Thursday, July 19, 2012

Memandang bumi

Apa sebenarnya niat kau?
Moga diluruskan dan kekal lurus...

Sedikit cubitan dari Bicara Selebriti malam semalam...Ayat yang paling mencuri perhatian insan kamil ini (oh, curi perkataan Mas Azzam disitu : insan kamil)

Sebelum melontarkan pandangan,
"Ini sekadar pandangan orang awam, bukan pandangan dari cerdik pandai ye..."

Yang berkata sedemikian adalah Mas Hasrizal Abdul Jamil. Allah...

Monday, July 16, 2012


Yipppppeeeee!!
Seronok melihat burung. Gembira melihat kambing. Kerana apa? Kerana mereka tak terikat dengan sehelai kertas yang mana ada tompok-tompok hitam, biru dan merah di atasnya.
Wahai burung,
Cit cit cit

Wahai kambing,
Embeeeekk

Lihatlah manusia-manusia ini...

 Mereka terikat dengan exam yang dirangka oleh makhluk seumpama mereka jua...
Sebelum exam, berdebar nak masuk exam hall. Dah habis exam, bergetar nak tunggu result. Putaran itu akan berterusan. Menjelang exam kitaran hidup adalah makan bukuw, tidur bukuw, minum jus honeydew. (tanggungjawab student minum jus honeydew? Sebelum Malaysia alami inflasi, sempat bankrupt sis)
Belajar. Itulah namanya tanggungjawab student. Namun jangan diabaikan pula tanggungjawab sebagai hamba. Tanggungjawab sebagai hamba itu hadirnya yang utama.  Kerana kita adalah hamba yang bergelar student. Kita bukan student yang bergelar hamba. Harus faham itu.
Hakikatnya, tugas hamba itu tidak lain melainkan untuk taat akan Tuannya tanpa soal.
Praktikalitinya, benarkah kita ini hamba yang bergelar student? Atau kita hanya student yang bergelar hamba? Status sebagai student akan tamat. Hanya terhad dalam jangka masa tertentu. Status sebagai hamba itu yang kekal. Yang perlu benar-benar dipikul dengan benar-benar. Kurang pandailah kita jika hanya memfokuskan hidup ini sebagai student yang sementara.  Kita adalah student yang belajar dengan bermati-matian kerana kita hamba. Belajar itu tanggungjawab hamba. Kita solat bukan kerana kita student. Tetapi kerana kita hamba. Jika solat kerana student, insyaAllah ibadah khusus kita akan jadi ibadah bermusim. Masa exam, solat hajat tak pernah miss. Habis exam, (yahuuuu!) sejadah yang kena cari dahi kita (ape menda pulak ni)
HAMBA = Pelajar + Belajar.
Jelas prioritinya dimana?
Equation itu boleh di substitute dengan apa-apa element. Element itu berubah-ubah.
HAMBA = Pekerja + Bekerja.
Yang kekal adalah subjectnya, HAMBA.
Orang pandai akan mengejar perkara yang kekal berbanding yang sementara. Orang yang lebih pandai mengejar yang kekal tanpa mengabaikan yang sementara itu.
Dalam mengejar kedua-duanya, larian kita mesti bersungguh-sungguh!
“Sesungguhnya Allah menyukai seorang hamba yang apabila melakukan satu pekerjaan, dia akan lakukannya dengan itqan (teliti dan sempurna)” -Rasulullah- (HR:al-Baihaqi)
Ya, kita anak, kita student, kita bapak (heh?), kita mak (huh?). Itu tanggungjawab kita dan yang teratas di antara semua tanggungjawab tu adalah kita hamba. Betul tak? Upin Ipin jawab, “betul betul betul” (err tak perlu la awak mencomelkan suara tu)
Jawab semua orang boleh jawab, buat, tak semua orang boleh buat. Dan biasanya yang buat itu terdiri daripada golongan mereka yang sedikit. Saidina Ali Karamallahu Wajhah sendiri berdoa agar baginda dimasukkan ke dalam golongan hamba Allah yang sedikit. (Aku pun nak jadi yang sedikit tu..huuu~)
Kita adalah hamba. Hamba kepada Tuan Yang Maha Hebat. Maha Hebatnya Allah. Zat yang langsung tak dapat diimagine (oh my english!). Jika boleh imagine, bukan Allah la tu.
Kita hamba. Hamba yang mendapat layanan high class dari Tuannya.
"Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi saya melainkan Allah. Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk menangis di atasnya, tiada siapa yang menyokong saya tetapi Allah. Menyenangkan hati manusia adalah sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah. Kadangkala manusia menghukum saya untuk kesilapan yang tidak saya lakukan, namun Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah saya lakukan. Dialah Allah, Yang Maha Besar Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dan segala puji hanya pada Allah."
- Dr. Ustaz Tariq Ramadan  -

Goosebumps!

Dan kata-kata ini ditampal dari Tuan Muhammad Hafifi bin Ismail yang dipublish di iluvislam.com. 

Jadi, siapa kita? Kita hamba Dia.

Wallahu’alam.

Thursday, June 21, 2012

Al-Imtihan Qorib!

Bismillah sebelum menelaah...

Mohon doa dari kalian. Exam dah kat depan muka pintu. Tunggu nak bagi salam je tu.

Katanya belajar kerana Allah. Tergamak bagi usaha setakat grade B? Adess...Aku malu sendiri.

Jika kita belajar untuk mendapat result gempax and to make our parents proud, dan selepas itu kita mendapat result gempax and our parents proud with us, then, what's next?

Where's the point that can make us special?

Kita belajar dan berjaya untuk ummah mahu? ^_^

Ihdinassirath al-mustaqim Ya Allah...
Ihdinassirath al-mustaqim Ya Rahman...
Ihdinassirath al-mustaqim Ya Rahim...
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Ya Allah...
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Ya Rahman...
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Ya Rahim...


Bersama mereka yang pandai+power+pewwit, Bro Asraf, Kak Syafiqa dan Aida ^_^ 
Tak menang tangan. Selamber akak balun tiga anugerah.
Moga aku belajar sesuatu dari pertemuan singkat itu.

Nescaya selagi brother ni ade, kitorang tak mampu nak lawan for that award =.=" Can malican pun tak boleh bagi can. Cepat-cepatlah grad angah~


Juga, jazakallahu khair for the short but deep words...
"Doesn't matter you get 4 flat or not. 4 flat tu semua Allah yang bagi kan? Keep on praying, just try and give your best" ^_^


Nak mencapai yang tinggi dah cukup mencabar. Nak maintain di tempat yang tinggi lagi mencabar. Timbul bimbang jika sejarah hanya membuatkan diri ini berasa terlalu selesa. Allahu Allah. Semuanya itu pinjaman dariMu. 

Sekadar peringatan comel untuk diri ini,

Mungkin kau gah di depan manusia,
Tapi dimana kau di sisi Pencipta? huwaaa~

Jangan main. Waktu main pun takleh main-main, apatah lagi bila tak main. Lagi takleh main-main...

Moga setiap langkah kita menuntut ilmu, langkah yang Allah redha walau di kota mahupun desa. Ameeen...

For you over there,
Bittaufiq wannajah!

When studying becomes a burden,
When revision is stressful,
When we feel like giving up,

Remember these verses:
"Allah doesn't burden us with things that we can't bear" (2:286)

"Verify with every difficulty, there is relief" (94:6)

InsyaAllah...Allah loves you. How do you love Allah? :'-)

Struggle, struggle jugak,
Azan jangan buat-buat tak dengar pulak.

Wallahu 'alam. wee~

Sunday, May 13, 2012

Kau lah Mereka

Ntah kenapa...
Aku terasa...
Lagi-lagi bila membaca penulisan kau dan dia...
Moga itu kejutan buat aqidah dari dibiar terlena...

Jazakumullahu khair buat sesiapa yang merasakan merekalah diri-dirinya ^_^

Nah bunga...

Eh sorry. Silap bagi bunga layu plak.


*(^.^)*


Mudah kita laung-laungkan bersahabat hingga ke Syurga  blablabla.... adakah hati benar-benar merasakannya? Jika tidak, kita masih punya masa...


Tuesday, May 8, 2012

Hati berzina

Nota ringkas buat peringatan diri saat ini. Juga nota untuk kalian~

Aku tertanya-tanya bagaimana zina hati? Ya, zina hati itu haram (nama pon zina ~,~) tapi takrifan zina hati tu sendiri aku masih tak tau. Macam mana nak menjauhkan diri dari sesuatu yang aku sendiri tak tau apa yang perlu dijauhi? Maka dalam pencarian pencerahan, terserempak dengan video ustaz azhar.

Islam nak menutup pintu kerosakan.

Teringat pada seseorang tak salah. Teringat pada kawan perempuan sekuliyah (bagi lelaki), takde ulama' kata haram. Tapi teringat yang mengundang syahwat itu yang haram.

Teringat ke seorang perempuan bukan zina hati. Tetapi jika teringat pada keindahan tubuh die, itu zina hati.

*Sila angguk-angguk sebagaimana semangatnya anda apabila mendengar pensyarah menerangkan maksud di sebalik formula fizik*

Aku yakin, ustaz hanya menjawab secara surface. Maka teruskan lagi pencarian pencerahan. Wallahu 'alam.



Wednesday, May 2, 2012

Parashoot! or parachute?

Kayaking (done)
Rakiting (done)
Memanahing (done)
Paintballing (done and always feel undone..hoho)
Bowling (menyibuk je ni)
Kudaking (done)
Orienteering (done)
Wall climbing (wall mana nak carik ni)
Parashooting (coming coming...risau terbasah seluar. kwangkwang. ade bran ke aku? macam tak....tapi nak)


Is this parashoot or parachute?

Andai ada yang tercabar, silakan. Saya juga sedang mencabar.

Kita cabar diri melakukan sesuatu di luar kelaziman. Jika sebelumnya belum pernah solat di awal waktu, cubalah sekali. Rasakan perbezaannya. Mungkin rasa yang datang dari percubaan yang sekali itu akan menggerakkan kita untuk melakukannya berkali-kali disebabkan oleh luar biasa lazatnya rasa yang sekali itu!

Oh ya. Jangan lupa mencabar diri melakukan sesuatu di luar kelaziman dan kebiasaan yup..contohnya bangun pagi. Ya bangun pagi! Awak tak tersilap baca. Ya bangun pagi! haha.

Jika sebelum ini kita biasa menjadi hamba yang suka membangga diri, sekali, cuma sekali, kita cuba menjadi hamba yang mengkerdilkan diri. Pasti rasa yang sekali itu kita mahu nikmati berkali-kali.

Ok, saya naik bas dulu..tata~


Wednesday, April 25, 2012

Terhimpit tersepit

Baheklah..Aku tersepit dalam ruang yang luas.


Tarikh yang sama ada trip ke Pulau Langkawi yang mana aku rasa itu hanya untuk berseronok-seronok, walaupun program itu wajib untuk final assignment Sports Event Management.. adehhhhh..

Buat kawan-kawan yang free (bukan percuma) jemput-jemputlah pegi. Yuran RM 10 utk student, free utk ahli WAMY. For more info,visit here : http://wamy.my/pengumuman/muktamar-kepemimpinan-belia-islam-malaysia-2012/#more-741 Pastu lepas dah dapat input, process it to become output. Baru sempurna proses tu.inshaAllah...

p/s: Tolong doa-doakan trip aku tu postpone pliz =.="
p/s: Ustaz Zaharuddin pensyarah fakulti Ekonomi UIA. What da?? haha