Sunday, October 28, 2012

Tangan Untuk Gelandangan

Bismillah...
2 days left~
As usual I will become extremely nervous...
This is our second project after Dr Zakir Naik Tour yang aku main redah tu...
Sumpah aku takut.
Tolong doakan kejayaannya~
Nak belajar dari pengalaman, pengalaman pulak sejemput je ada. Exco lain pun begitu. Masing-masing masih mentah dalam pengurusan program.
Mohon doanya ya! Untuk redahan yang kedua.

Contengan jalanan

Bagi aku, diameter keberjayaan projek itu dinilai dari:

a) menepati masa. kesian pakcik bas kalau dia yang menunggu kita. biar kita yang tunggu dia. oh teringat pulak untuk tour ke Kuantan sempena DZN, aku salute sama student UiTM KB yg janji pukul 8 pagi, pukul 7 pagi dah penuh tempat menunggu. dan boleh pulak, aku lewat dari diorang. Aku tak lewat, tapi diorang yang terlebih awal. woha! memang aku lewat pun sebenarnya. satu element berjaya dipenuhi oleh mereka. harap dapat diulangi~

b) Bosan tak bosan, bergantung pada cara kita menghargai apa yang ada depan mata. Anggap tak bosan, maka tak bosanlah. =D

c) Projek berjaya, jika objektif tercapai.


A.     OBJEKTIF
        

1.  Mendekati masyarakat yang bergelandangan bagi mengetahui punca sebenar berlakunya keadaan sedemikian buat mereka bagi menghindarkan persepsi negatif dalam minda masyarakat Malaysia.

2.   Mendedahkan kepada mahasiswa tentang permasalahan sosial yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia.

3.    Memberi kesedaran kepada mahasiswa untuk menghargai peluang membentuk masa  hadapan yang cerah.

4.    Mewujudkan rasa simpati dan empati dalam diri mahasiswa supaya memikirkan penyelesaian masalah  yang dihadapi oleh ummah. (nampak perkataan UMMAH disitu? haha)

5.  Memastikan aktiviti yang positif dijalankan dalam membentuk ahli yang berilmu, berketrampilan, mapan dan bertaqwa sebagai persediaan membentuk generasi pelapis dalam masyarakat.

6Memberikan peluang kepada para pelajar untuk membentuk pembangunan insan dalam diri.

p/s : Copy pasta dari kertas kerja!



Antara cabaran utama yang dihadapi adalah penginapan. Lagi seminggu nak ke tarikh projek dapat tahu kolej UiTM Shah Alam full. p/s: Siapa suruh hantar surat permohonan lambat! haha. Tak keruan aku dibuatnya. Semua kolej UiTM kat selangor nak mohon, UiTM Puncak Alam, UiTM Puncak Perdana, UiTM Puncak Kasih Mereka dan termasuklah INTEC! haha. Dan kebanyakan kolej dah penuh. perghh~ Serik2. Ya Allah bantulah kami...Ya Allah bantulah kami...Ya Allah bantulah kami...

Nampak tak betapa kelam-kabutnya plan yang dirangka untuk penginapan? Allah ada. Allah tolong~~ hee. Alhamdulillah.

“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)” (QS. 27 : 62).

InsyaAllah...organisasi lain yang terlibat : Yayasan Salam, UNGGAS (bukan nyamuk ye) stands for Urusetia Menangani Gejala Sosial, JAWI dan OUTREACH Malaysia.

Cuba teka berapa bajet yang diluluskan oleh UiTM untuk projek ni? RM 4,467. hoho. Alhamdulillah. Tak sia-sia kita bayar tabung amanah pelajar. Duit kita balik la kita guna tu. kwang2.

Tidur semakin tak lena. Makan makin kenyang. Bismillah.........




2 comments:

aLi said...

perghh..bakal PM mesia nombor satu kah? ahha..

pelukis kata said...

tidak sama sekali. tak sampai hati nak turunkan takhta kau. ahha!