Thursday, March 15, 2012

Bebas jangan sampai terbabas

Bismillah...

Mula-mula bukak laptop sebab nak menelaah lecture notes. Bila bukak blog ustzh Fatimah Syarha, nmpk mcm best je video yg ustzh upload. Taraaa~ Sibuk menelaah video tu pulak =.=. Ustazah jd lecturer dalam virtual university..grr

“Adik-adik nak ke bakal suami adik-adik orang yang slalu chatting dengan perempuan lain tanpa urusan?”

Korang, ya korang, mesti jawab taknak…

Caranya, kita jadi seperti orang yang kita nak. Kita, ya kita, ubah diri kita dulu. Jika dulunya, kita sering berchatting, bersms dengan ntah mana-mana laki TANPA URUSAN, kita ubah diri. Urusan adalah perkara yang apabila di hadapan Allah nanti, kita boleh jawab dengan yakin tanpa ragu-ragu. Tu lebih kurang maksud urusan.

Contoh urusan 1: Chatting ngan classmate lelaki tentang chapter 7 subjek add maths. *macam takde budak perempuan pandai add maths dalam kelas tu?*  Ok,mmg takde. Dan esok adalah test utk subjek tu dan waktu tu budak-budak perempuan lain yang terer add maths sume pegi melancong ke kampong masing-masing. Jika kita dalam situasi ni, ni urusan atau tak? Agak-agak, depan Allah nanti kita ada modal nak jawab atau tak? Jika ada, maka itu urusan.

Contoh urusan 2: Ada program yang melibatkan laki perempuan. Yang perempuan kena berhubung dengan laki untuk urusan pengangkutan misalnya. Depan Allah nanti ada modal nak jawab? Jika ada maka itu urusan.

Contoh 3: Chatting ngan kawan laki sebab rindu lama tak jumpe. Depan Allah,cakap,yakni sesungguhnya aku chatting dgn si polan sebab aku rindu akan si dia. Erk,ni modal najis tupai. Perlu bijak mengurus rindu~ Syaitan licik. Kita lebih-lebih lagi perlu licik.

Bila makna urusan tu kita yang boleh tetapkan sendiri, timbul kerunsingan. Takut sangat andai sesuatu yang bukan urusan, kita letakkan sebagai urusan semata-mata nak membolehkan tindakan sendiri. Ini penyakit. Membolehkan perkara yang tidak boleh, bagi menghalalkan tindakan diri sendiri yang mungkin tidak halal. 


Shakiera, bebas jangan sampai terbabas...

Salah satu garis ukur nak tengok betul ke apa yang kita kata sebagai urusan tu betul-betul urusan,kita tak rahsiakan perkara tu dari kawan kita yang baik-baik. Maksudnya, kita berani bercerita dengan mereka isi perbualan dan dengan siapa kita berurusan. Kawan yang baik-baik ye bukan kawan yang tepi-tepi jalan tu.

Baru je chatting tanpa urusan tadi? Tak mengapa. Sekarang masih ada! Ubah sekarang. Ya sekarang. Bukan kejap lagi. Tapi sekarang! *berpeluh-peluh*

Biarlah mana-mana makhluk tak tahu yang kita sedang melalui proses perubahan diri, kita ada Allah dimana-mana kan? Tak penting pun orang lain kena tahu kita tengah melawan nafsu untuk tidak terjebak dengan perkara-perkara tak senonoh tu, yang penting Allah nampak. Allah tengok. Allah sebagai saksi. Cukuplah Allah yang tahu. 

Allah sentiasa bersama orang yang patah-patah hatinya. Patah hati kerana terpaksa menahan perit melawan hawa nafsu. Kemanisannya akan dirasai. Sepanjang proses bermujahadah itu. InsyaAllah.

Tapi kadang-kadang penting jugak untuk orang lain tahu bukan sebab nak dia tahu kita tengah nak jadi lebih baik. Tapi supaya orang yang cuba kita JAUHkan diri tu TAK sebuk-sebuk nak DEKATkan diri pada kita. Jadi cara nak bagitau, pikir sendirilah ek. Tulis blog luah perasaan! kwangkwang.

Nak yang soleh, jadi solehah dulu.
Sumpah mcm open sgt.

p/s1: ubah diri sebab nak laki soleh atau redha Allah? Pfftttt. Mudah-mudahan kerana redha Allah. Jika semata-mata redha Allah, segala isu nak jodoh soleh solehah, akan setel. Tapi jika semata-mata nak jodoh soleh solehah, redha Allah belum tentu setel… Kita dapat apa yang kita niatkan. So nak pakej satu percuma satu, atau pakej satu terlepas semua. *peringatan buat diri ini terutama sekali*

p/s2: Belum pasti, kita ditetapkan Allah sebagai yang sempat berkahwin(sebut jugak perkataan ni). Yang pasti, redha Allah adalah untuk kita semua sama ada yang sempat berkahwin atau tak. Jadi mana satu yang lebih pasti untuk kita cuba capai? Mestilah yang pasti takkan yang belum pasti pulak. Toing!


Wallahu’alam.


p/s3: Hai pembaca kat sana...awak apa khabar? hikhik.

4 comments:

Nur Athirah said...

bagussssss!!!!!!!!! tu ja yg mampu komen. hehe

pelukis kata said...

alhamdulillah ^_^
bagus perkhabaran wahai Nur Athirah?hehe

aLi said...

"Allah sentiasa bersama orang yang patah-patah hatinya. Patah hati kerana terpaksa menahan perit melawan hawa nafsu."
p/s:memang budak2 u hari semakin gatal tanpa boleh di'garu' eh? nasi minyak jgn lupe jemput aku :P

pelukis kata said...

p/s: soalan tu mungkin lebih sesuai ditujukn utk yg bertanya sendiri.
boleh jatuh muflis setiap kali beli nasi minyak nak kena jemput =..=