Bismillah pembuka mulut =)
Aku tengok cite ketuk-ketuk Ramadhan (layan cite masak-masak ke kak?hehe). Bukan aku sengaja nak tengok, terpicit remote control sebenarnye. Sambil tengok, terabai penjagaan terhadap Qalish..Budak tu nangis aku boleh lagi tengok..Sorry dik, maksu nak tengok ni jap. haha. Memang baby faham la kan =.=''. Selebriti jemputan, Kak Wardina Safiyyah yang mane aku tengok sekarang ramai yang menyokong perubahan demi perubahan beliau. Alhamdulillah...
First time aku tengok cite masak-masak sambil pengacara dan selebriti jemputan berbicara tentang usrah. Rasa macam best tahap agogo. Puan Sheila Rusly pun ikot usrah. Kalau tak silap, aku dengar Sheila kata, melalui usrahlah arini mereka bersama (tak sure. Qalish punye pasal la ni! haha).
Diorang sangat excited cakap pasal usrah. Aku tak berani nak tulis smule ape diorang cakap tentang usrah sebab aku LUPE! Tapi Kak Wardina ada cakap, dalam usrah, mereka bersama-sama kerana Allah. Aku rasa kalau aku tak merasainya, mesti aku cam blurrr blurrr. Pe menda la diorang cakap ni...hehe.
Tapi sebaliknya, aku menonton dengan terukirnya senyuman di bibir (senyum camni =).tapi manis sket lagi).
Kalau ada yang tengok cite tu dan tak faham ape yang diorang borakkan sambil masak-masak tu, cubalah join 'perkara' yang dipanggil usrah tu. Nescaya kalian akan rasa ke'best'an tu. InsyaAllah. Senyum sket lagi. =)
Sunday, August 14, 2011
Thursday, August 11, 2011
Catatan 9,10,11 Ramadhan (hetrik disitu)
Bismillahirr rohmaanir rohiimmm..
Aku nak mulakan dengan pengalaman melawakkan 11 Ramadhan iaitu hari ni. Ok, tadi seperti biase aku pegi kedai nak beli bahan-bahan masak. Ayah aku bagi 50 hengget. Udah ku bilang sama bapak ku,''ba tak cukup ni. Bagi lebih sket la. Tak bawak purse ni...'' Tapi ibuku menyokong pemberian 50 ringgit sahaja tu..Jadi aku akur kerana aku mempercayai tafsiran mereka mengenai harga barang-barang di pasaran. Dengan tekad dan kesungguhan aku pegi ke kedai pertama. Tak dilupakan, hatiku yang berdebar-debar menanti nilai yang bakal diminta. RM27 lebih. Fuh selamat. Peringatan, aku masih ada 2 kedai berbaki dengan baki duit di tangan RM 22 lebih. Sampai kedai ketiga jeng jeng jeng. Sangkaan aku tak meleset! Duit tak cukup! haha. 4.05 ringgit tak cukup. Ok, malu segan. Tapi aku dah ada backup plan kalau duit tak cukup. Iaitu pergi terjah umah Mimi. Dengan selambe aku mintak 5 hengget. Reaksi kawan aku tu takyah cite la kan camne die gelakkan aku =.=''..haha.
Pengajarannya, gi kedai lain kali bawak purse sendiri. Jangan malas nak pergi ambek purse yg ntah merata-rata kat mane.
Catatan 9 Ramadhan.
Aku ditugaskan menjaga Rafiq Qalish, anak kakak kedua, 6 bulan. Ok first time aku jaga baby ni sorang-sorang tanpa pengawasan orang dewasa dan tanpa ada orang lain kat rumah. Maknye pergi kerja dan neneknya juga pergi kerja buat kuih raya. Hanya Allah, aku dan baby tu yang tau camne teruknya aku jaga die. hehe.
Boleh la aku nak buli Qalish sbb takde org lain. kehkeh. Tapi yang sebaliknya berlaku. Dalam tempoh sejam boleh Qalish berak dua kali! Sangat membuli di situ. Baunya sangat semerbak harum. Kalau tambah lagi dua kali boleh batal puasa gamaknye. haha.
Macam mane ganas pun aku jaga die, die tetap tak berdendam ngan aku. Setiap kali nangis memang aku la dicari. haha.
Catatan 10 Ramadhan.
Ada satu persoalan yang dah lama aku simpan. Iaitu persoalan antara perempuan dan masjid. Dan alhamdulilllah rasenye dah terjawab. Nanti insyaAllah aku post pasal tu.
Pukul 2358 malam tadi baru aku tergedek-gedek nak on computer untuk refresh ceramah tentang tafsir surah Al-Naas sampai Al-Tin. Tu recording masa aku still kat pasum Dah terperap 4 bulan baru nak refresh ke sister?=.=''.
Aku paling suka belajar surah Al-Naas. Nanti insyaAllah aku post pasal tu. Erk, ada dua janji dah tu..haha.
Oh ya, kehadiran jemaah muslimat sedikit meleset. Semalam mungkin kerana hujan. (Macam la masjid tu takde atap. haha). Jadi mungkin ramai yang pergi naik kereta. Dan alang-alang dah naik kereta, mungkin mereka pergi masjid yang jauh terus. Iaitu masjid negeri. So mungkin tu antara faktor jemaah berkurang apabila hujan. Mana la kita tau kan..hehe.
p/s* ingin mempersiapkan diri untuk berbuka dengan kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa. Tiada lain selain untuk mencari redhaNya. Semoga Allah redha aku, dia dan kamu =)
Allahmumma ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr. Ameeen..

Monday, August 8, 2011
Catatan 7 & 8 Ramadhan (eeee takutnyeee)
Bismillah pembuka kata.
Berbuka dan sahur bersama durian. RM 2.00 sekilo. Mane nak dapat durian murah camtu kalau bukan bulan puasa.
Ahha..kantoi sehari tak post..tak berjaya mencuri masa semalam kerana masa terlalu effisien melakukan kerjanya..ceit! alasan.
Hari ni dengan semalam pengembaraan Ramadhan lebih kurang sama. Cumanya ada satu babak yang aku rasa menarik dan aku rasa korang tak rasa menarik pun. Tapi aku tetap nak teruskan babak perasan menarik yang aku rasa tu.
Semalam masa nak turun tangga, aku ada sapa sorang budak prempuan ni. Darjah 4 rasenye. Namanya dirahsiakan. Aku tanya dia, ''Adik buat apa kat tangga ni?''*time tu tengah tazkirah ringkas, haa kantoi aku tak dengar..haha* Jawab adik tu, ''Saje je kak..tengok budak laki main kat bawah..''. GULP.
Err aku tak tau nak respond ape. Hanya mampu tersenyum...
********************************************************
Ok, aku taknak sentuh pasal budak kecik tu. Tapi mungkin ada pengajaran di sebalik insiden tu. Kita tukar situasi tu kepada orang dewasa. Macam mana dalam rumah Allah, kita masih boleh buat perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah? Ibaratnya, kita sebagai tetamu, berlaku kurang ajar dengan tuan rumah. Memang makan garfu berulamkan sudu la kita.
Luaskan prospek. Kita menghuni bumi Allah tapi kita buat perkara yang dilarang, tinggal perkara yang disuruh oleh pemilik bumi yang kita tumpang. Memang mantap aqidah ni! =.='.
Masa kecik-kecik waktu mula-mula nak mula puasa, tak minum air paip tak sah.*harapnye waktu besar tak buat dah la ye. aku tak tuduh sape-sape* Tutup pintu rapat-rapat takut mak ayah nampak. Sedangkan ada satu kuasa yang lebih besar sedang memerhati. Tapi tetap berani buat camtu, sebab hati tak dapat merasai kehadiran kuasa Maha Besar itu. Jika, ''alah, waktu tu budak lagi...normal lah tu..'' dijadikan alasan, mengapa waktu kecik lagi, kehadiran hantu kita dapat rasakan begitu yakin? So takde alasan, alah, waktu tu budak lagi...*boleh la aku cakap camni sebab aku dah melepasi zaman tu...kehkeh.
Mungkin satu punca ketara yang aku nampak. Tiada rasa takut kepada Allah. Malah kita lebih takut pada hantu. Bila keluar rumah tengah gelap-gelita seorang diri, apa yang kita bayangkan dulu, hantu atau malaikat di kiri kanan? Bila online sorang-sorang, tengok kiri kanan pukul 2 3 pagi, apa yang terlintas kat kepala dulu, Allah atau hantu? Orang-orang besar bila anak-anak kecil diorang nak masuk dalam bilik gelap sorang-sorang apa yang mereka katakan..''Dik, ade hantu''..instead of ''Dik, ade Allah''..Terlalu didoktrin dengan hantu. Sedangkan kita ada Allah dan malaikat di kiri kanan.
Kita terlalu disogokkan dengan perkara negatif. Kejadian negatif yang sedikit mengaburi perkara positif yang bertambun-tambun.. Lambakan filem hantu. Sangat bagus untuk membantu masyarakat untuk terus takut pada hantu. Drama-drama yang disiarkan pun lebih menonjolkan cerita-cerita dari sisi negatif. Misalnya, orang kuat agama tapi berjudi. Orang kuat agama tapi mengabaikan family. Orang kuat agama tapi kaki dangdut. Sebagai pengajaran kata pihak produser. Kesannya, masyarakat ade persepsi negatif pada orang-orang beragama.
Berita-berita plak memudahkan lagi tugas untuk menegatifkan minda kita. Misalnya, guru sekolah agama memukul pelajar. Ustaz mengurung dan menggari pelajar. Ustaz didapati merogol. Berita ini memang masyarakat perlu tahu TAPI tak perlu digembar-gemburkan. Sedangkan masih ada berpuluh-puluh ribu ustaz yang berjaya mengasuh pelajar-pelajar menjadi manusia. Tapi dimana pergi berita-berita seumpama ini? Ya, tak dinafikan, di sebalik sisi yang negatif itu ada sudut yang positif. TAPI, kita lihat pada orang yang berjaya. Mereka fokus pada apa yang die NAK. Mereka tidak fokus pada apa yang TAKNAK.
Masuk gear reverse. Pergi semula pada Allah, malaikat kiri kanan dan hantu. Semua sama, perkara ghaib. Bila kita boleh di mind-set kan untuk ingat pada hantu, nape kita tak boleh nak mind set untuk ingat pada malaikat. Lagi parah tak boleh nak mind set ingat pada Allah. Hantu hanya ada di tempat-tempat tertentu sedangkan Allah ada kat mana-mana. Bila menziarah tanah perkuburan, aku percaya, ada yang terbayang hantu. Patutnya kita makin ingat Allah bile pegi kubur sebab takut nak menghadap Allah kerana kurangnya amal soleh kita. Itu adalah yang sepatutnya berlaku dan aku harap memang itulah yang berlaku.
Tengok apa makna syirik. Syirik tu meletakkan hak Allah kepada selain dari Allah.*bukan skema jawapan SPM. Aku dengar dari Ustaz Syed Noorhisham*
Hak Allah yang dimaksudkan adalah hak untuk ditakuti, hak untuk dicintai, hak sebagai pemberi rezeki, hak untuk ditaati dan pelbagai lagi. Jelas, syirik tu bukan sekadar menyembah berhala, menyembah kubur. Perbuatan syirik mudah didekati dan lebih mudah untuk dijauhi. Syirik moden yang amat ditakuti kerana insyaAllah kesyirikan seperti menyembah kubur, mempercayai tukang tilik, itu memang kita sudah jauhi. Soalnya, bagaimana dengan syirik moden? Adakah kita benar-benar berjaya menjauhi perkara-perkara yang boleh mendataangkan syirik ini?
Kadang-kadang manusia terlalu meletakkan harapan pada boss dalam memberi rezeki. Mana kita letakkan hak Allah sebagai pemberi rezeki?
Ada ketikanya manusia lebih mengutamakan dating dengan kekasih hati. Mana hak Allah untuk dicintai?
Ada waktunya manusia lebih mengutamakan facebook dari solat di awal waktu. Tanpa sedar, manusia memberhalakan internet di dalam hati! Nauzubillah...Mana hak Allah untuk ditaati?
Manusia lebih takut pada sesama manusia kerana ancaman mereka. Mana hak Allah untuk ditakuti?
Firaun amat ditakuti dan dibenci. Dan ini menyebabkan orang makin menjauhinya. Berbeza dengan rasa takut yang kita ada pada Allah. Takut ini makin mendekatkan. Takut ini takut yang meletakkan pengharapan.
Dalam mencari kelembutan insan, kita sebenarnya sedang mencari Yang Maha Lembut.
Dalam mencari keadilan, kita sebenarnya sedang mencari Yang Maha Adil.
Dalam mencari kasih sayang, kita sebenarnya sedang mencari Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Takutilah Allah. Taatilah Allah. Cintailah Allah...InsyaAllah :')

Saturday, August 6, 2011
Catatan 6 Ramadhan
Bismillah pembuka selera..*takde modal lain.-..-
Arini jemaah muslimat macam berkureng sket..Oh mereka solat di masjid negeri la..Ape la korang..haha..
Pastu time nak balik ade nampak sorang atuk ni..Tua dah..Pakai tongkat. Pastu ada dua cucu teman. Sorang tu tolong angkat kerusi atuk die..Sweet yang amat. Tambah2 plak cucu die amatlah cute ye kawan.
Hari-hari aku nampak atuk ni. Atuk yang bertongkat pun hari-hari datang berjemaah..Come on...Kita yang muda mengaku gagah dan banyak kudrat takkan tak boleh nak ''challenge'' atuk tu..haaa.
Ok,tu je..wallahu'alam.
''Bismillahirr rahmaanirr rahiimm..Allahumma ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr..'' Ameenn :)

Friday, August 5, 2011
Catatan 5 Ramadhan
Bismillah pembuka selera.
Bermula dengan seorang makcik cakap : Hilanglah anak kite sorang ni nanti..Dah pergi, jangan lupe mokngoh ye..(err bile aku ada mak sdare kat cenderawasih?hehe..mak sedare seaqidah :) . Dengan malu tersiput-siput, aku jawab "hehe...insyaAllah insyaAllah..."
Pastu pagi tadi accident ngan kucing! Tapi rasanye kucing tu tak mati. Sape suruh kucing tu main terjah tanpa aku sempat buat pape. Ok, sekarang nak salahkan kucing tu la? Nonsense. Memang salah aku yang drive laju. Sape suruh bawak laju kat housing area =..=. Sorry kucing. Meowww...
Seperti semalam, arini pegi buat kuih lagi, Suzana Cookies. ngeh. Pastu Zuhur tadi adalah saat kemuncak tekanan perasaan. haha. Kalau ditadah air mata dengan besen pinggan orang kawen boleh penuh rasenye(ok,tipu!) Cite tak best, tak best cite.
Mudah-mudahan Allah terus meminjamkan ketabahan hati untuk terus menghadapi situasi ini yg ntah bile akan berakhir.(ok, saspen boleh?)
"Ya Allah janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Allah janganlah Engkau bebankan kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Allah janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak sanggup memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami, maka tolomglah kami terhadap kaum yang kafir.." Ameenn :')
Pastu Asar tadi dapat lepak ngan budak kecik dalm 8 orang kot. Ya Allah jelesnye aku.. Kecik-kecik lagi dah jadi geng lepak masjid. Sorang tu namenye Isra' Damia (kot). Sorang lagi Nur Adilah (kalau tak silap). Lagi sorang Balqis (yang ni yakin). Yang lain-lain tak sempat sebab diorang ada tadarus. Perghhh!! Ni budak-budak kecik dari KAFA Baitul Huda. Nanti dah besar jangan lupe akak ye adik-adik (cubaan mempoyokan diri)
Untuk laporan kehadiran jemaah Isya' dan Subuh boleh rujuk [Ramadhan 1] dan [Ramadhan 2]. Sebab prestasi kehadiran masih di tahap menggumbirakan seperti awal2. Segala puji hanya untukMu, Allah..Basically that's it for today.
Terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan aku menyertai pengembaraan hari ini.
Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan sekelumit rasa tabah untuk mengharungi hari ini.
"Bismillahirr rahmaanir rahiimm..Allahumma ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr, ballighna Lailatul Qadr"..Ameenn :')

Thursday, August 4, 2011
Catatan 4 Ramadhan.
Bismillah pembuka selera.
Pengembaraan 4 Ramadhan sebagai pemandu ibuku ke 'kilang' membuat kuih raya..hukhuk. Jika dengan cara menjadi pemandu tetap ibuku ini membawa kepada redha Allah..aku rela berulang-ulang melakukannya. :D
Hari ni first day aku join diorang buat kuih raya skali. Nama owner segala kuih muih yg ada, Puan Suzana. Kalau tak silap pelekat kat bekas kuih tu ada perkataan Suzana. alamak! pecah rahsie >.<. Cubalah cari kat East Coast Mall. Kot-kot ade..haha.
Hari ni buat kuih Mama Caries (cam salah eja je XD) dan kuih Almond London. Nama nak omputeh je.. Nape tak Almond Arab Emirates ke..haha. Baru ala-ala Islamik gitu.
Kisah di atas sekadar selingan. Meh masuk topik serius sket. hehe.
''Allah pilih kita untuk berada dalam Ramadhan kali ni. Sedangkan masih ramai hambaNya yang acap kali berdoa untuk mendapatkannya tetapi ajal menemui mereka sebelum sempat Ramadhan menjelma. Adakah kite nak sia-siakan hadiah ni?''
Gedebush! Tumbukan yang diberikan ustaz dalam tazkirah ringkas selepas 4 rakaat terawih. Sekarang saya kirim tumbukan tu pada sesiapa yang sedang membaca. Renung-renungkan...
''Bismillahirr rahmaanirr rahiimm..Allahumma ballighna Lailatul Qadr..ballighna Lailatul Qadr..ballighna Lailatul Qadr''..Ameenn..

Wednesday, August 3, 2011
Catatan 3 Ramadhan
Bismillahirr rohmaanir rohiimm...
Gusi berdenyut. Bahagian sebelah kanan dalam mulut mengalami kecederaan. Memang terbaik dan terindah gigi bongsu tumbuh dalam bulan puase ni. Kesakitannya hari ni, 3Ramadhan, berada di tahap maksimum dan tak berbelah bagi. Namun aku bersyukur kerana masih mampu mengunyah walaupun penuh seksa..hehe.
Waktu berbuka boleh control makan. : | Bila kunyah, mak aii. Tapi aku suka dapat sakit. Allah ingat kat aku la kan? ke perasan? Jeles ke? Jomlah perasan sekali ^.^
Orang beriman time berbuka puasa dok pikir apala agaknye saudara kat Palestin makan time berbuka ni..Ada makanan ke tak diorang..:'(
Tapi aku dok pikir pasal gigi! Moh cuba masukkan diri dalam golongan hamba Allah yang beriman.
Mereka Islam. Kita Islam. Kita berkongsi ayah yang sama dengan mereka. Tapi terlalu berbezanya kita dengan mereka di sana. Namun, kerana Islam, kita disatukan!
Setelah mengaku kita dan mereka adalah satu, mana buktinya?
Kita masih tidur berkelambu sementara menunggu sahur...sedangkan mereka berjaga dengan bedilan peluru.
Kita berbuka dengan hati gembira, tetapi mereka berbuka dengan hati yang luka bernanah.
Kita berbuka dengan pelbagai juadah, mereka hanya dengan titisan air mata yang mencurah.
Kita makan beralaskan meja, mereka hanya bertadahkan tangan yang berdarah.
Kita disini terus-terusan riang ketawa bersama keluarga...
Salam Ramadhan buat seluruh hamba.....
Mungkin kita tak mampu menghantar juadah berbuka kita pada mereka, tapi kawallah sket kerakusan tu.
Wallahu`alam.

Mungkin inilah suara hati kanak-kanak dan para remaja di sana.
Saya melihat roket-roket dan bom yang bersinar di langit...
Seperti titisan hujan di dalam cahaya matahari,
Merampas semua orang yang dekat di hatiku,Memusnahkan impianku dalam sekelip mata,
Apa yang terjadi kepada hak asasi manusia kami?Apa yang telah berlaku pada kesucian hidup?Dan semua pendustaan-pedustaan engkau?
Saya tahu bahawa saya hanya kanak-kanak,Tetapi tidakkah suara hatimu masih bernyawa...
p/s*lirik lagu Palestine will be free by Maher Zain tapi dah diterjemah songsang dengan suke ati saya.
Mereka Islam. Kita Islam. Kita berkongsi ayah yang sama dengan mereka. Tapi terlalu berbezanya kita dengan mereka di sana. Namun, kerana Islam, kita disatukan!
Setelah mengaku kita dan mereka adalah satu, mana buktinya?
Kita masih tidur berkelambu sementara menunggu sahur...sedangkan mereka berjaga dengan bedilan peluru.
Kita berbuka dengan hati gembira, tetapi mereka berbuka dengan hati yang luka bernanah.
Kita berbuka dengan pelbagai juadah, mereka hanya dengan titisan air mata yang mencurah.
Kita makan beralaskan meja, mereka hanya bertadahkan tangan yang berdarah.
![]() |
| Adakah mereka masih belum layak untuk meraih simpati kita? |
Kita disini terus-terusan riang ketawa bersama keluarga...
Mereka turut ketawa..tapi tawa mereka dengan darah.
Mereka menceriakan hati dengan bersedih.
Mungkin kita tak mampu menzahirkan kesedihan dan ingatan kita pada mereka..Namun Allah Maha Mengetahui. Titipkanlah rasa simpati kita pada mereka walaupun sedikit. Tanpa perlu mencurahkan air mata bagi membuktikan simpati kita.
Mungkin kita tak mampu mengirimkan wang ringgit pada mereka..Namun Allah Maha Mendengar. Kirimkanlah doa buat mereka walaupun hanya lima saat.
Mungkin kita tak mampu menghantar juadah berbuka kita pada mereka, tapi kawallah sket kerakusan tu.
Wallahu`alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)