Tuesday, August 2, 2011

Catatan 2 Ramadhan.

Bismillah pemula kata.

Aku tak tau nak kire camne. Catatan ini perlu bermula dari mana hingga ke mana aku tak tau. Dalam Islam, hari baru, masuk lepas asar. Jadi, catatan 2 Ramadhan aku mulekan dari malam ke siang. Ala-ala reverse process gitu. Jadi, catatan 2 Ramadhan, bermula dari berbuka, solat terawih malam kedua hingga menjelang Subuhnya dan seterus hari.(ayat pun pening menunjukkan memang aku tak tau nak kire camne)

Juadah berbuka tadi mee kari, karipap, keropok lekor, sira labu.p/s: Rasulullah suke makan labu. diriwayatkan oleh....tak ingat. aku baca dalam buku Syamail Muhammad. labu melayu dgn arab sama ke?

Semua juadah berbuka tu bukan aku yang buat.Obviously! kehkeh. Semua mak aku yang masak. Yela,nanti kan nak blaja jauh,so time ni nak makan air tangan mak(alasan aku yang lapok). No bazar made ok! hehe.

Next, Laporan kehadiran jemaah, alhamdulillah.. Wow! Superb! Dalam hari-hari biasa, kerisauan yang timbul ialah saf yang tak berapa rapat bahu ke bahu. Yang berlegar-legar dalam kepala,"camane la aku nak cakap kat makcik ni kasi bahu rapat sket". Pastu berakhir dengan dilema. Betul salah? haha.

Disebabkan sekarang umat Islam berada dalam bulan luar biasa, aura Masjid Saidina Umar pun luar biasa dari biasa. Nak angkat takbir, bahu, tangan sampai accident-accident ngan orang sebelah. Kerisauan bahu tak melekat tak timbul. Bahu dah macam kena gam. Bila angkat takbir pun boleh accident, hmm camne plak keadaan nak duduk tahiyyat akhir? imagine la sendiri how sempit it could be..Bila dah sempit, kita duduk je dalam keadaan duduk antara dua sujud. Tak perlu la nak bergaduh dan berebut ruang ngan orang sebelah ye. Seperti biasa, tetamu-tetamu Allah yang tetap iaitu makcik-makcik dan  nenek-nenek tu, merekalah golongan yang conquer saf paling depan dan tengah. Jeles meh ngan makcik nenek sekalian. Masing-masing berlumba-lumba. Kita lepak belakang je tengok. Ya tidak?

Ok,sahur. Aku tak boleh tido kot malam tadi. Sebab, rahsia. kuikui. Risau gak terhangguk-hangguk Subuh nanti. Alhamdulillah Allah tolong. Mata segar seperti biasa.hehe. Kehadiran jemaah Subuh, sangat memberansangkan. Sangat sangat. Segala puji hanya bagi Allah...

Tapi Zuhur tadi tak sempat join solat kat masjid. Teman kakak aku mengembara ke gebeng. Syarikat Kaneka Engineering. Tempat baru bakal menerima khidmatnya. Dalam kereta tu, nampak signboard and arrow ke LYNAS! ok, tergamam dengan gumam. Apa yang mampu dibuat selepas tandatangan tak dilayan, hanya berdoa.

Pastu Asar tadi, nampak kelibat budak-budak kecik yang comel. Petang-petang, masjid ni buat tilawah al-Quran. Bacaan oleh mereka yang masih kecik. Kagum aku dengan keberanian diorang. Siap pakai mikrofon. Memang berani kerana benar kanak-kanak ni. Ditemani oleh seorang nenek. Semoga Allah merahmatinya. Pastu ada 2 3 ustaz yang selia.

Lepas tu, aku menyambung tugas membeli bahan-bahan yang tak cukup untuk dimasak. Kalau bawak manual memang power. haha. Tak pasal naik kereta jadi macam naik kuda. Hampir-hampir mati enjin itu aku kerjakan. haha. Terima kasih pada penduduk-penduduk yang tidak mengehon. Sememangnya mereka berhati mulia dan bersabar. Sememangnya Ramadhan berjaya melatih umat Nabi Muhammad bersabar. hehe.

Pastu masa kat kedai tu, ternampak(ke memang saje pandang?) sorang brader Melayu rambut warna kuning. Pastu ditocang. Skali lagi aku kagum. Kagum dengan keberaniannya. Keberaniannya untuk menggayakan rambut seperti itu. Tak ramai orang ada sifat berani camtu.. TAPI, never try this at home ok! Value yang dipelajari ialah sifat keberaniannya yang sangat berani dan memang berani. Bila lagi aku nak berani buat sesuatu yang unik untuk Islam? Sememangnya aku penakut. =.="

Apa kata Ramadhan ni kita berlatih jadi berani sket? Berani memperbanyakkan ibadah. Berani bangun malam. Berani tegur waima senyum sahaja pada sesama Islam. Berani lepak masjid. Berani nasihatkan adik-beradik(wopppsss). Berani bawak kete manual. haha. Semua orang boleh menyeru dan mengajak, soalnya, berapa ramai yang menyahut seruan kita sendiri? Aku bertanya pada diri yang bertanya.

Sebelum Ramadhan, tempoh persediaan dan perancangan untuk menempuh.
Awal Ramadhan, kita warming up and marching.
Pertengahan Ramadhan, lari-lari anak, jogging-jogging.
Akhir Ramadhan, kita pecut !
Habis Ramadhan, this is the new me! InsyaAllah..

Let's be a better slave than ever to Allah ^_^.

Selamat berbuka. hehe.

Wallahu'alam...

No comments: