Monday, March 26, 2012

Footsal Quuen ^_^

Tadaaaa~


Bismillah…

Footsal Queen telah melabuhkan tirai. Huihui. Ninja Wachachaaaa! vs. Joe Jambol Team. Bertangguh dengan keputusan…ok,tak penting untuk tahu. Kerana objektifnya adalah :-

a) Menghidupkan sunnah dengan bersukan
b) Menambah kemesraan sesama kawan

Sweet la tu? ^_^
Tercapai atau tak objektif, bergantung pada pemainnya ya, pengadil tak bertanggungjawab. hihik.

Peraturan dan pantang-larang permainan:

a) Dilarang bertolak-tolakan. Yang dibenarkan hanyalah berpeluk-pelukan dan berpegang-pegangan tangan.
b)   b) Tak dibenarkan stress. Yang dibenarkan hanyalah saling melemparkan senyuman.
c)   c) Sentiasa perbetulkan niat. Jadikan riadah kita satu ibadah.
d)      d) Mulakan sepakan dengan bismillah ^_^

Jangan kasut tercampak sekali dah le shak oi...
Tiada pengalah, yang ada hanyalah pemenang.

Lagi satu pantang-larang yang jika dilanggar akan dikenselkan terus permainan, no penalties. Student laki tak dibenarkan datang =..=! Sorry guys.. Kitorang main korang tengok, memang nak kena sepak namanya.

Tempat dirahsiakan bagi mengelakkan kunjungan pihak yang tak disangka-sangka. Now we let you guys know where is the venue. Padang futsal UiTM warna biru tu =D Kalau sekarang budak lelaki nak datang, datanglah =P

Nak dapat tempat main kena main awal, lewat datang budak laki serbu =.=
Memang padang tu parents diorang punye pun.


A good leader is needed. Good team players are much more needed! So terima kasih yang sangat kepada kalian yang sudi mencurah tenaga, meluang masa, memberi kereta untuk menjayakan Footsal Queen. Mungkin selepas ni ada lagi? Haaa…

Persatuan ada memang ada, tapi nak kata maju selangkah pun tidak, mundur setapak pun tidak. Kita ahli-ahli yang menjadi mangsa. Persatuan apa tu? Tetttt.

Aku belajar perkara ini dari seorang sahabat terchenta. Dan aku pasti, dia tak sedar dia sedang mengajarku (ada gaya ayat novel tak? Hlovate ke?) wink. Dia menjadi penggerak di tempatnya tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Tanpa perlu menunggu menjadi ahli jawatankuasa itu dan ahli pangkatberkedudukan ini. 

Make the best of what we have. Don’t look at what we don’t have. Stop waiting for things to happen. Go and make them happen. ^_^

Kita hentikan menabur complaint, kita teruskan melangkah. Walaupun langkah itu langkah yang kecil dan comel. Supports from you guys are very much appreciated. Aktifkan dirimu~

Terima kasih pada Z penaja bola oren yang superb, yang diharamkan untuk datang. Hehe. Bola anda sehat dalam jagaan kami. InsyaAllah…(2 minggu tak pulang-pulang? What?!) May Allah bless you and the friends ^_^

Joe Jambol,kau aderrr? You girls are great and cute! Korang  adalah pemenang. Thank you so damn much for giving the support! I can feel the spirit of winning in you ^_^

Ninja Wachachaaaa! You girls are awesome and cun! Korang adalah pemenang. Thank you so damn much for giving the support! I can feel the spirit of champion in you ^_^

Gangster Machang


p/s: Macam mana agaknya berfootsal di syurga? Beyond the expectation~ Ah indah…Pasti dan pasti jauuuuuuuuuuhhh lebih indah.


Dah lama aku kepam benda nie. Sekarang baru nak publish. hehe...


To the Queeens, Fat,Kila,Shahira,Put,Aida,Pijot,Hana,Tika,Kak Miza,Fit,Kak Nughrul,Kak Nurul,Kiah,Kak Nor,Anis.....presenting you, from the room with luv..hiks~


p/s: dengar kata time saya/aku/ceq takde, korang ada buat match lagi kan? Hamboih naik syok nampak~




Saturday, March 24, 2012

Kalimah Allah di langit

Subhanallah...
Walhamdulillah...
Wa lailaha ilallallah ...
Allahuakbar!!!

23 Mac 2012. 5.30 pagi. Kota Bharu, Kelantan.

Aku join program Qiam hari tu. (Qiam pun nak berprogram?hehe)
Salah satu aktiviti wajib dalam daurah. (wajib waktu daurah je ke?)

Aishh..banyak plak menyampuk.

Kisahnya bermula...

Doktor Pit membuka iPad nye ketika di atas sejadah.
"Akhowat jom jom kita tengok langit".
Tak terfikir apa-apa pun waktu tu. Aku keluar lewat sket dari mereka yang keluar awal. Waktu aku menuruni anak-anak tangga, mulai dengar sok sek sok sek suara akhowat comel-comel lain.

Ada yang menangis :') Comel kan diorang ni?

Saat aku memandang langit, jelas kelihatan awan yang membentuk kalimah Allah. Besar. Sangat. Sangat besar. Subhanallah.

Terasa seperti Allah sedang melihat dari atas.

Insaf kejap. Gulp.

Allah memilih mereka-mereka yang dapat melihat fenomena itu. Untung mereka terpilih. Bukan semua orang bangun pagi tu. Antaranya, budak-budak kecik yang hingus tak kering-kering.

Kalimah Allah di langit. Tanda kebesaran. Bukankah langit tanpa kalimah Allah itu sendiri sememangnya tanda kebesaran Allah? Langit macam satu kubah masjid yang sangat besar. Kan? Jom tengok langit =D

Manusia jarang menghargai benda yang hari-hari ada depan mata. Atau manusia itu hanya aku seorang sebenarnya?

p/s: Sorry pada sesiapa yang saya tak sempat nak mesej. Memang saya tak mesej siapa-siapa pun waktu kejadian. Tak berkesempatan, bukan tiada dalam ingatan =..= Sorrrrrrrrryyyyyyyyyyyyyyy.

p/ss: 22 Mac hari tu ustaz Azhar datang masjid Cenderawasih, masjid tergarang, Masjid Saidina Umar al-Khattab. Memang sempat la kan naik bas balik Kuantan =..= Sempat dengar dalam telepon suara ostat. (Semangat maybe?)

Ada makhluk Allah tu pegi masjid pukul 6.30 petang. (Sejam sebelum maghrib kot?) Semoga Allah memberkati setiap langkah awak ^_^

Apa sebenarnya niat kita menghadiri program-program best camni? Hanya untuk mengisi masa lapang yang senggang? Hanya untuk nak rasa diri busy? Hanya sebab penceramah yang best?

Hanya semata-mata nak dapat redha Allah? Wallaweyh...Tahniah!

Thursday, March 15, 2012

Bebas jangan sampai terbabas

Bismillah...

Mula-mula bukak laptop sebab nak menelaah lecture notes. Bila bukak blog ustzh Fatimah Syarha, nmpk mcm best je video yg ustzh upload. Taraaa~ Sibuk menelaah video tu pulak =.=. Ustazah jd lecturer dalam virtual university..grr

“Adik-adik nak ke bakal suami adik-adik orang yang slalu chatting dengan perempuan lain tanpa urusan?”

Korang, ya korang, mesti jawab taknak…

Caranya, kita jadi seperti orang yang kita nak. Kita, ya kita, ubah diri kita dulu. Jika dulunya, kita sering berchatting, bersms dengan ntah mana-mana laki TANPA URUSAN, kita ubah diri. Urusan adalah perkara yang apabila di hadapan Allah nanti, kita boleh jawab dengan yakin tanpa ragu-ragu. Tu lebih kurang maksud urusan.

