Thursday, April 14, 2011

Kau Kawan Syurga Aku

Teman, sahabat, geng, kawan, member.
*mood tengah sayang kawan-kawan (selama ni tak sayang ke? boleh jadi)*

Sebelum kaki dilangkahkan pergi meninggalkan PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA yang tinggal lagi beberapa jam.

Sebelum diri dibawa pergi meninggalkan teman-teman.

Kau baik ke, kau jahat ke, kau tetap baik.
Yang baik kau tolong membaikkan yang jahat ini.
Yang jahat kau tolong mengenalkan erti kebaikan kepada yang jahat ini.



Kawan yang baik?
Ajak lepak kat cafe waktu azan berkumandang.on saja! hmmm baik sangat lah tu! Ringan je mulut nak cakap boleh.
Tidak menyalahkan yang megajak tapi menyalahkan yang tidak menolak.
*suka hati dia je meletakkan kesalahan kat orang*

Teman yang baik?
Bila ajak member yang ajak pergi cafe tadi untuk pergi surau, berat yang amat nak buka mulut. Jadi baik sorang-sorang. Tapi untuk katakan ya apabila diajak pergi minum-minum... no say no. Nak jaga hati. Bagus! Memang baiklah sangat!

Member yang baik?
Melayan ceritanya tentang boyfriendnya. Tentang pelakon lelaki jambu pujaannya. Tentang lelaki kacak yang terserempak on the way balik kolej. Hati mahu bercakap tentang Allah, tetapi mulut malu berbicara tentang Allah. Sangat baiklah ni!

Sahabat yang baik?
Nak ajak berjemaah sesama dalam bilik pun tak sanggup nak gerakkan mulut. Buat baik sorang-sorang. Nak jadi baik sorang-sorang. Nak masuk syurga sorang-sorang. Ye lah, mati pun nanti sorang-sorang. Memang baik sangatlah!


Geng yang baik?
Nak kejutkan Subuh pun takut. Kesian tengok member tengah tidur. Penat dia. Tahajjud pun sorang-sorang.  Fuh, sangat baiklah!

HEY! Kau kesian pada kawan kau masa kat dunia ni je ke?! Kat akhirat kau nak campak kawan kau ke neraka?! Nak pergi syurga bawak diri kau sorang?! Kawan ke kau ni?! Seorang sahabat ke kau ni?! Teman ke kau?! Geng ke kau?! 

Aku pun tak nak la kawan dengan orang macam kau!!!!

Maksud kau, kau tak nak kawan dengan aku?????!!!!!!! 
Aku macam termasuk yang............

AMARAN KERAS : Baca dengan nada yang tenang walaupun penanda wacana menunjukkan yang sebaliknya.


Habis tu? Kau nak kawan dengan kawan yang macam mana?
Aku nak kawan dengan orang yang macam Allah cakap.

"Pada hari itu (kiamat), sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)"
Kata-kata ALLAH dalam surat cintaNya (43:67)

Kartun pun jadi baik. Takkan nak tunggu jadi kartun baru boleh baik?

Aku pun nak jadilah macam kawan yang kau nak kawan tu. Kita jadi sama-sama nak?

Mudah-mudahan sebagaimana kita ditakdirkan untuk bersahabat di dunia ini, kita tetap dipertemukan semula di SyurgaNya. Amiin.....

Bersahabat hingga ke Syurga.

Indahnya~

*Aku tak nak kau jadi musuh aku*

Kita masuk syurga sama-sama nak?

No comments: