Wednesday, November 10, 2010

Insan Biasa dari Yang Luar Biasa

Assalamualaikum warahmatullah…senyum sikit dulu..=D

Siapa2 yang berani,,bacalah..
(for those who are brave enough,,keep on reading..)perlu diingatkan, cerita dlm ni panjaaaaaaang n ada baaaanyaaaak babak. Tp pembacaan korang insyaAllah berbaloi sbb ada reward menanti di penghujung bacaan..don't scroll down till da last page now(tak aci main tipu chop)

Read babak by babak ok!kalau penat,,berehat sebentar.kalau tak larat,sambung da next babak later.esok pn boleh...haha.oh ya, kalau boleh, stp persoalan yg disoal dlm cerita yg boring ni, korang tanye diri sendiri plak...imagine u’re in da situation orait?

Jom mengimbau masa sudah bersama. Sejak kita terberanak dari perut mama, ummi, mak, ibu masing-masing, dah berapa ringgit, rupiah, dolar parents kita keluarkan utk membesarkan kita? Pernah kita buat kira-kira tentang ni? Buat yang pernah, tahniah!

Ok.kalau pernah,,berapa ringgit?hehe.. Kalau dibuat perhitungan scr kasar(bukan bererti ganas), seorang anak berjaya menghabiskan duit parents mereka mencecah jutaan ringgit bergantung pada tempoh masa hayat yang dikira..maksudnya,,kalau seorang anak tu tak dilahirkan,mak ayah diorang blh jadi millionaire tu..dah kalau kapasiti anak mencecah enam orang, uishhh..billionaire terus..

Kenapa tiba-tiba tulis pasal ibu ayah ni? Bak kata orang Melayu dulu-dulu, “a man is known by the company he keeps..”for its English translation, here it goes “kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”(buat yang gelojoh tu, tumpah ats meja la kan)tp utk tules lam essay,pepatah 'melayu' td lebih tepat utk kengkawan..utk terjemahan Bahasa Arab pulak,,ehem2..asif..ana blaja Arab sampai darjah tiga empat je..agak terkilan la jugak kenapa tak sambung je dr dulu..

Baru-baru ni, masa nak dekat final exam, ada dianjurkan solat hajat perdana. Tahniah buat JKP asasi yang bertungkus-lumus menjayakannya..rasanya tak terlambat lg wlpn dah terlewat nak wish.CONGRATULATIONS!

Ok, now,
BABAK 1:
“Bila kali terakhir korang mengampu Allah? Masa SPM? Then, baru malam ni nak start mengampu semula?”

Kitorang diterjah dgn soalan sensasi ni..(jangan lupe tanye diri sendiri tau..)bagi yang baru semalam atau pagi tadi atau Maghrib tadi mengampu Allah,mesti panas, geram, tension dgn ustaz. Takpe. Sabar ye. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui(Al-Alim) dan Maha Melihat(Al-Basir) akan stp perbuatan dan amal hambaNya. Ustaz sekadar nak menyedarkan dan mengingatkan kita supaya “Janganlah bila kita nak sesuatu atau bila ada agenda tersembunyi atau lebih direct bila dah nak exam, baru nak mendekatkan diri padaNya..beliau nak ingatkan kita supaya istiqamah dalam mengingatiNya dan sentiasa berdoa tanpa mengira situasi, perasaan dan keadaan”.Persoalan ustaz yang ringkas sebelum memulakan solat membuatkan kitorang perlu menggali otak dan hati sedalam-dalamnya..terima kasih ustaz sebab menyedarkan. Satu lagi benda yang sgt2 best..ustaz suruh semua orang tutup mata dan letakkan tangan di hati sambil ucapkan LAILAHAILLALLAH…cuba try test.terasa diri lebih dekat padaNya..but make sure, clean & clear your mind first..insyaAllah mujarab..

BABAK 2:
Lps solat hajat selesai, kitorang di`hibur’kan dgn slot motivasi selama (atau mungkin sekejap) 10 minit. “alah, apa la sgt 10minit? Nak belajar apa 10minit?nak termotivasikan diri dgn apa kalau setakat 10minit?”
Haaa..tu dia bisikan2 dan soalan2 yang bertalu-talu dari insan2 biasa..

Mana pasal ummi nya? Dah melalut dari tadi takde pun cerita pasal mama atau ibu?hehe..
Coretan yg tadi tu sekadar perkongsian..macam garam dalam masakan la..atau macam perencah dlm mamee.haha..(jangan makan perencah tu..tak elok utk otak..kesian sket kat otak ye)

BABAK 3:
“Bila kali terakhir korang call mak korang? Siapa yang baru semalam call mak dia? Siapa yang call sehari sekali? Angkat tangan.”
Tanganku tak berangkat.
(sambil2 tu tanye diri sendiri gak ye)

“Dua hari sekali? Angkat tangan”
Tanganku masih disitu..tak berganjak.(dalam hati,“saya call mak saya bila2 saya teringat”)..

Baru saya terfikir,dah kalau awak teringat mak awk dalam tempoh seminggu, baru nak call seminggu sekali?tu pun nasib baik teringat dlm tempoh seminggu.macam mana kalau teringat seminggu 3 hari sekali,barulah nak call masa tu? 3 minggu? sebulan? oh ya,hambek kau..soalan yang timbul di hati utk dijawab oleh empunya hati..soalan ustaz simple.

BABAK 4:
“Siapa call girlfriend or boyfriend dia semalam? Berapa kali korang call diorang?”

Untuk soalan ni lagilah tanganku tak berangkat. Terasa sedikit pun tidak.haha..maaf ustaz.kali ni ustaz tak berjaya kenakan saya..weee..>,<..
Perbandingan yang cuba dibuat terhadap tahap ingatan kita kat parents dgn kat aweks2 atau balaks2.itu baru comparison between parents and girlboyfriends.belom buat perbandingan bagaimana tahap ingatan kita pada Pencipta kita.…tepuk dada tanya dada tu sakit tak?hehe..tepuk dada,tanya org sebelah..haha..TEPUK DADA TANYA IMAN  

BABAK 5:
“Berapalah sangat kredit tu luak kalau kita call mak ayah kita dalam 10minit..”

Ye ustaz.saya setuju..kalau kita nak bandingkan dgn kos tumbesaran kita yang mencecah nilai sebuah rumah tepi pantai. Kos belanja sejak kita baby comel2 sampai skrg besar macam…hehe.ibarat langit dgn bumi bezanya.ibarat guruh dengan halilintar.ok ini tiada kaitan.

Apatah lagi kalau kita menghubungi yang Maha Esa(Al-Wahid),,free of charge beb..tiada caj perkhidmatan dikenakan wa cakap sama lu..dapat ‘hadiah’ dariNya some more..just imagine if celcom give us reward by using their services at the same time they didn’t charge us at all even though we do the calling and messaging…but it wont happen coz we’ll get nothing for free in life..kita dapat reward pon lepas top up atleast 10hengget..5hengget pon tak boleh...


Only from Him we get everything for free..only from Him..macam yg korang dah tau,,udara yg kita hirup dan hembus bebas dr sebarang cukai..kita pinjam hidong, mata,telinga semua dariNya. The whole human body system I would say...

Nak pendek kan cerita,mcm mana kalau kita kelip mata sekali(baru suruh kira yg kelip je belom suruh kira yg bukak mata),kita kena bayar singgit..ok singgit mahal sgt..kasi can bayar seposen..mak aihh(ok ni biasa sgt dengar)..pak aihh...dalam masa sehari boleh diisytihar muflis.. duit elaun yg masuk, dalam masa 2jam boleh habis serta merta..biasiswa yg banyak tu pon blh jd kosong sen..

Dah kire?brape jumlah?ok skrg doublekan utk pakej bukak mata sekali..hehe.Bayangkan stp helaian rambut yg kite pinjam ni gugur & kite dikenakan denda bg yg gugur tu sbb tak jage elok2..sanggup?kalau gigi tercabut??hehe..

One more thing, kasihanilah rambut2 yang terpaksa diexpose to sunlight n uv lights..kalau rambut tu blh berkata-kata,mesti diorang dah jerit “panaslah!!..excuse me,blh tlg tutup kami tak ..”=(

even mak ayah kita pon kita pinjam dariNya..mereka dipinjamkan oleh  Maha Pencipta(Al-Badi’ & Al-Khaliq) utk jadi Pelahir kita ke dunia ni.sedarlah bahawasanya kita ni hanyalah Peminjam dr pemberi pinjam yang Maha Kaya(Al-Ghaniyy) dan Maha Pemurah(Al-Rahman)..Terima kasih Yaa Allah..Thank You Allah..sesungguhnya Dia Maha Pemberi Kekayaan(Al-Mughni)..ucapkanlah Alhamdulillah…

kalau terasa dah give up nak bace,,relax lu..=D

BABAK 5:
Ustaz tanya lagi,
“Pernah kamu ucapkan terima kasih sbb melahirkn sy kat mak kamu?Siapa pernah,angkat tangan”.jeng jeng jeng…

Wlpn dah masuk babak 5,,tp tu baru muqaddimah..if rajin,,,,selamat membaca!

Then, ustaz panggil sorang mangsa.Dalam dewan tu sgt ramai.dan student yg kena panggil tu “sgt bertuah”..haha..soalan ustaz senang.

“Apa nama kamu?”
“Michael(contoh shj bg mengelakkan sape2 terkena.rasanya takde assasian name ni.if ade,sorry)”

ok,siryesly tak ingat dah nama dia apa tp yg penting dia hanya jawab nama dia tanpa bin.Ustaz pon kate,
“Haa,tengok.kamu baru beberapa bulan kat sini dah berjaya melupakan mak ayah(dis is not exactly wat he said.tp lebih kurang la)”

ustaz tanye lagi, “siapa nama kamu”
“Michael(cth shj)”.

Masih jwpn sama.kitorang yg tgk ni gelak tak hengat sbb muka dia sgt blurr..utk kali ketiga ustaz tanya lg,
“siapa nama kamu?”
“Michael”..

hmm boleh tahan blurr la kan..cuba jd blurr lagi..haha.then, ustaz tarik student lain. “nama saya ……..bin……dan…….”..haaaa,exactly!u have hit da nail on da head!haha..tu dia jwpn yg kami cr selama ni.melalui pertanyaan nama pon ustaz blh jadikan suasana menarik dan penuh pengajaran..moralnya bila org tanya nama kita, sebut lah bin atau binti sekali sbg ingatan kita pd ibu bapak kite ya.

BABAK 6:
“Bila tarikh lahir Rasulullah?(alhamdulillah ramai yang tahu) Bila baginda wafat?(ramai yang ternganga)”
Jwpnnya sama:12 RabiulAwal..

“Siapa tahu birthday mak dia?”.
Ye,ramai yang angkat.
“Siapa tahu tarikh lahir mak dia dalam bln Islam?”
Ye,ramai jugak yg turunkan tgn,termasuklah si pelukis kata ni.
Soalan sama tp jwpn tak serupa..nah…satu lg soalan menjerat dan menjerut.rasakan kau!

“Kata td sayang mak tp birthday pun tak tahu bila”. Ustaz berpesan, “baik kamu semua check bila tarikh lahir mak kamu dlm Islam krn takut2 tarikh wafatnya sama dgn tarikh lahir spt Rasulullah”..terima kasih,terima kasih dan terima kasih ustaz..Terima kasih Yaa Allah kerana membawa ustaz ini kpd kami utk memberi peringatan.

BABAK 7:
“Ok, siapa yg paling syg mak dia.Dtg depan.”

Aku pusing2 semua angle takde yg bangun. Aku petakkan hati bangun jela.Go shakiera!sempat pulak tu mimi hamburkan kata2 ni.(dalam hati, “macam la sy nk pergi jogathon nak berGo go”.haha..mimi,gurauan semata-mata.=D)sblm tu,ade sorang mamat ni bangun.

Kata ustaz, “haa..sesuai la sorang wakil muslimin n sorang muslimat” (dalam hati, “haishhh ustaz ni sy duduk semula karang”)dlm perjalanan menuju ke ustaz hati sempat berkata, “mintak2 soalan ustaz simple2 n tak memerlukan hypothalamus utk dikerah”).masih sempat bermonolog dalaman mcm jarak dr tmpt duduk aku ke tmpt ustaz berdiri berhektar-hektar. Padahal 100cm/s je..

Ustaz: tepuk utk diorang ats keberanian utk dtg depan.(dalam hati, “berani la sgt    
           konon..ceq terketaq-ketaq hampa tak nampaq”.haha).Ok, nama?

Nama saya Norshakiera binti Shahidan dan Rozaini binti Md.Ali.

Ustaz: amboi, panjangnye nama dia.sampai atuk2 sekali dia bagi..

Aku senyum je.(dalam hati, ok, takyah tau..haha)

Ustaz: kamu syg mak kamu?

Sudah pasti of course ustaz..haha

Ustaz beralih kat student satu lg..”berapa kali awk call mak awk?”
Dua hari sekali katanya.(dalam hati, “alamak, habis lah kalau ustaz Tanya aku soalan ni”).

“apa hadiah plg istimewa mak awk bg awk?”panjang lebar mamat ni jawab..bla bla bla..

Now,its my turn..“apa hadiah plg best mak awk bg awk?”(dalam hati, “yes!ustaz tak tanye soalan pasal call td”.hehe)
Seribu satu jwpn ade dlm minda..doa,ilmu,belaian,sentuhan,baju raya.masakan,katil baru,wardrobe baru,blablabla.
“KASIH SAYANG”.ok, ntah kenapa aku jawab tu.mmg itu hadiah yg tersangat amat paling berharga hakikatnya..tp mungkin jugak itu tak boleh digelar sbg hadiah?..anugerah mungkin?..kurniaan barangkali?..atau nikmat yang setepatnya?ok, semua tu tak penting..yg penting skrg ni cara kita menerima dan menghargai kasih syg tu..

BABAK 8:
“Apa hadiah plg best yg awk bg kat mak awk?”
(don’t forget to ask urself back ok?)

“Ermm..tu ustaz kene tanya mak sy...haha..”disusuli gelak tawa kami.(dalam hati, “grrrr…err..aaa….”hehex)

Tengok perbezaan bila ustaz tanya hadiah yg mak bg ape sampai tak tahu nak jawab ape sbb tak terjangkau dek akal fikiran byknye.tp bila ustaz tanya apa yg sy bg?pon tak tau nak jwb ape sbb tak tau ape yg plg best pernah bg. Pernah ke ape yg sy bg selama ni  best?mungkin best bg si pemberi tp tidak bg si penerima..?

BABAK 9:
“Hadiah tu kamu beli guna duit sendiri atau duit mak?”

“Duit mak”haha..
Yela kan,asal usul duit tu mak kita bg only then jd duit kita but still tu duit mak kita even tu duit simpanan kita..masih tak boleh elak drpd gelaran Peminjam..

Then ustaz pegi tanye sorang2,,macam2 jwpn ade..ade yg jawab,kehidupan, kelahiran,kucupan,senyuman,mainan(ini jwpn yg comel),kasut sekolah(ini rekaan semata-mata) & banyaaaaaak lagi…

BABAK 10:
Lps sesi bergelak ketawa tu, kitorang di’saji’kan dgn video pembedahan sorang ibu yg nk lahirkan anaknya..perghhh...tak hengat punye sakit..terasa hirisan pisau bedah yg doktor tu guna kat perut sendiri..darah merah dan putih terpercik..saat itu mengalirlah air2 jernih di mata pelajar2 asasi um tanpa mengira malu segan dan silu..terkecuali aku(hati kering)

Bg aku,apa yg penting ialah impaknya slps itu bukan apa yg kita tunjukkan masa tu..wat happens in you is more important than wat happens to you...menangis semangat2 tp lps tu lupa apa yg dah diberi pengajaran pun useless jugak..tp insyaAllah..kalian semua anak2 yang soleh n solehah..(arina, husna,korang nangis muke comel gile..hehe)

Tetapi akhirnya ustaz berjaya membuatkan pemilik hati kering ini turut mengalirkan  air jernih dgn video nasyid(tak tau tajuk lagu tu ape tp sgt best)..aku tewas..(cewah)

BABAK 11:
Then,,ustaz panggil kitorang dua org ni semula..aku igt dah habis kena ‘dera’.rupanya belom..
“Kamu bayangkan mak kamu ade dpn mata kamu, apa yg kamu nak ckp kat beliau skrg”

Berbekalkan hati yg cekal sbb nak cover rase segan berjiwang-jiwang(disebabkan gua ni sentimental gred E),saya pon lafazkan je la apa yg sy nak ckp.nasib baik time tu sume org tgh bergelumang dgn air mata.so,takde la segan sgt.=,=’.hehex..malu malu malu..

Masa dah penghujung slot, ustaz tanya semula, berapa org lepas ni balik ni nak terus call mak dia?ye,,sgt ramai yg angkat tgn..berapa org lps ni nak ckp kat mak die TERIMA KASIH MAK SEBAB LAHIRKAN SAYA UTK MELIHAT DUNIA NI..alhamdulillah,,ramai jugak yg angkat..dlm proses kita menuntut ilmu ni,berkat dan restu doa mak ayahlah yg sgt plg penting, so jgn sekali-kali kita lupakan diorang..

p/s: slot tu lebih kurang 20 minit je kot.disebabkan byk unsur2 merepek dlm lukisan ni,tu yg jd mcm 20 jam..haha

p//s:korang jgn lupa check ye tarikh birthday dlm bulan Islam..

p///s:lps baca ni jangan segan2 silu2 nak call mak korang..lagi terer kalau korang blh cakap terima kasih sbb melahirkan..cubalah…cayalah..

p///s: harapnya,ini bukan entri pertama & terakhirku..ahaks

last p/s: TAHNIAH! ANDA SEORANG YANG BERANI krn menghabiskan   
bacaan..hehehe(dis is the reward..kuikui..=P)

Terima kasih sudi melawat..buah tangan takde??haha..
wassalam

8 comments:

luqman said...

haha..nice post wpon ak letih sbb cube menghabiskannye..=))
btw,i'm the first follower..!ahakz

pelukis kata said...

haishhh...ni tmpt utk siryes2 je..=D..haha
u`re da 1st follower n pekongsi kata..double title ko balun..ahaks
jd pekongsi kata yg siryes ye..weee~~~=P

Anak Muda said...

Tahniah...anda layak memiliki blog ni...

Luqman..biasa la org baru dapat blog...gini la jdinya..

pelukis kata said...

anak muda, sy blajar dr anda yg hebat..wlpn muda tp anda tak muda idea

Anak Muda said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ANAK MUDA said...

sume ini hanya PINJAMAN

pelukis kata said...

heee...semuanya yg baik tu dtg dr Allah.tp xsume gune pinjaman ke arah kebaikan..harap2 sy konsisten mcm anak muda..^,^.sy ni senang lalai.anak muda,terima kasih=D..sy amat siryes ni

ANAK MUDA said...

Menanti kemunculan post kedua..

harapnya,ini bukan entri pertama & terakhirmu..