Alhamdulillah selamat sampai ke Dataran Wisma TNB. Walaupun tak tau jalan nak ke sana sebab awalnye memang tak tau pun kat mane. Berbekalkan Allah dan Rasul sebagai kekuatan, redah je la dengan kereta empat roda tu. Peneman yang ikut pun boleh tahan tak mahir selok-belok jalan walaupun dah berbelas tahun duduk Kuantan. Rupa-rupanya kat bangunan TNB yang senang je jalan nak gi situ. kwang3.
Nak pergi taman syurga dunia, siapa tak semangat kan?
Okeh, "Nur Qaseh" title forum.
Moderator : Ustaz Badlishah Alauddin.
Speaker :
1. Ustaz Syed Norhisham
2. Kak Wardina Safiyyah (oceceh.berkakak-kakak plak die..)
Ustaz Syed yang cool |
Transformer...Alhamdulillah :) |
Macam panjang. Jadi betulkan apa-apa yang patut. Nak sediakan kopi secawan amat disyorkan. Bak sini sket.
Terima kasih sudi meluang masa, meluah rasa.
Ustaz Badlishah memulakan dengan....
CINTA? In English we call it as LOVE.
In Hindustan, PIAR inspektor sahab.
Bahasa Cina, AI.
Bahasa Arab, حب.
Ok, masuk Round One.
Soalan : Apabila disebut tentang Nur Qaseh, apa yang tergambar?
Ustaz Syed Norhisham.
Sekarang bila sebut love, ramai yang membayangkan Hollywood Bollywood. Seolah-olah love kita berkiblatkan itu. Sedangkan Allah mengutuskan Nabi Muhammad untuk membawa rahmat ke seluruh alam.
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Al-Anbiya’ : 107)
Rahmat dan kasih sayang yang Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam bawa bukan je pada orang dekat-dekat kite bahkan pada musuh. Nabi pesan nak bunuh musuh di medan perang, bunuh dengan baik*ustaz ada sebut dalam arabnye tapi tak tau yg mana. xD* Nak bunuh musuh pun dengan cara yang paling cepat mematikan. Dengan musuh pun Islam bagi rahmat, maka camne dengan ibu yang mengandungkan kita 9 bulan, ayah yang bertungkus-lumus mencari nafkah, anak kecil yang tidak mengenal apa-apa ditambah dengan kecomelan yang tak berbelah bagi.. This is Islam man. Penuh kasih sayang. *saya tambah*
Tengok cara sembelih yang Islam ajar. Tak seksa. Apabila terputus dua urat marii'(camni ke eja?) Darah tak sempat disalurkan ke otak. Makanya otak tak berfungsi. So otak tak boleh interprete rasa sakit. Cara menyembelih pun penuh dengan kasih sayang kerana Islam meraikan sifat kelembuan lembu tu..hoho.
Ustaz sebut, hadis riwayat Bukhari "Barangsiapa yang tak mengasihi dia takkan dikasihi".
Allah hadiahkan kita rasa kasih-mengasihi kerana ini yang membawa satisfaction dalam hidup. Setuju? Tak setuju, main jauh-jauh.
Kasih sayang jugak yang membawa pada rahmat Allah.
Hati yang tenang membawa ketenangan. Ketenangan membawa kebahagiaan. Inilah Nur Kasih dari Allah. Kebahagiaan yang hakiki.
Cinta yang dibina bukan atas dasar Allah, takkan merasai satisfaction.
Kasih pada ibu bapa atas dasar cinta kepada Allah. Inilah Nur Kasih.
Anak-anak ada fikir, adakah aku cukup menghargai parents aku?
Ustaz cerite satu kisah tentang Imam Asmai'(betulkan if salah), Imam Asmai' ingin mencari manusia yang paling derhaka. So imam pusing satu kampung. Beliau terserempak dgn anak muda yg disebelahnya ada seorang tua yang tgh amek air dari telaga. Setiap kali pakcik tua tu lambat, akan dipukul oleh anak muda tu. Pakcik tua tu ayah anak muda tu kot! Pastu imam tanye nape wat camtu. Anak muda tu jawab, itu apa yang ayah saya buat kat ayah ayah saya (ayah dia buat kat atuk dia la maknenye). Itu jugak apa yang ayah ayah saya buat kat ayah ayah ayah saya (atuk dia buat kat moyang dia).
Moral of the story, What u give is what u get. Ke mana tumpahnye kuah kalau bukan dalam pinggan. So pengajaran untuk kita yang bakal bergelar bapa dan ibu nie (cecewah), didiklah anak dengan didikan yang memenuhi alur-alur ketuhanan. Peribadi bakal anak-anak kita menjadi cerminan peribadi kita sendiri. Kalau sekarang awak malas masak, anak awak lagi pemalas dari awak (cakap kat diri sendiri ke hape?haha)...
Bila kita teruk, anak kita jadi beruk. eheh silap. Bila kita teruk, anak kita jadi lebih lebih teruk. Bila kita elok, anak kita jadi lebih lebih baik dari kita yang elok. InsyaAllah...
(ada gaya pakar penasihat kekeluargaan Islam tak? biar saya jawab, TAKDE LANGSUNG )
Pastu ustaz ajar doa untuk memperoleh kasih. Surah al-Furqan ayat 74.
Bismillahir rahmanir raahimm...
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin orang yang bertakwa". Amiiinnn.
Apa yang dimaksudkan dgn kalimah Qurrata A'yun (penyenang hati)?
Ustaz bagi contoh, seorang suri rumah yg kena jaga anak dua belas kat umah, bila tengok wajah husband pulang kerja, hilang semua kepenatan..Penat mengejar anak yang ramai, sorang dalam washing machine, sorang dalam peti ais, sorang dalam toilet boleh hilang dan hati jadi sejuk tgk wajah husband.(eyt! ni untuk contoh org dah kawen.jangan perasan!)
Inilah Nur Kasih yang dibina atas dasar kasih sayang kepada Allah.
Next, Ustaz Badlishah.
Allah kurniakan kita satu hati. Dalam hati ada berjuta rasa. Tiada orang yang boleh menolak rasa cinta. Kerana itu fitrah kejadian manusia. Allah bagi manusia rasa cinta. Makanya, Allah ajar cara mengurus cinta. Bukan cinta membabi buta.
Pastu ustaz cite pengalaman ustaz. Kisah The Power Of Love. Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ada kumpul manusia trans gender.(bahasa urbannya, maknyah). Golongan trans gender tu kata, ni first time diorang jumpa ustaz2 yang baik mendekati. Sebelum ni semua cakap kitorang AHLI NERAKA! Kami nak jadi baik tapi takde orang jadi petunjuk ke arah kebaikan tu.
Apa sket ahli neraka.=.=''.Macamlah orang yang kata tu baik sangat sampai boleh chop orang lain ahli neraka. Inilah namenye hakim tanpa mahkamah. Mahu jadi sebahagian hakim-hakim tu? Jika mahu, sumbangan anda sememangnya tak diperlukan. Islam hanya memerlukan hakim yang penuh dengan kasih sayang macam yang dilakukan para ustaz tu.
Sambung cite ustaz, JAIP bawak diorang pegi solat Jumaat. Yang paling best, ada yang pakai tudung gi masjid. Ustaz kata nak tergelak pun ada. Tapi idokla gelak depan diorang. Kecik ati mak. Haa kesian kat diorang kan. Diorang buat dosa tatkala jahil, kita buat dosa dalam kita memahami agama, bukankah kita lebih hina?
Dengan sentuhan Nur Kasih tu, alhamdulillah ada yang mintak tolong ustaz ke arah perubahan. They don't know what you care until you care what they don't know.
Then, soalan yang sama ditujukan pada Kak Wardina(ececeh).
Cukuplah dengan melihat pada kalimah Bismillahir rahmaanir rahiimm..Tahukah anda, rahim ibu, diambil dari sifat Allah, Ar-Rahim (Maha Penyayang). Kehidupan seorang baby dimulai dalam rahim ibu. Cukup membuktikan betapa manusia itu memang dilahirkan dengan penuh kasih sayang.
Pastu Kak Wardina cite experience camne beliau melalui perubahan. Err time ni syok sgt mendengar. Jadi tak tau camne nak recerita.(mesti excited nak baca part ni sebenarnye kan? sorry la ye. sape suruh tak datang. ngeh3)
Sambung. Hamba-hamba yang tak solat, tak pose, tak tutup aurat, semua tu golongan yang sedang menzalimi diri sendiri. Tapi tak boleh nak salahkan mereka sepenuhnya. Macam saya ( Kak Wardina) sendiri, masa dulu ibu saya selalu suruh saya pakai tudung, pergi solat. Tapi saya tak nak buat. Sebab saya tak tau KENAPA kena buat semua tu. Plus, saya tak tau rasa cinta. Tapi bila ibunya menggunakan pendekatan berbeza, pendekatan kasih sayang, itu membuatkan saya berfikir. Contoh yang ibunya buat, doakan depan-depan beliau dan tak paksa untuk suruh buat. p/s : Aritu Kak Wardina pakai tudung labuh. Whoa! Doakan beliau istiqamah.
Luahan dari hati beliau sendiri, bila ada kawan-kawan kita yang nak mendekatkan diri pada Allah dan nak mula berubah, tolonglah jangan jatuhkan semangat. Tolonglah jangan sebarkan aib mereka. Ni melalui pengalaman beliau sendiri. Kawan-kawan sendiri tak support. Tapi dalam masa yang sama, Allah pertemukan beliau dengan orang baik-baik. Makin lama makin ramai Allah pertemukan.
Orang yang takde melalui zaman gelap, tolonglah jangan menghukum. Allah boleh cabut iman seseorang anytime. Excuse me, Allah takde bagi thermometer untuk ukur degree iman seseorang ok. p/s : sgt tertarik dgn penyampaiannya yang sempoi kerana beliau berkongsi rasa bukan ilmu semata ^.^ . Pesan beliau, sematkan dalam hati, I want Allah to love me. Caranya melalui cinta pada diri sendiri. Hentikan penzaliman diri.
Ok, sampai sini dulu kot. Kita hadam sikit-sikit dulu. Tapi sebelum tu, jom sama-sama amek iktibar dari pantun berkerat-kerat ustaz Badlishah.
Apabila jauh berutus surat,
Dekat mula berjabat,
Bertemu duduk erat-erat,
Hilang malu pada Allah dan malaikat,
Akhirnya perut menjadi bulat,
Lahir anak tak cukup sipat.
Pastu mulalah menanggung malu. Ini semua salah lu. haha. Dah mula nak melalut. Cukup setakat ini dahulu.
Mungkin apa yang dibaca atau apa yang didengar adalah sesuatu yang klisye. Tapi apa yang dapat saya rasakan, kehadiran ke sana bukan untuk menambah ilmu sahaja, tapi cuba untuk lebih menambah rasa.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment