Cantik susunan Allah..seminggu spent cuti sem kat UM was fully packed with all those riang ria activities! Alhamdulillah...Dalam banyak-banyak minggu, minggu tu jugak la ustazah ada talk kan? hee~
Cinta High-Class.
"Bluwekkk...nak termuntah aku dengar perkataan cinta."
Haha...sesiapa yang menganggap cinta tertakluk hanya untuk girlfriend boyfriend yang tak sah, maka teruskan membluwekk.
Dr Farhan Hadi memulakan bicara dengan senda,"Yang datang ni semua dah nak kahwin la ye?"haha.
Kursus kahwin pun belum tentu dah pergi.
Erti cinta yang sebenar bukan macam dalam hindustan. Mula-mula kat tepi sungai tiba-tiba boleh tergolek-golek kat puncak gunung. Eh adik-adik bawah 20 tahun jangan tengok tau! Yang atas 20 tahun pun sama! =.="
Imam Hasan Al-Banna kata : Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram.
Ustazah memberi analogi,
Ada benda namanya indah, tapi hakikatnya buruk. Dan ada pula namanya buruk tapi hakikatnya indah.
Contohnya, bunga. Indah namanya. Tapi bagaimana dengan bunga yang dikenakan oleh bank? Masihkah indah untuk kita? Buruk kan? *suara cute macam ustazah plish*
Contoh lain, hotdog. Anjing panas. Buruk namanya. Tapi hakikatnya hotdog itu lazat malah mengenyangkan.
Begitulah cinta. Orang yang bercinta sebelum kahwin kelihatannya hidup mereka seronok berbanding dengan orang yang perlu menahan gejolak hati ingin bercinta. Kelihatan sukar. Tapi hakikatnya dengan mujahadah itulah akan membuatkan anda (anda ye bukan kita..hehe) mengecapi kemanisan berbuka puasa syahwat suatu hari nanti.
Sesiapa yang bermujahadah Allah akan tunjukkan jalanNya.
Mereka yang dah biasa berpegangan tangan sebelum kahwin, takkan rasa kelazatan bersentuhan selepas akad dilafazkan.
Dr Farhan Hadi dengan selambanya mengupas isu malam pertama...
Kalau sebelum kahwin dah pernah tidur sebilik, macam mana nak rasa kemanisan di malam pertama?
Dialog suami dan isteri : "Tunggu apa lagi? Baring je la kat situ!" >.<
Berbeza kalau sebaliknya, si isteri terjeling-jeling di pintu bilik. Si suami dah menanti-nanti. Dua-dua malu-malu.(alolo suweetnye). Dr siap buat dialog, "Eh macam mana nak buat ni.." Hadirin punye gelak tosah nak cerita la kan. =..=".
Muslimin seciput |
Muslimat sejambak =D |
Cinta high-class hanya untuk pencinta yang high-class. Dan sesungguhnya cinta of the highest class itulah dia cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta yang melebihi segala-galanya. Tinggi malah lebih tinggi dari KLCC mahupun mana-mana bangunan setinggi 768 tingkat!
Baitul Muslim. Bagaimanakah itu?
Moderator yang bertanya soal kawen-kawen ni budak 1st year kot! haha |
Malam tu ada tiga panel. Dr Farhan Hadi dan adik manisnya, Ustazah Fatimah Syarha. Dan lagi sorang, final year medic student.(budak medic memang suka kahwin awal kot?)
Waktu panel ketiga bercakap, saya perasan mata-mata yang hadir sibuk tengok telatah ustazah dan suami. Termasuklah mata yang melihat pada screen semasa menaip ini..huhu~ Dr ada menulis sesuatu di kertas ustazah pastu ustazah senyuuuum je baca. Ya Allah...sweet sangatlah dua makhluk Engkau ni...(Eh teruja nampak)
So how to build that so-called Baitul Muslim tu?
Hak untuk memilih bukan terletak pada lelaki sahaja. Wanita juga ada HAK YANG SAMA. Ustazah kata, guna orang tengah untuk bagitau laki tu~ Setuju2!hiks...
So, nak bina Baitul Muslim, bayangkan seperti kita nak bina masjid. sedang bayangkan?
Sedang anda bayangkan tu, kite tengok perumpamaan Allah dalam surah at-Taubah ayat 109.
Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya ditepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah pertunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Nak bina masjid kena ada asas yang kukuh. Asas itulah Taqwa. Bagi mendapatkan yang soleh,kitalah (eh kita pulak) yang terlebih dulu perlu menjadi solehah. Lelaki soleh digalakkan kawen dengan perempuan kurang solehah. Tapi perempuan solehah kena kawen laki soleh! huhu~
Langkah kedua,
Apa roh yang ada dalam masjid?
Ada imam dan makmum. Imam sifatnya mahu ditaati, jadi makmummnya perlu mentaati.Imam tu isteri. Eh silap. Imam tu suami, maka si isteri perlu bersedia mentaati suami. Are you ready to toat pada manusia selain dari ibu bapa anda?(Belum ready..haha)
Next, perlunya suasana Syura..Si suami janganlah guna kuasa veto. Bertolak ansurlah dengan isteri anda. Saya missed point ni sebenarnya..hehe
Langkah seterusnya, yang ni best, practice cintan cintun dengan sahabat sejantina, sebelum cintan cintun dengan bakal-suami-yang-tak-tahu-sape. Practice untuk tidak sakitkan hati mereka. Tarbiyah pertama Allah bagi adalah sewaktu kita dengan kawan-kawan. Gurau-gurau manjalah dulu dengan sahabat-sahabat. Nanti boleh bawak dalam rumah tangga masing-masing. Practice makes better rite?
Ustazah share satu tips untuk tegur suami balik lewat. Buat teka-teki atau kuiz dengan mereka.
Contohnye, "Sebelum abang keluar, cuba teka malam ni abang balik pukul brape?"
Ok ini sangat comel namenye.
Last but not least, panggil dengan panggilan kebaikan dan kemanjaan. Back to bayangan tentang pembinaan masjid tadi. Dalam masjid ada panggilan azan dan iqamah. Begitulah dalam pembinaan Baitul Muslim. Ustazah cerita, Dr Farhan memberi ustazah gelaran ayang selepas kawen..ngehngeh.
Macam kenal je yang bertudung pink ni. Khusyuk nampak. |
Dan Ustazah yang Dr maksudkan romantik tu berpesan, "Bagi adik-adik yang sedang berpuasa syahwat, bersabarlah...Rasailah kemanisan bila berbuka puasa syahwat nanti."
Aura kebahagiaan mereka dirasai. Sungguh!
"Kadang-kadang kita terlalu sibuk fikir tentang jodoh yang kita tak pasti siapa, sedangkan mati itu sesuatu yang pasti. Mati itulah jodoh kita yang pasti tapi kita kurang berfikir apatah lagi mengingatinya."
Perkahwinan? Kematian?
Bakal suami? Bakal imam solat jenazah?
Cara persandingan? Cara kematian?
Jumlah hadirin kenduri kahwin kita? Jumlah jemaah solat jenazah kita?
Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment