Wednesday, November 23, 2011

Do you understand what is understand?

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaaatuh...

Belajar. Dengan belajar kita diajar menjadi kurang ajar. Dari kurang ajar menjadi lebih terpelajar (terlebih+ajar=terpelajar)

Ada antara kita belajar sebab nak balas jasa ibu bapa (woh mulianya niat awak).
Ada antara kita yang faham belajar itu adalah menelaah buku teks Law yang penuh dengan dakwat hitam putih, satu grafik pun takde. Baca buku lain yang takde kena-mengena dengan course diharamkan untuk dibaca sebab bila baca buku tu, kita bukan tengah belajar.hoyeahh...

Ada yang faham belajar itu sekadar turun naik tangga pergi ke kelas. Bila nampak orang buta melintas jalan, itu bukan satu pelajaran. Sebab, mana ada whiteboard or whitescreen kat situ. Nak belajar apa camtu?hoyeahh..

Mengaku diri terpelajar tapi bila nampak sampah tepi kaki disepak ke tepi. Mengaku diri terpelajar tapi bila diajar makin kurang ajar.

Mengaku belajar kerana Allah tapi bila diberi kejayaan, mengaku dirinya yang rajin belajar. Mengaku belajar kerana Allah tapi bila diberi kegagalan, mengata yang dirinya lebih layak untuk dapat result yang lebih bagus dari apa yang Allah dah bagi.

Apa beza kejayaan dan kegagalan dalam exam? Bila kita membanding-bandingkan kejayaan dan kegagalan, ada yang mempersoalkan dimana Allah Yang Maha Adil?
Kejayaan = Ujian.
Kegagalan = Ujian.
Ujian = Pahala

Change into simultaneous equation.
Kejayaan = Ujian = Pahala.
Kegagalan = Ujian = Pahala.
Masih belum adil?

Simplify the equation.
Kejayaan = Pahala.
Kegagalan = Pahala.
Mungkin ada perbezaan tapi jangan dilupakan persamaannya.

Subjek paling the bestest skali yang ada dalam Universiti Kehidupan (UK..oversea siot), adalah subjek Ujian. Dalam subjek Ujian tu, takde soalan susah atau senang. Takde istilah ujian yang berat atau ringan. Yang ada hanyalah akrab atau tidak hubungan kita dengan Dia. Apabila akrabnya hubungan seseorang dengan Allah, ujian yang berat itu dirasakan ringan. Apabila jauhnya hubungan seseorang dengan Allah, ujian yang ringan itu dirasakan berat.  Dapat detect beza berat dan ringan?

Soalan-soalan dalam peperiksaan subjek Ujian sangat unik. Tidak memerlukan exam hall yang khusus. Tidak memerlukan tempat belajar yang tertentu. Tempat belajar yang fleksibel. Masa belajar yang fleksibel. Yurannya percuma. Lecturernya tak bergaji. Apabila graduation day nanti, tiada sijil yang diberi. Mungkin tidak di pentas dunia, mudah-mudahan di "pentas Syurga"...InsyaAllah.

Belajar untuk belajar.
No one really understand what is understand. Do you understand what is understand? Seriously I dont understand what do you understand by understand. Understand? If understand, please stand =.="

Wallahu'alam.

6 comments:

luqman said...

terbaik!!
especialy bab equation tu~
boleh share ni..hee...
kadang2 bukan sbb x tahu,lupa.jazakillah.

Anonymous said...

silent reader- haha. entry ni mampu membuat saya ketawa....=D

pelukis kata said...

luqman,kau nak kata yg kau dah tahu la.. haha..jazakallah too (???)

Silent reader yg berbunyi,control sket..gigi garham nak terkeluar dah tu XD

ANAK MUDA said...

Membaca sambil berdiri sebab terlalu menghayati kata2 yang dilukis..(??)

Peperiksaan adalah wadah untuk kita melihat adakah kita menunaikan amanah ibu bapa kita ataupun tidak.

All the best akak penulis!


Masa jawab exam,tergantung maruah keluarga akak.Sebelum pakcik terlupa,maruah ISLAM juga akak bawa bersama..=)


Setuju dengan equation tu.Boleh jadi lecturer ni..hihi

pelukis kata said...

Nasib baik berdiri, tak bercangkung =.= bukan lecturer,cikgu tadika boleh la kot.

pakcik muda,yups!benar.can't agree more..
usaha sebelum,semasa,sepanjang exam tu boleh dianggap sebagai amanah bukan pada result akhirnya je kan? usaha A tapi final result B, itu juga ujian ^^
akak penulis je ke pakcik?

ANAK MUDA said...

All the best utk akak penulis dan seluruh umat islam..adoyai...paham2 sdiri la..hahaha