Sunday, June 12, 2011

Kerajaan Baby

"Lemahnya pimpinan P**(dirahsiakan)"
Sebelum tu, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaaatuh cikgu!
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh**memberi ruang masa seminit dua puluh dua saat utk anda menghabiskan jawab salam**


Pendahuluan yang bikin panas di situ..chil der..Jangan buat assumption tak pasal-pasal. Sebelum meneruskan taipan, diingatkan, saya tak kata saya bulan. Saya tak kata saya dacing. Saya tak kata saya hijau atau biru. Saya sekadar seorang rakyat Malaysia yang bukan siapa-siapa*feeewit serius bunyinya disitu*..Takyah mengada nak serius-serius.


"Lemahnya pimpinan PAS(eh terkantoi plak)"..tu headline kat berita TV. Bukan statement dari saya.
Saya tak faham*tapi kena buat-buat faham* kenapa terlalu menebal semangat kepartian dalam media massa..Sampai kadang-kadang, nampak sangat berat sebelah. Kalau mana-mana parti pembangkang dikritik secara terbuka, maka parti kerajaan pun seharusnya dikritik secara terbuka camtu..Baru fair n lovely..haha..Baru fair and square. Tapi apa yang saya tengok parti kerajaan akan sentiasa dilambung dan dijunjung. 


Ya, memang yang banyak berjasa pada saya selama ini parti kerajaan. Bukan tujuan saya mengutuk mana-mana parti, tapi sekadar pandangan simpati terhadap TV dan media massa. Bukan TV tu yang bersalah pada hakikatnya. Hanya ditugaskan utk mengeluarkan cahaya. Kerana ia tidak bernyawa sesungguhnya..tapi saya tetap tak puas hati sebab TV dipergunakan sedemikian rupa..*apa kes nak marah TV?*


Tunku Abdul Rahman.salute~
Ingat kawan-kawan,kerana jasanya para ulama' dapat berdakwah dengan aman. Kerana jasanya kita dapat baca blog org lain dengan aman. Jangan dicaci. Jangan dihina insan ini.
Hensem siot..
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan dalam kalangan hambaNya yang beriman..amiinnn.al-Fatihah... 
Kesian bila TV pun amalkan semangat kepartian ni. Lagi menakutkan bila masyarakat disogokkan dengan berita palsu melalui berita. Pastu diorang percaya bulat-bulat sebelum menyiasat.


My opinion, boleh je nak kritik secara open camtu, tapi bagi chance untuk pemimpin tu explain time tu jugak. Ini tak. Mereka dikritik di TV tapi untuk membela diri di blog lah di forum lah..Siapa yang rajin membaca dan mencari baru boleh tau situasi dan mesej sebenor-benornye.Itupun tak confirm betul ke tak sebab tak tau statement tu keluar dari siapa...Apa kejadahnya semua ini???haha


Pastu bila baca blog pengikut mana-mana parti, mesti unsur-unsur mengutuk diselitkan..Boleh pulak masukkan ayat al-Quran, hadis..Tapi mengutuk-ngutuk orang lain. Ni lagi satu kejadah. Apa kejadah semua ini??


Kita yang membaca ni terpinga-pinga ternganga-nganga..Tak tau siapa yang betul dan salah..Tak tau siapa yang difitnah dan siapa yang benar.


Bila belek surat khabar ini, dikutuknya pemimpin yang itu. Bila dibelek surat khabar yang itu dikutuknya pemimpin yang ini.
Kenapa tak bersua muka..haa pastu buat live telecast. Kasi rakyat tengok dan nilai sendiri..


Nak kutuk depan-depanlah bro..Baru syok tengok..haha.sengal.
Tapi bila buat live, pasti ada statement yang dicover.
*Adakah aku sedang mengutuk mana-mana pihak sekarang?*Terpulang pada awak nak fikir apa*


Macho-macho semua..Tu yang no 4 tu saya suka..hehe


Masa kat PASUM saya ada terbaca satu poster yang kat bawah tu dia tulis..Solat Isya' berjemaah diimamkan oleh Tok Guru Nik Aziz..perghh1o0ox..salute~


Penyokong Kelantan berjemaah di stadium Final Piala FA semalam.
Berita baik-baik camni takkan disiarkan di akhbar. Apa yang disiarkan, penyokong merah kuning gaduh dengan penyokong hitam putih. Habis rambut semua penonton terbakar. Habis tercabut semua gigi penonton..


Yang positif ada, tapi yang negatif jugak yang dihebahkan.


Diingatkan lagi sekali..Saya tak kata saya dacing atau bulan. Atau mana-mana parti lain. Saya tak kata saya hijau atau biru. Saya hanyalah penggemar kelabu..haha.tiba-tiba.


Mengapa mereka gune cara kotor sedangkan yang bersih itu ada? Pemerhatian saya yang tak berilmu terhadap cara mereka bermain politik. 
-Mereka saling memburuk-burukkan pihak satu lagi untuk meraih sokongan pengundi. Apabila pemimpin parti belah sana dikutuk, penyokong terpekik2 menepuk. Tak cukup ke kalau menceritakan kelebihan parti masing2. Itu lebih beretika. Mereka mencanangkan isu peribadi yang belum tentu sahih. 


Pastu masyarakat yangg mendengar tanpa bukti ni pun sibuk-sibuk jadi judge. Merata-rata benih fitnah ditabur. Biarpun sesuatu isu peribadi yang tak senonoh itu benar, buat cerdik(kata lawan) dah la. Sibuk nak pi mengata diorang buat apa. Dosa sendiri dah tak tertanggung banyaknya. Sibuk nak tambah dosa lagi watpe?


Jadi, apa penyelesaiannya?


Takyah tengok TV. Takyah ambil tau hal politik. Potong internet.
Saya setuju dengan semua cadangan tu..Cubalah buat..Siapa rasa dia senget ikutlah cadangan tu semua. ahaks.


Begini,
Mari kita berfikir secara baby yang bersih hatinya. Jujur pemikirannya. Suci lahiriah dan batiniahnya.

Kerajaan Baby..hikhik
Kita sebenarnya rakyat apa? Rakyat Malaysiakah? Rakyat Pahangkah? Rakyat Dato' Sri Najibkah? Rakyat Tok Guru Nik Aziz kah? Rakyat Dato' Sri Anwar kah?
Hah..jawab..Rakyat mana?
Ada yang jawab rakyat Malaysia ke?..Tu jawapan selamat. Tahniah. Betul jawapan tu.


Atau kita ni sebenarnya rakyat ALLAH?


Haa amek ni nak smash! Ada ke patut mengaku rakyat Malaysia sedangkan hak Allah tak tertunai lagi? Ada ke patut mengaku rakyat Allah sedangkan kita tak melakukan apa-apa untuk mengharumkan nama Allah?


Dan layakkah kita nak mengata pemimpin kita tak senonoh dan tak betul, sedangkan kita sendiri sebagai rakyat Allah pun suam-suam kuku je.
*tapi kalau dah jelas sangat bengong nye tu memang geram jugak la kan?haha*



Berapa ramai orang yang mengutuk pemimpin tapi dalam masa yang sama mendoakan mereka?
Kan lagi baik daripada mengutuk, kita mendoakan mereka? Bayangkan kutukan tu semua kita gantikan dengan mendoakan yang baik-baik untuk mereka.


Kita selalu canang cite pemimpin kita tak amalkan Islam sepenuhnye. Selalu kata tak layak mereka memimpin Malaysia. Tapi berapa ketul yang mendoakn agar Allah memberi hidayah pada Datuk Sri N(nama sebenar)? Berapa ramai yang sudi pohon agar Allah lembutkn hati Dr M? Imagine Datuk Sri N amalkn Islam sepenuhnya di Malaysia. Imagine makhluk sebrilliant Tun Mahathir(kantoi di situ) menjadi seorang ulama' hebat. MasyaAllah. Ayuh! Lepas solat tambah satu doa. Doakan mereka dibukakan pintu hati untuk jadi hamba yang soleh cam kalian..feeewwitt.


Sudah-sudahlah mengutuk tanpa tujuan. 


Mereka berbuat dosa tatkala mereka jahil, kita berbuat dosa dalam keadaan kita memahami agama. Bukankah kita lebih hina dari mereka? muhasabah sesama...............

2 comments:

aLi said...

wowoww...sejak bile berpolitik neh??boleh menang undi kalau camneh..haha

pelukis kata said...

terima kasih atas makian.
oh kau tak tau ke? Cenderawasih sekarang ni dah jadi kawasan aku. Indra Mahkota belum berjaya rampas lagi..haha