Tuesday, January 31, 2012

Kau takde perasaan tengok laki hensem?

Bismillahir rohmaanir rohiim...

"Shak ko tak rase pape ke bile tengok laki hensem?"


"Hensem yang macam mana tu? Mungkin hensem bagi kau lain, bagi aku lain?" sengaja buat poyo walaupun dah tau hensem yang dimaksudkan adalah dari segi penampilan dan rupa =.="


*p/s: Laki hensem tidak merujuk pada sesiapa. Kot kot tetiba ada yang perasan dialah laki hensem tu.*


Gulp...telan air liur walaupun tekak kering. Menipu kalau kau kata kau takde perasaan. kau tidak merujuk pada anda =)


Tanya budak maahad confirm diorang kata takde perasaan :-P

Chop! Hensem dalam persoalan tadi dispesifikkan pada paras rupa.

Jadi, hensem untuk raut wajah tu macam mana? Cun tu yang mana? Yang putih je er? Sempit sangat definisi kalau macam tu. Putih boleh jadi hitam. Contoh :


Seorang nenek bertanya pada cucunya "Ni apahal terbakar sangat kulit ni?". *Urban sungguh penggunaan bahasa neneknya itu. 


Respond cucunya : "Oh baru balik mukhayyam tiga hari kat Bachok"..sambil tersenyum cucunya menampakkan giginya yang putih bagi mengaburi kulitnya yang hitam likat pekat (punyelah hyper bola sepak tu).

Eh macam kisah bukan rekaaan je ni? haha.

Ha...dalam masa 3 hari je putih jadi hitam. Tak kekal.
*putih ke masalahnye? ok, STOP melalut!*


Berbalik pada persoalan,
Yang putih itu cantik? Siapa yang set putih itu cantik, hitam ini buruk? Yang jongos itu tak hensem?


Bukan ke semua makhluk Allah cipta sempurna sesempurnanya? Mungkin persoalan cantik dan hensem tu kelihatan remeh, TAPI, apabila kita membeza-bezakan itu hensem ini tak hensem, bimbang kita sedang mencela ciptaan Allah. Macam dosa besar je mencela apa Allah buat? Bukan macam dah jadi memang pon! Astaghfirullah…


Semua orang hensem kan? Uhuk uhuk.
Semua orang cantik kan? Ehem ehem.

Bagaimana dengan orang cacat? 



Maha Hebatnya Allah sampai boleh cipta orang cacat kan? ^_^

Saya tak setuju bila ada yang kata, hensem (dari aspek rupa) itu subjektif. Apabila perkara itu dikatakan subjektif, akan ada golongan yang bakal dikategorikan sebagai hodoh.

Twist cara pemikiran. Tak wajar kita membezakan kehenseman muka orang-orang (bukan yang kat sawah tu), malah TAK LAYAK pun kita nak me"level"kan dan melabelkan tahap kehenseman seseorang.

Come on. Itu semua Allah punya reka cipta. Dan Allah sukakan keindahan. Mustahil Allah buat kehodohan kan?


Jadi terang dan nyata nampaknya tak perlu didengungkan, setiap muka di hadapan mata adalah hensem dan cantik belaka. Ini baru definasi hensem yang cool (at least bagi saya)

So lepas ni, nampak mat negro jangan terdetik dalam hati, "gile tak hensem mamat ni" *reminding me and myself*

Ok berbalik pada persoalan yang mula-mula tadi. 



Ko takde perasaan tengok laki hensem? Saya andaikan “hensem” yang dimaksudkan adalah “hensem” dari sisi definasi yang tak cool . Setuju? Lantak pi hang la nak setuju tak.
Kat bawah ada beberapa makhluk Allah yang secara standard perempuan akan kata diorang “hensem”.



Aik aik...jangan tenung lama sangat.


Cukup tak tiga orang? grrr...



Macam mana dengan yang ni?




Hah! Jangan kata baby tu tak comel. Cili mulut baru tau!

Diorang yang dilabel "hensem" semuanya makhluk Allah. Bila dah namanya Allah yang cipta, confirm, mata yang melihat yang juge Allah yang cipta akan tertarik pada ciptaanNya. Yo! ciptaan Allah sempurna masakan kita tak tertarik pada ciptaanNya, benar?


Allah tau kite akan tertarik dengan ciptaanNya yang indah-indah tu. Dats why kita kena ikot apa Allah kata. Yang laki jaga pandangan. Yang pompuan jaga aurat untuk tolong laki jaga pandangan. Kan suweeet tu tolong-menolong. 


Golongan yang mendedahkan kepala perasan mereka cantik buat camtu. Sebab memang cantik pon. Allah yang cipta rambut di kepala, tubuh manusia, dan segala yang dipamerkan. 


Tak peliklah lelaki dan perempuan tertarik. Sebab semua tu Allah punye. Allah punye mestilah cantik. Tapi Allah buat cantik-cantik bukan untuk tunjuk pada golongan yang tak sepatutnye tengok.  


"...Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) terlihat"
potongan maksud dari surah An-Nur : 31. 


Kecantikan tu tak salah dan selamanya takkan bersalah. Cara kita pergunakan kecantikan tu yang salah, sebab panduan yang betul kita tak nak guna. Apabila panduan yang lurus tak diletakkan sebagai yang memandu, maka cara yang dipandu tu sah sah la songsang!


Panduan yang Allah tetapkan tu untuk semua. Untuk yang CANTIK SAHAJA. 


*Aku hodoh,so aku terkecuali la?


Excuse me, dari tadi dah mention, semua orang cantik. Jadi tiada yang terkecuali mahupun yang sengaja mengecualikan diri selagi mana kau bernama Islam.


Tadi cakap pasal hensem. Sekarang dah salah simpang cakap pasal cantik pulak.


Berbalik pada soalan. 


"Ko tade perasaan tengok laki hensem?"

Jawapannya...............................................................................................................................................................................
Eh jawab la ade perasaan atau tak.



Tetttttt...


Begini. Yang perlu dipersoalkan bukanlah ada perasaan atau tak (Yes! tak payah jawab) 


Kita tukar sket soalan. 


Macam mana nak buat tatkala perasaan ini sepertinya cair apabila terlihat akan lelaki yang hensem?


Apa kata apa kata apa kata......

Jika.......



Awak dan saya......


Mengagumi kehenseman mamat tu......


PADA MASA YANG SAMA (bukan selepas itu) fikirkan tentang Pencipta terhadap kehenseman tersebut....

Tentunya jauh lebih "hensem".....

Tentunya jauh lebih hebat.....

Dan selepas itu.....

Awaklah perempuan yang paling stylo yang ada atas planet bumi ni....

Sebab setiap kali nampak lelaki hensem yang bertaburan di universiti, di kedai runcit, di profile picture, di dalam kotak hitam yang berelektrik.....

Awak akan sentiasa teringat pada Pencipta terhadap kehenseman tu.....

Lama-kelamaan awak akan jatuh cinta terhadap Pencipta kehenseman itu....

Dan makin lama, awak akan terus hanyut dan leka dalam percintaan itu....teheee~

Semuanya akan berlaku dengan izin Allah.....

Wallahu'alam...

Semua yang ditulis adalah tak lain tak bukan, peringatan untuk diri sendiri terutamanya.

Kata-kata motivasi dari Allah,

Allah kata : "Dan mereka dikelilingi oleh PARA PEMUDA YANG TETAP MUDA. Apabila kamu melihatnya, kamu akan kira mereka mutiara yang bertaburan".(al-Insan:19) 


Mungkin awak takde pakwe kat dunia. Tapi Allah nak bagi awak pakwe kat Syurga yang kekal muda :) insyaAllah... 





No comments: