Hampir 2 minggggggggggggguu result sem 2 diketahui.
Banyaknya bilangan huruf g itu agak menggambarkan keterujaan.
Tiba-tiba (oh bahasa iman takde yang tiba-tiba)
"Salam.. kiera, brape result sem ni? cgpa?"
Alhamdulillah Allah bagi
"Waa.. Alhamdulillah.. Maksudnye ade satu subjek dpt a- la ni kan.. Tahniah kiera..
Keep it up k... Kiera blaja rajin2 k.. Nnti blh jd lecturer..
A- saya dalam Bahasa Arab. Alhamdulillah. Sekali lagi dapat A- =.="
Subjek lain alhamdulillah. Keputusan tak disangka-sangka.
Sungguh, Allah memberi tak setimpal dengan usahaku. Usaha yang sedikit, anugerahnya, masyaAllah! Usaha seperti kuantiti mister potato saiz kecil, keputusan exam yang diberi tak terbanding dengan mana-mana mister potato yang ada di pasaran.
Baru spesifik anugerah tentang result exam, belum campur nikmat-nikmat lain yang tak terhitung. Allahu Allah.
Sungguh, Allah memberi tak setimpal dengan jawapanku.
Kalau nak ikutkan logik, untuk subjek Marketing, ada the whole part soalan, saya salah jawab. Belum campur dengan soalan yang tinggal kosong tak berjawab.
Logiknya, mesti tak dapat A untuk subjek tu. Tapi Allah Maha Berkuasa. Bukan jawapanku yang menentukan keputusanku. Kuasa Allah melangkaui logik akal.
Pengakhiran kepada logik akal cumalah pangkal pada agama. Setuju?
Saya mengingatkan diri sendiri, baliklah pada agama. Di situ ada penyelesaian.
Lagi, untuk subjek Finance, format soalan totally lain dari yang tahun sebelum. Ketika menjawab rasa macam tak pernah belajar apa-apa. (erk agak over tapi itulah gambaran betapa peliknya soalan). Jawapan ditulis tapi tanpa pasti. Bimbang jugak akan mengecewakan banyak hati.
Tapi ternyata Allah Maha Berkuasa. Bukan tulisanku yang menentukan keputusanku.
Bukan pengetahuanku yang menetukan pointerku.
Guess what? Allah bagi A untuk subjek tu. Memang aku benar-benar terasa memang bukan apa yang aku tulis masa exam yang menentukan gred yang aku dapat. SERIOUSLY!
Semua tu kurniaan Allah. Allah yang bagi. Alhamdulillah.
Masa belajar, isunya tentang keputusan peperiksaan.
Bila dah habis belajar, isu pekerjaan pula timbul.
Aku rasa, amatlah rugi dan kurang bijak jika target utama belajar kita untuk dapat pekerjaan gaji masyuuuk semata. Untuk dapat keputusan cemerlang, semua orang memiliki potensi berbeza. Untuk meraih 4 flat misalnya, tak semua mampu kerana Allah mengurniakan kecerdikan pada kita secara berbeza-beza. Tapi potensi untuk meraih REDHA ALLAH adalah sama pada SEMUA HAMBA, budak 4 flat mahupun budak sikit lagi nak 4 flat. haha.
Tak semua orang ditetapkan rezeki untuk dapat bekerja dengan gaji besar, tapi SEMUA ORANG berpotensi yang sama untuk meraih REDHA ALLAH ketika bekerja.
Jadi masihkah kita ingin belajar untuk dapatkan kerja best sahaja? Atau kita mahu meraih REDHA ALLAH di sepanjang perjalanan menuntut ilmu itu?
Ciri manusia berjaya itu bukanlah dengan scroll ijazah kelas pertamanya, tetapi manusia yang bebas dari api neraka yang mana manusia mampu bebas darinya apabila REDHA ALLAH menemani kita dalam perjalanan pengembaraan menuju akhirat kita. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment