Alhamdulillah dapat bertemu lagi kita..siapa kita tu?
Aku dan Hari Jumaat la..bukan korang.
Waahh alhamdulillah dah setel 4 papers..Pagi tadi Engineering Maths..perghhh..tak boleh panjang lagi ke working steps. Serious, tak tension langsung jawab exam tadi. Jelas ini dusta yang nyata. Soalan yang ditanya (kertas tu takdela keluarkan suara untuk bertanya) lebih kurang dalam tutorial.
Aku terfikir, kalau orang tak study tapi buat je tutorial tu gila-gila punye gila, confirm boleh score..hmm. This is why I don't agree when people judge someone's cleverness based on the exam sheet ONLY. Tapi itu lah yang berlaku sekarang. Kecerdikan hanya di atas kertas. Nak masuk Universiti Malaya pun tengok result exam. Sistem yang dicipta oleh manusia. Manakan sempurna. Ye tak?
Semua stay up, study mati-matian(kecuali aku yang pemalas ni..study hidup-hidupan je.haha)
Selalunya dalam exam week ibadah terabai. Eh mana tahu ni? Kerana saya adalah yang mengabaikan. Bukan anda. Saya tak kata anda.
Stay up sampai kadang-kadang (selalu setepatnya) Subuh jadi Subuh dinasour, Subuh drakula...tahajjud entah ke mana. Al-Quran sekadar di pinggiran. Satu page pun tergesa-tergesa nak abiskan bacaan. Eh mana tau ni? Kerana saya adalah yang tergesa-gesa itu. Tidak anda.
Adoi-adoi. Masa jawab exam tu nanti Allah jugak yang tolong. Kita pulak buat sombong. Bukan kita, saya.. Allah jugak yang tolong keluarkan formula-formula yang dihafal malam tadi (esok exam malam ni baru nak hafal?hehe). Ujian yang sementara ni sibuk nak pulun, sedangkan ujian sebenar??? Saya tinggalkan persoalan itu untuk difikirkan bersama. Bukan sekadar fikir yang berfikir (gaya macam expert je.haha)
Makin banyak paper abis, makin nak abis PASUM, makin nak tinggal kawan-kawan..makin nak nangis...Bagaimana aku bisa meninggalkan tempat yang terlalu amat banyak sangaaaaaaaaaaaaaaat mengajar aku erti menjadi seorang hamba (ayat nak jiwang).Ya di tempat lain aku belajar menjadi seorang manusia tapi di sini aku lebih mengenal Dia. InsyaAllah..(masih belajar untuk menjadi manusia..haihhh tak reti-reti ke nak jadi manusia?)
Di sini, aku dianugerahkan geng lepak yang aku tak tahu camne perasaan ni akan rasa bila berjauhan nanti...................................mak aihhhh. Setiap yang bertemu akan berpisah. Setiap yang bersatu akan berdua. Apahal plak ni. ok, ini tiada kaitan.
Sekarang ni pun dah feeling semacam apatah lagi bila dah tamat PASUM ni nanti..Tinggal seminggu je lagi? Tabahkan hati dan kaki untuk terima hakikat itu..eceh...
The next papers waiting to be destroyed by me- Probability & Statistics, Algebra & Calculus, Basic Physics 4, Basic Chemistry 4 (basic tapi susah cam ape je).
Exam tetap exam tapi ngan member-member, lepak still kena lepak..Bagi otak berehat. Terlalu lama rohani ini direhatkan. Asyik otak je kerja sampai rohani terlupa digerakkan. Doakan lidah ini tidak kelu dan tutur kata menjadi lancar apabila berbicara malam ni..hehe. Nervous nervous nervous system..haha.
Tadi nak tulis pasal lain, tapi tulis pasal benda yang ntah pape ni. Sudah tertulis untuk menulis huruf-huruf ini maka jari ini digerak-gerakkan sahaja. Entry ni macam takde manfaat (macam la entry lain bermanfaat). Walaupun tiada manfaat moga peroleh manfaatnya.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment