Friday, May 27, 2011

Aku belum layak

In the name of Allah.THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL.

Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..

Kasihan...sedih....takut...geram...tension(ini paling)

Apa la agaknya reaksi syaitan tatkala aku sdg menaip-naip ni.

Aku terlalu risau andai diri aku penyebab pandangan seseorang terhadap Islam semakin teruk.

Ya Allah..aku benar-benar berhadapan dengan manusia yang sangat-sangat memandang serong terhadap orang alim dan orang beragama.

Aku cuba meyakinkan dia aku bukan orang alim..Aku juga manusia biasa seperti dia.

Apabila disamakan diri aku dengan dia, dituduhnya pula aku memburuk-burukkan dia. Makin dijauhkan dirinya dari berkawan dengan insan ini.Ya Allah.........

Aku kelihatannya tewas..

Adakah aku menghentam? Adakah aku menghukum?

Aku belum layak menggelarkan diri sbg dai'e.

Bagaimana mahu berhadapan dengan mereka yang seboleh-boleh mengiyakan sesuatu yang jelas tidak?

Bagaimana jika jawapannya adalah tetap tidak?

Adakah perlunya jawapan kepada soalan itu adalah ya semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan manusia?

Aku cuba menjaga hati manusia..Aku cuba menyenangkan hati manusia.

Allah..jiwa ini benar-benar risau.
Janganlah disebabkan malam ini imanku menjadi lemah..Janganlah disebabkan ujian malam ini semangatku dimamah.

Ok, ini bukan masa yang sesuai untuk aku membuahkan kata-kata.Aku terlalu beremosi saat ini.

Hati terlalu risau..Fikiran makin meracau.

Ya Allah, jauhkan aku dan para dai'e daripada membawa fitnah kepada agama kami sendiri.

Oh ya,terima kasih kak Nadhrah Azmi. Di saat aku memerlukan, kau ada.
*Hardcore gila* 

Tuesday, May 17, 2011

Hadiah dari Allah

Di saat aku merasa give up..


Di saat aku terasa susah..
Di saat aku rasakan payah..

Di saat diri ini merasakan tak tertahan dengan ujian Allah...
Kata-kata ini amat. Ya, amat sangat.
**Perkongsian dari seorang hamba Allah di statusnya**

Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis kudsi Allah berfirman: "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya karna Aku ingin mendengar rintihannya." (HR Thabrani dari Abu Umamah)


Kau berikan aku hadiah?

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...

Allah kirimkan ujian.
Sebagai hadiah.
Tanda Dia rindu.

Dengan diri aku yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat, Engkau masih sudi merindui aku?

ALLAH.......romantiknya Engkau.





Monday, May 16, 2011

إن شاء الله

Senyuuuuuuummmmmmmm 
Senyummmmmmmmmmmm 
(ok,ajak orang senyum yang mengajak ni pun senyum terpaksa...)


What happen? what happen?


Saya ada satu soalan sahaja. SAHAJA.


Lucu kah kalimah إن شاء الله ?


Hey! kau berada di zaman bila?!(tadi kata satu soalan)


Malukah kau nak menyebut kalimah Allah?!(dah soalan ketiga)


Kau berada di mentaliti kelas berapa?!


Ok..ana emosional! Bila dah emosional hilang rasional.


Ayah ana cakap, makin kurang rasional, makin tak matang..
Makin emosional, tanda kurang kematangan.


Nampak sangat tak matang budak kecik ni.(tak matang tak matang pun orang panggil kakak jugak.ahaks.)


Memang ana tak matang LAGI. So what?! hah..emo lagi..confirm tak matang.


Kenapa nak gelak bila aku cakap إن شاء الله?


Manusia punya rencana, Allah punya kuasa..Bukankah begitu?
Habis tu apa yang nak digelakkan?



Dah muka coklat tu coklat la. Kenapa nak sibuk2 tukar jadi hitam?**apa kena-mengena?**

Sedar tak yang kita lebih mengagungkan kalimah rekaan manusia? 


Hoi!!(emosional lagi)
Kita ni siapa? Hamba kan? Siapa kau nak perlekehkan kalimah Allah?


Tapi aku berterima kasih kat kau sebab kalau bukan kerana gelakan kau tu, aku pun tak perasan pasal benda ni.


Sekerap mana kita menggunakan  إن شاء الله berbanding KOT?


Sebangga mana kita menggunakan إن شاء الله berbanding MAYBE?


Heh, gila tak remaja.


Kita yang gila atau dia yang gila?**juga tiada kena-mengena**


Ya, memang ini kelihatan remeh. Tetapi berat pada pandangan saya yang sangat "tak remaja" ni. Saya pun jarang guna kalimah Allah seperti ini. Nak dianggap remaja la konon. Nak nampak urban la konon. 


Ohoi! Kalimah Allah lah yang mendahului zaman. Kalimah Allah lah yang moden.


Kita tak pernah rasa boring membaca Al-Fatihah kan? At least 17 kali dalam sehari. Kerap kita baca walaupun dengan tak paham maksud ayatnya lagi. Diulang-ulang lagi setiap hari dalam seminggu, sebulan, setahun, sepanjang hayat... 


Itu belum campur ketika dibaca masa nampak hantu.



Eh, waktu nampak hantu ada kita nyanyi lagu Ramlah Ram? Ada kita nyanyi lagu Justin Bibirr?

Siapa yang tolong kita bila kita nampak hantu? Sharifah Aini kah? 

Tapi sedih kan.. Kita tahu yang kalimah-kalimah Allah menjadi pelindung pada kita bila kita dalam kesusahan atau lebih tepat ketika kita dalam ketakutan. Tapi bila happy-happy lagu My Chemical Romance jugak yang menjadi peneman (MCR macam dah ditelan zaman.ok,tak tau band apa yg famous skrg ni.budak kampung biasalah.)



Soalan saya yang KEDUA (padahal yang kedua belas), kalimah mana yang datang dari zaman dulu dan kekal sehingga sekarang dan TAK PERNAH BERUBAH?


Belum cukup meyakinkan ke betapa agungnya kalimah Allah?


Dengar lagu kat radio ulang-ulang kali even lagu nasyid pun boleh berlendir anak tekak. 


Berbeza dengan kalimah Allah. Makin dibaca makin rasa best. 
Tapi nak start baca yang susah tu =.="..Aiii cakap kat diri sendiri nampak.


Cuba kita (golongan yang segelintir ini) masa lepak-lepak,pasang zikir-zikir, mesti ada yang lalu lalang pening-pening otak..haha


Soalan saya yang KEDUA SETENGAH, adakah kalimah Allah hanya kita gunakan sekadar ketika waktu solat?


Hanya selepas 5 minit waktu solat?


Jika ya jawapan anda, adakah kita hanya menjadi hamba Allah pada waktu solat dan 5 minit selepas itu?


Waktu kita free, kalau bukan lagu Cromok jadi pujaan, lagu Bunkface jadi siulan. Tak pun duk syok bersiul =.="


Bila tengah lepak-lepak, kita pasang zikir kat handfon, cuba tengok reaksi rakan sekerja. Ada yang pandang senget atau masih pandang straight? Kita seolah-olah dipandang macam makhluk terasing.


Jarang kita dengar shopping mall yang pasang ayat al-Quran atau zikir secara berleluasa kan?
Melainkan waktu Maghrib. Makanya waktu Maghrib sahaja kita mengagungkan Allah? 


Tak pun, kedai-kedai CD yang jual ayat-ayat al-Quran. Makanya,pemilik kedai CD itu dan pengunjungnya sahaja lah yang berbangga dengan kalimah Allah?


Tak pun kedai-kedai carpet **ni jangan percaya**


Ishhh minah ni sebok condemn2 orang..Kesalahan sendiri tak nampak. Yela mana nak nampak jerawat kat muka sendiri kalau tak nampak kat muka orang lain dulu..haha


Jadi, daripada sebok-sebok nak suruh orang pasang-pasang ayat Allah tu semua, why don't we start first? lagi tepat, why don't myself start first? 


Lagi best, why don't ourselves start first?


Nak lagi best? I first you second.**tak best pun camni**


Kita start sama-sama walaupun ada yang memang dah jadi kebiasaan pun kan. Sekalung bunga tahniah..ngehehe.


Mereka berbangga dengan lagu Barat. Kerana mereka ketinggalan zaman.


Kita moden. Kita berbangga dengan kalimah-kalimah Allah orait?


InsyaAllah..^_^

Sunday, May 15, 2011

Berubah menjadi Pengubah!

Bermula dengan pemula.
Bekerja dengan pekerja.
Berubah dengan pengubah.

Kita pihak mana?
Yang bermula atau pemula?
Yang berubah atau pengubah?

Dari hari pertama bekerja sampai hari ke berapa entah, hari-hari sebut, Kak Gya,''hari ni kita berhenti nak?''
Hari ni cakap camtu, esok pergi lagi kerja..pastu esok cakap lagi ''Ok,kakgya,kita TEKAD hari ni kita berhenti''. tengok-tengok lusa pergi lagi.Tak ke sengal namanye. 

Kalau bukan saya yang cakap, kakak saya yang cakap nak berhenti. Saya ulang, HARI-HARI cakap nak berhenti since day one sebab tak tahan dengan environment..errr..lari dari masalah nampak.

Mama saya cakap, "Dekat mana-mana pun kerja, semua sama..Mana boleh expect semua orang macam kita. Mana boleh nak semua orang jujur dalam kerja (jujur sangat la konon aku.haha)"

"Yela ma, masalahnye kitorang ni kerja nak suka-suka je sekarang. Tak bersedia lagi. Not now not now."

"Yang main-main ni la nanti akan jadi experience. Experience ni nanti yang berguna masa kerja yang betul-betul nanti."

"Ok,baiklah.Tiada experience yang tak berguna."

She always and forever right.

Bos kepada bos kitorang plak cakap “Kita tak boleh nak harapkan semua orang baik macam kita(baik ke aku?buat lawak plak bos ni). Kita kena biasa bekerja dengan suasana yang kita tak selesa. Harapnya esok dapat panggilan yang dua-dua masih bekerja di sini.”

Alaaa..camne ni..nak berhenti!

Abang kitorang cakap,  “korang ni takde keyakinan la..nak berhenti,berhenti jela..tengok abang,cakap nak berhenti terus berhenti.”

Chop! Apa kaitan keyakinan dalam kes ni. Takde kaitan pun =.=”

Hari-hari rasa macam Ya Allah aku tak mampu..Ya Allah,tolonglah....pastu jadi badmood..Bila saya badmood, kakak saya kena jadi pegood mood. Bila dia badmood, saya yang badmood KENA jadi good mood..begitulah silih berganti.

Dengan maksiat berleluasa depan mata. Dengan mak ikan dengan anak ikannya. Saya pandang kakak saya, dia pandang saya balik..Pastu rasa macam Ya Allah.....Nak tegur depan-depan memang tak reti sebab yang mak ikannya tua dari kami. Ya Allah..Rasa semua dosa terpalit kat kami.

Masing-masing down. Pastu konon-konon cakap,"Takpe Kak Gya, kita benci sifat mereka bukan benci pada mereka.."."Takpe Kak Gya,skurang-kurangnya diorang rasa tak selesa nak buat yang bukan-bukan dengan kehadiran kita."..Haha..ni semua konon-konon nak bagi semangat kat orang sedangkan diri sendiri pun tension. 

Ya Allah, pedih ulu hati Allah je tau. Tak boleh nak control. Bila tak suka, terserlah kat muka. Memang nak tunjuk Taknak tunjuk muka camtu tapi TAK SENGAJA tertunjuk muka tu. hehe.

Macam mana orang boleh suka-suka hati buat maksiat depan kita. Tak malu dengan Allah satu hal. Dengan kita pun selamba. Ok, ni pemikiran ikut emosi..

Akhirnya, saya tekad. TEKAD! Berhenti kerja. Ambil cuti dua hari. Ceh, ingatkan tekad tak pergi kerja terus.haha..

Macam-macam terpacul kat kepala. Dalam kepala, bukan luar kepala. 

Teringat kata-kata nenek naqibah saya, owh, beliau sebaya saya tapi ilmunya hebat. Kalau beliau boleh jadi sebegitu hebat, kenapa tidak saya? Yela, dia budak sekolah agama. Sama sekolah dengan Hilal Asyraf some more. Tak pasal amazed semacam. Haa bagi alasan yang tak relevan!

Ok, berbalik pada kata-katanya,
"Usrah kita sebenarnya berakhir dengan ummul kitab al-Fatihah dan pembukaaan usrah kita sebenarnya adalah dengan tasbih kifarah".

Sangat mendalam. Apa maksudnya? Fikir sendiri boleh kan.

Selama dua hari bercuti saya dok pikiak, adakah ini medan tarbiyyah yang sebenar? Selama ni program tarbiyyah yang saya pergi hanyalah program. Tapi medan yang sebenarnya adalah selepas berakhirnya program tarbiyyah itu. Medan tarbiyyah yang sebenar adalah apabila kita berada dalam suasana maksiat. Ini pendapat saya setelinga-telinga semata-mata. Tak payah pakai pun takpe sebab memang tak boleh pakai pun. 

Keberkesanan tarbiyyah adalah selepas tamatnya program tarbiyyah tu. Permulaan tarbiyyah adalah selepas berakhirnya program tarbiyyah tu. Program tarbiyyah boleh tamat tapi proses tarbiyyah adalah sepanjang hayat. Ini pendapat saya semata-mata. Tak setuju lantak pi hang lah.haha..

Which one is better?
Kita memang dalam persekitaran baik, kita menjadi baik.
Kita dalam persekitaran jahat, still boleh maintain baik.
Ini namanya,trying to build up my inner spirit yang semakin luntur. So I prefer the second one.

Duduk dalam maksiat. Baru real. Tengok, kita buat maksiat sekali atau masih boleh ingat Allah.

Allah hadapkan kita dengan cabaran begini. Takkan nak lari kot. Kalau kitorang berhenti, maka siapa akan prevent the maksiat from happening. Bila berhenti kerja nanti, things wouldn’t be settled kan? Sejak bila tak suka kan cabaran ni bai?

Memang tension. Rasa macam helpless gila.

Dalam masa dua hari cuti ni, Alhamdulillah..macam dah dapat idea..Kau mesti berubah menjadi pengubah! Ingat, Allah sentiasa ada. Ingat, Allah sentiasa melihat kau. Allah sentiasa tolong hambaNya yang tolong agamaNya.

Tapi....still ada tapi-tapi..no tapi-tapi!
Tapi(ada jugak tapi)...suasana tarbiyyah begini, mampukah saya bertahan? Iman boleh jadi lemah beb. Semangat pun dah luntur ..Mintak-mintak belum terkubur.

Hang tak boleh nak bawa semangat semata-mata. Semangat boleh hilang. Tu pasal ada rasa down tu.

Hang bawa Allah dalam perjuangan..Allah kan sentiasa ada. Yakin dengan Allah! Yakin! Yakin!

Allah bagi ujian. Diri rasa kerdil. Diri rasa lemah. Tentu sekali ada hikmahnya. Kita tak perlu memikirkan apa hikmahnya.. Cukuplah kita yakin seyakin-yakinnya  pasti ada hikmah di sebalik ketentuanNya.

Saat begini, diri disogokkan dengan lagu Sesekali diuji..Dalam sehari ntah brapa kali dok ulang-ulang. Sesekali Diuji by Nice. Very nice. Nak petik sikit, ok get ready..amek feel..

“Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya..Maka diberi sedikit ujian..Menguji tahap keimanan di jiwa..”

“Bila kesusahan, terasa hidup terlalu payah..Pelbagai persoalan menerjah..Baru minta petunjuk hidayah..howooo..Usah berputus asa..Kerana ada rahmat di sebaliknya...Yang tidak kita ketahui, dalam hidup ini teruslah berdoa pada Allah..Pengasih Pemurah dan Penyayang...”

Nampaknya, esok cabaran baru menanti..Adakah aku ingin terus melihat? Adakah aku ingin terus sekadar mencegah dengan hati? Adakah aku ingin sekadar beristighfar  dalam hati seorang diri?

Come on man. Action speaks louder than words!

Ingat Shakiera dan kawan-kawan,"Usrah kita sebenarnya berakhir dengan ummul kitab al-Fatihah dan pembukaaan usrah kita sebenarnya adalah dengan tasbih kifarah".

Ingat Shakiera dan kawan-kawan,“Permulaan tarbiyyah adalah selepas berakhirnya program tarbiyyah tu.”

Kau mesti berubah menjadi pengubah! Mohon doa kalian J

Tuesday, May 3, 2011

Apa Ada Pada Angka?(part 2)

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi ajma'in.

Next>>senyuuuuuummmmm..
Pastikan senyuman yang menguntum. Taknak senyum yg sebelah bibir je terangkat. Taknak senyum yg sekadar kecilkan mata. Pastikan senyuman yang kedua pipinya terangkat. Haa camtu camtu..ngeeheeee.

Angka Pada Ada Apa?

Angka yang mana ni.
Angka 19..one more time. ngeeheee

Sebelum tu..
AMARAN LEMBUT : entry ni akan ada banyak lalutan. Dinasihatkan jangan teruskan pembacaan jika anda dalam mood serious.

Jadi, apa ada pada 19?

My Achievement before I almost reach 19.


Ayam ini dipotong sambil melepaskan geram kesumat.
"If you smell what Shakiera is cooking"..haha
Ok, tau la korang dah pandai masak sejak muda lagi.

Tapi mesti nak tau jugak apa la yang dia masak sampai nak citer kan kan. This was my first time masak masakan yang ada nama. Sebelum ni cikai-cikai yang takde nama. Contohnya masak air (jerang air padahal), masak nasi (tanak nasi la), masak kentang (goreng kentang la), masak karipap (tumis karipap la..haha.goreng je bukan reti buat inti die pun)..Tak pun tolong kacau-kacau apa yang dah ada dalam kuali. Kacau-kacau bahan dan kacau-kacau master chef. Ok, ni tak aci. Bukan masak namanye.

Nak resepi? Ni nama resepi masakannya "Ayam Masak Kurma With Lots Of Love"..grrrr.

Diam. Jangan kutuk. Kira ok la first dish masak kurma. Korang punye first dish telur goreng kicap. haha. gurau2. "Sebaik-baik manusia adalah manusia yang merasa dirinya paling hina berbanding orang lain".

Yang tak best nye, masakan pertama si anak tak dapat dirasai oleh si mak. Detik-detik bersejarah tak dapat diraikan bersama. Si kakak plak yang jadi the first food tester. Anyhow, Alhamdulillah takde siapa diserang cirit-birit. Wohoo!

Boleh tercetusnya masakan ni adalah disebabkan oleh program tarbiyyah yang disertai. Haa see see. Siapa kata program tarbiyyah boring! Siapa kata certain people je yang boleh join! It's either you want it or not. 

Tanpa jadual ini, maka tidak berasaplah dapur.

Sepanjang program, kitorang kena masak sendiri. From breakfast to dinner. Semua bahan dah disediakan. Cuma tukang masak je yang tak disediakan. Jadi kami perlu bersedia. 

Berbeza dengan program lain yang ana (teheeee) pernah join, yang kali ni very very much different. Takde pun kena rushing untuk buat something. Takde pun kena tengking tengking. Boleh je punctual. Macam ni lagi efektif. Ini bagi ana (teheee lagi) yang tak suka dipaksa-paksa.

Pastu makan plak semua lauk buurrrpp alhamdulillah..sedaaappppp. Tangan-tangan orang solehah la katakan (kecuali aku)

The best part is makan dalam talam. Sunnah beb. I want to die with sunnah in my heart.ececeh..Rasa enak tu jadi lazat semacam. Ada aura. haha. ngarut.

Ada satu hari, my group named "THE DU'AT"(masyaAllah really2o0o0o0o0 miss you guys, Tasnim, Karmilah, Fatin, Atiyah <3) had to cook for lunch. Sila rujuk jadual. Group 5. haha. At the same time ada presentation. First group plak tu. We had to present about Rasulallah sallallahu 'alahiwasallam. Memang kena study betul-betul la kan. Right after lunch and Zuhur was our presentation. Terbaik! =.="

Sedikit perkongsian tentang baginda :

Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a, daripada Rasulallah sallallahu 'alahiwasallam, baginda bersabda
 " Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian, Dia meneliti pemilihan keluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi Rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka(asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada penzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)"-Riwayat at-Tarmizi dengan sanad yang sahih.

Jelas. Baginda kekasih Allah.

Ok, back to the story. Semua benda nak berjadual. Eh mesti. Baru sistematik bai.

Anyone yg belum pernah jadi imam, dis is the right time to learn. Sampai bila nak jadi makmum imam je kak?

Setiap slot ceramah mesti kena ada emcee. Ada emcee yang merah-merah mata sebab mengantuk tapi bila slot abis, mata kembali putih. Ada jugak emcee yang berat bulu matanya menjadi 10 kilo sepanjang ceramah tiba-tiba jadi seringan 1 pico bila slot dah abis. Depan orang, kena control! ahaks.


Living room ni ada air-cond.

Kekuatan itu terletak pada jemaah. Berjemaahlah~

Last but not least,
Pesanan ummi Wafa', Fatimah Az-Zahraa' (sebaya je kot)

"Wahai ukhti, sesungguhnya kalian adalah duta-duta yang telah dicorakkan oleh tarbiyyah, menjunjung nama Islam ke mana jua, maka jadilah bukti produk tarbiyah luar biasa akhlaknya, ibadahnya dan pegangannya. Teguhkanlah hatimu dan binalah Islam di sekelilingmu. Pohonlah bantuan pada Allah tempat bergantung segala sesuatu. Semoga amal yang ikhlas akan membuahkan pemahaman dalam keluargamu dan semoga mereka merestui kalian untuk terus berada di jalan ini. InshaAllah..."

*Apabila Fatimah berjiwang..........hehe.

Doakan yang menaip-naip ini istiqamah dalam amal ibadahnya.

Menulis, memahami, mempraktik. Bukan mudah. Boleh menjadi mudah dengan izin Allah. Mudah-mudahan...