh,kami takot."
"Takpe Shak, once program ni berjaya, baru diorang tahu..."
MasyaAllah. masin mulut budak ni.

Program berlangsung malam Selasa. Tengah hari Selasa iaitu beberapa jam sebelum program aku hampir menangis dan sekali lagi semangat jatuh. Cuba teka siapa yang ada? Pakcik Gelanggang Seni yang setia menemani. Moga Allah redha pakcik ini.

Allah terima kasih atas kekuatan itu. Terima kasih kerana mengirimkan the power puff akhawat!

Pujian manusia dan redha Allah. Mana yang utama?
Wahai para pejuang maralah ke hadapan!






Tuesday, November 20, 2012

"Berjalan mesti ke hadapan bukan ke belakang"

"Orang yang berjaya mereka faham bahawa segala perkara buruk yang berlaku dalam hidup mereka sebenarnya adalah cara Allah melatih mereka untuk jadi hebat di masa hadapan."

Raja Shamri -seorang manusia hebat baru aku kenal. tapi aku, mesti die tak kenal. berkaki sebelah, namun semangatnya tak pernah patah-
Terima kasih kepada Islamic Banking students for organizing such a bombastic seminar!
Allahu Akbar...

Sunday, November 11, 2012

Oh Allah please...

Ya Allah...best betul environment di UIA tadi.
Bila di UiTM........................haha.
I'm getting sick with all these. Pretending not to look sick. haih..
Oh Allah please...

Sunday, October 28, 2012

Tangan Untuk Gelandangan

Bismillah...
2 days left~
As usual I will become extremely nervous...
This is our second project after Dr Zakir Naik Tour yang aku main redah tu...
Sumpah aku takut.
Tolong doakan kejayaannya~
Nak belajar dari pengalaman, pengalaman pulak sejemput je ada. Exco lain pun begitu. Masing-masing masih mentah dalam pengurusan program.
Mohon doanya ya! Untuk redahan yang kedua.

Contengan jalanan

Bagi aku, diameter keberjayaan projek itu dinilai dari:

a) menepati masa. kesian pakcik bas kalau dia yang menunggu kita. biar kita yang tunggu dia. oh teringat pulak untuk tour ke Kuantan sempena DZN, aku salute sama student UiTM KB yg janji pukul 8 pagi, pukul 7 pagi dah penuh tempat menunggu. dan boleh pulak, aku lewat dari diorang. Aku tak lewat, tapi diorang yang terlebih awal. woha! memang aku lewat pun sebenarnya. satu element berjaya dipenuhi oleh mereka. harap dapat diulangi~

b) Bosan tak bosan, bergantung pada cara kita menghargai apa yang ada depan mata. Anggap tak bosan, maka tak bosanlah. =D

c) Projek berjaya, jika objektif tercapai.


A.     OBJEKTIF
        

1.  Mendekati masyarakat yang bergelandangan bagi mengetahui punca sebenar berlakunya keadaan sedemikian buat mereka bagi menghindarkan persepsi negatif dalam minda masyarakat Malaysia.

2.   Mendedahkan kepada mahasiswa tentang permasalahan sosial yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia.

3.    Memberi kesedaran kepada mahasiswa untuk menghargai peluang membentuk masa  hadapan yang cerah.

4.    Mewujudkan rasa simpati dan empati dalam diri mahasiswa supaya memikirkan penyelesaian masalah  yang dihadapi oleh ummah. (nampak perkataan UMMAH disitu? haha)

5.  Memastikan aktiviti yang positif dijalankan dalam membentuk ahli yang berilmu, berketrampilan, mapan dan bertaqwa sebagai persediaan membentuk generasi pelapis dalam masyarakat.

6.  Memberikan peluang kepada para pelajar untuk membentuk pembangunan insan dalam diri.

p/s : Copy pasta dari kertas kerja!



Antara cabaran utama yang dihadapi adalah penginapan. Lagi seminggu nak ke tarikh projek dapat tahu kolej UiTM Shah Alam full. p/s: Siapa suruh hantar surat permohonan lambat! haha. Tak keruan aku dibuatnya. Semua kolej UiTM kat selangor nak mohon, UiTM Puncak Alam, UiTM Puncak Perdana, UiTM Puncak Kasih Mereka dan termasuklah INTEC! haha. Dan kebanyakan kolej dah penuh. perghh~ Serik2. Ya Allah bantulah kami...Ya Allah bantulah kami...Ya Allah bantulah kami...

Nampak tak betapa kelam-kabutnya plan yang dirangka untuk penginapan? Allah ada. Allah tolong~~ hee. Alhamdulillah.

“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)” (QS. 27 : 62).

InsyaAllah...organisasi lain yang terlibat : Yayasan Salam, UNGGAS (bukan nyamuk ye) stands for Urusetia Menangani Gejala Sosial, JAWI dan OUTREACH Malaysia.

Cuba teka berapa bajet yang diluluskan oleh UiTM untuk projek ni? RM 4,467. hoho. Alhamdulillah. Tak sia-sia kita bayar tabung amanah pelajar. Duit kita balik la kita guna tu. kwang2.

Tidur semakin tak lena. Makan makin kenyang. Bismillah.........




Wednesday, October 24, 2012

Stalker.

Bismillah... Aku telah menjadi stalker hari ni.

Bukan nak stalking pon tapi aku cari button logout tak jumpa. Jadi, memang rezeki aku untuk bukak facebook sorang manusia ni iaitu kakak aku. wohaha. Sorry sis.

Ok, ini aku curi perbualan antara dia dengan seorang makhluk yang aku rasa jujur. Aku tak tertarik dengan apa yang kakak aku tulis, tapi aku sangat tertarik dengan makhluk jujur itu.

      • "aku boleh ajar ko cara berdakwah
      • yg buat semua orang suka kau bila kau bercakap
      • totally different from tuttt (selamber die mention nama sorang kawan diorang yang aku kenal)
      • contoh paling dekat ngan kita la tu
      • dia nak berdakwah ke ape ke pergi mati la dia
      • tp dia tak tau cara berdakwah yg betul
      • kau nak ikut cara nabi muhammad berdakwah?
      • beb tu 1500 tahun dulu
      • ko rasa zaman skrg nak ikut? *maafkan die. Anggaplah saudara ni main tulis tanpa tahu. Cara Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berdakwah pun kite tak khatam. Jgn nak memandai kata outdated! kita tu yang outdated. panass gua*

      • ***sambung...
        ko rasa kenapa semua orang boleh terima ustaz azhar idrus?
       kutuk org mcm mane pon tp org boleh terima (gelak,senyum dsb)
    • ak takkan ajak kau keluar tgk wayang ke ape bnda semua tu
    • aku ajak ko jumpa.. ko bawak la kwn ko sorg
    • 1 lagi benda aku pesan
    • ko nak terima ke tak terpulang la
    • tp bila dah berubah.. ko jgn la smp nak ajak keluar pon susah"

      **gulp**tertelan air liur jap....

***sambung...

"ustaz2 lain pon kalau ceramah orang taknak dengar
  • nak tau?
  • sebab diaorang orang2 agama nie
  • hidup dalam dunia diaorang sendiri
  • diaorang tak bergaul dgn org lain
  • sebab aku kata kenapa ustaz azhar idrus orang boleh terima
  • ko tgk la dia kwn dgn sape?
  • mat rempit
  • ganster
  • org2 filem
  • org2 koperat
  • so dia faham situasi yg berlaku kat sekeliling
    kalau ko kwn dgn org2 agama
    ko tak kwn dgn org2 yg kurang agama, ko akan anggap ko ckp agama semua org terima
    tgk azhar idrus sebelom dia ceramah artis dia kawan dgn krew2 artis2
    ambik tahu. 
    bila org dah terima kau sebagai kawan.. kau ckp ape pon org dengar la.
     weh nie kau tak faham org tu.. kau nak kata mcm2
  • kau tak fhm kerjaya org tu kau dah suruh dia berubah
  • come on la weh
  • LIFE IS SUCKS (sensored)
  • akhir zaman nie
  • statement tu betul
  • LIFE IS TOTALLY SUCKS (sensored)
    "

    terkedu dan terkedut aku dibuatnya. somehow there are a few things i've to agree with him.

    p/s: seronok jugak jadi stalker. wohaha

Sunday, October 21, 2012

HANDS FOR HOMELESS PROJECT

We have family... We have house. We give hands for who doesn't.
"Hands For Homeless Project"
Please pray for us as a token of your support! Bismillah....


Dup dap dup dap.... Haih gementar sokmo sem ni. Doakan kami yaw! May Allah bless the journey in obtaining His blessings~

Allahumma solli 'ala Muhammad