Tuesday, December 21, 2010

Kita Tadi..Kita Sekarang..Kita Jap Lagi

Assalamualaikum warahmatullah...Hohoende kudasai..=D..arigato~

Hampir2 bersawang dah blog ni(mulut menuju ke hadapan sambil tiup2 habuk)
Ok, dah bersih sikit wlpn tak bersih sepenuhnya..but at least now is better than just now even though it's not da best..

Apa plak significant habuk dgn Kita Tadi..Kita Sekarang..Kita Jap Lagi??
Kita Tadi = Kita Semalam
Kita Sekarang = Kita Hari Ini
Kita Jap Lagi = Kita Esok
masih tidak menjawab persoalan kaitan habuk dgn kita..

sengaje tak gune semalam, hari ini dan esok sbb mcm terlalu jauh jarak antara satu sama lain..jadi,penggantinya adlh tadi, sekarang, jap lagi(sementara tunggu idea nak dtg, kene merepek gak sikit2.sikit je ok, tak byk pon..=D)

Kalau korang memang dah amalkan, baguih la..teruskan! tapi bagi yg belom dan tak berapa nak konsisten mcm empunya jari yg menekan2 ni, JOM KITA SAMA-SAMA MULAKAN! AYUH! HURGHHH!(bunyi yg dibuat before match ragbi)

Apa kata, kalau kita tadi..
Terima pujian, kita hanya kata "Terima kasih..oh bukan sy terer pon..biase2 je la"
Kita sekarang akan kata "Alhamdulillah..pujian itu saya/beta/gua/aku/I(kata ganti diri pertama bljr masa darjah 6) sandarkan kembali padaNya..Pemilik segala pujian"(cakap dlm hati pon ok sbb mesti macam segan2 nak ckp depan2..takut dianggap warak.MENTALITI.=,=)

Apa kata, kalau kita tadi..
Bila makan hanya baca Bismillahirrahmanirrahim..
Kita sekarang akan baca Basmalah+doa makan..nak tau tak doa makan camne?hoho..gurau senda skali sekala=D
Kita jap lagi akan baca makna2 die sekali..

Apa kata, kalau kita tadi..
Solat lima minit..
Kita sekarang solat sekurang-kurangnye 15 minit..
Kita tadi solat sekadar memenuhi kewajipan..
Kita sekarang mendirikan solat atas kewajipan dan nak dapatkan kemanisannya sekali..
Ade ke orang yg suka makan mangga tawar? semua suke mangga yg manis kan? Ade ke org yg suke senyuman tawar? semua suke senyuman yg manis kan? tp tawar-menawar paling semua org suke..haha..TAPIIII DALAM SOLAT NO TAWAR-MENAWAR!

Apa kata, kalau kita tadi..
Gelak suare kuat gile sampai blh pecah gegendang telinga member,
Kita sekarang masih gelak tp suare volume rendah sket tahap blh putus tali gitar je..just kidding..nak lg cute, gelak sambil tutup mulut..ngeh3..

Apa kata, kalau kita tadi..
Baca al-Quran 2 pages je,
Kita sekarang masih baca 2 pages+terjemahan(yg mampu baca byk lg best!mmg power!teruskan2!)

Apa kata kalau kita tadi..
Jumpa kawan kat mane2, kita sapa dgn "Wey apa khabar?"atau "Yo wassup2"
Kita sekarang jumpa sahabat2 kita mulakan dengan "Assalamualaikum"(bukan semekom atau askum)..lps tu nak ckp "Yo wassup2" atau "Yo watsdown2" terpulanglah..
Kalau kita tadi pandang orang takde perasaan,
Kita sekarang..murahkan dgn senyuman biarpon org tu tak balas balik senyuman kita..tp gua mmg tension kalau kita dah senyum, org tu buat muka selamba..abaikan!senyum2..

Apa kata kalau kita tadi tidur mengiring kiri..
Kita sekarang tidur mengiring kanan..

Apaka kata kalau kita tadi..Pakai tudung selempang kiri kanan..
Kita sekarang pakai tudung pin kiri kanan..

Apa kata kalau kita tadi mase "bulan datang"(khas untuk kaum hawa yg cukup umur..XD)langsung takde mendekatkan diri dgn Dia sebab menjadikan alasan tak boleh solat dan tak boleh baca Quran..
Kita sekarang sekurang-kurangnya menyebut Asmaul Husna(byk berzikir igt kat Dia)

Apa kata kalau kita tadi apabila terima teguran dari kawan2 kita cakap "perghh...direct kau bagi kat aku!touching ar gini..tak nak kawan(guna suara budak kecik yg gadoh ngan abg die)"
Kita sekarang akan kata "Terima kasih sahabat sudi mengingatkan.."

Apa kata kalau kita tadi solat sejam selepas masuk waktu(kecuali ade sebab tak blh elak)..
Kita sekarang bersedia lebih awal sebelum masuk waktu utk solat..

Apa kata kalau kita tadi datang lecture 2 minit sebelum lecturer sampai..
Kita sekarang datang 5 minit awal..XD

Apa kata kalau kita tadi tak gosok gigi sebelum solat..
Kita sekarang rajin gosok gigi..
p/s:Lepas makan gula2 atau benda2 berasaskan gula, jangan gosok gigi straight away..kumur dulu atau minum air dulu supaya gula yang melekat kat gusi dapat diremovekan..Kalau gosok gigi straight away lps makan, nanti gula tu sume akan digosok masuk ke dalam celahan gigi dan gusi..Sekian, Prof. Dr. Shakiera melaporkan..

Apa kata kalau kita tadi tidur tanpa wudhuk..
Kita sekarang tidur selepas berwudhuk..

Apa kata kalau kita tadi..
Dengar Flyfm atau Hitz.fm atau Hotfm atau Era atau Xfresh atau Sinar..
Kita sekarang dengar IKIM.fm..=)

Apa kata kalau kita tadi..
Jadikan lagu Bunkface sebagai siulan.."now thats me and you..and we're not alone, different view"(siape tau lagu ape ni..ngeh3)
Kita sekarang menjadikan selawat sebagai kebiasaan..

Jadikan sekarang lebih baik dari tadi..Jadikan semalam lebih baik dari hari ini..hoho..tersilap plak. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam wlpn dengan hanya satu kebaikan..Makcik tukang sapu kate,"Better late than never. But it is better never be late"..makcik kafe pon setuju..

Apa yang saya katakan, tak semestinya itu yg saya lakukan..Saya juga belajar dari kesilapan.Kerana saya juga insan yang memiliki bestfriend yg diberi nama oleh ibu bapa mereka iaitu LUPA BIN LALAI dan ALPA BINTI LALAI..(diorang ni adik-beradik kot..XD)
Ermm peringatan keras harus diberikan disini..Entri ini bukan utk memerli, mengata, menikam, menerjah atau merujuk sesiapa..Langsung tak berniat ok! tapi terfikir tu ade la..haha..just kidding (>.<)..Ini adalah tak lain dan tak bukan adlh peringatan buat si pelukis kata sendiri yg sdg mencari2 sahabat baik yang diberi nama Sharifah Konsisten Binti Sentiasa Beringat yang ade boyfren namanye Tak Lupa Bin Tak Leka..siapa2 yg jumpa, tolong kenalkan kat saya ye..=D..Terima kasih..

TAPI ape kaitan habuk dengan kita?

2 comments:

Anonymous said...

(mode: semangat)Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Cik Sharifah Konsisten Binti Sentiasa Beringat!

Tazkirah, peringatan, nasihat dan teguran yang amat100 terkesan d'hati, syukran jazilan ya ukhti humaira!

Ikrar si anak Encik Leka (arahan - sila baca dgn nada semangat!)

Saya! Cik Lalai binti Leka! dgn ini berikrar!
bhwsnya!
KEJAP LAGI akan TERSANGAT BAIK drp SEKARANG
dn SEKARANG akan LEBIH BAIK drp SEKARANG! Insya ALLAH...
(xada warna yg dpt m'beza2kn p'kataan, maka huruf yg besar ttp m'jd pujaan hatiku)

JazakALLAHu khairan kasira...
Seeru 'ala barkatillah...

pelukis kata said...

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..
Jyeahhh!!
saye dpt rasakan kesemangatan semangat cik!!
"sekarang akan lebih baik dari sekarang".hihi.insyaAllah

susuli ikrar dengan tindakan=)