Assalamua'alaikum..sengih sikit.
Cukup. Sikit je.
Fuhhh..ujian bertimpa-timpa menimpa..tatkala matahari sembilan puluh darjah atas kepala dan air kelapa di kepala, eh, di tangan...tekak dah mulai rasa kesejukan air itu mengalir merentasi kekeringan..tinggal nak sedut straw je tup-tup.....tidaaaaaakkkk..air tumpah. Bekas pecah. Sahabat saya siap cakap "Takpe, Shakiera..maybe dalam tu ade semut ke..Ade kuman ke..Ada bakteria ke"..Ok, redha.
Itu tengah hari..
Ini petang...
Tatkala badan kepenatan dan kelaparan, dibeli nasi beserta kari ikan dan dibungkus untuk dimakan as MY LUNCH..Bayangkan, dah siap terhidang atas meja, dah bawak keluar ikan dari bekasnya, keharumannya sudah menjalar melayari hidung, tunggu tangan untuk menyuap mulut je..tidaaaaaaakkk..nasi tumpah. Bekas tak pecah. Bukan tumpah dua tige biji..satu bekas lesap..Sedih..ikot badan memang boleh nangis lah..haha..nasib baik hati masih menguasai..Roomate yang baik hati share makanan yg dibawak dari rumah..kebetulan lauk lebih kurang sama. Yang penting ikan masih berjaya diselamatkan.Alhamdulillah..Tak kempunan sangat..dahsyat sungguh ujian.
Dahsyat ke? Hey!Itu dikatakan dahsyat? Lemah sungguh awak ni. Orang kat Afghanistan kat Iraq tak fikir?
Student dan remaja kat sana bersenjatakan padang dan senapang..Student kat Malaysia, bersenjatakan pensil dan pemadam..hmmm..
Bila kita ditimpa kesedihan, lihat orang yang ditimpa kecelakaan. Bila kita ditimpa kejatuhan, lihat orang yang ditimpa kemusnahan..Bila ditimpa kepedihan, lihat pada orang yang ditimpa keperitan..Bila kita ditimpa ketumpahan, lihat pada orang yang ditimpa kelaparan.XD.Bila kita ditimpa kelaparan, lihat pada orang yang kebuluran..Bila kita menempa kejayaan, lihat pada orang yang ditimpa kegagalan..Bukan untuk mengundang rasa selesa dalam diri..Sekadar ingin menerbitkan rasa syukur dari hati..InsyaAllah akan terterbit rasa itu..
Setakat nasi tumpah, perlu nangis ke? errr??
Takde rezeki =)
Count our blessings to Him..Let's see how blessed we all are (^_^)*
No comments:
Post a Comment