Monday, July 16, 2012


Yipppppeeeee!!
Seronok melihat burung. Gembira melihat kambing. Kerana apa? Kerana mereka tak terikat dengan sehelai kertas yang mana ada tompok-tompok hitam, biru dan merah di atasnya.
Wahai burung,
Cit cit cit

Wahai kambing,
Embeeeekk

Lihatlah manusia-manusia ini...

 Mereka terikat dengan exam yang dirangka oleh makhluk seumpama mereka jua...
Sebelum exam, berdebar nak masuk exam hall. Dah habis exam, bergetar nak tunggu result. Putaran itu akan berterusan. Menjelang exam kitaran hidup adalah makan bukuw, tidur bukuw, minum jus honeydew. (tanggungjawab student minum jus honeydew? Sebelum Malaysia alami inflasi, sempat bankrupt sis)
Belajar. Itulah namanya tanggungjawab student. Namun jangan diabaikan pula tanggungjawab sebagai hamba. Tanggungjawab sebagai hamba itu hadirnya yang utama.  Kerana kita adalah hamba yang bergelar student. Kita bukan student yang bergelar hamba. Harus faham itu.
Hakikatnya, tugas hamba itu tidak lain melainkan untuk taat akan Tuannya tanpa soal.
Praktikalitinya, benarkah kita ini hamba yang bergelar student? Atau kita hanya student yang bergelar hamba? Status sebagai student akan tamat. Hanya terhad dalam jangka masa tertentu. Status sebagai hamba itu yang kekal. Yang perlu benar-benar dipikul dengan benar-benar. Kurang pandailah kita jika hanya memfokuskan hidup ini sebagai student yang sementara.  Kita adalah student yang belajar dengan bermati-matian kerana kita hamba. Belajar itu tanggungjawab hamba. Kita solat bukan kerana kita student. Tetapi kerana kita hamba. Jika solat kerana student, insyaAllah ibadah khusus kita akan jadi ibadah bermusim. Masa exam, solat hajat tak pernah miss. Habis exam, (yahuuuu!) sejadah yang kena cari dahi kita (ape menda pulak ni)
HAMBA = Pelajar + Belajar.
Jelas prioritinya dimana?
Equation itu boleh di substitute dengan apa-apa element. Element itu berubah-ubah.
HAMBA = Pekerja + Bekerja.
Yang kekal adalah subjectnya, HAMBA.
Orang pandai akan mengejar perkara yang kekal berbanding yang sementara. Orang yang lebih pandai mengejar yang kekal tanpa mengabaikan yang sementara itu.
Dalam mengejar kedua-duanya, larian kita mesti bersungguh-sungguh!
“Sesungguhnya Allah menyukai seorang hamba yang apabila melakukan satu pekerjaan, dia akan lakukannya dengan itqan (teliti dan sempurna)” -Rasulullah- (HR:al-Baihaqi)
Ya, kita anak, kita student, kita bapak (heh?), kita mak (huh?). Itu tanggungjawab kita dan yang teratas di antara semua tanggungjawab tu adalah kita hamba. Betul tak? Upin Ipin jawab, “betul betul betul” (err tak perlu la awak mencomelkan suara tu)
Jawab semua orang boleh jawab, buat, tak semua orang boleh buat. Dan biasanya yang buat itu terdiri daripada golongan mereka yang sedikit. Saidina Ali Karamallahu Wajhah sendiri berdoa agar baginda dimasukkan ke dalam golongan hamba Allah yang sedikit. (Aku pun nak jadi yang sedikit tu..huuu~)
Kita adalah hamba. Hamba kepada Tuan Yang Maha Hebat. Maha Hebatnya Allah. Zat yang langsung tak dapat diimagine (oh my english!). Jika boleh imagine, bukan Allah la tu.
Kita hamba. Hamba yang mendapat layanan high class dari Tuannya.
"Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi saya melainkan Allah. Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk menangis di atasnya, tiada siapa yang menyokong saya tetapi Allah. Menyenangkan hati manusia adalah sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah. Kadangkala manusia menghukum saya untuk kesilapan yang tidak saya lakukan, namun Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah saya lakukan. Dialah Allah, Yang Maha Besar Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dan segala puji hanya pada Allah."
- Dr. Ustaz Tariq Ramadan  -

Goosebumps!

Dan kata-kata ini ditampal dari Tuan Muhammad Hafifi bin Ismail yang dipublish di iluvislam.com. 

Jadi, siapa kita? Kita hamba Dia.

Wallahu’alam.

2 comments:

zati_nadia said...

terbaiklah!hehe....mau share lah! ;)

pelukis kata said...

alhamdulillah...tafaddholi ya ukhti =D