Bismillah...
Tak penting dimana kita belajar, tetapi bagaimana kita belajar...
Tak penting apa yang kita belajar, tapi bagaimana kita melihat apa yang kita belajar...
(Sekurang-kurangnya bagi saya)
Adaptasi dari kata-kata Ustaz Pahrol Juoi,
"Bukan soal apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihat"
Asasi??????gapo dio tu?
Diploma????natang menda tu?*diploma pun jadi binatang?eh ape melalut ni.
Buat adik-adik yang tengah pusing dan juling-juling mata nak buat pilihan. Kot-kot rasa macam dah tersalah pilih, dont wory upu tutup lambat lagi..Ada peluang tukar lagi 2 kali *kot
Sebelum tu meh akak nak cerita. Masa fasa 1 upu dulu, semua pilihan akak engineering.
1. Kejuruteraan Awam
2. Kejuruteraan Tak Ingat
3.Kejuruteraan Dah Lupa
4.Kejuruteraan.......grrr
5.Kejuruteraan...zzzzzz
Semua apply kat UM *racist ke hape?
Masa fasa 2,
1.Ekonomi
2.Physics
3.Ekonomi Perniagaan
4.Tak ingat
5.Dan lupa
Ada di UM, UiTM, U n I, U tooo.
Untuk fasa 1,since akak dulu budak asasi sains fizikal UM, apa yang akak nampak UM UM UM UM. Engineering!Engineering!Engineering! Hidup dan matiku untuk Physics semata-mata...Oh sebenarnya akak terikut-ikut ramai orang. Disogokkan dengan course yang femes. *Ouch, jangkitan course fame. Dan sekarang im taking Economics in UiTM.
Dan respond yang slalu diterima, "Huh Shak?!!" takpun, "Asal Ekonomi?"
Ilmu Allah kan luas?
Lagi satu, "Nape UiTM? UM kan power?"
Bumi Allah kan luas? hikhik.
Walaupun still ada rasa nak compare ex u dgn current u =.=. memang rindu UM pon! adeh..lebih tepat orang-orangnya.
Setepatnya untuk berubah bidang, akak ikut cadangan insan yang bergelar emak. Fuhh sgt la takut nak try tukar pure science to science social. What can i say, Economics suit me very much so far! Konklusi, ikot cakap mak. Rasa macam tak mampu, tapi sometimes people around you know you better than yourself. And we are talking about our emak man!
Also, we would never know about something without trying that thing. Macam mana nak rasa keenakan masak lemak tempoyak kari kalau kita sekadar melihat tanpa merasa? =D
UM ada 3 asasi (fizikal,hayat,alam bina) Dulu format asasi UM, student terus diserap untuk degree. Tapi sekarang tak. Hanya asasi alam bina yang diserap terus. Untuk asasi UIA, UiTM masih format serap terus rasenye..eh boleh plak rase-rase.. But still kena mohon through upu.
Kalau tak silap, batch akak lowest gred 7A SPM..Dan ade je budak 7A dapat 4 flat. Tak dilupakan ada budak straight A tak berjaya tamat PASUM dgn jayanya and repeat paper. Ini untuk kes yang hari-hari pegi Mid Valley balik tengah malam then gi lecture tanpa kehadiran hati. Untuk u all rasenye takde masalah camtu =)
Routine life, lecture start pukul 8am. Paling lambat abis pukul 5pm. Yang rajin sket, boleh la beriadah petang-petang tu. Court kena berebut dengan laki la tapi. hoho. Oh lagi satu yang best, boleh berkayak.
Cara belajar laju. Satu lecture hall ade ratus student. Then we were divided into tutorial group. Average about 20 students per class. Lecturer bagi lecture setiap hari dan minggu tu ada satu tutorial untuk setiap lecture tu. Let say ada 5 subjects,then in that week u'll have 5 tutorials. Untuk physical science, subjeknya, physics, chemistry, science computer, maths(calculus,algebra,vector). Sains hayat, biology, physics, chemistry,maths. Bezanya fizikal ada science comp, takde bio and vice versa. Belajar kena speed. Kalau tak faham kena catch up terus. Jangan tangguh-tangguh. Sebab nanti bila masuk next lecture, lecturer ajar benda lain. Dan benda lain tu memang lain =.=! Tapi akak tak macam tu pon! Pemalas. aiseh...
Pastu tutorial KALAU BOLEH buat sendiri. Dalam maksud KALAU BOLEH akak tu. ihiks. Sebab, bila masuk tutor class, memang hundred percent discuss on tutorial yang lecturer bagi. Kalau tak buat dan tak tengok pun tutorial tu, nescaya ternganga dalam kelas nanti.
Sape yang follow sistem betul-betul bukan tipu-tipu, life in Asasi wouldn't be so hard. Yang kumpul ketidakunderstandan yang menyebabkan rasa asasi susah. Ha, ni memang akak.
Bila tutorial dah siap, boleh la attend ceramah ustaz ustazah yang famous. Sangat banyak. Nak atau tak nak pegi je. Antaranya, ustaz Pahrol Juoi, ustazah Fatimah Syarha, ustaz Don(eh ni belum lagi), Imam Muda pun ada walaupun akak tak kenal dan tak tengok cite tu.grrr...
Then, boleh pi camping ujung minggu. Benda ni yang paling best sepanjang kat Asasi. hoho. Ramai budak baik-baik. Terpulang pada kita nak bergaul dengan yang baik atau yang sederhana baik. Tak keterlaluan akak kata, PASUM adalah Pusat Akhlak Supaya Ubah Manusia. hehe. Ramai jugak yang akak observe, dulu awal-awal masuk PASUM dressing cam lain. Bila nak abis setahun tu, style dressing makin cool! Asasi setahun je. Tapi impaknya insyaAllah seumur hidup..weeee~
Pastu ada labwork. Every week. Rahsianya, pinjam senior punye lab report. AS RUJUKAN bukan TIRUAN ok! XD
Confirm dapat 9 10 markah.
Final exam plak, tengok past year. Soalan lebih kurang. Selalunya lecturer yang sama buat soalan.
Ramai student asasi UM still stay UM. Untung mereka duduk dalam environment yang mantap suasana keIslamannya. Terpulang pada diri untuk mendekati atau menjauhi. =)
Untuk diploma plak, style belajar lebih relax. Jadual untuk kelas tak pack. Cuma yang menyebabkan rasa pack sebab ada presentation, assignment. Asasi takde assignment, takde presentation. Pastu budak diploma memang dah jadi mahasiswa. Asasi belum lagi. Tapi tak menjadi masalah untuk budak asasi untuk perform well masa presentation for degree sebab kat sekolah menengah pun adik-adik dah biasa present rite?
Budak diploma boleh join banyak aktiviti. Boleh organize event sendiri. Boleh jadi pengarah projek. Belajar tentang kehidupan dan skills. Di asasi pun boleh, cuma terhad masanya dan aktiviti untuk asasi takde spesifik sangat. Kena pandai cari peluang dan ruang. Bukan soal panjang atau singkat tempoh pengajian, tapi soal nak grab the chance or just let the chance "walking away" from you.
Untuk course, budak diploma lebih secure. Dan diploma more specific. Asasi masih general. Tapi untuk asasi UIA rasenye ada yang dah boleh spesifik kot =.=. Untuk diploma, bila masuk degree, diorang terus masuk second sem. Ini untuk kes UiTM. Basic diorang lebih mantop masa degree nanti. Budak asasi kena work harder la ye *pesanan untuk diri sendiri*
Yang membezakan diploma dan asasi, diploma, pelajarnya campur-campur. Meaning to say, ada yang good result in SPM and vice versa. So automatically, environment berubah. If dah biasa bergaul dengan budak pandai-pandai je, u'll face the problem to adapt with the environment.
Di asasi, result SPM diorang gempak gempita. Akan dikelilingi dengan budak-budak pandai. Level pemikiran akan sama. The way u look at problem would be from the same angle. So korang pun enjoy berkawan. Eh tolong betulkan kalau salah. Tapi kat mana-mana pun sama je. Ok tak tau nak cakap camne.
Tapi itu yang akak observe bila berkawan dengan adik-adik pra diploma, diploma dan asasi. Kematangan berbeza. Personaliti tak sama. That is only from my point of view. Mesti ada yang deny. Tapi problem tu boleh jadi advantage sebab u can practice and interact with people from different background =)
Diploma untuk budak biasa-biasa dan asasi untuk budak pandai. Oh tolong buang persepsi itu.
Apa lagi yang tertinggal ye? Apa yang nak tau, boleh tanya terus sebab tak tau nak cerita apa dah..
All in all, im not suggesting anything. I dont know which one is the best for you. Even you yourself do not know which is the best. Don't forget to ask Him ye dik =)
Selamat membuat pilihan. Hidup ni tak pernah sunyi dari membuat pilihan. Kat sekolah pun kena buat pilihan nak bulat jawapan A, B, C, D. Dan selalunya pi pilih jawapan salah. hoho.
Syurga dan neraka pun kita yang pilih .Harapnye tidak tersalah membuat pilihan dalam memilih destini kehidupan seterusnya selepas tinggal di kehidupan dunia...
Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment