Semoga apa yang akanku lakukan ini semata-mata kerana Mu Ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim...
Sempena BURSTday the first follower of this blog. Tu blog beliau. Apabila rasa nak buang masa banyak-banyak, hah, kat situ memang sesuai. Tiada keraguan. Kata-kata dalam blog tu sangat tak berfaedah. Sangat kanak-kanak. Sangat tak best. Tapi saya tetap syorkan korang baca. Eh, korang WAJIB baca tau.
*Sebelum ni aku ada cakap nak tolong promote blog kau tapi sampai sekarang aku tak tunaikan. Sampai dah bertimbun-timbun follower nampak. haha. Mungkin kau tak ingat pun bile aku cakap..Tapi janji tetap janji. Seram plak nanti kau datang tuntut kat kubur. So entry ni sebab terpaksa. .Aku buat tanpa rela. haha.
(terharu tak? cakap je la terharu..haha)
Ok. Dah tu je.
Alang-alang cakap pasal birthday ni kan...
Each time bila birthday kita, siapa yang call siapa?
Parents kita yang call kita untuk wish happy birthday ATAU kita yang call parents kita untuk cakap thank you? Siapa yang belikan kek untuk siapa? Parents kita yang belikan untuk kita ATAU kita yang beli kek untuk parents kita masa birthday kita?
Pendapat saya, antara hari yang sesuai untuk kita appreciate dua orang tersayang ini adalah masa birthday kita. Saya pernah belikan kek untuk mereka pada hari jadi saya tapi bukan tahun ni. Adeh... Memang pelik. Mak ayah saya pun pelik apa kejadah budak ni beli kek sendiri masa hari jadi sendiri. Memang janggal. Memang alien. Memang tak masuk akal. Memang orang kedai kek pun pelik. Memang orang keliling pandang senget.
Apa kes beli kek masa hari jadi sendiri?
Beli kek sendiri masa hari jadi sendiri?
Dah takde orang yang sudi belikan ke?
Terpulanglah orang nak fikir apa pun.
Mereka yang berhempas pulas nak melahirkan kita.. Berusaha bersungguh-sungguh sejak malam pertama. haha. Tapi kita pulak yang tertunggu-tunggu mereka ucapkan Selamat Hari Jadi Anakku. Bukankah sepatutnya kita sebagai anak yang patut cakap Terima Kasih Mummy Daddy sebab Melahirkanku di hari Jadiku.
*Ayat ni cam jiwang sangat. Saya pun segan nak cakap direct camtu. ahaks. Pandai-pandailah susun ayat sendiri yang bunyi cam tak jiwang sangat*
Di hari jadi kita, sebagai anak, raikanlah ibu bapa kita yang melahirkan. Kita ni sebagai yang dilahirkan tak rasa sakit apa pun masa dikeluarkan tu. Diorang yang menanggung sakit tu kan..(err diorang? ada je ayah yang pitam masa mak dia tengah meneran. silap-silap ayah korang sendiri..hehe.kidding kidding)
Nanti masa birthday kalian cakap kat parents, pelukis katakita kitakata kirimkan ucapan tahniah di atas kesuccessan kalian melahirkan anak masing-masing dengan jayanya! hehe.
Oh ya, korang tau ke tak tarikh lahir korang dalam bulan Islam? Rasulullah sallallahu a'laihi wasallam wafat ketika tarikh lahir baginda. Jom kita check bila kita lahir dalam bulan Islam. Picit kat sini.
p/s: Saya anak raya..nanti 10 Syawal 1432 menjelang jangan lupa wish..haha
p/s/s : Jangan lupa baca the first follower of this blog punye blog yang ntah papenye lebih dahsyat dari saya punye ntah pape. ahaks.
Alhamdulillah...Thank you Allah because You are choosing us to receive the blessings of Islam remains as to each new day. Give thanks to Allah for the moon and the stars on our Birthday..teheeee~
4 comments:
Saya anak Ramadhan =)
Saya anak Encik Shahidan dan Puan Rozaini..hehe.
bulan Ramadahan? Alhamdulillah..Yana boleh pulun kek masa berbuka but don't try this at home ok =)
ok x suiiittt langsung!!
menyampah aku bace entry ni...
rase dah x nak follow dah blog ni.hahaha
~~~lalala~~~
:P
<<<gambar kat tepi ni..ko tgk yg warna hijau.haha.
aku lagi menyampah...termuntah-muntah masa menaip tau tak!
~~~lilalulo~~~
Post a Comment