Wednesday, July 6, 2011

Kena tembak!Lariiiiii

Jom sapu pahala Syaaban! *tiba-tiba terjah. salam tak bagi*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Nak bagi denda. Denda berupa....Sebut Lailahaillallah. Ulang lagi. Lailahaillallah. One more time. Lailahaillallah. Mudah-mudahan diterima Allah :)

Ok, ini habuan selepas awak didenda iaitu entry kali ni *gila tak menarik habuan.haha*
*mak saya marah selalu cakap gila.hehe..tukar2..sangat tak menarik habuan*


Ada satu peristiwa yg saya baca buatkan saya rasa touching(saya susah nak touching >.<. Batu kat Sg.Lembing pun lg lembut dari kepala saya). Dibaca dalam buku yang panjang gila tajuk dia. Guys, bersedia. “Siapakah Yang Lebih Baik Perkataannya Daripada Orang Yang Menyeru Kepada Allah?”
Ada lagi sambungan tajuknya,”Panduan Untuk Pendakwah Muda”. Panjang tak? Geleng tandanya ya. 


Beli buku ni bukan sebab saya ni ulat buku pun..sekadar serangga buku yang gigit-gigit kulit buku. Bukan sebab saya ni rajin membaca tapi beli sebab tajuk dia panjang sangat.haha.
Murah je. RM14 utk Semenanjung. Nk convert into dollar adalah dalam………..tak tau.Tapi Sabah Serawak MAHAL GILA. RM17.
(baca:org perasan pemurah berkira dan kedekut macam saya RM10 pun dia cakap mahal kan)
Semua skali ada 123 pages.(excluded kulit buku dan kata pengantar).
Nipis je kan?(tak kurang 3 minggu baca still tak habis-habis lagi.punyelah rajin.haha)


Wokeh, abis cite pasal buku. So, tadi kat mana kita? Eceh, konon-konon tak ingat.
Pasal touching.
Kisah baginda.
Siapa lagi kalau bukan kisah kekasih Allah ya Rasulallah sallallahu 'alaihi wasallam...Salam sejahtera ke atas baginda.

Rasanya korang sume dah tau kisah ni. Mesti siap ada yang tau version Turki, version Uganda, version New Castle. Tapi ni version pelukis kata. Boleh camtu? Sebelum ni saya dah tahu kisah ni. Masa sekolah dolu-dolu tu.Tapi sekadar tahu tanpa rasa. Jadi sekarang saya cuba untuk menambah rasa. *dah berapa entry asyik gune ayat camni :-P*


Dalam sebuah hadis Qudsi, diceritakan baginda menziarahi Abu Talib tatkala bapa saudaranya itu sdg mnghadapi sakaratul maut. Baginda bersabda ”Pakcik,ucapkanlah kalimah syahadat aku akan menjadi saksi terhadapmu di hadapan Allah kelak.”


Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umamah, dua tokoh yg turut ada skali di sisi Abu Talib. Diorang menyampuk,"Wahai Abu Talib,sanggupkah engkau meninggalkan agama Abdul Mutalib". Tak dilupakan kehadiran syaitan-syaitan yg membisik-bisikkan kejahatan. Mudah syaitan menghasut dua makhluk tu. Namun, Rasulullah tak berputus asa. Baginda terus mengulangi seruannya. Akhirnya Abu Talib mengucapkan kata-kata terakhirnya bahawa dia tetap dengan agama Abdul Mutalib.


Part ni yang touching. Rasulullah bersabda, “Demi Allah aku akan mohonkan keampunan daripada Allah untukmu”.
Namun Allah menurunkan wahyu melalui surah At-Taubah:113..


Sorry, sila rajinkan kaki untuk pergi amek terjemahan masing-masing. Siapa yang belum ada, diwajibkan beli..hehe. Atau sape-sape yang memang dah ada dalam kepala, boleh keluarkan kepala sekarang.


Back to the touching part. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam still boleh ada rasa nak mendoakan bapa sedarenya. Seruannya ditolak bulat-bulat depan dua orang musuh plak tu.
Sifat macam ni yang berhektar-hektar berada jauh dalam diri kita saya. Sedangkan ajakan baru ditolak bujur-bujur. Dah mencaci maki dalam hati..Astaghfirullahazim.
Ni lah gayanya budak terlebih perasan matang tak matang.

Aritu saya dihentam oleh seorang hamba Allah. Secara live ok! Bertubi-tubi dan berubi-ubi. Umpama peluru berpandu sesat tak bertuan. Berdarah-darah satu badan.*tipu-tipu*. Mungkin bukan dihentam. Lebih manis jika disebut sebagai ditegur. Sakit tu memang ada rasa sikit. Siap kena blocked kat facebook der..haha. Bila dah rasa sakit, timbul geram secubit. hehe. Terbaca pulak kisah Rasulullah yang tadi tu..Alhamdulillah boleh dijadikan panduan. Sakit dan geram diusir sedikit demi sedikit. cecewah..Tapi saya boleh lagi tidur lena walaupun dah kena hentam.*lupa ke saya ni kepala keras.hoho*
Meh nak kongsi hentaman beliau..Sebelum tu, thanks to him/her kerana sudi menghentam menegur.


Hentaman musuh biasanya lebih jujur daripada pujian seorang kawan. Bisa pujian kawan lebih memedihkan dari bisa hentaman musuh. Kesimpulannya, saya suka dihentam *mata juling-juling* So, kawan-kawan lepas ni sila-silakanlah menghentam saya lagi..haha. Weh, jangan cari pasal tak memasal.
Before dat, sila-silalah rasa anda kena hentam skali. Sememangnya hentaman tu untuk korang pun. Bukan untuk saya chop. Boleh jadi tu adalah luahan hati yang dipendam beliau.


Antara kata-kata pedih tapi benar dari beliau pada saya korang melalui saya :


Orang alim memang suka menghentam ke ha?!! Kitorang nak tanya je. Bila tanya je kena hentam. Islam macam tu ke?! Ustazah kitorang kat sekolah dulu tak macam tu pun.
Pastu senang-senang cakap kitorang ni orang neraka.


Toing! Kena sebijik. Baru sebijik. Ada berbijik-bijik lagi.


Orang alim taknak kawan dengan saya sebab takut saya buatkan diorang masuk neraka sekali!


Suka-suka label aku ni orang neraka! Bagus sangat lah tu nak ugut orang. Ugut kitorang dengan neraka. Allah pun marah orang memburuk-burukkan orang!


Korang ni poyo la..*ni saya tambah.*

(pengubahsuaian ayat dilakukan serba sedikit bagi menjaga hati pihak-pihak terbabit)


Btw, saya bukan orang alim. So saya tak termasuk dalam teguran dia tadi.*cuba melarikan diri dari provokasi.haha*


Amacam? Best tak kena hentam?
-Sambil buat muka bahagia,"Bestnyeeeeee kena hentam..waahh.."-

Sekali-sekala best gak kena hentam. Bukan selalu. Puji-puji tu dah biasa sangat. Boring jugak kan..haha..Astaghfirullahala'zim..Saya melalut je ye.


Hmmm..betul ke apa yang dikatakan oleh beliau tadi? Sebab setakat ni, orang alim yang Allah pertemukan dengan saya, semuanye cool, baik-baik. So teguran tadi untuk korang yang alim-alim untuk refleks diri :-P. Saya ulang, saya tak alim. Jangan menghukum saya dengan mengatakan saya orang alim. Tumbuk kang. haha.


Mungkin ada benarnya kata-kata beliau. Kita terlalu cepat point salah orang. Bahasa famousnye cepat menghukum. Jom buat refleksi diri. ^_^. Ahli syurgakah aku, sampai boleh mengatakan dia ahli neraka?


Kaitan dengan sirah Rasulullah plak...Saya baru kena hentam tegur seciput dah rasa macam ok, I quit. I can't stand all these. Yang warak sikit kata, nak wat guane Allah dah takdirkan untuk aku join dakwah sekejap je sebab aku ni lemah sangat.


Eh, pondan tak macho la gini.*bercakap dengan diri sendiri*


Rasulullah berdakwah dengan darah...
Kita berdakwah sekadar duduk di rumah...
KitaKata kita penyambung risalah Rasulullah...
Mestilah gagah...
Pegangan tidak goyah...
Tatkala berhadapan dengan ummah...
Bermuhasabah tatkala ditohmah...

Wajiblah tabah...
Bukan menjadi lemah... 


Full lemak..cakap pandai sangat. Pastu bila kena batang hidung sendiri terketar-ketar. Serius, to be honest memang gua terketar beb! >.<..Siryes rasa nak demam lepas tu..haha.


Teruskan bacaan..Sikit je lagi ni..


Kawan-kawan, Allah dah pilih kita untuk zaman ini. Sememangnya KitaKata kita bukan Nabi. Tapi kita ada Nabi untuk diteladani. 


Apakah kita mengimpikan hidup umpama Firaun dilimpahi harta kekayaan dan kuasa namun dilaknat Allah sekeras-kerasnya?


Atau kita mengidamkan kehidupan payah dan pedih Rasulullah namun mendapat penghargaan sebagai kekasih Allah?


Allah menyediakan pilihan. Allah menyediakan ganjaran. Kita yang bakal menempuh kematian. Kita yang membuat keputusan.


Wallahu'alam


p/s: jangan lupa check surah at-Taubah ayat 113 okeyh :-D



No comments: