Friday, February 25, 2011

Terpilih untuk memilih yang dipilih

Assalamu'alaikum...salam petang Jumaat..Selamat Hari Raya..
Betul Hari Jumaat antara hari raya umat Islam? Tak jawab pun takpe sebab jawapannye,ye betul..

Bukan nak tulis pasal hari Jumaat tapi saya menulis pada hari Jumaat..
Perancangan seminggu lalu nak balik rumah jumpe maaaaaaaaaaaaak bapaaaaaaaaak..ok set..pukul 12 tengah hari kite gerak..12 tengah hari tadi ye..tapi sekarang saya masih di kolej, di bilik. Dan waktu sekarang 530 ptg..

Tinggal lagi beberapa jam nak gerak..yeeehaaaaa..ke KEM REMAJA UNGGUL..bukan ke CENDERAWASIH UNGGUL..haha..decision yang dibuat dalam beberapa minit telah mengubah perancangan seminggu yang lalu.

Ayat famous.."Kita manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan"..Semacam ayat itu tidak lengkap bunyinya..Ya kita hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancangan adalah dariNya..Walaupun kita merancang, rancangan kita tu tetap Dia yang rancangkan..Makanya, bukan kita yang merancang sebenarnya kan? Rancangan yang kita rancang telah dirancang oleh Dia yang sebenarnya sebaik-baik Perancang.

Mudah-mudahan dipermudahkan rancangan perjalanan kami sebentar lagi yang telah dirancang olehMu..=)

No comments: