Milik siapakah wasiat harta yang nilainya lebih dari 10 juta hengget ini?
"Bila bapak mati nanti,syarikat ni mesti jatuh ke tangan aku!"bisik seorang manusia yang memiliki kelebihan tangan yang boleh menyambut sebuah bangunan apabila bangunan itu jatuh.
"Sayang,you tak nampak ke adik you rapat dengan bapak you? Nanti bile bapak you dah takde,you jangan menyesal kalau dalam wasiat nanti......"
Hamboih..berdrama pulak die. Drama tak bermoral yang konon-kononnya nak memberi moral =.="
Memang bagus semangat suka berebut teww. Contohnye, berebut siapa sampai dulu masjid! hukhuk.
|
Rumah Allah =D |
Memang best semangat suka berebut teww. Cuma lagi best jika perebutan itu diletakkan pada excitednya-aku-berebut 10 wasiat Al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna kepada umat Islam KITA :
1) Apabila kamu mendengar azan, maka bangunlah dan menunaikan solat dengan serta merta walau dalam keadaan bagaimana sekalipun.
2) Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali kamu membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul kerana Bahasa Arab yang betul ini adalah satu-satunya Syi'ar Islam.(haaa serius cuak dengan wasiat ni)
4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apapun jua kebaikan.
5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.(jeng treng trenggg)
6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.(krek krekk kriukkkk)
7) Janganlah kamu bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah satu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberikan kebaikan.
9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang kamu bertemu dengannya sekalipun dia tidak meminta kamu berkenalan; kerana asas gerakan Da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika kamu mempunyai tugas-tugas sendiri, maka, ringkaskanlah pelaksanaannya.
Macam tak logik kan boleh wujud perkataan boring dalam sehari-harian?
Itulah dia wasiat yang ditujukan pada KITA.
So berebutlah harta ni supaya ia menjadi pencen kubur kita. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment