Wednesday, December 22, 2010

Assalamualaikum warahmatulllah versi Upin Ipin dan kawan-kawan...

Bile bace status member2 kat facebook yg kate "bosan gile duduk rumah","hishh..nak buat ape lg ni kat rumah","wahai rumah, boleh tak kau jangan bosan sgt"...

Waduh2..sayang skali mereka tak merasai nikmat duduk rumah..Kat rumah kita ade mama, baba, adik2..kakak2 dan abang2 plak byk yg merantau utk kerja atau belajar..

Cuba bayangkan kalau parents kita baca status atau terdengar kita cakap kita bosan duduk rumah..tak ke sedih mereka..hati mereka bak kaca terhempas ke lantai berkecai-kecai..remuk bak kertas exam yg diremuk-remukkan sebab tak puas hati dgn result..haha..begitulah sedihnya mereka rasa bile tahu yg anak2 ni tak suke "melepak" kat rumah(aii, cakap mcm dah ade pengalaman jd mak orang). Hati ibu lagi mudah tersentuh berbanding dgn ayah..

Jadi..kat sini ade sikit coretan perjalanan yang mungkin ya atau mungkin tak korang sendiri dah lalui...saya pun dapat peringatan ni dari SAHABAT PASUM..

1 tahun- Ibu suapkan makanan dan mandikan kita..Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dgn menangis sepanjang malam..

2 tahun- Ibu mengajar kita bermain..Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil buat "don't know" bila dipanggil..

3 tahun- Ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang..Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai..

4 tahun- Mama belikan sekotak pensil warna..Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding..

5 tahun- Mama belikan baju baru..Kita ucapkan terima kasih dengan golek-golek dalam lopak kotor sambil tangkap berudu kat taman depan sekolah Cenderawasih

6 tahun- Mama pimpin tangan kita ke sekolah..Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit.."TAK NAK! tak mo pergi sekolah!"

7 tahun- Umi belikan sebiji bola..Kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran(confirm korang pernah buat..haha..gurau2 aja dong)

8 tahun- Umi belikan aiskrim..Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian umi..

9 tahun- Umi hantar pergi sekolah..Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas..

10 tahun- Ibu menghabiskan masa sehari menemani kita ke mana sahaja..Kita ucapkan terima kasih dengan tak bertegur-sapa dengannya..

12 tahun- Ibu menyuruh siapkan kerja sekolah..Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen..

13 tahun- Ibu suruh pakai pakaian menutup aurat..Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman..

14 tahun- Mama terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk surat pun..(form 2 saya tak duduk asrama chop!^^)

15 tahun- Mama pulang dari kerja dan rindu pelukan kita..Tapi kita lari mengunci pintu bilik..Itu cara kita ucapkan terima kasih..

Ok..cukup sampai form 3.
Lompat terus sampai umur sekarang..

18 tahun- Ibu menangis gembira kita diterima masuk IPTA..Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka-ria dengan kawan-kawan..Lepak kat mid valley every weekend! balik tengah-tengah malam!=.="

19 tahun- Ibu bersusah-payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama..Kita ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan..

Mak kita punye happy anak-anak cuti sem panjang..tapi diucapkan terima kasih dengan post status kat facebook bosan gilerrrrrrrrr duduk rumah...Mak masak sedap-sedap kat rumah tapi diucapkan terima kasih dengan makan tak abis..Helloooo....faham tak macam mana rasa teringin gilerrr nak makan masakan mak tapi yg berjaya dimakan hanya makanan makcik cafe..faham tak? Wahai rakan-rakan yang tengah cuti sekarang ni hargai masa korang kat rumah..Luangkan cuti dengan mak ayah..bukan asyik dengan member2 je..

Cuti-cuti memang best nak beribadah..tak yah terkejar-kejar nak pergi kuliyah..Gunakan sepenuhnya yep=)

Tolonglah...nak balik sekarang ni jugak boleh?

*Sentiasa kenang mereka dalam doa kita*
Doa yang kita belajar masa kelas fardhu ain kecik-kecik dulu:
"Allahummaghfirli waliwaalidayya warhamhumaa kamaa robbayaani soghiiro"
Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat ke atas mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil..
Amiiinn..

3 comments:

wan izzuddin said...

tu r nko...mase drjh enam ponteng kelas arab ustazah najah.

aLi said...

haha,.....i wish i could be in malaysia right now=))

pelukis kata said...

wan izzuddin..adakah anda merujuk kpd diri sendiri?? saya jawabkan, ya memang pon..=P
btw, ko still igt nama ustazah..=)

luqman..your parents might wish the same i guess..hmmm, beli je la tiket..=P