Tuesday, December 7, 2010

Can I make a difference? Hijrah will help

Bismillahirrahmanirrahim...teruskan senyuum..=)

Salam maal hijrah buat semua saudara seagama, seaqidah, seperjuangan, dan sesuatu XD..


Kita sebenarnya dah start berhijrah sejak kita baby kecik2 lagi..Sebelum dapat title baby pon kite dah mulakan penghijrahan..
Dari alam roh ke alam rahim..dari alam rahim ke alam luar rahim..dari dalam perot sampai dikeluarkan dari perot tu..sakit tau nak teran!=.="
Tu penghijrahan yg kita dah lalui..Penghijrahan akan datang?Yup! Dari alam dunia ke alam kubur..dari alam kubur ke alam barzakh..dari alam barzakh ke alam mahsyar..dari alam mahsyar ke syurga atau neraka?itu belom pasti. Apa yang pasti, kita semua adalah calon2 jenazah..takot atau bersedia? SYURGA atau NERAKA?kita diberi kuasa memilih sehingga saat ini selagi nyawa dikandung jasad. bila nyawa dah dikembalikan kepadaNya, sudah terlambat untuk membuat pilihan.semua akan memilih syurga tapi bukan semua yang memilih tu akan terpilih..itu adalah destinasi terakhir penghijrahan kita..kalau naik LRT tu, kita telah tiba di stesen yang terakhir..tiada stesen yg berikutnya..tp kalau tersesat tu, kene naik semula & patah balik..dah burn dua  tiga hengget..XD

Macam mana dengan Penghijrahan sekarang?
Hijrah ditafsir berbeza-beza..tafsiran akal ada, tafsiran berdasarkan sejarah ada..dan ada gak yg tak tafsir pape sbb bile bulan muharram masuk pon tak tau.=.="..tiada tafsiran yg salah cuma tak sama. ape yg pasti, tiada tafsiran negatif diberi..hijrah mmg sesuatu yg positif. hijrah hati, hijrah lokasi, hijrah diri..tapi berdasarkan pengalaman dari pendengaran dan pengalaman sendiri, ramai yg takut2 atau malu2 utk berhijrah dari seseorang menjadi seseorang (bukan tukar mata & telinga dgn org lain..XD) masih org yg sama tapi org yg di'rebranding'.tak perlu menjadi org lain. Kenapa takut?kenapa malu? berdasarkan pengalaman sendiri, sebabnye adlh sebab sibuk fikir apa pandangan org sekeliling. sedangkan percubaan belom dilakukan..bila nak buat perkara baik ramai yang malu..termasuk saya sendiri..tp bila nak buat jahat, tak payah diajak..dengan rela dan bangganye offer diri (korang la saya tak..haha).  bila nmpk org buat jahat semua tutup telinga pekakkan mata..XD..bukan semua, saya tau korang tak..hehe.

Jangan terlalu fikir dgn apa orangkata sbb yg penting, fikir apa Allah kata..

Apa yg saya tengok, monyet pon tau berhijrah..dari habitat asal iaitu hutan berdekatan, 'mereka' berhijrah ke kolej kediaman perempuan semata-mata nak cari makanan..bukan cari makanan, tp curi makanan!!!haha...'mereka' sedikit pon takde rasa malu+.+..kitorang plak yg  "malu-malu" dgn 'mereka'. apa kata kalau kita ikot sifat tak malu monyet2 tu?haha..just kidding^,^..

Memang ramai yang kata, kenapa nak tunggu Maal Hijrah baru bising2 nak berhijrah?
Saya pulak kata, kenapa nak persoalkan orang yg nak berhijrah? Kenapa perlu persoalkan perbuatan seseorang yg  berniat  buat perkara betol tp kenapa tak persoalkan seseorg yg buat perkara tak betol? memanglah hijrah boleh dilakukan bila2 masa tp tak semua org memiliki kesedaran yg sama.. sesungguhnya kita ni manusia yg berkawan baik dgn pelupa..jd bila adanya hari2 istimewa sebegini, kita perlu perbaharui apa yang lama..salah ke macam tu?stok roti kat koperasi pon kena tukar2 stp minggu..sebab roti pon ade expiry date..sama gak dgn niat manusia..niat kita pon blh expired.

Memang sifat sesetengah manusia camtu..apa yang betul dilihatnya dari sudut tak betol..apa yang tak betol dibiarkan je terus jd tak betol..orang nak buat perkara betol, tak perlu persoalkan sebaliknya terus memberi sokongan..barulah betol!!
 
Sebelum berakhirnya penghijrahan kita sbg hambaNya, lakukanlah penghijrahan yg kecil dlm diri yg memberi ganjaran yg besar utk diri sendiri juge..Biarlah kite penat berhijrah kerana sememangnye dunia ini tmpt yg melelahkan dan melelehkan...hanya di "sana" sebaik-baik tmpt istirehat..
You can make yourself a somebody! It's not how good you are, it's how good you wanna be..Allah bagi kuasa utk kita ubah diri sendiri..

Sayalah satu-satunya milik saya sepenuhnya..andalah satu-satunya milik anda sepenuhnya..yang jahat jd baik, yg baik jd jahat..Eh, salah..yg baik jd lebih baik, yg lebih baik jd terlebih-lebih baik, yg terlebih-lebih baik jd yg terbaik..jgn melebih-lebih sudah~

Saya nak tules lebih2 pon tak berani, takot2 lain hijrah yg diimpi, lain yg jadi..semoga penghijrahan yg dihajati menjadi realiti..Chop! apa hijrah yang saya hajati? biarlah terkunci kemas di hati..risau nanti tak jadi dah malu sendiri..

Apa-apa pun, kenali Allah ketika dalam keadaan lapang, nescaya Allah akan mengenal kita dalam keadaan sempit..

Kita nak hijrah yg berhijrah atau hijrah sekadar berserah?

Selamat berjaya dalam berhijrah kepada semua bakal-bakal allahyarham dan allahyarhamah..

How can I make a difference? only Him and time will tell..

*p/s: mlm ni ade solat hajat, adakah ustaz aritu dijemput?hohoho XP

1 comment:

Anak Muda said...

Yo can make a difference