Contoh urusan 1: Chatting ngan classmate lelaki tentang chapter 7 subjek add maths. *macam takde budak perempuan pandai add maths dalam kelas tu?*  Ok,mmg takde. Dan esok adalah test utk subjek tu dan waktu tu budak-budak perempuan lain yang terer add maths sume pegi melancong ke kampong masing-masing. Jika kita dalam situasi ni, ni urusan atau tak? Agak-agak, depan Allah nanti kita ada modal nak jawab atau tak? Jika ada, maka itu urusan.

Contoh urusan 2: Ada program yang melibatkan laki perempuan. Yang perempuan kena berhubung dengan laki untuk urusan pengangkutan misalnya. Depan Allah nanti ada modal nak jawab? Jika ada maka itu urusan.

Contoh 3: Chatting ngan kawan laki sebab rindu lama tak jumpe. Depan Allah,cakap,yakni sesungguhnya aku chatting dgn si polan sebab aku rindu akan si dia. Erk,ni modal najis tupai. Perlu bijak mengurus rindu~ Syaitan licik. Kita lebih-lebih lagi perlu licik.

Bila makna urusan tu kita yang boleh tetapkan sendiri, timbul kerunsingan. Takut sangat andai sesuatu yang bukan urusan, kita letakkan sebagai urusan semata-mata nak membolehkan tindakan sendiri. Ini penyakit. Membolehkan perkara yang tidak boleh, bagi menghalalkan tindakan diri sendiri yang mungkin tidak halal. 


Shakiera, bebas jangan sampai terbabas...

Salah satu garis ukur nak tengok betul ke apa yang kita kata sebagai urusan tu betul-betul urusan,kita tak rahsiakan perkara tu dari kawan kita yang baik-baik. Maksudnya, kita berani bercerita dengan mereka isi perbualan dan dengan siapa kita berurusan. Kawan yang baik-baik ye bukan kawan yang tepi-tepi jalan tu.

Baru je chatting tanpa urusan tadi? Tak mengapa. Sekarang masih ada! Ubah sekarang. Ya sekarang. Bukan kejap lagi. Tapi sekarang! *berpeluh-peluh*

Biarlah mana-mana makhluk tak tahu yang kita sedang melalui proses perubahan diri, kita ada Allah dimana-mana kan? Tak penting pun orang lain kena tahu kita tengah melawan nafsu untuk tidak terjebak dengan perkara-perkara tak senonoh tu, yang penting Allah nampak. Allah tengok. Allah sebagai saksi. Cukuplah Allah yang tahu. 

Allah sentiasa bersama orang yang patah-patah hatinya. Patah hati kerana terpaksa menahan perit melawan hawa nafsu. Kemanisannya akan dirasai. Sepanjang proses bermujahadah itu. InsyaAllah.

Tapi kadang-kadang penting jugak untuk orang lain tahu bukan sebab nak dia tahu kita tengah nak jadi lebih baik. Tapi supaya orang yang cuba kita JAUHkan diri tu TAK sebuk-sebuk nak DEKATkan diri pada kita. Jadi cara nak bagitau, pikir sendirilah ek. Tulis blog luah perasaan! kwangkwang.

Nak yang soleh, jadi solehah dulu.
Sumpah mcm open sgt.

p/s1: ubah diri sebab nak laki soleh atau redha Allah? Pfftttt. Mudah-mudahan kerana redha Allah. Jika semata-mata redha Allah, segala isu nak jodoh soleh solehah, akan setel. Tapi jika semata-mata nak jodoh soleh solehah, redha Allah belum tentu setel… Kita dapat apa yang kita niatkan. So nak pakej satu percuma satu, atau pakej satu terlepas semua. *peringatan buat diri ini terutama sekali*

p/s2: Belum pasti, kita ditetapkan Allah sebagai yang sempat berkahwin(sebut jugak perkataan ni). Yang pasti, redha Allah adalah untuk kita semua sama ada yang sempat berkahwin atau tak. Jadi mana satu yang lebih pasti untuk kita cuba capai? Mestilah yang pasti takkan yang belum pasti pulak. Toing!


Wallahu’alam.


p/s3: Hai pembaca kat sana...awak apa khabar? hikhik.

Monday, March 12, 2012

Ingat itu remember

Kadang-kadang ada yang bertanya. Saya juga antaranya.

Kenapa kau asyik nak ingatkan aku pada Allah?

Kenapa kau sudi je dengar masalah yang melanda jiwa dan sanubari aku?

Kenapa kau pilih aku untuk diingatkan tentang syurga? Adakah aku ni adik kandung kau yang terpisah sewaktu dilahirkan? Atau mungkin kita ini bayi yang tertukar?

Kenapa kau baik sangat ni!

Yang aku rasakan, kerana mereka sayang pada kita! Mungkin mereka tidak pernah mengungkap kata-kata sayang atau melafaz bait-bait cinta pada kita, tapi itulah...itulah hakikatnya.

Tapi cukupkah sekadar orang lain menyayangi kita tanpa kita menyayangi diri sendiri? Sebagai tanda sayangnya kita pada diri kita, sambutlah nasihat-nasihat yang diberi. Berilah peluang pada diri kita untuk mengikuti kebaikan yang tersaji. Ya, sekarang. Sekarang ini juga. Ha? Sekarang lah masanya!


Wallahu 'alam...

Thursday, March 1, 2012

Cinta "High-Class" (volume 2)

Bismillahir rahmaanir rahiim...

Masih berbicara soal cinta?
1.Have you ever watched Ada Apa Dengan Cinta? Mesti tak kan =P
2.Pernah dengar lirik ini, seratus percent cintaku....ok sambung sendiri.
3.Bagaimana pula dengan, kitta berkenalan hanya dalam laman mukabuku...nak nyanyi skali?ok cukup!

Inilah yang digilai para remaja (nombor 2 tu pun?)
Persepsi cinta yang diserap dalam jiwa remaja :-

"Tak couple, tak cool" atau singkatannya TCTC.(eh tak pernah dengar pon?) Mana taknya, tiap kali lagu cinta, kerap berkisarkan tentang cinta antara laki perempuan tanpa ikatan. (kecuali yang layan nasyid 24 jam)

Tapi sekarang rasanya ramai yang dah tau dengan FATWA couple sebelum kawen tu haram. (fuh perasan perkataan fatwa disitu?)

Memang kita ada belajar laki tak boleh pegang perempuan bukan mahram.


Sejujurnya, masa sekolah rendah dan sekolah menengah saya tak pernah tau pun FATWA berkenaan couple sebelum nikah adalah haram wujud (pergh fatwa lagi) atau mungkin pernah dengar tapi tak amek port. Sebab mungkin FATWA ni wujud masa saya sedang bertadika.

Alhamdulillah, Allah pelihara dari terjebak dengan that couple and boyfriend thingy yang memang dari dulu rasa geli-geleman kalau dengar. Tapi bila member ada problem berkaitan isu ni, gaduh dengan boyfriend ke, muka ni jugak yang dijumpa. Pelik. Nak kata ada pengalaman jauh sekali. Tapi kerana mereka bercerita dengan saya, maka saya beroleh pengalaman  =D

Dan sekarang Ustazah Cinta semakin giat membetulkan persepsi remaja tentang cinta. Daripada asyik bercerita tentang yang tidak boleh, lagi best jika berbicara tentang yang boleh. Pendekatan ini yang saya lihat digunakan oleh Ustazah Cinta dan suaminya yang mungkin lepas ni dapat gelaran Doktor Cinta pula [Cinta High-Class Volume 1] Cinta berlandaskan syariat lebih lazat.


Siapa kata laki perempuan tak boleh bercouple? Allah yang menciptakan cinta, maka hanya Dialah yang berhak menentukan bagaimana cinta itu seharusnya diuruskan.

Mungkin ada golongan yang tak selesa kerana kerap kali berbicara tentang cinta.
"Eh ustazah ni..lagi-lagi cinta. Cinta antara aku dan Dia. Cinta high class. Hatiku tercabut kerana cintanya. Di tepi Sungai Lui aku bertemu dia yang bernama cinta. Apa-apa tajuk forum, mesti nak ada perkataan cinta."

Bukankah dunia ini akan bahagia jika cinta menguasainya? Soal cinta ini perkara yang besar. Malah amat besar.

Apabila cinta sebenar difahami oleh semua, termasuklah difahami oleh paderi, sami san zhang, dan patung emas depan tangga Batu Caves, maka percayalah, hasrat membina ustaziatul 'alam akan tercapai dengan izin Allah.


Sekarang kita kat tangga pertama. Dalam pembinaan Individu Muslim. Cuba tengok, next step kita apa? Dah tengok? Tengok dulu.
Eh kenapa awak senyum sampai nampak gigi geraham?

Tiada peperangan dengan Adanya Cinta...
Tiada penindasan dengan Adanya Cinta...
Tiada kezaliman dengan Adanya Cinta...
Tiadanya musuh dengan Adanya Cinta...

Adanya setia dengan Adanya Cinta...
Adanya perkahwinan dengan Adanya Cinta...
Membesarnya si soleh dan solehah dengan Adanya Cinta...

dengan Adanya Cinta hanya kepada Dia.

:')

Skop cinta itu luas. Jangan kita sempitkan. Nescaya hilanglah segala geli-geleman tiap kali anda mendengar perkataan cinta. Cinta. Cinta. Cinta. Cinta. Cinta. haha.

Jangan kerana pengamalnya yang buta, tapi cinta itu yang dipersalahkan kita.
.
Jom masuk topik sebenar.(baru nak masuk?)

Adanya perkahwinan dengan Adanya Cinta...dengan Adanya Cinta hanya kepada Dia.

Panelis ketiga, Dr Zul, bertanya,
Kenapa kamu memilih jalan perkahwinan, sedangkan kalau tak kawen pun boleh dapat anak kan?
Kalau tak kawen pun boleh berpegang tangan kan? Tapi kenapa nak jugak kawen?

Kerana aku orang beriman kepada Allah! Lihat, disitu adanya cinta hanya kepada Dia.

Bila dengar ustaz cakap camtu, baru saya terfikir ada kaitannya antara perkahwinan dan keimanan...

So tak payah nak geli geleman sangatlah kalau kawan-kawan sebaya bercakap tentang kawen.

Sebelum kawen, terpaksa menahan untuk tidak bermesra. Ustaz pesan, apabila Allah tarik satu nikmat, Dia akan gantikan dengan suatu nikmat yang lebih besar. Sebelum kawen, bersentuhan berdosa, selepas kawen, ikot suka kau dan laki kau la nak buat apa. haha. Selepas kawen, perbuatan yang sama menjadi pahala.

Baagi yang belum kawen tapi sedang hangit bercinta,
Pegang tangan sebelum kawen berdosa, dan jika mereka tak pegang tangan selepas berkahwin juga berdosa. Haa~

Sabar. Tahan nafsu sekejap je. Lepas dah kawen, peganglah apa pun boleh dapat pahala (censored) Sabar ok. Tahan tau ^_^

Dalam Islam perkara yang boleh adalah lebih banyak dari perkara yang tidak boleh. Diibaratkan, perkara yang haram di dalam islam itu seperti sepohon kuldi sahaja berbanding seluas,langit dan bumi serta seisinya ini.

Janganlah kita terlalu menetapkan standard level of iman kepada bakal-bakal kita. Jangan setkan bakal kita tu wajib memiliki level keimanan dan ketaqwaan di piawaian sepuluh per sepuluh. Itu yang dipesan Kak Fatimah Syarha pada kita,adik-adik yang dikasihi kerana Allah. (maknanya sembilan per sepuluh boleh la ya?) Oit! Don't put any expectation.

"I nak my future husband wajib ada janggut sejemput.."
"Aku nak gegirl yang pakai tudung saiz 60..gegirl yang bertudung 59.5 pon aku taknak" 

Banyak cantik muke ekau..grrr.

Kita akan kecewa jika tahap sebenar tidak mencapai tahap yang kita tetapkan. Mengidam ikan patin masak tempoyak tapi dapat sambal ikan bilis. Kita akan frust. Lebih buruk kesannya, boleh termasuk dalam golongan orang yang menyalahkan takdir.

"Aku solehah, kenapa suami aku buat satu solat je jadi wajib! Kalaulah bukan kerana.....Kalaulah bukan sebab....Kalaulah itu dan kalaulah ini...."
Orang solehah menyalahkan takdir? Orang solehah mengaku solehah? urm urm...

Sebaliknya lihatlah bakal-bakal kita sebagai orang yang BERPOTENSI untuk dididik dan dibimbing menjadi lebih baik. Confirm bahagia! =D
(tapi kalau dapat bakal yang dahsyat-super-gempak-cun-meletup punye iman, beruntunglah Allah bagi rezeki lebih..hehe.jangan lupa kad jemputan satu ke sini ya)



"Aku perlukan bimbinganmu sayang. Bimbinglah aku ke syurga Allah wahai abang.......................meowww". eh kucing rupenye. menempel kat sini pulak dia...
Hanyalah dialog seekor kucing. (jangan saspen ok >_<)



Saya suka,

Dalam mencari yang soleh, sibukkanlah diri menjadi yang solehah ^_^




Wallahu'alam...

Masuklah kamu ke dalam syurga...Kamu dan pasanganmu akan dibahagiakan...

Monday, February 27, 2012

Cinta "High-Class"

Ngeee~ Jumpa ustazah comel lagi...Terubat rindu. Sumpah =)
Cantik susunan Allah..seminggu spent cuti sem kat UM was fully packed with all those riang ria activities! Alhamdulillah...Dalam banyak-banyak minggu, minggu tu jugak la ustazah ada talk kan? hee~

Cinta High-Class.

"Bluwekkk...nak termuntah aku dengar perkataan cinta."

Haha...sesiapa yang menganggap cinta tertakluk hanya untuk girlfriend boyfriend yang tak sah, maka teruskan membluwekk.

Dr Farhan Hadi memulakan bicara dengan senda,"Yang datang ni semua dah nak kahwin la ye?"haha.
Kursus kahwin pun belum tentu dah pergi.

Erti cinta yang sebenar bukan macam dalam hindustan. Mula-mula  kat tepi sungai tiba-tiba boleh tergolek-golek kat puncak gunung. Eh adik-adik bawah 20 tahun jangan tengok tau! Yang atas 20 tahun pun sama! =.="

Imam Hasan Al-Banna kata : Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram.
Ustazah memberi analogi,
Ada benda namanya indah, tapi hakikatnya buruk. Dan ada pula namanya buruk tapi hakikatnya indah.
Contohnya, bunga. Indah namanya. Tapi bagaimana dengan bunga yang dikenakan oleh bank?  Masihkah indah untuk kita? Buruk kan? *suara cute macam ustazah plish*
Contoh lain, hotdog. Anjing panas. Buruk namanya. Tapi hakikatnya hotdog itu lazat malah mengenyangkan.

Begitulah cinta. Orang yang bercinta sebelum kahwin kelihatannya hidup mereka seronok berbanding dengan orang yang perlu menahan gejolak hati ingin bercinta. Kelihatan sukar. Tapi hakikatnya dengan mujahadah itulah akan membuatkan anda (anda ye bukan kita..hehe) mengecapi kemanisan berbuka puasa syahwat suatu hari nanti.
Sesiapa yang bermujahadah Allah akan tunjukkan jalanNya.

Mereka yang dah biasa berpegangan tangan sebelum kahwin, takkan rasa kelazatan bersentuhan selepas akad dilafazkan.

Dr Farhan Hadi dengan selambanya mengupas isu malam pertama...
Kalau sebelum kahwin dah pernah tidur sebilik, macam mana nak rasa kemanisan di malam pertama?
Dialog suami dan isteri : "Tunggu apa lagi? Baring je la kat situ!" >.<

Berbeza kalau sebaliknya, si isteri terjeling-jeling di pintu bilik. Si suami dah menanti-nanti. Dua-dua malu-malu.(alolo suweetnye). Dr siap buat dialog, "Eh macam mana nak buat ni.." Hadirin punye gelak tosah nak cerita la kan. =..=".

Muslimin seciput

Muslimat sejambak =D
Menurut Prof Dr Yusof al-Qardhawi yang merupakan ulama' yang sangat fleksibel dan sangat sukar untuk mengharamkan sesuatu hukum, beliau amat tegas bila disoal tentang cinta. Beliau tak memuji apa-apa yang bercinta sebelum kahwin.

Cinta high-class hanya untuk pencinta yang high-class. Dan sesungguhnya cinta of the highest class itulah dia cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta yang melebihi segala-galanya. Tinggi malah lebih tinggi dari KLCC mahupun mana-mana bangunan setinggi 768 tingkat!

Baitul Muslim. Bagaimanakah itu?

Moderator yang bertanya soal kawen-kawen ni budak 1st year kot! haha
Sebelum mula bercerita apa yang ustazah cerita, saya mahu cerita.
Malam tu ada tiga panel. Dr Farhan Hadi dan adik manisnya, Ustazah Fatimah Syarha. Dan lagi sorang, final year medic student.(budak medic memang suka kahwin awal kot?)
Waktu panel ketiga bercakap, saya perasan mata-mata yang hadir sibuk tengok telatah ustazah dan suami. Termasuklah mata yang melihat pada screen semasa menaip ini..huhu~ Dr ada menulis sesuatu di kertas ustazah pastu ustazah senyuuuum je baca.  Ya Allah...sweet sangatlah dua makhluk Engkau ni...(Eh teruja nampak)

So how to build that so-called Baitul Muslim tu?

Hak untuk memilih bukan terletak pada lelaki sahaja. Wanita juga ada HAK YANG SAMA. Ustazah kata, guna orang tengah untuk bagitau laki tu~ Setuju2!hiks...

So, nak bina Baitul Muslim, bayangkan seperti kita nak bina masjid. sedang bayangkan?
Sedang anda bayangkan tu, kite tengok perumpamaan Allah dalam surah at-Taubah ayat 109.
Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya ditepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah pertunjuk kepada orang-orang yang zalim. 

Nak bina masjid kena ada asas yang kukuh. Asas itulah Taqwa. Bagi mendapatkan yang soleh,kitalah (eh kita pulak) yang terlebih dulu perlu menjadi solehah. Lelaki soleh digalakkan kawen dengan perempuan kurang solehah. Tapi perempuan solehah kena kawen laki soleh! huhu~

Langkah kedua,

Apa roh yang ada dalam masjid?
Ada imam dan makmum. Imam sifatnya mahu ditaati, jadi makmummnya perlu mentaati.Imam tu isteri. Eh silap. Imam tu suami, maka si isteri perlu bersedia mentaati suami. Are you ready to toat pada manusia selain dari ibu bapa anda?(Belum ready..haha)

Next, perlunya suasana Syura..Si suami janganlah guna kuasa veto. Bertolak ansurlah dengan isteri anda. Saya missed point ni sebenarnya..hehe

Langkah seterusnya, yang ni best, practice cintan cintun dengan sahabat sejantina, sebelum cintan cintun dengan bakal-suami-yang-tak-tahu-sape. Practice untuk tidak sakitkan hati mereka. Tarbiyah pertama Allah bagi  adalah sewaktu kita dengan kawan-kawan. Gurau-gurau manjalah dulu dengan sahabat-sahabat. Nanti boleh bawak dalam rumah tangga masing-masing. Practice makes better rite?

Ustazah share satu tips untuk tegur suami balik lewat. Buat teka-teki atau kuiz dengan mereka.
 Contohnye, "Sebelum abang keluar, cuba teka malam ni abang balik pukul brape?"
 Ok ini sangat comel namenye.

Last but not least, panggil dengan panggilan kebaikan dan kemanjaan. Back to bayangan tentang pembinaan masjid tadi. Dalam masjid ada panggilan azan dan iqamah. Begitulah dalam pembinaan Baitul Muslim. Ustazah cerita, Dr Farhan memberi ustazah gelaran ayang selepas kawen..ngehngeh.

Macam kenal je yang bertudung pink ni. Khusyuk nampak.
Memetik kata Dr Farhan, "Waktu dapat tau bakal isteri seorang ustazah,dalam bayangan saya ada rotan di tangan. Baca Al-Quran! Hafal surah ni! Tapi ternyata bukan begitu. Wanita yang beragama itulah yang paling romantik"

Dan Ustazah yang Dr maksudkan romantik tu berpesan, "Bagi adik-adik yang sedang berpuasa syahwat, bersabarlah...Rasailah kemanisan bila berbuka puasa syahwat nanti."

Aura kebahagiaan mereka dirasai. Sungguh!

"Kadang-kadang kita terlalu sibuk fikir tentang jodoh yang kita tak pasti siapa, sedangkan mati itu sesuatu yang pasti. Mati itulah jodoh kita yang pasti tapi kita kurang berfikir apatah lagi mengingatinya."

Perkahwinan? Kematian?
Bakal suami? Bakal imam solat jenazah?
Cara persandingan? Cara kematian?
Jumlah hadirin kenduri kahwin kita? Jumlah jemaah solat jenazah kita?

Wallahu'alam...

Tuesday, February 21, 2012

Milik siapakah wasiat harta yang nilainya lebih dari 10 juta hengget ini?

"Bila bapak mati nanti,syarikat ni mesti jatuh ke tangan aku!"bisik seorang manusia yang memiliki kelebihan tangan yang boleh menyambut sebuah bangunan apabila bangunan itu jatuh.
"Sayang,you tak nampak ke adik you rapat dengan bapak you? Nanti bile bapak you dah takde,you jangan menyesal kalau dalam wasiat nanti......"
Hamboih..berdrama pulak die. Drama tak bermoral yang konon-kononnya nak memberi moral =.="
Memang bagus semangat suka berebut teww. Contohnye, berebut siapa sampai dulu masjid! hukhuk.
Rumah Allah =D
Memang best semangat suka berebut teww. Cuma lagi best jika perebutan itu diletakkan pada excitednya-aku-berebut 10 wasiat Al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna kepada umat Islam KITA :

1) Apabila kamu mendengar azan, maka bangunlah dan menunaikan solat dengan serta merta walau dalam keadaan bagaimana sekalipun.
 
2) Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali kamu membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
 
 3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul kerana Bahasa Arab yang betul ini adalah satu-satunya Syi'ar Islam.(haaa serius cuak dengan wasiat ni)
 
4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apapun jua kebaikan.
 
5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.(jeng treng trenggg)
 
6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.(krek krekk kriukkkk)
 
7) Janganlah kamu bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah satu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
 
8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberikan kebaikan.
 
9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang kamu bertemu dengannya sekalipun dia tidak meminta kamu berkenalan; kerana asas gerakan Da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
 
10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika kamu mempunyai tugas-tugas sendiri, maka, ringkaskanlah pelaksanaannya.

Macam tak logik kan boleh wujud perkataan boring dalam sehari-harian?
Itulah dia wasiat yang ditujukan pada KITA. 
So berebutlah harta ni supaya ia menjadi pencen kubur kita. InsyaAllah...