Sunday, October 21, 2012

Luahan rasa

Beruntung rasa tengok kawan-kawan yang suasananya jelas dikelilingi orang-orang yang betul-betul faham Islam. Yang mana, aktiviti anjuran kelab menjaga perhubungan lelaki perempuan dengan comel. Beruntunglah kalian =)

Kerap kali aku balik aktiviti kelab,pening kepala. Gembira, dalam masa yang sama, sedih melambung tinggi~ Bila lah aku nak mainkan peranan secara langsung...Kononnya menghadirkan diri ke function yang confirm tahu akan ada menda lagho, tapi pegi jugak dengan harapan kehadiran di situ akan............................................................................................................................................................

Nak elak diri dari nmpak macam ek eleh macam kau bagus sangat, dalam masa yang sama ikhtilat mesti dijaga..haaa guane... aku perlukan bimbingan. Siapa sudi? Meh sini ajarkan.

Oh Allah, guide us all the way to Your Jannah~~ Amiinn..

Tuesday, October 2, 2012

Dup dap dup

Rasa segan pulak nak mula menulis.  Setelah sekian lama berdiam.

Bismillah...

Almost one month I am here in Kota Bharu, carrying the title of UiTM KB student. Saya ada lecturer yang best di sini. Alhamdulillah.

Masuk je UiTM KB aku tak tunggu dah. First week masuk, tanpa berfikir panjang, hantar proposal untuk bawak student pegi jalan-jalan jumpa Dr Zakir Naik. wihhuu~, lantaklah ada pengalaman tak. Yang penting aku redah.

Sempat jugak bermain tarik tali dengan timbalan rektor HEP UiTM, "sayo luluskan duo bah je deh"

"Tuan Haji, inilah masanya kita nak ajak mahasiswa UiTM untuk terlibat dengan program yang lebih serius. Takdelah asyik menyanyi, teater je. Dan program ni insyaAllah dapat membina kematangan kita dalam beragama. Mungkin ni peluang skali seumur hidup Tuan Haji. Tigo bah buleh deh?"

"Banyok tu tigo bah."

"Haa barulah sepadan dengan tingginya nilai ilmu tu Tuan Haji. Kalau boleh satu UiTM ni kite nak bawak.oppss over pulak."

Alhamdulillah redahan berjaya. Dan aku tahu, yang paling menyokong dan banyak membantu usaha ini adalah Penolong Rektor UiTM Kota Bharu,ayahanda Zulkharnain Yusoff. Sir memiliki positive thinking yang perghhhh.

Lepas redahan pertama, impak dari redahan itu, macam-macam lagi cabaran timbul. Dari sekecil-kecil perkara hingga kepada segajah-gajah perkara. Tiada kekuatan melainkan dari Allah. Aku cuba yakinkan diri, bukanlah dengan pengalaman yang akan menentukan berjaya atau tidak sesuatu perkara. Tiada lain hanyalah dengan izin Allah semata. hurghhhh~~

Doakan aku terus kuat berjuang di sini. Berjuang untuk mempertahankan jati diri sendiri walaupun ia tidak dibolosi oleh anasir luar tapi diri inilah yang menjadi ancaman utama.

Paling menakutkan apabila berada dalam suasana not-a-comfort-zone. Kuat! Juga sedang mencuba untuk tidak memencilkan diri dari orang kebanyakan. Kerana perbuatan itu hanya akan menampakkan "ek eleh macam kau bagus sangat".haha, pada pengamatan saya sekurang-kurangnya.

2 days left. Bismillah...............................

Moga-moga percubaan pertama ini berjaya. Mohon doanya.

Friday, August 17, 2012

Result

Bismillah...

Hampir 2 minggggggggggggguu result sem 2 diketahui.
Banyaknya bilangan huruf g itu agak menggambarkan keterujaan.


Tiba-tiba (oh bahasa iman takde yang tiba-tiba)

Tiba-tiba Dengan ketentuan Allah, Madam Finance kesyangan pm inbox,

"Salam.. kiera, brape result sem ni? cgpa?"

Alhamdulillah Allah bagi 3.97.

"Waa.. Alhamdulillah.. Maksudnye ade satu subjek dpt a- la ni kan.. Tahniah kiera.. 
Keep it up k... Kiera blaja rajin2 k.. Nnti blh jd lecturer.. 

A- saya dalam Bahasa Arab. Alhamdulillah. Sekali lagi dapat A- =.="

Subjek lain alhamdulillah. Keputusan tak disangka-sangka.

Sungguh, Allah memberi tak setimpal dengan usahaku. Usaha yang sedikit, anugerahnya, masyaAllah! Usaha seperti kuantiti mister potato saiz kecil, keputusan exam yang diberi tak terbanding dengan mana-mana mister potato yang ada di pasaran.

Baru spesifik anugerah tentang result exam, belum campur nikmat-nikmat lain yang tak terhitung. Allahu Allah.

Sungguh, Allah memberi tak setimpal dengan jawapanku.

Kalau nak ikutkan logik, untuk subjek Marketing, ada the whole part soalan, saya salah jawab. Belum campur dengan soalan yang tinggal kosong tak berjawab.
Logiknya, mesti tak dapat A untuk subjek tu. Tapi Allah Maha Berkuasa. Bukan jawapanku yang menentukan keputusanku. Kuasa Allah melangkaui logik akal.

Pengakhiran kepada logik akal cumalah pangkal pada agama. Setuju?

Saya mengingatkan diri sendiri, baliklah pada agama. Di situ ada penyelesaian.

Lagi, untuk subjek Finance, format soalan totally lain dari yang tahun sebelum. Ketika menjawab rasa macam tak pernah belajar apa-apa. (erk agak over tapi itulah gambaran betapa peliknya soalan). Jawapan ditulis tapi tanpa pasti. Bimbang jugak akan mengecewakan banyak hati.

Tapi ternyata Allah Maha Berkuasa. Bukan tulisanku yang menentukan keputusanku.
Bukan pengetahuanku yang menetukan pointerku.

Guess what? Allah bagi A untuk subjek tu. Memang aku benar-benar terasa memang bukan apa yang aku tulis masa exam yang menentukan gred yang aku dapat. SERIOUSLY!

Semua tu kurniaan Allah. Allah yang bagi. Alhamdulillah.

Masa belajar, isunya tentang keputusan peperiksaan.
Bila dah habis belajar, isu pekerjaan pula timbul.

Aku rasa, amatlah rugi dan kurang bijak jika target utama belajar kita untuk dapat pekerjaan gaji masyuuuk semata. Untuk dapat keputusan cemerlang, semua orang memiliki potensi berbeza. Untuk meraih 4 flat misalnya, tak semua mampu kerana Allah mengurniakan kecerdikan pada kita secara berbeza-beza. Tapi potensi untuk meraih REDHA ALLAH adalah sama pada SEMUA HAMBA, budak 4 flat mahupun budak sikit lagi nak 4 flat. haha.

Tak semua orang ditetapkan rezeki untuk dapat bekerja dengan gaji besar, tapi SEMUA ORANG berpotensi yang sama untuk meraih REDHA ALLAH ketika bekerja.

Jadi masihkah kita ingin belajar untuk dapatkan kerja best sahaja? Atau kita mahu meraih REDHA ALLAH di sepanjang perjalanan menuntut ilmu itu?

Ciri manusia berjaya itu bukanlah dengan scroll ijazah kelas pertamanya, tetapi manusia yang bebas dari api neraka yang mana manusia mampu bebas darinya apabila REDHA ALLAH menemani kita dalam perjalanan pengembaraan menuju akhirat kita. Wallahualam.

Thursday, August 9, 2012

Ramadhan 1433H

Journey in Ramadhan ~ So much to tell but no word can explain.

To plan great things we must not only act, but also dream. Not only plan but also BELIEVE -mat salleh mane ntah-

Dup dap. Beberapa jam lagi. Yes, BELIEVE. Aku terlalu bimbang akan perkara tak pasti sehingga ada kala alpa ada Yang Maha Berkuasa sentiasa pasti menanti untukku santuni.

Doakan segala urusan aku kita di bulan Ramadhan Allah sudi terima. Terima kasih.

Jangan lupa, andai ada yang terbaca, tabung projek Hospital untuk Gaza (H4G) dan Rohingya sekali lagii akan menghantui anda di Masjid Cenderawasih esok (Jumaat) sebelum solat Jumaat dan selepasnya.

Aku bangga dengan penduduk Cenderawasih dan Bukit Setongkol. Kenapa? Jika ada kelapangan dan kemahuan, aku cerita. (lapang memang sokmo lapang, kemahuan tu je yg err err err)

Sekadar meninggalkan calitan. Rugi pulak tak buat post dalam bulan Ramadhan. huihui.

Terngiang-ngiang pulak, I BELIEVE~~~


Thursday, July 19, 2012

Memandang bumi

Apa sebenarnya niat kau?
Moga diluruskan dan kekal lurus...

Sedikit cubitan dari Bicara Selebriti malam semalam...Ayat yang paling mencuri perhatian insan kamil ini (oh, curi perkataan Mas Azzam disitu : insan kamil)

Sebelum melontarkan pandangan,
"Ini sekadar pandangan orang awam, bukan pandangan dari cerdik pandai ye..."

Yang berkata sedemikian adalah Mas Hasrizal Abdul Jamil. Allah...

Monday, July 16, 2012


Yipppppeeeee!!
Seronok melihat burung. Gembira melihat kambing. Kerana apa? Kerana mereka tak terikat dengan sehelai kertas yang mana ada tompok-tompok hitam, biru dan merah di atasnya.
Wahai burung,
Cit cit cit

Wahai kambing,
Embeeeekk

Lihatlah manusia-manusia ini...

 Mereka terikat dengan exam yang dirangka oleh makhluk seumpama mereka jua...
Sebelum exam, berdebar nak masuk exam hall. Dah habis exam, bergetar nak tunggu result. Putaran itu akan berterusan. Menjelang exam kitaran hidup adalah makan bukuw, tidur bukuw, minum jus honeydew. (tanggungjawab student minum jus honeydew? Sebelum Malaysia alami inflasi, sempat bankrupt sis)
Belajar. Itulah namanya tanggungjawab student. Namun jangan diabaikan pula tanggungjawab sebagai hamba. Tanggungjawab sebagai hamba itu hadirnya yang utama.  Kerana kita adalah hamba yang bergelar student. Kita bukan student yang bergelar hamba. Harus faham itu.
Hakikatnya, tugas hamba itu tidak lain melainkan untuk taat akan Tuannya tanpa soal.
Praktikalitinya, benarkah kita ini hamba yang bergelar student? Atau kita hanya student yang bergelar hamba? Status sebagai student akan tamat. Hanya terhad dalam jangka masa tertentu. Status sebagai hamba itu yang kekal. Yang perlu benar-benar dipikul dengan benar-benar. Kurang pandailah kita jika hanya memfokuskan hidup ini sebagai student yang sementara.  Kita adalah student yang belajar dengan bermati-matian kerana kita hamba. Belajar itu tanggungjawab hamba. Kita solat bukan kerana kita student. Tetapi kerana kita hamba. Jika solat kerana student, insyaAllah ibadah khusus kita akan jadi ibadah bermusim. Masa exam, solat hajat tak pernah miss. Habis exam, (yahuuuu!) sejadah yang kena cari dahi kita (ape menda pulak ni)
HAMBA = Pelajar + Belajar.
Jelas prioritinya dimana?
Equation itu boleh di substitute dengan apa-apa element. Element itu berubah-ubah.
HAMBA = Pekerja + Bekerja.
Yang kekal adalah subjectnya, HAMBA.
Orang pandai akan mengejar perkara yang kekal berbanding yang sementara. Orang yang lebih pandai mengejar yang kekal tanpa mengabaikan yang sementara itu.
Dalam mengejar kedua-duanya, larian kita mesti bersungguh-sungguh!
“Sesungguhnya Allah menyukai seorang hamba yang apabila melakukan satu pekerjaan, dia akan lakukannya dengan itqan (teliti dan sempurna)” -Rasulullah- (HR:al-Baihaqi)
Ya, kita anak, kita student, kita bapak (heh?), kita mak (huh?). Itu tanggungjawab kita dan yang teratas di antara semua tanggungjawab tu adalah kita hamba. Betul tak? Upin Ipin jawab, “betul betul betul” (err tak perlu la awak mencomelkan suara tu)
Jawab semua orang boleh jawab, buat, tak semua orang boleh buat. Dan biasanya yang buat itu terdiri daripada golongan mereka yang sedikit. Saidina Ali Karamallahu Wajhah sendiri berdoa agar baginda dimasukkan ke dalam golongan hamba Allah yang sedikit. (Aku pun nak jadi yang sedikit tu..huuu~)
Kita adalah hamba. Hamba kepada Tuan Yang Maha Hebat. Maha Hebatnya Allah. Zat yang langsung tak dapat diimagine (oh my english!). Jika boleh imagine, bukan Allah la tu.
Kita hamba. Hamba yang mendapat layanan high class dari Tuannya.
"Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi saya melainkan Allah. Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk menangis di atasnya, tiada siapa yang menyokong saya tetapi Allah. Menyenangkan hati manusia adalah sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah. Kadangkala manusia menghukum saya untuk kesilapan yang tidak saya lakukan, namun Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah saya lakukan. Dialah Allah, Yang Maha Besar Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dan segala puji hanya pada Allah."
- Dr. Ustaz Tariq Ramadan  -

Goosebumps!

Dan kata-kata ini ditampal dari Tuan Muhammad Hafifi bin Ismail yang dipublish di iluvislam.com. 

Jadi, siapa kita? Kita hamba Dia.

Wallahu’alam.

Thursday, June 21, 2012

Al-Imtihan Qorib!

Bismillah sebelum menelaah...

Mohon doa dari kalian. Exam dah kat depan muka pintu. Tunggu nak bagi salam je tu.

Katanya belajar kerana Allah. Tergamak bagi usaha setakat grade B? Adess...Aku malu sendiri.

Jika kita belajar untuk mendapat result gempax and to make our parents proud, dan selepas itu kita mendapat result gempax and our parents proud with us, then, what's next?

Where's the point that can make us special?

Kita belajar dan berjaya untuk ummah mahu? ^_^

Ihdinassirath al-mustaqim Ya Allah...
Ihdinassirath al-mustaqim Ya Rahman...
Ihdinassirath al-mustaqim Ya Rahim...
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Ya Allah...
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Ya Rahman...
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Ya Rahim...


Bersama mereka yang pandai+power+pewwit, Bro Asraf, Kak Syafiqa dan Aida ^_^ 
Tak menang tangan. Selamber akak balun tiga anugerah.
Moga aku belajar sesuatu dari pertemuan singkat itu.

Nescaya selagi brother ni ade, kitorang tak mampu nak lawan for that award =.=" Can malican pun tak boleh bagi can. Cepat-cepatlah grad angah~


Juga, jazakallahu khair for the short but deep words...
"Doesn't matter you get 4 flat or not. 4 flat tu semua Allah yang bagi kan? Keep on praying, just try and give your best" ^_^


Nak mencapai yang tinggi dah cukup mencabar. Nak maintain di tempat yang tinggi lagi mencabar. Timbul bimbang jika sejarah hanya membuatkan diri ini berasa terlalu selesa. Allahu Allah. Semuanya itu pinjaman dariMu. 

Sekadar peringatan comel untuk diri ini,

Mungkin kau gah di depan manusia,
Tapi dimana kau di sisi Pencipta? huwaaa~

Jangan main. Waktu main pun takleh main-main, apatah lagi bila tak main. Lagi takleh main-main...

Moga setiap langkah kita menuntut ilmu, langkah yang Allah redha walau di kota mahupun desa. Ameeen...

For you over there,
Bittaufiq wannajah!

When studying becomes a burden,
When revision is stressful,
When we feel like giving up,

Remember these verses:
"Allah doesn't burden us with things that we can't bear" (2:286)

"Verify with every difficulty, there is relief" (94:6)

InsyaAllah...Allah loves you. How do you love Allah? :'-)

Struggle, struggle jugak,
Azan jangan buat-buat tak dengar pulak.

Wallahu 'alam. wee~