Thursday, March 1, 2012

Cinta "High-Class" (volume 2)

Bismillahir rahmaanir rahiim...

Masih berbicara soal cinta?
1.Have you ever watched Ada Apa Dengan Cinta? Mesti tak kan =P
2.Pernah dengar lirik ini, seratus percent cintaku....ok sambung sendiri.
3.Bagaimana pula dengan, kitta berkenalan hanya dalam laman mukabuku...nak nyanyi skali?ok cukup!

Inilah yang digilai para remaja (nombor 2 tu pun?)
Persepsi cinta yang diserap dalam jiwa remaja :-

"Tak couple, tak cool" atau singkatannya TCTC.(eh tak pernah dengar pon?) Mana taknya, tiap kali lagu cinta, kerap berkisarkan tentang cinta antara laki perempuan tanpa ikatan. (kecuali yang layan nasyid 24 jam)

Tapi sekarang rasanya ramai yang dah tau dengan FATWA couple sebelum kawen tu haram. (fuh perasan perkataan fatwa disitu?)

Memang kita ada belajar laki tak boleh pegang perempuan bukan mahram.


Sejujurnya, masa sekolah rendah dan sekolah menengah saya tak pernah tau pun FATWA berkenaan couple sebelum nikah adalah haram wujud (pergh fatwa lagi) atau mungkin pernah dengar tapi tak amek port. Sebab mungkin FATWA ni wujud masa saya sedang bertadika.

Alhamdulillah, Allah pelihara dari terjebak dengan that couple and boyfriend thingy yang memang dari dulu rasa geli-geleman kalau dengar. Tapi bila member ada problem berkaitan isu ni, gaduh dengan boyfriend ke, muka ni jugak yang dijumpa. Pelik. Nak kata ada pengalaman jauh sekali. Tapi kerana mereka bercerita dengan saya, maka saya beroleh pengalaman  =D

Dan sekarang Ustazah Cinta semakin giat membetulkan persepsi remaja tentang cinta. Daripada asyik bercerita tentang yang tidak boleh, lagi best jika berbicara tentang yang boleh. Pendekatan ini yang saya lihat digunakan oleh Ustazah Cinta dan suaminya yang mungkin lepas ni dapat gelaran Doktor Cinta pula [Cinta High-Class Volume 1] Cinta berlandaskan syariat lebih lazat.


Siapa kata laki perempuan tak boleh bercouple? Allah yang menciptakan cinta, maka hanya Dialah yang berhak menentukan bagaimana cinta itu seharusnya diuruskan.

Mungkin ada golongan yang tak selesa kerana kerap kali berbicara tentang cinta.
"Eh ustazah ni..lagi-lagi cinta. Cinta antara aku dan Dia. Cinta high class. Hatiku tercabut kerana cintanya. Di tepi Sungai Lui aku bertemu dia yang bernama cinta. Apa-apa tajuk forum, mesti nak ada perkataan cinta."

Bukankah dunia ini akan bahagia jika cinta menguasainya? Soal cinta ini perkara yang besar. Malah amat besar.

Apabila cinta sebenar difahami oleh semua, termasuklah difahami oleh paderi, sami san zhang, dan patung emas depan tangga Batu Caves, maka percayalah, hasrat membina ustaziatul 'alam akan tercapai dengan izin Allah.


Sekarang kita kat tangga pertama. Dalam pembinaan Individu Muslim. Cuba tengok, next step kita apa? Dah tengok? Tengok dulu.
Eh kenapa awak senyum sampai nampak gigi geraham?

Tiada peperangan dengan Adanya Cinta...
Tiada penindasan dengan Adanya Cinta...
Tiada kezaliman dengan Adanya Cinta...
Tiadanya musuh dengan Adanya Cinta...

Adanya setia dengan Adanya Cinta...
Adanya perkahwinan dengan Adanya Cinta...
Membesarnya si soleh dan solehah dengan Adanya Cinta...

dengan Adanya Cinta hanya kepada Dia.

:')

Skop cinta itu luas. Jangan kita sempitkan. Nescaya hilanglah segala geli-geleman tiap kali anda mendengar perkataan cinta. Cinta. Cinta. Cinta. Cinta. Cinta. haha.

Jangan kerana pengamalnya yang buta, tapi cinta itu yang dipersalahkan kita.
.
Jom masuk topik sebenar.(baru nak masuk?)

Adanya perkahwinan dengan Adanya Cinta...dengan Adanya Cinta hanya kepada Dia.

Panelis ketiga, Dr Zul, bertanya,
Kenapa kamu memilih jalan perkahwinan, sedangkan kalau tak kawen pun boleh dapat anak kan?
Kalau tak kawen pun boleh berpegang tangan kan? Tapi kenapa nak jugak kawen?

Kerana aku orang beriman kepada Allah! Lihat, disitu adanya cinta hanya kepada Dia.

Bila dengar ustaz cakap camtu, baru saya terfikir ada kaitannya antara perkahwinan dan keimanan...

So tak payah nak geli geleman sangatlah kalau kawan-kawan sebaya bercakap tentang kawen.

Sebelum kawen, terpaksa menahan untuk tidak bermesra. Ustaz pesan, apabila Allah tarik satu nikmat, Dia akan gantikan dengan suatu nikmat yang lebih besar. Sebelum kawen, bersentuhan berdosa, selepas kawen, ikot suka kau dan laki kau la nak buat apa. haha. Selepas kawen, perbuatan yang sama menjadi pahala.

Baagi yang belum kawen tapi sedang hangit bercinta,
Pegang tangan sebelum kawen berdosa, dan jika mereka tak pegang tangan selepas berkahwin juga berdosa. Haa~

Sabar. Tahan nafsu sekejap je. Lepas dah kawen, peganglah apa pun boleh dapat pahala (censored) Sabar ok. Tahan tau ^_^

Dalam Islam perkara yang boleh adalah lebih banyak dari perkara yang tidak boleh. Diibaratkan, perkara yang haram di dalam islam itu seperti sepohon kuldi sahaja berbanding seluas,langit dan bumi serta seisinya ini.

Janganlah kita terlalu menetapkan standard level of iman kepada bakal-bakal kita. Jangan setkan bakal kita tu wajib memiliki level keimanan dan ketaqwaan di piawaian sepuluh per sepuluh. Itu yang dipesan Kak Fatimah Syarha pada kita,adik-adik yang dikasihi kerana Allah. (maknanya sembilan per sepuluh boleh la ya?) Oit! Don't put any expectation.

"I nak my future husband wajib ada janggut sejemput.."
"Aku nak gegirl yang pakai tudung saiz 60..gegirl yang bertudung 59.5 pon aku taknak" 

Banyak cantik muke ekau..grrr.

Kita akan kecewa jika tahap sebenar tidak mencapai tahap yang kita tetapkan. Mengidam ikan patin masak tempoyak tapi dapat sambal ikan bilis. Kita akan frust. Lebih buruk kesannya, boleh termasuk dalam golongan orang yang menyalahkan takdir.

"Aku solehah, kenapa suami aku buat satu solat je jadi wajib! Kalaulah bukan kerana.....Kalaulah bukan sebab....Kalaulah itu dan kalaulah ini...."
Orang solehah menyalahkan takdir? Orang solehah mengaku solehah? urm urm...

Sebaliknya lihatlah bakal-bakal kita sebagai orang yang BERPOTENSI untuk dididik dan dibimbing menjadi lebih baik. Confirm bahagia! =D
(tapi kalau dapat bakal yang dahsyat-super-gempak-cun-meletup punye iman, beruntunglah Allah bagi rezeki lebih..hehe.jangan lupa kad jemputan satu ke sini ya)



"Aku perlukan bimbinganmu sayang. Bimbinglah aku ke syurga Allah wahai abang.......................meowww". eh kucing rupenye. menempel kat sini pulak dia...
Hanyalah dialog seekor kucing. (jangan saspen ok >_<)



Saya suka,

Dalam mencari yang soleh, sibukkanlah diri menjadi yang solehah ^_^




Wallahu'alam...

Masuklah kamu ke dalam syurga...Kamu dan pasanganmu akan dibahagiakan...

No comments: