Yipppppeeeee!!
Seronok melihat burung. Gembira
melihat kambing. Kerana apa? Kerana mereka tak terikat dengan sehelai kertas
yang mana ada tompok-tompok hitam, biru dan merah di atasnya.
Wahai burung,
Cit cit cit |
Wahai kambing,
Embeeeekk |
Lihatlah manusia-manusia ini...
Mereka terikat dengan exam yang dirangka oleh makhluk seumpama mereka jua...
Sebelum exam, berdebar nak
masuk exam hall. Dah habis exam, bergetar nak tunggu result. Putaran itu akan
berterusan. Menjelang exam kitaran hidup adalah makan bukuw, tidur bukuw, minum
jus honeydew. (tanggungjawab student minum jus honeydew? Sebelum Malaysia alami
inflasi, sempat bankrupt sis)
Belajar. Itulah namanya
tanggungjawab student. Namun jangan diabaikan pula tanggungjawab sebagai hamba.
Tanggungjawab sebagai hamba itu hadirnya yang utama. Kerana kita adalah hamba yang bergelar
student. Kita bukan student yang bergelar hamba. Harus faham itu.
Hakikatnya, tugas hamba itu
tidak lain melainkan untuk taat akan Tuannya tanpa soal.
Praktikalitinya, benarkah kita
ini hamba yang bergelar student? Atau kita hanya student yang bergelar hamba?
Status sebagai student akan tamat. Hanya terhad dalam jangka masa tertentu.
Status sebagai hamba itu yang kekal. Yang perlu benar-benar dipikul dengan
benar-benar. Kurang pandailah kita jika hanya memfokuskan hidup ini sebagai
student yang sementara. Kita adalah
student yang belajar dengan bermati-matian kerana kita hamba. Belajar itu
tanggungjawab hamba. Kita solat bukan kerana kita student. Tetapi kerana kita
hamba. Jika solat kerana student, insyaAllah ibadah khusus kita akan jadi
ibadah bermusim. Masa exam, solat hajat tak pernah miss. Habis exam, (yahuuuu!)
sejadah yang kena cari dahi kita (ape menda pulak ni)
HAMBA =
Pelajar + Belajar.
Jelas prioritinya dimana?
Equation itu boleh di
substitute dengan apa-apa element. Element itu berubah-ubah.
HAMBA =
Pekerja + Bekerja.
Yang kekal adalah subjectnya,
HAMBA.
Orang pandai akan mengejar
perkara yang kekal berbanding yang sementara. Orang yang lebih pandai mengejar
yang kekal tanpa mengabaikan yang sementara itu.
Dalam mengejar kedua-duanya,
larian kita mesti bersungguh-sungguh!
“Sesungguhnya Allah menyukai
seorang hamba yang apabila melakukan satu pekerjaan, dia akan lakukannya dengan
itqan (teliti dan sempurna)” -Rasulullah- (HR:al-Baihaqi)
Ya, kita anak, kita student,
kita bapak (heh?), kita mak (huh?). Itu tanggungjawab kita dan yang teratas di
antara semua tanggungjawab tu adalah kita hamba. Betul tak? Upin Ipin jawab,
“betul betul betul” (err tak perlu la awak mencomelkan suara tu)
Jawab semua orang boleh jawab,
buat, tak semua orang boleh buat. Dan biasanya yang buat itu terdiri daripada
golongan mereka yang sedikit. Saidina Ali Karamallahu Wajhah sendiri berdoa
agar baginda dimasukkan ke dalam golongan hamba Allah yang sedikit. (Aku pun
nak jadi yang sedikit tu..huuu~)
Kita adalah hamba. Hamba kepada
Tuan Yang Maha Hebat. Maha Hebatnya Allah. Zat yang langsung tak dapat
diimagine (oh my english!). Jika boleh imagine, bukan Allah la tu.
Kita hamba. Hamba yang mendapat
layanan high class dari Tuannya.
"Apabila
saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata yang
tersembunyi saya melainkan Allah. Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk
menangis di atasnya, tiada siapa yang menyokong saya tetapi Allah. Menyenangkan
hati manusia adalah sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah.
Kadangkala manusia menghukum saya untuk kesilapan yang tidak saya lakukan,
namun Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah saya lakukan. Dialah
Allah, Yang Maha Besar Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
dan segala puji hanya pada Allah."
- Dr.
Ustaz Tariq Ramadan -
Goosebumps!
Dan kata-kata ini ditampal dari
Tuan Muhammad Hafifi bin Ismail yang dipublish di iluvislam.com.
Jadi, siapa kita? Kita hamba Dia.
Wallahu’alam.
2 comments:
terbaiklah!hehe....mau share lah! ;)
alhamdulillah...tafaddholi ya ukhti =D
Post a Comment