dari teman kurniaanNya. Kalbuku terharu.. |
Bismillah pembuka bicara..
OK..terkesima spt tertelan bola golf masa saya baca puisi indah tu. Rasa mcm baru pekena alat exercise TAKASIMA tahap terkesima yg melanda..haha..Bulatkan mata kalau nak tahu apa isinya..@,@..kalau tak boleh jugak, baca dgn mata hati..kihkihkih
Honestly, im so touched..terasa setiap salur dalam sistem badan kemanusiaan ini dicuit2(termasuklah salur pembuangan). You almost make me cry..ALMOST je ok..tak pon lg..Bila orang dah buat sweet2 kat kita, apa salahnya kalau kita sweet2 balik.ahaks.
Tiada ucapan yang dpt menggambarkan rasa touching ni..Terima kasih dan sayang juga rasanya tak memadai..selayak-layak dan setinggi-tinggi pujian hanyalah untukNya..semoga kita dapat membina persahabatan spt Elya Khadeeja dan Asiah Yusra..hehe..kalau boleh kita sama2 dapat pasangan mcm Umar Al-mujahid dgn Banna(haha..ketiba-tibaan yang tak semena-mena disitu)..mulianya peribadi dua gadis itu yang menjalinkan persahabatan semata-mata kerana Allah dan menitiskan air mata juga semata-mata keranaNya..Walaupun itu hanyalah watak dalam timbunan kertas putih yang berdakwat hitam semata dan rasenye diri ini sangatlah tidak semulia mereka tapi masih boleh terus dipupuk sifat mulia mereka dalam diri kita semua sama-sama..insyaAllah..setiap kelemahan dan kesilapan kita tanamkan dengan rasa ingin bangkit dgn kelebihan yang kita ada.Seseorang yang pernah bangkit dari kesilapan kadangkala lebih baik & lebih bersih hatinya dari yang lain. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa kalau yang biasa tu tak betul..tp kalau yang biasa tu dah betul, perbetulkan jugak supaya yang betul tu jadi betul-betul betul..betul tak betul??betul betul betul
Sama jugak kalau org tu dah pro berkayak,tak semestinya ilmu berkayak dia plg power..wlpn dia pekayak nombor satu, ade org lg hebat dr dia iaitu coach dia..tak semestinya pulak coach dia tu terhebat sebab ade org lg hebat iaitu coach die punye coach..-contoh yang tiada kaitan dgn mana2 statement sblmnya-haha
tau la excited..control sket muke tu arina..haha
gadis juga layak berkayak. siapa kata tak!
asal muke tegang je ni? bertegang urat sekali-sekala menjadi manisan dalam saraf persahabatan..hee~
Sahabat bertanya pd Rasulullah: “Siapakah yang menjadi sahabat plg baik bagi kami?”
Rasulullah kata: “Seseorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari percakapannya pengetahuan kamu tentang Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat”
Jom kita sama2 kawan dengan kawan yang ada ciri2 sahabat yang disebutkan..dalam masa yang sama, apa yg baik darinya kita manfaatkan dalam diri supaya kita juga menjadi golongan yang dicari..Agak2 nye,best tak jd org yg dicari spt org yg kita sedang mencari..maksudnye org cari kita mcm kita cari org tu?haaa...ini membuatkan saya tercari-cari jawapan yang dicari..ahaks
Apabila bertemu tidak jemu..apabila berpisah tidak gelisah..apabila dinasihat sentiasa diingat dan apabila dinasihat sentiasa terpahat..
Teruskan mencari apa yang tak tercari dan dalam masa yang sama menjadikan diri sendiri sahabat yang sentiasa dicari kerana mulianya peribadi...Semoga persahabatan kita yang terjalin ini kekal abadi..inilah janji yang terpateri tak pernah ditulis dan tak pernah dilafaz namun terpahat kukuh di hati..wee~
Semoga persahabatan yang terjalin indah ini memberi syafaat di Mahsyar dan sama2 kita melangkah ke syurga sebagai bidadari syurga...buat sahabat berlainan jantina pulak semoga kalian melangkah ke syurga sbg bidadara syurga yang tampan dan kacak..
amiiiinnnnnn
amiiiinnnnnn
Syukran Sahabat,si hitam putih..weee~~
No comments:
Post a Comment