Senyummmmmmmmmmmm
(ok,ajak orang senyum yang mengajak ni pun senyum terpaksa...)
What happen? what happen?
Saya ada satu soalan sahaja. SAHAJA.
Lucu kah kalimah إن شاء الله ?
Hey! kau berada di zaman bila?!(tadi kata satu soalan)
Malukah kau nak menyebut kalimah Allah?!(dah soalan ketiga)
Kau berada di mentaliti kelas berapa?!
Ok..ana emosional! Bila dah emosional hilang rasional.
Ayah ana cakap, makin kurang rasional, makin tak matang..
Makin emosional, tanda kurang kematangan.
Nampak sangat tak matang budak kecik ni.(tak matang tak matang pun orang panggil kakak jugak.ahaks.)
Memang ana tak matang LAGI. So what?! hah..emo lagi..confirm tak matang.
Kenapa nak gelak bila aku cakap إن شاء الله?
Manusia punya rencana, Allah punya kuasa..Bukankah begitu?
Habis tu apa yang nak digelakkan?
Dah muka coklat tu coklat la. Kenapa nak sibuk2 tukar jadi hitam?**apa kena-mengena?**
Sedar tak yang kita lebih mengagungkan kalimah rekaan manusia?
Hoi!!(emosional lagi)
Kita ni siapa? Hamba kan? Siapa kau nak perlekehkan kalimah Allah?
Tapi aku berterima kasih kat kau sebab kalau bukan kerana gelakan kau tu, aku pun tak perasan pasal benda ni.
Sekerap mana kita menggunakan إن شاء الله berbanding KOT?
Sebangga mana kita menggunakan إن شاء الله berbanding MAYBE?
Heh, gila tak remaja.
Kita yang gila atau dia yang gila?**juga tiada kena-mengena**
Ya, memang ini kelihatan remeh. Tetapi berat pada pandangan saya yang sangat "tak remaja" ni. Saya pun jarang guna kalimah Allah seperti ini. Nak dianggap remaja la konon. Nak nampak urban la konon.
Ohoi! Kalimah Allah lah yang mendahului zaman. Kalimah Allah lah yang moden.
Kita tak pernah rasa boring membaca Al-Fatihah kan? At least 17 kali dalam sehari. Kerap kita baca walaupun dengan tak paham maksud ayatnya lagi. Diulang-ulang lagi setiap hari dalam seminggu, sebulan, setahun, sepanjang hayat...
Itu belum campur ketika dibaca masa nampak hantu.
Eh, waktu nampak hantu ada kita nyanyi lagu Ramlah Ram? Ada kita nyanyi lagu Justin Bibirr?
Siapa yang tolong kita bila kita nampak hantu? Sharifah Aini kah?
Tapi sedih kan.. Kita tahu yang kalimah-kalimah Allah menjadi pelindung pada kita bila kita dalam kesusahan atau lebih tepat ketika kita dalam ketakutan. Tapi bila happy-happy lagu My Chemical Romance jugak yang menjadi peneman (MCR macam dah ditelan zaman.ok,tak tau band apa yg famous skrg ni.budak kampung biasalah.)
Soalan saya yang KEDUA (padahal yang kedua belas), kalimah mana yang datang dari zaman dulu dan kekal sehingga sekarang dan TAK PERNAH BERUBAH?
Belum cukup meyakinkan ke betapa agungnya kalimah Allah?
Dengar lagu kat radio ulang-ulang kali even lagu nasyid pun boleh berlendir anak tekak.
Berbeza dengan kalimah Allah. Makin dibaca makin rasa best.
Tapi nak start baca yang susah tu =.="..Aiii cakap kat diri sendiri nampak.
Cuba kita (golongan yang segelintir ini) masa lepak-lepak,pasang zikir-zikir, mesti ada yang lalu lalang pening-pening otak..haha
Soalan saya yang KEDUA SETENGAH, adakah kalimah Allah hanya kita gunakan sekadar ketika waktu solat?
Hanya selepas 5 minit waktu solat?
Jika ya jawapan anda, adakah kita hanya menjadi hamba Allah pada waktu solat dan 5 minit selepas itu?
Waktu kita free, kalau bukan lagu Cromok jadi pujaan, lagu Bunkface jadi siulan. Tak pun duk syok bersiul =.="
Bila tengah lepak-lepak, kita pasang zikir kat handfon, cuba tengok reaksi rakan sekerja. Ada yang pandang senget atau masih pandang straight? Kita seolah-olah dipandang macam makhluk terasing.
Jarang kita dengar shopping mall yang pasang ayat al-Quran atau zikir secara berleluasa kan?
Melainkan waktu Maghrib. Makanya waktu Maghrib sahaja kita mengagungkan Allah?
Tak pun, kedai-kedai CD yang jual ayat-ayat al-Quran. Makanya,pemilik kedai CD itu dan pengunjungnya sahaja lah yang berbangga dengan kalimah Allah?
Tak pun kedai-kedai carpet **ni jangan percaya**
Ishhh minah ni sebok condemn2 orang..Kesalahan sendiri tak nampak. Yela mana nak nampak jerawat kat muka sendiri kalau tak nampak kat muka orang lain dulu..haha
Jadi, daripada sebok-sebok nak suruh orang pasang-pasang ayat Allah tu semua, why don't we start first? lagi tepat, why don't myself start first?
Lagi best, why don't ourselves start first?
Nak lagi best? I first you second.**tak best pun camni**
Kita start sama-sama walaupun ada yang memang dah jadi kebiasaan pun kan. Sekalung bunga tahniah..ngehehe.
Mereka berbangga dengan lagu Barat. Kerana mereka ketinggalan zaman.
Kita moden. Kita berbangga dengan kalimah-kalimah Allah orait?
InsyaAllah..^_^
2 comments:
Insya ALLAH...Insya ALLAH...Insya ALLAH
Siapa ni? Mahe Zain ke? hahaha
Post a Comment