Next>>senyuuuuuummmmm..
Pastikan senyuman yang menguntum. Taknak senyum yg sebelah bibir je terangkat. Taknak senyum yg sekadar kecilkan mata. Pastikan senyuman yang kedua pipinya terangkat. Haa camtu camtu..ngeeheeee.
Angka Pada Ada Apa?
Angka yang mana ni.
Angka 19..one more time. ngeeheee
Sebelum tu..
AMARAN LEMBUT : entry ni akan ada banyak lalutan. Dinasihatkan jangan teruskan pembacaan jika anda dalam mood serious.
Jadi, apa ada pada 19?
My Achievement before I almost reach 19.
Ayam ini dipotong sambil melepaskan geram kesumat. |
"If you smell what Shakiera is cooking"..haha
Ok, tau la korang dah pandai masak sejak muda lagi.
Tapi mesti nak tau jugak apa la yang dia masak sampai nak citer kan kan. This was my first time masak masakan yang ada nama. Sebelum ni cikai-cikai yang takde nama. Contohnya masak air (jerang air padahal), masak nasi (tanak nasi la), masak kentang (goreng kentang la), masak karipap (tumis karipap la..haha.goreng je bukan reti buat inti die pun)..Tak pun tolong kacau-kacau apa yang dah ada dalam kuali. Kacau-kacau bahan dan kacau-kacau master chef. Ok, ni tak aci. Bukan masak namanye.
Nak resepi? Ni nama resepi masakannya "Ayam Masak Kurma With Lots Of Love"..grrrr.
Diam. Jangan kutuk. Kira ok la first dish masak kurma. Korang punye first dish telur goreng kicap. haha. gurau2. "Sebaik-baik manusia adalah manusia yang merasa dirinya paling hina berbanding orang lain".
Yang tak best nye, masakan pertama si anak tak dapat dirasai oleh si mak. Detik-detik bersejarah tak dapat diraikan bersama. Si kakak plak yang jadi the first food tester. Anyhow, Alhamdulillah takde siapa diserang cirit-birit. Wohoo!
Boleh tercetusnya masakan ni adalah disebabkan oleh program tarbiyyah yang disertai. Haa see see. Siapa kata program tarbiyyah boring! Siapa kata certain people je yang boleh join! It's either you want it or not.
Tanpa jadual ini, maka tidak berasaplah dapur. |
Sepanjang program, kitorang kena masak sendiri. From breakfast to dinner. Semua bahan dah disediakan. Cuma tukang masak je yang tak disediakan. Jadi kami perlu bersedia.
Berbeza dengan program lain yang ana (teheeee) pernah join, yang kali ni very very much different. Takde pun kena rushing untuk buat something. Takde pun kena tengking tengking. Boleh je punctual. Macam ni lagi efektif. Ini bagi ana (teheee lagi) yang tak suka dipaksa-paksa.
Pastu makan plak semua lauk buurrrpp alhamdulillah..sedaaappppp. Tangan-tangan orang solehah la katakan (kecuali aku)
The best part is makan dalam talam. Sunnah beb. I want to die with sunnah in my heart.ececeh..Rasa enak tu jadi lazat semacam. Ada aura. haha. ngarut.
Ada satu hari, my group named "THE DU'AT"(masyaAllah really2o0o0o0o0 miss you guys, Tasnim, Karmilah, Fatin, Atiyah <3) had to cook for lunch. Sila rujuk jadual. Group 5. haha. At the same time ada presentation. First group plak tu. We had to present about Rasulallah sallallahu 'alahiwasallam. Memang kena study betul-betul la kan. Right after lunch and Zuhur was our presentation. Terbaik! =.="
Sedikit perkongsian tentang baginda :
Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a, daripada Rasulallah sallallahu 'alahiwasallam, baginda bersabda
" Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian, Dia meneliti pemilihan keluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi Rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka(asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada penzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)"-Riwayat at-Tarmizi dengan sanad yang sahih.
Jelas. Baginda kekasih Allah.
Ok, back to the story. Semua benda nak berjadual. Eh mesti. Baru sistematik bai.
Anyone yg belum pernah jadi imam, dis is the right time to learn. Sampai bila nak jadi makmum imam je kak? |
Setiap slot ceramah mesti kena ada emcee. Ada emcee yang merah-merah mata sebab mengantuk tapi bila slot abis, mata kembali putih. Ada jugak emcee yang berat bulu matanya menjadi 10 kilo sepanjang ceramah tiba-tiba jadi seringan 1 pico bila slot dah abis. Depan orang, kena control! ahaks.
Living room ni ada air-cond. |
Kekuatan itu terletak pada jemaah. Berjemaahlah~
Last but not least,
Pesanan ummi Wafa', Fatimah Az-Zahraa' (sebaya je kot)
"Wahai ukhti, sesungguhnya kalian adalah duta-duta yang telah dicorakkan oleh tarbiyyah, menjunjung nama Islam ke mana jua, maka jadilah bukti produk tarbiyah luar biasa akhlaknya, ibadahnya dan pegangannya. Teguhkanlah hatimu dan binalah Islam di sekelilingmu. Pohonlah bantuan pada Allah tempat bergantung segala sesuatu. Semoga amal yang ikhlas akan membuahkan pemahaman dalam keluargamu dan semoga mereka merestui kalian untuk terus berada di jalan ini. InshaAllah..."
*Apabila Fatimah berjiwang..........hehe.
Doakan yang menaip-naip ini istiqamah dalam amal ibadahnya.
Menulis, memahami, mempraktik. Bukan mudah. Boleh menjadi mudah dengan izin Allah. Mudah-mudahan...
No comments:
Post a Comment