Tuesday, October 2, 2012

Dup dap dup

Rasa segan pulak nak mula menulis.  Setelah sekian lama berdiam.

Bismillah...

Almost one month I am here in Kota Bharu, carrying the title of UiTM KB student. Saya ada lecturer yang best di sini. Alhamdulillah.

Masuk je UiTM KB aku tak tunggu dah. First week masuk, tanpa berfikir panjang, hantar proposal untuk bawak student pegi jalan-jalan jumpa Dr Zakir Naik. wihhuu~, lantaklah ada pengalaman tak. Yang penting aku redah.

Sempat jugak bermain tarik tali dengan timbalan rektor HEP UiTM, "sayo luluskan duo bah je deh"

"Tuan Haji, inilah masanya kita nak ajak mahasiswa UiTM untuk terlibat dengan program yang lebih serius. Takdelah asyik menyanyi, teater je. Dan program ni insyaAllah dapat membina kematangan kita dalam beragama. Mungkin ni peluang skali seumur hidup Tuan Haji. Tigo bah buleh deh?"

"Banyok tu tigo bah."

"Haa barulah sepadan dengan tingginya nilai ilmu tu Tuan Haji. Kalau boleh satu UiTM ni kite nak bawak.oppss over pulak."

Alhamdulillah redahan berjaya. Dan aku tahu, yang paling menyokong dan banyak membantu usaha ini adalah Penolong Rektor UiTM Kota Bharu,ayahanda Zulkharnain Yusoff. Sir memiliki positive thinking yang perghhhh.

Lepas redahan pertama, impak dari redahan itu, macam-macam lagi cabaran timbul. Dari sekecil-kecil perkara hingga kepada segajah-gajah perkara. Tiada kekuatan melainkan dari Allah. Aku cuba yakinkan diri, bukanlah dengan pengalaman yang akan menentukan berjaya atau tidak sesuatu perkara. Tiada lain hanyalah dengan izin Allah semata. hurghhhh~~

Doakan aku terus kuat berjuang di sini. Berjuang untuk mempertahankan jati diri sendiri walaupun ia tidak dibolosi oleh anasir luar tapi diri inilah yang menjadi ancaman utama.

Paling menakutkan apabila berada dalam suasana not-a-comfort-zone. Kuat! Juga sedang mencuba untuk tidak memencilkan diri dari orang kebanyakan. Kerana perbuatan itu hanya akan menampakkan "ek eleh macam kau bagus sangat".haha, pada pengamatan saya sekurang-kurangnya.

2 days left. Bismillah...............................

Moga-moga percubaan pertama ini berjaya. Mohon doanya.

No comments: