Monday, June 6, 2011

Manusia bukan malaikat..manusia bukan syaitan.

Sembang masjid~

Ada sorang makcik tanya : Adik anak ke berapa?
                                          Saya yang keenam..
o0o0o..kiranya yang kat belakang tu adik yang ketujuh la?


**baca : saya ada enam adik beradik..dan saya yang bongsu..so apa perasaan bila awak dikakakkan oleh kakak awak?haha**


Eh bukan bukan....yang kat blakang tu kakak yang kelima..


Then,makcik tadi ketawa tersipu-sipu..mungkin beliau rasa beliau telah ter"hina" saya..kerana beliau telah mentuakan saya dari usia sebenar.haha..kidding kidding.
By the way, I get this a lot. 
Dituakan oleh usia muda.
Ingatkan boleh menyembunyikan ketuaan di sebalik telekung..
Dalam telekung pun boleh terserlah ketuaan..
Kalau dah tua tu tetap tua(sambil terbatuk-batuk dan membetul-betulkan tongkat)


Bercakap pasal tua, nak share sikit pengisian oleh Ustaz Azhar Idrus kat masjid semalam punye semalam punye semalam..semalam kuasa tiga.
*apa kaitan dengan tua?ada kaitannya..ustaz tua ke muda?ahaks*
Yup! Ustaz Azhar datang masjid.
Nak share sikit je sebab tak fokus sangat. Fokus sikit, ngantuk banyak..haha. Camne boleh ngantuk? Ostat tu bukan pak lawak antarabangsa ke? Saya pun musykil nie.


Kata Ustaz Azhar, "kite ni manusie bukang malaikak..kite manusie bukang jugok syaitang jing iblih. Tapi, manusie buleh jadi lebih mulie daripade malaikak dang manusie buleh jadi lebih hine berbanding syaitang."


Sape contoh manusie yang lebih mulie dari malaikak? tershashul cakap macam ostat dah. RASULULLAH!!            Siapa contoh manusia yang lebih hina dari syaitan? FIRAUN!!
Jawapan terpulang pada korang.Saya punya jawapan rahsia..sebab penilaian mulia dan hina pada kaca mata orang berbeza-beza. 
Ada orang kata buang sampah merata-rata perbuatan hina. Dan ada orang kata itu biasa. Saya Kata itu sangat hina. Korang Kata?
Ada orang kata petik bunga di taman larangan tak baik. Ada orang kata itu perbuatan romantik..haha.


Kata-kata Ustaz Azhar bukan untuk diulas dan dipulas..tapi untuk kita sama-sama fikirkan.*title macam nak tules pasal apa ustaz kata*


comel kopiah ostat
Lagi satu, point yang dapat ditangkap dalam keadaan tak berbuku nota =.="..*gila tak ikhlas dengar ceramah tak bawak notebook*


Bertafakur selama sejam untuk mengingati Allah adalah lebih baik berbanding ibadah selama setahun. 


Tapi tak perasan ostat ada sebut pasal hujah dia apa..al-maklumlah masa mata segar-bugar, telinga memang boleh dengar clear giler. Plus, yang mendengar ni pelupa orangnya. Plus, nak tulis celah mana kalau pen dengan kertas tak bawak.


Kopiah comel masih di kepala
Saya percaya kata-kata tadi tu. 
Pemahaman saya tentang kata-kata ostat saya simpulkan camni..tafakur tu jugak satu ibadah. Cuma apabila bertafakur memang kita dah set untuk tumpukan sepenuhnya pada Allah. Memang jiwa mudah khusyuk bila bertafakur.
Ibadah menurut ustaz mungkin ustaz nak cakap pasal ibadah yang macam baca al-Quran, solat sunat..yang memerlukan fokus dan ketika menunaikan ibadah yang memerlukan fokus dan penghayatan seperti solat, belum tentu kita boleh khusyuk.


Sebab masa kita beribadah, ibadah khusus seperti solat, boleh jamin tak kepala kita takde merewang kat siapa-siapa atau mana-mana? Boleh jamin tak fikiran kita memang sepenuhnya tertumpu pada Allah?
Oh tidak. Saya yakin tidak :-P...mudah fikiran kita berlari-lari dari timur ke barat. Mudah syaitan memperdaya kita. Berbeza apabila ketika kita bertafakur. Memang kita sedang mengingati Allah time tu. Yang sejam berkualiti itu lebih baik berbanding setahun yang sia-sia.


Bertafakur selama sejam untuk mengingati Allah adalah lebih baik berbanding ibadah selama setahun. 


Ada orang yang ketika takbirnya, terbayang F***b***..ah, parah...
Ada orang yang ketika iktidalnya, terbayang Arjun Rampal(feeewit)..ah, sakit...*tapi sekarang fenomena Aaron Aziz melanda =.="
“Untuk itu, barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Robbnya, maka hendaklah ia mengerjakan amal shaleh dan janganlah mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Robb-Nya.” (Al-Kahfi: 110).
Toing! Kena sebijik. Allah dah bagi warning.


But don't worry. Kualitas solat kita masih boleh direpair and diupgrade selagi nyawa masih dikandung badan. Selagi udara masih dihirup dan dihembuskan. Khusyuk dalam solat boleh dicapai melalui latihan..Bukan dengan lisan..tapi dengan Latihan yang berterusan. Diiringi doa yang berpanjangan..Tak dilupakan dengan izin Tuhan..Ketika ini solat sunat memainkan peranan.
 *idokla kome nak tules pasal formula mencapai khusyuk dalam solat kali ni..diri sendiri pon belum khusyuk*


Back to the topic...
Berbeza dengan apabila ketika bertaafakul..eh tershashul lagi..bertafakur ye..bukan bertapa..Dua perbuatan yang sangat berbeza ibarat ikan patin masak tempoyak dengan telur burung puyuh yang dibuat hantaran..Begitu jauh bezanya.

***Bercakap pasal telur, haritu masa wedding cousin, ada jumpa telur ayam terukir kalimah Allah...Subhanallah..sumpah excited giler. nak gambar? tak boleh...P&C


Tengok dah melalut. Korang la nie.
Back to the topic.

Time bertafakur, fokus sepenuhnya terjurus pada Allah. Prospek tumpuan kita tertumpu hanya pada Yang Esa. 
Yang menentukan masuk syurganya kita bukanlah kerana ibadah kita tapi kerana rahmat Allah..Jadi tak semestinya banyak beribadah for sure dapat syurga. Tapi dengan ibadah kita boleh peroleh rahmat Allah. Jadi teruskan beribadah yo!
“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdo’alah kamu kepadaku niscaya akan Ku perkenankan bagimu’. Sesungguhnya, orang-orang yang enggan untuk beibadah kepadaKu pasti akan masuk neraka dalam keadaan hina.” (Ghafir: 60)


Saya sekadar berkongsi mana yang saya tahu dan apa yang saya yakin. 
Berbalik pada tafsiran saya yang ntah pape berkaitan ceramah yang best tu.
Tafakur ni dalam konteks ingat pada Allah..Bukan tafakur yang lain-lain tu. Jangan salah faham ye.


Kita duduk diam-diam...


Tutup mata...


Bermuhasabah diri mengenang dosa-dosa semalam, saat ini dan akan datang..
Mengenangkan nikmat dan kasih sayang Allah..
Memikirkan kebesaran dan keagungan Allah..
Mengenangkan penganiayaan terhadap diri sendiri..
 Mengenangkan betapa banyaknya janji kita pada Allah.yang telah kita mungkiri..
Menginsafi kelemahan diri..
Lalu bercucuranlah manik-manik kristal di mata...


Fizikalnya mungkin lelah..
Fikirannya mungkin lemah..
Tapi tidak dengan hatinya..Hatinya terus gagah mengingati Allah..


**Jadi tak effect sedih yang cuba disampaikan? baik kata jadi sebab muka awak macam nak kata tak jadi.**


Sepasang mata yang cantik..
Yang besar,yang kebiruan,yang punya alis lebat dan lentik juga serta hitam dicelak...
Ini bukanlah hakikatnya...

Tetapi mata yang cantik adalah mata yang dipejamkan dari yang haram...
Yang menistiskan air mata kerana takutkan Allah...
Yang berjaga malam dalam jihad & mata yang sentiasa dipejamkan buat selamanya kerana rindukan pertemuan dengan Ilahi...
Inilah sepasang mata yang bersinar bak bintang Timur di Syurga menanti yang abadi...

*Rasa tak effect romantik tu? baik kata rasa sebab muka awak macam selambe takde perasaan*

Tafakur begini yang kita buru dengan rakusnya.

(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah, “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (al-Zumar [39]: 9)

Solat still maintain..bukan maintain tapi continuoum (continuous+meningkat). Kang ada plak kata saya bawak ajaran sesat. Boleh simpan handphone kat tangan tu. Takyah gatal nak call mana2 mufti. haha.
Jangan plak kata lepas ni aku taknak solat dah la sebab ostat kata tafakur sejam lg terer dari solat setahun..Baik aku duduk kat tepi sudut layan perasaan sorang-sorang sambil tu ingat pada Allah.. Bertafakur..OHHOOHHOII!! Bukan itu yang ostat comel tu nak kata. Bukan tinggalkan ibadah dan bertafakur sahaja.
Tadi saya kata bertafakur pun ibadah kan. Chop chop. Baik awak mengiyakan. Jangan main tipu.

Ibadah yang selalu kita buat, perhebatkan..Dan tambah lagi satu...Bertafakur. Wokeysss?


Ibadah yang selalu kita buat kekalkan.Ibadah tu bukan solat semata-mata. Berdoa juga ibadah. Makan pun ibadah. Luas skop ibadah. Setiap inci perbuatan kerana Allah adalah ibadah. Tidur kerana Allah adalah ibadah. Part tidur yang best semacam nie.

Ibadah yang selalu kita buat, perhebatkan..Dan tambah lagi satu...Bertafakur. Wokeysss?*copy paste*


Teringat satu birthday wishes dari seorang ustaz ni.

Salam alaik...selamat hari lahir,hepy besday,sanah helwah,
mudah2an panjang umur murah rezeki,dirahmati dilindungi olehNYA,
tercapai cita2,
dipermudahkan segala urusan didunia,
dipermudahkan menjawab soalan mungkar nangkir,
dilapangkan suasana kubur nnt,dihapuskan segala dosa2 yang ada,
menjadi anak yg soleh@solehah dan menuruti segala perintahnya,
aktifkan diri dengan solat lima waktu serta doa.amiinnn...

Ustaz ni memang banyak kata-kata perangsang. Senior dalam bidang ni. Tua ilmunya..Ha ni barulah ketuaan yang wajar..haha.

Ucapan itu sebagai penutup majlis pada malam ini. Ada sape2 birthday dia time dia baca ni..Anggaplah tu pun wishes untuk awak..hee~



p/s:bagi sape2 yg tersalah anggap bahawa Ustaz Azhar Idrus datang Masjid Cenderawasih(Masjid Sayidina Umar Al-Khattab), baik hentikan anggapan tu..Sesungguhnya memang ustaz hadir tapi dalam video.jadi boleh faham kenapa mengantuk disitu?ahaks. WAKENABEB!








No comments: