Sunday, May 15, 2011

Berubah menjadi Pengubah!

Bermula dengan pemula.
Bekerja dengan pekerja.
Berubah dengan pengubah.

Kita pihak mana?
Yang bermula atau pemula?
Yang berubah atau pengubah?

Dari hari pertama bekerja sampai hari ke berapa entah, hari-hari sebut, Kak Gya,''hari ni kita berhenti nak?''
Hari ni cakap camtu, esok pergi lagi kerja..pastu esok cakap lagi ''Ok,kakgya,kita TEKAD hari ni kita berhenti''. tengok-tengok lusa pergi lagi.Tak ke sengal namanye. 

Kalau bukan saya yang cakap, kakak saya yang cakap nak berhenti. Saya ulang, HARI-HARI cakap nak berhenti since day one sebab tak tahan dengan environment..errr..lari dari masalah nampak.

Mama saya cakap, "Dekat mana-mana pun kerja, semua sama..Mana boleh expect semua orang macam kita. Mana boleh nak semua orang jujur dalam kerja (jujur sangat la konon aku.haha)"

"Yela ma, masalahnye kitorang ni kerja nak suka-suka je sekarang. Tak bersedia lagi. Not now not now."

"Yang main-main ni la nanti akan jadi experience. Experience ni nanti yang berguna masa kerja yang betul-betul nanti."

"Ok,baiklah.Tiada experience yang tak berguna."

She always and forever right.

Bos kepada bos kitorang plak cakap “Kita tak boleh nak harapkan semua orang baik macam kita(baik ke aku?buat lawak plak bos ni). Kita kena biasa bekerja dengan suasana yang kita tak selesa. Harapnya esok dapat panggilan yang dua-dua masih bekerja di sini.”

Alaaa..camne ni..nak berhenti!

Abang kitorang cakap,  “korang ni takde keyakinan la..nak berhenti,berhenti jela..tengok abang,cakap nak berhenti terus berhenti.”

Chop! Apa kaitan keyakinan dalam kes ni. Takde kaitan pun =.=”

Hari-hari rasa macam Ya Allah aku tak mampu..Ya Allah,tolonglah....pastu jadi badmood..Bila saya badmood, kakak saya kena jadi pegood mood. Bila dia badmood, saya yang badmood KENA jadi good mood..begitulah silih berganti.

Dengan maksiat berleluasa depan mata. Dengan mak ikan dengan anak ikannya. Saya pandang kakak saya, dia pandang saya balik..Pastu rasa macam Ya Allah.....Nak tegur depan-depan memang tak reti sebab yang mak ikannya tua dari kami. Ya Allah..Rasa semua dosa terpalit kat kami.

Masing-masing down. Pastu konon-konon cakap,"Takpe Kak Gya, kita benci sifat mereka bukan benci pada mereka.."."Takpe Kak Gya,skurang-kurangnya diorang rasa tak selesa nak buat yang bukan-bukan dengan kehadiran kita."..Haha..ni semua konon-konon nak bagi semangat kat orang sedangkan diri sendiri pun tension. 

Ya Allah, pedih ulu hati Allah je tau. Tak boleh nak control. Bila tak suka, terserlah kat muka. Memang nak tunjuk Taknak tunjuk muka camtu tapi TAK SENGAJA tertunjuk muka tu. hehe.

Macam mana orang boleh suka-suka hati buat maksiat depan kita. Tak malu dengan Allah satu hal. Dengan kita pun selamba. Ok, ni pemikiran ikut emosi..

Akhirnya, saya tekad. TEKAD! Berhenti kerja. Ambil cuti dua hari. Ceh, ingatkan tekad tak pergi kerja terus.haha..

Macam-macam terpacul kat kepala. Dalam kepala, bukan luar kepala. 

Teringat kata-kata nenek naqibah saya, owh, beliau sebaya saya tapi ilmunya hebat. Kalau beliau boleh jadi sebegitu hebat, kenapa tidak saya? Yela, dia budak sekolah agama. Sama sekolah dengan Hilal Asyraf some more. Tak pasal amazed semacam. Haa bagi alasan yang tak relevan!

Ok, berbalik pada kata-katanya,
"Usrah kita sebenarnya berakhir dengan ummul kitab al-Fatihah dan pembukaaan usrah kita sebenarnya adalah dengan tasbih kifarah".

Sangat mendalam. Apa maksudnya? Fikir sendiri boleh kan.

Selama dua hari bercuti saya dok pikiak, adakah ini medan tarbiyyah yang sebenar? Selama ni program tarbiyyah yang saya pergi hanyalah program. Tapi medan yang sebenarnya adalah selepas berakhirnya program tarbiyyah itu. Medan tarbiyyah yang sebenar adalah apabila kita berada dalam suasana maksiat. Ini pendapat saya setelinga-telinga semata-mata. Tak payah pakai pun takpe sebab memang tak boleh pakai pun. 

Keberkesanan tarbiyyah adalah selepas tamatnya program tarbiyyah tu. Permulaan tarbiyyah adalah selepas berakhirnya program tarbiyyah tu. Program tarbiyyah boleh tamat tapi proses tarbiyyah adalah sepanjang hayat. Ini pendapat saya semata-mata. Tak setuju lantak pi hang lah.haha..

Which one is better?
Kita memang dalam persekitaran baik, kita menjadi baik.
Kita dalam persekitaran jahat, still boleh maintain baik.
Ini namanya,trying to build up my inner spirit yang semakin luntur. So I prefer the second one.

Duduk dalam maksiat. Baru real. Tengok, kita buat maksiat sekali atau masih boleh ingat Allah.

Allah hadapkan kita dengan cabaran begini. Takkan nak lari kot. Kalau kitorang berhenti, maka siapa akan prevent the maksiat from happening. Bila berhenti kerja nanti, things wouldn’t be settled kan? Sejak bila tak suka kan cabaran ni bai?

Memang tension. Rasa macam helpless gila.

Dalam masa dua hari cuti ni, Alhamdulillah..macam dah dapat idea..Kau mesti berubah menjadi pengubah! Ingat, Allah sentiasa ada. Ingat, Allah sentiasa melihat kau. Allah sentiasa tolong hambaNya yang tolong agamaNya.

Tapi....still ada tapi-tapi..no tapi-tapi!
Tapi(ada jugak tapi)...suasana tarbiyyah begini, mampukah saya bertahan? Iman boleh jadi lemah beb. Semangat pun dah luntur ..Mintak-mintak belum terkubur.

Hang tak boleh nak bawa semangat semata-mata. Semangat boleh hilang. Tu pasal ada rasa down tu.

Hang bawa Allah dalam perjuangan..Allah kan sentiasa ada. Yakin dengan Allah! Yakin! Yakin!

Allah bagi ujian. Diri rasa kerdil. Diri rasa lemah. Tentu sekali ada hikmahnya. Kita tak perlu memikirkan apa hikmahnya.. Cukuplah kita yakin seyakin-yakinnya  pasti ada hikmah di sebalik ketentuanNya.

Saat begini, diri disogokkan dengan lagu Sesekali diuji..Dalam sehari ntah brapa kali dok ulang-ulang. Sesekali Diuji by Nice. Very nice. Nak petik sikit, ok get ready..amek feel..

“Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya..Maka diberi sedikit ujian..Menguji tahap keimanan di jiwa..”

“Bila kesusahan, terasa hidup terlalu payah..Pelbagai persoalan menerjah..Baru minta petunjuk hidayah..howooo..Usah berputus asa..Kerana ada rahmat di sebaliknya...Yang tidak kita ketahui, dalam hidup ini teruslah berdoa pada Allah..Pengasih Pemurah dan Penyayang...”

Nampaknya, esok cabaran baru menanti..Adakah aku ingin terus melihat? Adakah aku ingin terus sekadar mencegah dengan hati? Adakah aku ingin sekadar beristighfar  dalam hati seorang diri?

Come on man. Action speaks louder than words!

Ingat Shakiera dan kawan-kawan,"Usrah kita sebenarnya berakhir dengan ummul kitab al-Fatihah dan pembukaaan usrah kita sebenarnya adalah dengan tasbih kifarah".

Ingat Shakiera dan kawan-kawan,“Permulaan tarbiyyah adalah selepas berakhirnya program tarbiyyah tu.”

Kau mesti berubah menjadi pengubah! Mohon doa kalian J

2 comments:

Ukhti Shazliani said...

Syukran, syukran wa syukran!
Smgt lebih la cm ni! Insya ALLAH =D

pelukis kata said...

Semangat je lebih tak cukup sis..berani mesti lagi lebih..haha *konon je*