Subhanallah Subhanallah Subhanallah
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Rasa bersyukur, bertuah, bergembira, berrrrrrrr...semua perasaan bercampur baur..Terima kasih Ya Allah kerana memilih aku untuk terlibat dalam penglibatan itu. Terima kasih Ya Allah kerana memilih aku untuk mengalami pengalaman itu. Terima kasih Ya Allah kerana memilih aku untuk merasai rasa itu.
Ok, lets go straight to the point. No turn left or U-turn is allowed!
Program Dakwah di Lapangan, nama program diberi. Lebih senang nak faham, program praktikal dakwah. Makanya, segala apa yg dah diajar, diceramahkan dan disogokkan, masa ni lah nak apply in the real situation..ok, let's go to our first location. Chop! nak tau siapa dia yang aku peluk? No saspen saspen. Saya berterus-terang..Seorang pelacur! Nak ulang ke? Tak perlu rasanye...Tapi apa kronologinya? Sila teruskan pembacaan. Ada sikit unsur saspen disini..haha. Aku selitkan sikit klimaksnye..Alhamdulillah, kami berjaya membuatkan dia menangis..dan ade jugak dai'e yg menangis..hoho..drama abis!
Dalam berdakwah, Islam takde cakap kena pinggirkan golongan itu ini itu ini..Jadi asalkan mereka Islam dan kita Islam mereka wajib didakwahkan dan kita wajib berdakwah. Kalau bukan kita, siapa lagi? Orang bukan Islam pon perlu didakwahkan kan?
Cuma kali ni saya diberi rezeki olehNya untuk mendekati "golongan terpinggir" yang saya sendiri rasa mustahil giler dan saya tak pernah terfikir akan dapat peluang untuk berdakwah kat golongan hardcore sebegini! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Mengubah dengan hati selemah-lemah iman..Jadi, nak kuatkan iman, kena cuba mengubah dengan selain yang melemahkan."Cakap senang la dik"..Ya ya ya..memang nak cakap tu senang..dan nak buat memang amat susah tapi mmg amat tak mustahil. Fikir dengan akal memang rasa mustahil..Saya pun ade terasa mcm tak layak je nak join..nak tegur member yg bercouple pon berpeluh-peluh ape lagi nak jumpe golongan "gangster" mcm mlm tu.
TAPIIII Cuba dulu baru tahu..Selalu kita berada dalam zon dakwah yang selesa..why don't we try to be in a danger dakwah zone? hehe..
Bak kata ustaz, mari kita menguji kekuatan sempena Maulidur Rasul!
Saya boleh katakan yang semua ini mustahil boleh saya buat kalau tak berjumpa dengan Ustaz Yusri..Terima kasih. Syukran. Gracias. Ha..ni antara hikmah saya belajar kat PASUM! hehex.
Lokasi : Chow Kit Road. Lebih spesifik, Lorong Haji Taib!
Kami yg mendengar nama lokasi ni pon dah mengggiggggil nak pergi..so bila dah sampai terketaq-ketaq tak hengat..sampai tahap boleh basah seluar lah! rasa mcm tgh mimpi pon ade dah sampai kat situ..beb, we are talking about "sarang" maksiat paling fofular kat Kota Lumpur ni tau tak! Dah la saya ni budak yg berhingus lembab kering lembab kering lagi..tahap mentah yg mmg paling mentah la. kalau air sungai cetek, saya punye pengetahuan ni lagi cetek daripada tahap sungai kering!
Tu baru nama lokasi. OK, sekarang nak cerita plak siapa yg terlibat.
Da'ie : Ustaz-ustaz profesional (ProStaz)-unsure berapa org tp paling matang 56 tahun.
(Ustaz Din, ustaz Din dan ustaz Din..haha. kantoi tak ingat nama!)
Muslimin- tak hengat exact jumlah..hehe..yang pasti, mereka ni masih muda dan layak bergelar pemuda Islam..cewaahh
Muslimat-11 orang termasuklah 2 orang budak yang hidungnya berair dari PASUM (*_*). Paling "matang" Kak Suhaily-28 tahun tp nmpk mcm 22 tahun!eceh, suke la tu..(^.^) Kakak-kakak lain : Kak Zawani, Kak Kauthar, Kak Syafiqah, Kak Nad, Kak Ummi, Kak Rafidah, Kak Long, Kak Ngah, Kak Chik, Kak Su(kantoi lagi tak ingat nama!), Ayuni, Norshakiera(ok, ni mcm kenal..hakhak)
Madh'u(sasaran dakwah) : Pelacur(kupu-kupu malam), penagih, bonzer..segala jenis manusia yang ade kat situ..Saya ulang repeat, sasaran kami adalah pelacur, penagih, maknyah, makngah, makcik dan mereka ustaz suruh gelar sbg "golongan terpinggir" sbb mcm sopan sikit bunyi..
Waktu ketika itu ialah 0000..waktu "aktiviti" bergiat aktif! memang me"mudah"kan kitorang la kan=.="
Sebelum bergerak ke lokasi, kitorang ade la diajar sedikit-sebanyak cara-cara nak approach mereka.
Jangan ditanya soalan-soalan "bodoh" seperti : "You tgh buat ape kat sini"..dah sah-sah tengah tunggu pelanggan, kalau tanya gak soalan ni, alamatnye kasut tirus bakal menghinggap kat mana-mana bahagian tubuh yang anda suka..Antara soalan lain yang jangan ditanye masa awal2 conversation, "Nama ape","Umur berapa","Tinggal dimana","kerja apa"..basically about their background..soalan bodoh ini boleh membantutkan proses dakwah dan membahayakan keselamatan dan nyawa..hehe..tapi soalan bodoh ini boleh jadi soalan cerdik bila korang dah start berborak rancak..untuk create friendly conversation, masa ni lah kena guna kemahiran korang yg suka melalut..hahaha
Itu masa terbaik nak korek latar-belakang diorang, macam mana boleh buat kerja tu dan sbgnye..bab-bab sensitif camni la yg blh menitiskan air mata mereka..jgn dihina golongan ini selagi kita tak tahu apa punca, faktor mereka buat kerja tu..
Saya mcm malas nak cerita panjang lebar sebab memang sgt lebar ceritanya..so saya summarise je golongan2 yg berjaya didekati oleh group saya yg terdiri drpd 3 muslimin, 2 muslimat.
Habis semua ayat keluar sebelum misi bermula...haaaa tau takot!
"Mangsa pertama"-Group penagih...muke cuak abis nmpk kitorang. ProStaz memulakan langkah dgn shake hand mereka2 ni..sume kurus kering..tapi ade sorang ni badan besar dan muke ganas gile. takot mak! Sume lelaki..so muslimin punye keje la kan..saya tak dengar sgt ape ustaz borak sbb sume suara slow. Ustaz pesan, jgn cakap pasal agama sangat, sebab fokus kita nak dekati mereka dan melakukan sentuhan qalbu..Biar mereka rasa selesa dengan kita..tiba-tiba ckp pasal akhlak, aqidah mmg sengal la kan..itu bukan caranya bila berdepan dgn golongan terpinggir ni..haa yg muke ganas tu pandang kitorang smpai teleng-teleng kepala mase kitorang berlalu..bang, marah nampak..hehe..time ni mmg jantung berdegup kencang skencang angin pada musim hujan. tapi muka kena maintain! >.<
"Mangsa kedua"- Ustaz kata "Cuba kamu pergi kat makcik tu"
Saya kata "Ya Allah ustaz, sekarang ke?"
"Ye, sekarang.."
Tawakkal je saya masa tu. Dada terasa ditekan-tekan .Appearance makcik tu nmpk mcm bukan prostitute..Dengan menggagahkan langkah, tangan dihulur, Assalamu'alaikum diberi...Soalan pertama yang terpacul :
"Makcik dah lama kat sini?"
"Makcik tunggu kawan(nada kemanjaan)", kata makcik tu.
"Makcik janji ngan kawan nak jumpe pukol berapa?"
"Kejap je lagi dia nak sampai"
"Kawan makcik duduk mana?"
"Lembah Pantai..Rumah dia besar..."katanya. Sekali lagi dlm nada yg manja..
Yang paling tak tahan, makcik ni siap mintak singgit..Ustaz ada pesan kalau ada sape2 mintak duit jgn bagi..Perbualan tu berterusan sampailah ade sorang ustaz bg makcik ni singgit..Bile dah dapat duit wlpn singgit mmg saya dah tak dilayan la kan..Pastu makcik tu mintak diri..Hmm saya tak berapa clear dgn pekerjaan sebenar makcik tu sebab tak sempat nak korek dalam2..
Sekali lagi tangan dihulur wlpn makcik tu kelihatan begegas..Nak je jerit "Makcik, nanti kawan makcik dtg mcm mane?!"..hehe. Ini kesengalan semata-mata.
"Mangsa ketiga"- Satu pasangan kat tmpt gelap..tak pasal-pasal korang jadi "mangsa" kami..hoho. Seriously, this is my first time giving advice face to face..lagi-lagi bab kahwin..Ya Allah, saya bg nasihat pasal kahwin kat kakak lagi tua?!Ok, sgt perlu berpura-pura matang..hihi.
Pastu kitorang dibawak masuk ke lorong-lorong gelap..Kesian sgt tgk keadaan mereka yg terbaring kat tepi-tepi longkang kat lorong tu..Dai'e muslimin bersikap friendly dgn mengangkat tangan pd mereka..Muke sorang-sorang semua steady..Apa lagi, saya pon cube la angkat jugak tangan..hehe..Mereka yang terbaring tu ok je..diorang balas je balik..diorang pon angkat je semula tangan tu...
"Mangsa keempat"- Whooo..hampir ke klimaks di situ..Ustaz paling senior memulakan langkah..kat situ ade auntie Cina yg blh tahan berumur, perempuan Melayu dengan "pelanggannya" yang jugak lelaki Melayu atau lebih tepat Islam! Waktu-waktu camni tak boleh diikot perasaan..Lau ikot perasaan mmg kita rase marah dan menyirap tengok..but but, be rational..BERHIKMAH is the keyword..=)
Soalan pertama ustaz ape ek dah lupe=.="..kitorang dekati seorang wanita Islam yg umurnye 45 thn dan melakukan "pekerjaan" itu..Simpati timbul di hati para dai'e..
Tak ingat sangat apa isi perbualan..yang penting masa sembang-sembang tu kena la puji2 auntie tu kan sampai auntie tu rasa selesa dgn kami..
And now, Yes! this is the perfect time to know her background. Antara soalan2 yang ditanye kat auntie tu: "Auntie tunggu kat sini sampai pukol berapa","Berapa bayaran dapat","Kenapa auntie keje ni"...dan soalan kenapa ini yang membuatkan auntie tu sendri nak bukak cerita pasal family backgroud beliau..Saya ingat pesan ustaz, kita kena zahirkan rasa simpati pada mereka dan sentuhan kita dengan madh'u blh membuatkan dia menangis..tapi kena tahu when is the perfect time..
Auntie dah mula bukak cerita pasal suaminya..Masa ni lah pelukan diperlukan sbg sokongan. Saya pon tak tau mcm mana blh dapat kekuatan utk peluk auntie tu. Kuasa Allah..Allahuakbar! Bahunya diusap-usap, rambutnya dibelai-belai..pada ketika ini lah tragedi air mata terjadi. chop!saya tak nangis ye..hehe..Dai'e lain ade yang menangis jugak..ngehehe..Panjang lebar beliau bercerita dalam tangisan.
Auntie ade cerita pengalaman beliau ditahan di lokap.. Beliau pernah terfikir nak bunuh diri sebab dibuang family..Ada jugak orang Kristian datang nak kristiankan mereka..Alhamdulillah, auntie masih mengekalkan agamanya yakni Islam.
Auntie ada kata.."Sekurang-kurangnya golongan mcm kami ni tak berbuat dosa dengan manusia..Kami tak menipu orang..Kami tak sebok nak amek tahu hal orang..Cuma kami berdosa dengan Tuhan"..ada isu yang perlu diperbetulkan di sini..tapi bukan itu masanya..Sememangnya Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun..mari kita sama-sama doakan auntie tadi dikurniakan hidayah untuk kembali ke jalan yang lurus..
Antara kata-kata auntie yg saya ingat, "Kami terpinggir..takde yang nak dekat dgn kami. Auntie suke orang-orang mcm korang ni datang..tenang auntie rasa..Nanti dah balik jangan lupekan auntie kat sini ye..Nanti datanglah lagi kat sini"....simpati di hati dan sebak di dada. Ya Allah....
Sebelum kitorang balik, dai'e muslimat semua sempat mebisikkan nasihat dan kata-kata semangat kat auntie td..Lagilah berjujuran air mata..Mudah-mudahan auntie ingat kami spt mana kami mengingati auntie..=)
Malam tu antara malam paling bermakna sepanjang saya bergelar hamba Allah..Terlalu tinggi nilainya sampai tak ternilai..Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..Lepas misi dakwah berakhir kat Chow Kit Road tu, kitorang berkesempatan untuk jadi aktivis sosial plak..Kali ni kitorang berpeluang mendekati golongan homeless..lagi satu pengalaman yang sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaat berharga..Ni masuk dalam next babak la plak wokey. Misi sebagai aktivis dakwah dan aktivis sosial berakhir jam 4.30 pagi.
Golongan maknyah tak sempat nak didekati..tapi InsyaAllah, lepas ni kalau ada rezeki, ustaz nak bawak masuk disko plak..hee~
Imam Hasan Al-Banna berjaya menjadikan disko sebagai pusat dakwah..bak kata ustaz,"Tapi ustaz takde la sampai tahap tu"..ngehehe.
Memang rasa mustahil, tapi kalau saya boleh, kenapa tidak korang?
Wallhua'alam..
No comments:
Post a Comment