Thursday, March 24, 2011

Nyanyi sikit

Apa khabar iman saya arini? Bagaimana ibadah kita arini ek? Jawapan yang takkan dapat dibulat andai diberi A, B, C, X dan Z sekalipun..Hopefully better than yesterday la kan..

Now, yesterday's story.
Semalam antara peristiwa erm yg erm erm.........as Asssasian.

"Tuk tuk tuk..Assalamu'alaikum"
"Wa'alaikumussalam..Ok,masuk..Sila perkenalkan diri seringkas mungkin"
"Nama diberi............binti Shahidan..Ibu yang melahirkan Rozaini binti.........".etc.

"Beri saya tiga kelebihan awak".Ok ni part plg tak best each time diinterview...kena puji diri sendiri..takpela, sekali-sekala mempoyokan diri..adoii..*sekali-sekala??yup! sekali-sekala..hehe
Ni jawapannye "__________ , _________, _________ insyaAllah"
"Eh, tu dah empat..nak tige je"
"Laa, insyaAllah pun kire?"oppss..terkerek dengan anda sebentar..Saya tahu anda bergurau dan saya juga bergurau.

"Ok, tiga kelemahan awak"
*Dalam hati, "takkan tiga je..ade banyak ni..tak tersenarai kot"*
Ni jawapannye,"Terburu-buru, kelam-kabut, melalut"..Ok, yang last tu tipu..haha. tak ingat lagi satu ape, sebab dalam kepala nak sebut banyak sangat..terburu-buru dengan kelam-kabut macam sama je..haha

"Masa haluansiswa, biro mana paling awak tak suka?"
"Biro paling tak suka dan paling suka, biro disiplin"
"Sebab?"
Korang tak yah tau..

Next>>
"Saya bagi awak pen. Ceritakan dlm beberapa saat pasal pen ni..Cakap pasal apa-apa sahaja"
Jawapannye "....................."..tak payah tau la kot..hehe

Pendekkan.

"Awak ingat lagi sub untuk minggu haluansiswa?"
*Dalam hati, "MEMANG TAKKKK la nak buat sub depan korang kan"*
"Cuba buat sub yang awak ingat"
"Maaf, saya taknak"
"Sikit je"
"Maaf, saya taknak"

Sub tu macam sorakan yang selalu dibuat before match..tak tau nak explain camne..tapi sub itu adalah sesuatu yang semangat dan memerlukan body movement yang over begitu juga suara yang over..atau erti kata lain, siapa yang buat depan mereka, tak keterlaluan rasanya nak cakap yang anda memperbodohkan diri sendiri....SORRY TO BE HONEST.

Next>>
"Boleh menyanyi? Nyanyi sikit"

Ya ALLAH..apakah???apakah???Saya tahu suara saya sedap,lunak,merdu tapi tak perlu nak nyanyi depan kalian..Simpan suara untuk yang..............gahahaha.just kidding.

Astaghfirullahal'azim..

Sekali lagi saya cakap, "Maaf, saya tak nak menyanyi"
"Sikit je"
"Maaf saya tak nak"
"Kenapa tak nak"
"Sebab saya tak nak"
Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk berkata tak nak.

Makin besar makin kuat melawan..hoho..itu melawan atau mempertahankan? atau bergusti setepatnya?
Ok, dah terang lagi berlilin..menyanyi? Walaupun interviewer yang decide siapa dia nak pilih, jangan sekali-kali turuti apa yang disuruh mereka jika perkara itu melanggar prinsip dan pegangan agama kita..uishh,macam berat sangat je bunyi..

Nak ringankan apa yang berat, jangan buat perkara yang terang tang tang salah dan tak berfaedah serta tak menyumbang kepada pembangunan akhlak dan paling penting aqidah anda...jangan buat. jangan dan jangan. Masa ni hati kering anda perlu difungsikan dengan baik..just say TAK NAK. Anda seorang yang berani? nyatakan kepada mereka kenapa tak nak..ALLAH saya marah..oh saya tidak seberani anda.

Perasan ayat ini "Walaupun interviewer yang decide siapa dia nak pilih"...hellloooo..Bukan mereka yang decide..ALLAH saya yang tentukan segala-galanya..Buat perkara yang dilarang tapi nak minta sesuatu daripada Dia..layak ke? Majikan mana yang nak bayar gaji pembantu rumahnya yang buat kerja ikut suka tanpa ikut arahan? Nak dapat bayaran bonus lagilah tidak.

Sekiranya tak terpilih, bukanlah sebab saya tak ikut apa yang abang dan kakak senior suruh buat..cuma ALLAH saya yang tak izinkan. Sekiranya terpilih, alhamdulillah..bukanlah kerana saya dapat menjawab soalan temuduga itu saya terpilih.... ALLAH saya yang izinkan...

Sama seperti tidur..adakah tidur yang menyebabkan anda tidak mengantuk? boleh terima jika saya kata tidur dan mengantuk tiada kaitan langsung? boleh terima kalau saya kata makan dan kenyang juga tiada kaitan?

Kenapa ada masanya kita tidur lama, bila bangun but still mengantuk..dan ada masanya kita tidur tak sampai 10 minit pun, kita boleh jadi segar bugar seperti sayur bayam...dan kenapa bila puasa, kita tak rasa lapar sedangkan kita tak makan pun..kenapa?

Jawapannya mudah, tak perlu googling...tak perlu juling-julingkan mata untuk mencari jawapannye..kenapa? adakah sebab anda curi-curi makan sembunyi-sembunyi?ahaks..
Jawapannya mudah..Semuanya yang berlaku adalah atas kehendak dan keizinan ALLAH kita.

Segala apa yang kita buat, perkara-perkara itu sekadar sebab yang menyumbang kepada apa yang kita dapat. Makan empat talam nasi, tanpa izin ALLAH, tak kenyang jugak. Ingat! Bukan kerana kita makan, kita kenyang..bukan kerana tidur, kita tak mengantuk..Tapi memang kita perlu makan dan tidur..sebab?

Sebab, itu adalah sebab.

Faham? Blurrr? Ayat pening?
Silakan asah minda dan hati untuk berfikir ^_^.

Wallahu'alam..

Surah al-Anfal ayat 11 mafhumnya,

"(Ingatlah) ketika Allah menjadikan kamu rasa mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripadaNya, dan Allah menurunkan kepadamu air hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan air hujan itu dan menghilangkan daripada kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguhkan dengannya telapak kakimu (teguh pendirian) "

Nanti kalau tertidur time lecture, bagi prof baca terjemahan ayat yang dihighlightkan putih tu..confirm tak jadi marah..hehe..just kidding(^.^)..Sekarang tengah hujan, mata dah mula kuyu...Salam Jumaat buat seluruh hamba..

5 comments:

luqman said...

weh..interview ape ni ea?huhu

pelukis kata said...

nama interview ni, interview Tak Nak..:D. interview of pembantu pelajar for the next budak pasum intake which is around May.

ANAK MUDA said...

Santai...

Bersahaja...

Mesej yang jelas tetap dapat dirasai...

Tahniah! Walaupun anda x 'bergusti',anda tetap berjaya mempertahankan prinsip anda biarpun ada pihak yang melabel anda sebagai melawan..

=)

Tahniah sekali lagi! Dari zero to hero,anda berjaya membuatkan 'para pendesak' anda kagum dengan bakat yang anda ada.

Pujian selayak-layaknya hanya kepada Allah yang Maha Esa.

Hud Azzaki Bin Zainal said...

salam ukhti...bicara terbaik atas apa yg anda buat...tapi sekadar satu persoalan...in case kalau kita xterpilih utk jadi PP....golongan mana lg yg akan masuk n tlg counter ke'bengong'an yg ada dlm MHS???ana sengaja suruh beberapa muslimat yg lain utk buat sub2 2 cuba jgn berlebihan...n impaknya...6org dpt masuk n kami dalam proses perencanaan utk mengubah MHS secara holistik...apa pandangan ukhti??(stalk blog ana rpenya...hehehe)

pelukis kata said...

ana punye prinsip, "prinsip tetap prinsip"..hehe.
mula2 ana pn fikir mcm tu.siapa yg nk transform kebengongan tu kalau bukan kita kan.ana menyokong usaha enta.cuma,cara pemilihan tu ana tak sanggup.takkan semata-mata nak terpilih ana sanggup buat menda alah yg menjadi alahan kulit tu.ana tetap tak stuju kalau nak terpilih kita sanggup buat something yg camtu.bg ana itu melanggar tp tak la tahap menghancurkan.ana ada baca satu blog katanya,kalau kita yg ditarbiyyah pun memilih yang mudah2,apatah lg yg lain tu.pastu,if kita buat something yg lbih byk bwk kelalaian sedangkn kita nak bwk kebaikan,ana prefer takyah buat.mula2 kita nak bwk benda baik2,at the same time byk gile benda bengong yg berlaku,ohho ana tak mampu.ini utk ana yg lemah ketahanan.bg kalian yg kukuh & utuh,silakan.
all da best!tak dpt ubah pn takpe,Allah Maha Melihat.mudah-mudahan usaha kalian diterimaNya
p/s:tak stalk ok.org tu yg ajak baca