Saturday, April 23, 2011

Ku lihat dia, ku ingat Dia (part 1)

Bismillahirrahmaanirrahim..

Walaupun mata macam memang larat sangat nak bukak sekarang, masih menggagahkan diri untuk mengepost (rosak bahasa)..sebab apa? sebab rasa ini.
rasa apa? oh tidak. jangan disebut. kenapa? jangan ditanya.

Setelah enam hari berbandar bersama mereka, jelas terasa ikatan hati antara kami. Enam hari perkenalan bisa membibitkan rasa ini seperti ular berbisa..>.<

Habitat kami selama beberapa hari. Superb ok!


Persahabatan dengan mereka jelas berbeza. Istimewa.

Apa yang berbezanya? Adakah kerana berbeza aliran? Diorang semua sama aliran kecuali saya sorang tersesat aliran fizikal. Yang lain semua aliran hayat. Tersesat di jalan yang lurus. Tak lah sesat mana kan.

How come budak fizikal boleh kamcing dengan 30 plus plus budak hayat ni? belot ke ape? (tiada istilah semangat kefizikalan menebal dalam jiwa ini. saya menolak kepercayaan ini. amacam? poyo tak ayat?)

This is how tarbiyyah uniting people of different courses, different blocks, different lecture halls. It takes less than one day to break all the barrier of differences because of the same love we shared.

*woots..did i just mentioned tarbiyyah? yes, i did. what's that? haha. chill. aku pun baru belajar word ni.*

Bersama mereka, bukan seperti rakan-rakan biasa. Kita memang ada kawan yang memang dah rapat dengan kita bertahun-tahun. 6 tahun? Wah bukan main rapat. Berkepit ke situ ke sini. Tapi masih ada yang kosong dalam kemesraan itu.

Berbeza apabila dengan mereka. Rasa ini ajaib.

Kami memiliki harapan yang sama.

Kami berebut tempat kembali yang sama.

Kami berebut Syurga.

Perkenalan hanya 6 hari? Baru kenal tak sampai sehari dua tergamak aku share nasi, main suap-suap, kiss pipi kiri kanan, share towel, share bantal.. Woha! Ini semua mustahil untuk seseorang macam aku nak buat. Tetapi dengan mereka. Haaa dah mula nak bergenang la tu.

Jujur. Bukan mudah untuk aku menangis bila berpisah dengan kawan-kawan. Bukan mudah atau tak pernah? Tak berapa nak ingat. Tak pernah kot.

Anyway, pemilik hati kering ini menitiskan air mata untuk berpisah dengan kawan-kawan dia yang dia kenal beberapa hari je ni. Buang tabiat ke ape? Atau tabiatnya dibuang? Tiada sebarang proses pembuangan yang dilakukan.

Cuma merasai kemanisan persahabatan ini. Kekosongan persahabatan diisi.

Kami berkongsi cinta yang sama. Cinta Ilahi.

Bak kata 'OTAI' geng lepak saya, ''Aku menjadi saksi bahawa tarbiyyah mampu mengubah seseorang yang itu kepada seseorang yang ini.''
*ayat yang last-last tu tak ingat ape tapi ayat tetap nak skema*

Can you spot where am I?
Never..hehe

Merekalah "akhowat kita"
*woots..did I just mentioned akhowat? Yes, I did. Chill again. Another new word for me.*

Ok, ni baru pendahuluan tentang apa yang telah saya alami selama beberapa hari sebelum betul-betul dibebaskan lepas dari pasum. Memang rugi sahabat-sahabat yang tak join. Jangan cakap wa tak ajak lu.

Haa sebelum tu,

Antara kata-kata yang paling terkesan deep down in my heart..

"Antunna (pewwiitt) golongan yang terpilih daripada 300 ribu lebih mahasiswa lain kat luar sana.. Itu baru mahasiswa kat Malaysia. Tak kira yang over the rainbow lagi (ustaz sebut oversea la). Daripada 300 ribu tu, 30 lebih je Allah pilih. So the ratio is 1:1000. Antunna (pewwit lagi) seorang mewakili seribu yang lain. Dah la seorang je wakil. Itu pun kena sediakan kem macam ni untuk persiapkan yang seorang tu. Itu pun belum tentu yang seorang tu boleh survive. Allah pilih bukan saja-saja pilih. Ada tanggungjawab menyusul selepas menjadi yang terpilih. Nanti kat Mahsyar bayangkan Allah panggil anda seorang untuk menghadapNya. Allah tanya apa yang anda dah sampaikan pada seribu yang lain. Anda menghadap Allah seorang sedang yang seribu lagi tu menanti jawapan dari anda."

Apa yang nak ustaz sampaikan ialah kita yang insyaAllah faham ni perlu menyampaikan. Gerun jugak bila bayangkan yang kita menghadap Allah tapi tanggungjawab tak selesai lagi. Nanti yang seribu tu claim kita tak bagitau diorang pape. Islam tak sampai pada mereka. Sama-sama kita tolong-menolong agama Allah ok?

Panjang lagi perjalanan ni. Bersambung jika Allah izinkan..

Wallahu'alam.

2 comments:

luqman said...

waahh...chill lah der...ikhwah xde ke?
btw,its nice to have such tarbiyah. :)

pelukis kata said...

Program under Ikram untuk akhowat tak pernah melibatkan ikhwah.
Yup,there's something special in tarbiyah. Can't describe. Those who experience it can only feel that special feeling.