Friday, February 18, 2011

Peranan KITA untuk dia

Wasallallhu'ala sayyidina Muhammad wa'ala aalihi wasohbihi wassallam tasliman kasiro...

Assalamu'alaikum warahmatullah..Senyumlah senyumlah senyumlah...

My sister shared something with me :
"Adikku, semalam ada si fulan terpacul kat facebook chat akak. Dia bg salam dan akak jawab salam dia penuh-penuh..Then, dia puji-puji sampai cakap, boleh buat bini"
-Ayat ini telah diolah, direka dan ditambah-tolakkan-

Ok, apa reaksi kita bila ada orang yang tak dikenali dan tak dikehendaki tiba-tiba terpacul dan tersasul kat chatbox kita? Dah la tak kenal, nak menggatal plak tu..Menggatal sampai tahap nak buat bini lagi..Ini adalah pakej yang lengkap untuk merasakan kelazatan kaki saiz 8 saya. Ok, apa reaksi kita? Adakah anda tolong garukan? Atau anda akan berlari meninggalkan dia terus kegatalan?
Saya yakin kita akan tak layan terus mamat tu..dan macam-macam perkataan "senonoh" akan hadir dlm hati..Saya pon macam tu..TAPI cuba kita lihat apa peranan kita sebenarnya?

Ustaz Yusri kata, dakwah is 3E.."EveryWhere", "EveryTime", and "EveryOne". Boleh jadi saya ni cakap ikot sedap mulut je kan. Jangan percaya apa saya cakap, tapi fikir-fikirkan apa yang cuba disampaikan.

Berbalik pada kisah mamat yang kat chatbox tadi, impression kita pada mamat tu adalah, "kurang hasam masin betol!","tak hormat perempuan", "gila", "nak kena tumbuk mamat ni!", dan sebagainya..
Yes! Itu kita manusia. Sangat cepat menghukum manusia yang lain. Saya juga begitu. Kita fikir kembali, siapa yang selayaknya menjatuhkan hukuman ke atas manusia? Adakah manusia sesama manusia? Manusia yang sifatnya serba tak sempurna ni nak menjatuhkan hukuman kat makhluk yang juga serba kekurangan. Layak ke kita? Who are we? Bukankah hanya Allah sahaja hakim kat dunia ni mahupun kat mana-mana sekalipun? Allah yang bersifat sempurna pun lebih suka mengampunkan hambaNya daripada menghukum kita.. Siapa kita nak judge orang? Baik sangat ke kita sampai boleh cakap orang lain jahat? hmm...memang kita ni tak sedar diri kan?

Ada sebab Dia pertemukan mamat tadi dengan kita walau hanya di alam maya. Imagine if mamat tadi nak berkenalan dengan minah sembarangan. End up, mereka akan sama-sama melayan dan masing-masing terus hanyut. Mungkin Allah menggerakkan hati dia untuk tegur kita sebagai hint Dia mahu kita membantu..Remember, dakwah is 3E..two of the Es are EveryOne and EveryWhere. Adakah perbezaan jantina yang menghalang dakwah disampaikan?

Lelaki kelemahannya wanita. Lagi-lagi lelaki stok yang suke menggatal ni..Kelemahan itu boleh dijadikan kelebihan jika kena pada caranya. Kat sini kita boleh berperanan sebagai seorang pendakwah sbnrnye. Pendakwah mcm berat sgt title tu. Ok, kita blh berperanan sbg seorg da'ie..haha..ni lagi berat bunyinya wlpn maksud sama..TAPI kalau cara ini tak sesuai dengan kita, jangan buat, takut2 terhanyut sekali..nauzubillah..

Ok, kita dah tahu tahu kelemahan golongan stok seperti ini adalah wanita, so, hobi mereka tak lain tak bukan akan selalu cuba mendekati wanita yang lain atas dasar nak ber"kenalan". Buatnya mamat tu tegur wanita yang menghidapi penyakit kulit yang sama iaitu gatal, tak ke kesian dua-dua sekali hanyut?

Bila ada orang yang tak kenal pastu nak kenal ngan kita, grab that chance.  Kita kena sentiasa nak mendekat, jangan buat orang menjauh..Facebook antara cara paling senang nak bg nasihat kat orang. Don't you think so? TAPI hendaklah tujuan kita itu sebagai jaminan untuk sampaikan kebaikan pada mereka. TAPI kalau tak mampu, jangan buat, takut2 nanti terjerat..

"Permudahkanlah jangan dipersulitkan. Gembirakanlah jangan ditakut-takuti. Toleransilah dan jangan berselisih."
Saya ambil contoh sorang ustaz kat UM ni. Beliau siap create satu account facebook baru semata-mata nak pikat perempuan. Dan semestinya yang mudah tertarik dgn pikatan itu adalah perempuan-perempuan itu kan. Apabila golongan sasaran tadi mula selesa dengan ustaz, proses dakwah bermula..Tapi kalau kita tak mampu, baik jangan buat..takut2 nanti kita terhanyut sekali..nauzubillah..

Kita semua tahu medan amar makruf nahi mungkar adalah mana-mana atau apa-apa ruang yang boleh dibolosi. Jadi, ni masanya kita boleh bertindak dengan memberi nasihat kepada golongan yang baru mula nak naik daun..Jika andai sekiranya katakanlah mereka mula menjauh apabila kita asyik bagi nasihat kat dia, itu diorang punye pasal la kan..hehe.jk(^.^)..Tu kita perlu cermin diri kita balik..ada benda yang tak kena dgn cara kita approach mereka.

Haa tu kalau tak berjaya..cube fikir from the positive side. Dengan izin Allah mana tau mamat atau minah tadi termakan dengan nasihat kita, tak ke kita dah berjaya menyelamatkan seorang Muslim lain dari terus melakukan kemungkaran walaupun jarak kita dengan dia jauh dan tak pernah bersua muka pon..Pemberian nasihat yang utama..Penerimaan nasihat adalah yang kedua atau ketiga atau keempat atau keberapa-berapa pon boleh..Bab penerimaan tu dah bukan kerja kita..

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 142:
"Katakanlah(Muhammad),"Milik Allah lah timur dan barat, Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus"...=)

TAPI lagi sekali ditegaskan, kalau cara ini tak sesuai dengan kita, jangan buat takut2 nanti terberjangkit gatal tu sekali..nauzubillah..Apa yang nak dihighlightkan disini, tak yah ler senang2 kita kata orang tu jahat, kurang ajar, dan kurang-kurang yang lain. Kalau kita tengok adik yang berselipar dengan adik yang berkasut ke padang, boleh kita kata adik yang pakai selipar tu takde skill main bola berbanding adik yang pakai kasut tu?
Kalau kita tengok orang yang pemalu nak bercakap, boleh kita kata dia bisu secara melulu?

Mula-mula malu-malu..


Setakat nak rangka plan dakwah, tak perlu malu untuk discuss^^




Setiap orang ada potensi untuk jadi baik. Kenapa perlu dilihat pada kejahatan mereka sedangkan masih ada kebaikan pada dirinya? Kenapa perlu dinilai satu waktu solat yang tak ditunaikan sedangkan masih ada empat waktu solat yang telah ditunaikan oleh mereka? Yang empat itu boleh jadi lima jika terus diberi perangsang..Yang satu itu boleh jadi dua dan tiga jika terus diberi tohmahan..Bukankah lebih berkesan cara kita memuji kebaikan seseorang itu daripada selalu asyik mengutuk perbuatan jahat mereka?

Kalau kita tak mampu nak ajak orang buat baik directly, jangan menghukum mereka. Benci pada akhlak mereka bukan benci pada mereka...Who are we to judge people, people? Biar orang fikir kita jahat, tapi kita fikir orang baik=)..Baik sangat ke kita ni sampai tahap boleh kata orang lain jahat? Again, don't judge people, people..Sememangnya anda baik jika anda fikir orang lain baik..insyaAllah..Let's twist our thought.

Wallahu'alam

4 comments:

ANAK MUDA said...

Tahniah atas penulisan anda....tapi blog anda semakin berat ye...susah nk buka

pelukis kata said...

berat? terlebih bagi makan kot..XD.ada cadangan nak ringankan?

Anak Muda said...

Oo..lupa nak bagi tau...saya da bertukar link blog..http://hassriq.blogspot.com

pelukis kata said...

lupa nak bgtau, sy dah tau.=)