Alhamdulillah Allah masih mempertemukan aku dgn kekasih hati orang2 soleh solehah..Diorang share kekasih sama-sama? Yeah! Tak ke mengundang jeles kita pada mereka?(bagus,silakan jeles dgn org2 soleh solehah ni *sambil buat muke jeles)
Kekasih mereka datang. Ramadhan datang lagi. Dan alhamdulillah kita masih bernyawa. Tapi, nyawa ke berapa baru Ramadhan nak jadi kekasih hati kita macam mereka? Bila nyawa dipulangkan semula pada yg mencipta, saat itu sudah tiada peluang kedua.
Ada hamba Allah yang lain tak sempat nak mengintai kedatangan Ramadhan 1432 hijrah. Member ayah aku yg juga merangkap as my ex-boss time aku buat part time kat cafe tuttt meninggal semalam (30 Syaaban)..Al-Fatihah buat arwah...
2 minit berlalu..
Now, kembali pada pesta Ramadhan kita. Pesta Ramadhan aku sebenarnye. haha. Apa yang paling best, Ramadhan kali ni aku free..Free from school! Yela, bila sekolah boleh gune alasan tu utk skip ibadah. Penat la, homework banyakla, nak examla, bla bla..alasan tanpa landasan. Dan alasan yang tak lain tak bukan menipu diri sendiri. Dan itu alasan mintak mouse disumbat ke dalam mulutnya. Bila dah free from school, itu juge bermakna, masa kalau nak dibuang tu memang ada banyak. Terpulang untuk kita buang dalam tong atau dalam sinki. Yang pasti aku taknak membuang. haha.
Masa untuk dibuang memang banyak, sebanyak masa untuk diisi.. Adakah masa yang telah dibuang itu dapat dikutip dan dicantumkan untuk dipersembahkan pada Allah nanti? Akal yang waras akan mengatakan tidak.(kalau anda jawab ya boleh dikutip dan dicantum,hati-hati,mungkin ini Ramadhan terakhir anda..hoho). Nak persembahkan kat Allah yang mana? Masa yang gemuk berisi atau masa yg dibuang dan empty? Buatlah pilihan bijak yang dapat dijadikan bekal dan modal untuk menghadap Allah. :).
Ok, abis sudah iklan pengguna bijak.
Sekarang aku nak masuk cerita syok sendiri. Jangan marah abang kakak~
Ini Ramadhan aku yang pertama. Yang pertama selepas aku ermm selepas aku ermm ermm ermm..hehe. Perasaan excited tu macam jd lain macam.(jangan excited yang sia-sia sudeh). Kalau nak cite target Ramadhan kali ni memang sampai Ramadhan taon depan pun tak sempat abis(nak menipu tu agak-agak la saudari). Salah satu target yang TAK menarik nak dikongsi, aku nak catat pengembaraan aku setiap hari dalam bulan mulia ni. InsyaAllah. Benda best-best je la kan..Yang cam sedih-sedih tu perlu ke cite ek? Akan dipertimbangkan walaupun hati mmg dah ada jawapan iaitu tak perlu. haha. Sebab, ada ke orang snap gambar time sedih-sedih? Memang ada, tu untuk yang buat-buat muka comel je. haha. opsss, tak sengaja. Buat apa nak terasa kalau tu bukan kita? ayat cover disitu.
Basically tu salah satu target. Kenapa aku menjadikan tu target? Sebab aku rasa rugi kalau bulan mulia ini berlalu sebagai memori yang nescaya akan dilupakan menjelang 2 tahun Ramadhan akan datang. Nak tanya,ingat lagi tak apa tragedi-tragedi Ramadhan tahun lepas? Bagi mengelakkan itu berlaku, aku dengan tak malu nak cerita kat sini..haha. Target-target lain tu ehem,biar aku dan Allah jela yang tau..ngehehe.Jeles tak aku ada rahsia ngan Allah? Ok,aku tau tak jeles.
Orang kata let's begin with the end in minds. Tapi pelukis kata kata, mari mulakan dengan permulaan. So,
CATATAN 1 Ramadhan.
Bismillahir rohmaanir rohiimm.
Diingatkan sekali lagi,ini catatan syok sendiri. Kalau rasa nak muntah ke ape ke, sila berbuat demikian. Batal puasa tak tau.haaa...
Puasa kali ni first time aku tak dengar pengumuman dalam tv. Seingat aku. Maksud aku dalam tempoh mumayyiz. haha. First time tak dengar pakcik dalam tv kata,"Majlis Raja-raja Melayu mengisytiharkan...." (imagine suara Tan Sri itu please)
Kirenye aku tak tau bila 1 Ramadhan sebenarnya. What a looser!(eh yeke? i don't think so :-P)
Suasana Rumah Allah masa Maghrib sebelum aku tau bila puasa, normal seperti biasa. Makcik-makcik yang normal aku nampak, aku nampak. As usual, ada ceramah sementara menanti Isya'. Orang dekat rumah tengah nervous2 tunggu announcement, boleh aku buat tak tau je.. tak appreciate Ramadhan langsung budak ni!tak senonoh..ishh ishh.Tengah boring-boring dengar ceramah tu(ceramah tu tak boring cuma aku yang memboringkan) aku pusing-pusing kepala tengok makcik dan jemaah lain. Tajuk ceramah tu, "Syurga dan Keampunan Allah"..best. Makin nak dekat Isya', makin ramai jemaah. Aku nak gi amek wudhu' pun risau, takut tempat aku diambil..hehehe..poyo siot mengaku tempat sendiri..Memang aku suka amek wudhu' utk next solat tak kesah la terken*** atau tak..haha. Ini bagi membanteras penyakit mengantuk dan was-was..hoho. Rugi pape ke kalau amek wudhu' banyak kali? Makcik-makcik lain lepak je guna wudhu' Maghrib untuk Isya'. Sebab mereka handal dan berkeyakinan tinggi. Tu kelebihan mereka.
Disebabkan kehadiran jemaah makin lama makin ramai, yakin lagi confirm, esok puasa. Saf muslimat yang biasenye 2 saf tapi tak penuh sangat, jadi bersaf-saf yang penuh! Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar. Perasaan jadi ala-ala sayu gitu..Sayu in terms of gembira.hehe. Masjid Saidina Umar jadi sesak! wihu! Jemaah muslimin plak sampai terkeluar. Fenomena solat Jumaat (pernah join ke?haha).
Permulaan Ramadhan yang baik aku kire. I'm proud of Cenderawasih's people. Mesti jemaah kampung sebelah yang solat kat masjid Cenderawasih tak puas hati baca ni..hehec. I'm proud of you too ^_^.
Itu kehappyan untuk malam. Then, sahur. Pastu sekali lagi dan berkali-kali, Segala puji hanya bagi Allah, Maha Suci Allah. Allah Maha Besar. Jemaah Subuh luar biasa ramainye! Luar biasa pada pandangan aku. Saf muslimin banyak siot. Muslimat pun ramai. Ni aku sayang orang Cenderawasih ni. Eh, silap. Ni aku sayang orang yang sama-sama mengimarahkan masjid Cenderawasih ni. Yela, jemaah masjid-masjid lain pun termasuk skali la. Tiada semangat kemasjidan di sini. Haa ni cara berdemonstrasi yang cool! Ramai-ramai kumpul kat masjid.
Dan hanya Allah yang tau, orang yang aku nak sangat dia ada skali berjemaah, turut serta apabila diajak. Inilah aku yang terlalu mengharapkan hasil walaupun hakikatnye Allah menilai usaha. Kalau betul-betul pegang, Allah tak menilai hasil, mesti tak rasa down walaupun ajakan ditolak kan? Aku belum setabah itu..cecewah..
Pastu ada makcik buat touching plak, "Awok nanti tak lama takde da la eh." "Nak wat guane mokcik. September ni nak sambung blaja dah."..huuu~
Mungkin selama ni, inilah fenomena Ramadhan di masjid tergarang di dunia (sebab nama masjid, Saidina Umar. sebab tu tergarang..hehe). Dan aku yakin memang ini fenomena di masjid-masjid lain. Cuma aku je yang tak perasan dan tak ambil tahu.
Jika berterusan fenomena ini dalam bulan Muharram, Safar, Rabiul Awal dan seterusnya, boleh tergigil orang Yahudi. Perang pertama umat Islam tercetus dalam bulan Ramadhan, Perang Badar(aku ingat fact ni sebab baru lepas ustaz cakap..:-P). Mungkinkah ini tanda-tanda umat Islam sudah bersedia untuk berperang..hehehe..Tak kesah la..Yang penting, kita penyibuk untuk menjadi sebahagian dari mereka.
Tiada lain yang aku harapkan melainkan kemeriahan dan keramaian jemaah di masjid-masjid berterusan menjelang pertengahan Ramadhan, berpanjangan sehingga penghujung Ramadhan dan berkekalan walaupun berakhirnya Ramadhan.
Why not kita yang jadi penyumbang keramaian tu kan?
Wallahualam.
p/s: catatan 1 Ramadhan panjang berjela. Pasni catatan-catatan lain makin lama makin pendek rasenye >.<
No comments:
Post a Comment